ads

Monday, November 25, 2019

Wednesday, October 30, 2019

Monday, October 28, 2019

Monday, September 30, 2019

Angkara kumbang Ambrosia, kesenian terserlah...


Kayuma Industry menghasilkan barangan berkualiti. Lihat gambar ini, kerusi meja dihasilkan dari kayu balau dan cengal yang sungguh unik dan tersendiri. Kukuh dan manatap untuk beberapa generasi.


Hujung minggu lalu, balik ke Mentakab. Merancang melawat kampung di Kuala Tekal tempat pilihan raya kecil baru-baru ini untuk melihat sisa-sisa sejarah. Berkebetulan calon pilihan raya, Ibra, kawan pelaris semasa kanak-kanak di kampung dulu.

Sampai di Jalan Sonsang hati tergerak untuk singgah di Kayuma Industry bagi meninjau barangan kayu. 'Nak buat gona, usia udah meningkat minat dah bertukar...'. Kebetulan empunya syarikat tercegat bersama pembantunya dan menyambut saya dengan senyum melempah.

Kami bersembang berjela-jela panjang kerana keramahannya. Orangnya sedahana, berbadan gempal dan rambut disikat rapi disebak ke belakang. "Kawan orang berniaga, awok orang surat khabar ... tolong promote kan barangan kayu ni...", kata En. Mat meluah rasa. Riak muka ceria melambangkan succes dalam perniagaan. Langkah pertama, saya akan war-warkan dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/ yang sudah counter 11 juta pelanggan dan facebook, kata saya bersahaja. Keseronokkan terpancar diwajahnya.

Melihat gelagat En. Mat yang cepat mesra dan berrfikiran tajam yang telah mengubah cita-rasa pembuatan hasil kayu kepada hasil kreatif pembuatan. Saya menjangka perniagaannya akan berkembang. Sebagai contoh, kita tidak menghasilkan jenis meja yang stereotype begitu juga perabut. Citarasa sudah berubah, katanya berulang-kali. Orang akan memandang sesuatu objet itu solid dan tidak menggunakan banyak ruang. Contohnya meja kayu cengal yang menggunakan 8 bangku dan bangku itu boleh disimpan di bawah meja. Meja itu menggunakan kayu cengal berlubang berseni hasil mamahan kumbang dari species ambrosia. Meja itu pula dilapis oleh cermin tebal dan memantul cahaya dan menampakkan ciri-ciri tersendiri. Cukup classic dan terserlah. Pembuatannya juga tidak menggunakan paku hanya skru dan pasak atau taji. Manakala almari hiasan juga dari kayu cengal mamahan kumbang ambrosia dihias cermin besar kayu cengal juga...

Pelbagai barangan dihasilkan mengikut cita rasa rakyat Malaysia dan telah dimodenkan setanding barangan perabut IKEA. Bezanya Kayuma tidak terhad kepada penghasilan meja kerusi  dan perabut. Kayuma menghasilkan Gazebo, Pangola, anjung atau porch, katil, pintu, ukiran hisan dan mimbar untuk masjid.


Meja cengal memuatkan lapan bangku. Manakala meja dilapik kaca tebal bagi menunjolkan lubang berseni unik hasil mamahan kumbang ambrosia. Dihiasi ukiran kayu berseni terbonjol di dinding. Almari kayu cengal dikesampingkan. Nampak compak dan kemas, sesuai untuk apartment atau rumah moden, kata En. Mat.

"Tak kan tak ndak guna kayu cengal berseni akibat mamahan kumbang ambrosia semasa pokok itu masih hidup lagi?. Lain dari product lain? Kawan beli kayu ni dari kilang pembalak. Kita guna balik dan paktri mengikut design. Selain itu En. Mat membeli papan selipar landasan keretapi yang tamat tempoh. Seterusnya En. Mat menunjukkan contoh-contoh yang dihasilkan dari kayu cengal berlubang mamahan kumbang ambrosia. Selain cengal, kayu merbau, balau dan kayu merawan digunakannya.


Dato' Rais begitu teruja dengan idea yang dipersembahkan oleh empunya Kayuma Industry ini. Menurut En. Mat, meja kayu cengal mamahan kumbang ambrosia diborongnya tanpa bertawar-harga lagi.

Manakala harga mengikut saiz dan penggunaan kayu-kayan. Harga dari RM2 ribu hingga mencecah RM70 ribu. En. Mat berterima kasih kepada Dato Rais Yatim kerana memberi ruang untuk mempamerkan barangan di Kraftangan di Jalan Conlay. Sambutan cukup mengalakkan kerana kami mempunyai sentuhan berbeza dari product lain. Kini kami mula dikenali dan permintaan semakin bertambah, kata En. Mat bangga. Pekerja mahir masih tidak mencukupi...


Semasa pameran Kraftangan di Conlay. Kayu cengal hiasan berbentuk botal pelbagai saiz dipamerkan. "Mulanya koi seriau gak sambutan orang ramai, takut mereka mengeji... tapi terbalik, mereka terpegun dan teruja...", cerita En. Mat bangga.

Menyentuh sejarah penubuhan syarikatnya, En. Mat berbangga kerana tidak membuat pinjaman bank. Modal sekitar RM5,000 saja. Mula-mula beli mesin dan ketam kayu, operasi di Peragap belakang rumah..., kata En Mat ketawa mengenangkan sejarah permulaannya. En Mat sentiasa teringatkan pesan ayahnya, "Jangan cuba berhutang'. Itulah menjadi azimat buatnya sehingga maju hingga ke tahap ini.

Bagi anak kampung berkelulusan dalam bidang Wood Technology dari UITM tahun '86 - '90 ini, sebelum berjaya ke tahap sekarang pelbagai kerja dilakukannya. Berusia 44 tahun dan berasal dari jengka 13. Kini menetap di kampung Peragap, Kerdau bersama keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bagi memimba pengalaman dia pernah kerja di kilang papan. Setelah benar-benar yakin dia memulakan dari kecil-kecilan dulu. Kini pemintaan makin bertambah hari demi hari dan kebanyakannya dari sekitar Lembah Klang. Dan memerlukan banyak jenis kayu dan stok simpanan.


Pagola. Hiasan seni taman dan sebagainya, menggunakan kayu cengal atau balau yang sudah dilubangi kumbang species ambrosia. Harga bergantung pada saiz sekitar RM4 ribu hingga ke RM13 ribu.

Mengimbas kenangan, En Mat telah memajak rumah kuarter JKR sebanyak 30 biji di Chenor yang bakal dirobohkan berharga RM17 ribu beberapa tahun lalu. Selain itu En. Mat juga membeli rumah-rumah lama yang akan dirobohkan. Dari hasil kayu-kayu terpilih itulah digunakan untuk mereka-cipta kerusi meja dan menunaikan tempahan pelanggan. "Kayu-kayunya elok belaka, rumah lama... kayu keras..., kata En Mat sambil memegang kayu hiasan berbentuk botol yang unik.


Gazebo, pelbagai saiz ditawarkan...
Bagi mengelakkan kesilapan, gezebo itu akan dipasang atau didirikan di kilangnya dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan. Harga bergantung kepada saiz sekitar RM7 ribu hingga ke RM70 ribu.

Katanya lagi, dia mempunyai 3 buah rumah bagi menyimpan kayu-kayan dan bilik pemeran di kampung. Kampung Peragap tidak begitu jauh kira-kira 15 minit dari Sonsang dan memudahkan En. Mat mengendalikan perniagaannya.

"Berniaga ni seperti kita sedang menaiki tangga... naik sampai ditengah-tengah tangga ada orang terus berhenti ada yang tergeloceh jatuh dan ada merasa selesa... sebenarnya kita perlu naik terus dan sentiasa bersedia menungkah arus..., kata En. Mat berfalsafah. Orang kita merasa selesa bila sudah berada di tengah-tengah tangga, sebenarnya salah. Mereka harus terus menaiki tangga itu ke peringkat tinggi, tambah En. Mat menasihati.


"Kalau awok balik kampung singgah la kat Peragap, kita sembang-sembang buat 'pedo'oh' (cakap Pahang bermakna cerita yang belum tentu benar)..." celah En Mat mempelawa kerana melihat gelagat saya yang sering melihat jam.


Santai bersama En. Mat di kerusi kayu merawan. Kerusi ini masih mengekalkan saiz asal kayu tanpa diketam atau dipotong. Ini menambahkan keunikan kerusi ini dan sangat sesuai diletakkan di beranda atau taman. Manakala di belakang saya, ukiran kayu berbentuk daun lebar menyerlahkan gaya tersendiri, berbeza dari konsep Bali.  

Perbualan kami sekitar 30 minit cukup berbaloi kerana mulanya bercadang untuk singgah sebentar saja disebabkan hendak berangkat ke kampung mengambll barang antik peninggalan. En. Mat juga sibuk melayan panggilan dihp... Dan sebelum berpergian, En. Mat menghadiahkan cenderahati kayu berbentuk botol yang telah dimamah kumbang ambrosia yang berseni... "Kalau nak beli barangan kayu, contact le... kita kira harga orang Pahang!".


Beralamat:
Kayuma Industry
Lot. 626, Kampung Bukit Batu Sonsang, 28000 Temerloh, Pahang
h/p: 6019-989 0468
email: kayuma_industry@yahoo.com
blogger: kayumaindustry.blogspot.com

Thursday, September 26, 2019

Nostalgia semasa kanak-kanak


Perasaan sayu tidak dapat disembunyikan bila melintasi Kampung KT dan mengimbau kenangan di alam kanak-kanak. Apa tidaknya, di sinilah tempat aku bermain, mandi sungai, bersekolah agama, melastik sarang tebuan dan sebagainya. Kini kampungku, KT telah hilang dan diliputi belukar tebal. Hanya kedengaran engin kenderaan keluar masuk melalui kampung ini.

Kampung di tepi Sungai Pahang ini telah lama ditinggalkan. Penduduknya telah berpindah ke serata tempat mencari penghidupan. Alangkah angkuhnya penghidupan!, kampung yang menyimpan seribu kenangan ditinggalkan bersarang anai-anai...


Kisah Pak Lang Cha

Pak Saudara ku telah berpindah ke kampung berdekatan dan beralih kerjaya. dari Penoreh Getah tegar ke IKS. Pasangan suami isteri ini menjadi Pengusaha IKS separa berjaya!.

Syarikat IKS, SKT menyediakan dwi-makanan pagi dan petang yang cukup menyelerakan, disediakan secara segera untuk generasi kini yang sentiasa sibuk. Cuma panaskan di oven atau di kuali. Siap untuk dihidangkan. Idea ini diperolehi dari bengkel ke seminar yang telah dihadiri oleh kedua pasangan veteran ini.

Walaupun tinggal di kampung kira-kira 25 km dari T, tidak mematahkan semangat kental untuk bergiat dalam industri pemakanan. "Meninggalkan perkerjaan tradisonal untuk menyambut seruan 'Glokal' Pak Najib, kata mereka selamba sambil tergelak.

Seminar demi seminar, kursus demi kursus yang dianjurkan oleh FAMA, MARA, MARDI, Jabatan Pertanian dan seangkatan dengannya membuka mata memandang jauh ke hadapan. Sedang orang kampung masih tergolong kepada pendapatan pertanian dan kerja kampung, pasangan ini membuat 'turning point' menyambut seruan Pak Najib!... Go Glokal!.

Kini kilang perusahan pemakanannya sudah agak berjaya. Mereka membekalkan produk ke kedai-kedai dan pasaraya di J dan T. Permintaan semakin bertambah dan memerlukan ramai pekerja. Tenaga pekerja seramai 3 orang tidak mencukupi. Tenaga kepakaran untuk menebar roti canai masih kurang begitu juga pembuat muffins dan donat kata Mak Lang Limah merungut. Terkadang mereka mendapat tawaran membuat kuih-muih sempena majlis kenduri atau majlis kahwin.

Mak Lang Limah yang jadi pengemudi SSKT sudah berisi badannya. Semasa saya melawatinya 3 tahun lepas, dia kurus cengkong. Mungkin beban kerja dan kekurangan dana peringkat memulakan operasi. Sekarang Mak Lang dah tembam dan kaca-mata semakin membontot. Menjadi mandur saja, meninjau mana yang kurang katanya menerangkan duduknya perkara.

Suaminya, Pak Lang Ca (lewat 60an usianya), bapak saudara saya yang pendiam menuruti semangat kental dan kemahuan isterinya yang nak berIKS itu. Pasangan yang tidak mempunyai zuriat ini tinggal bahagia di cerok kampung yang dipisahkan oleh CSMT (pembinaan jalan air secara tradisonal yang diusahakan oleh arwah ayahnya tahun 60an dipanggil carok untuk mengerakkan air masuk ke tanahnya secara terurus berdekatan Kampung PR (Kenapa Kg. PR?. Kisah Kampung Paya Raja akan disiarkan keluaran akan datang).

"Kenapa nama SSKT tempat kebanyakkan orang keturunan Syed tinggal tak SCMT?, sekurang-kurang mengingati arwah datuk kita yang tabah berusaha membangunkan kampung ini?". "Kan Pak Lang tinggal lama di KKT... sebelum berpindah ke sini", kata bapak saudara saya mempersoalkan. Nama carok tu kurang enak disebut, kata saya memberi soalan tertangguh.


Nostalgia semasa kanak-kanak

Saya pernah tinggal bersamanya selama lebih setahun semasa darjah 5 bersekolah rendah. Inilah faktor menjadi kekuatan untuk merakamkan kisah usahawan ini.

Saya tak sanggup tinggal lama bersama pasangan ini kerana kesunyian melampau. Dan membuat keputusan berpindah ke rumah nenek saya TOK WAH di Kampung Guling Tajau. Pasangan yang pendiam dan kurang aktiviti riadah. Cuma radio (drama Fajar di Bumi Permatalah menjadi hidangan halwa telinga sekeluarga di waktu malam) dan piring hitam yang sering mendendangkan lagu D. J. Dave... dunia pancaroba, suka bertemasya oo o oi... , Uji Rashid ...ku ingin selalu disampingmu dan ..pipi pauh dilayang, alis matanya lentik.. nyanyian Hail Amir.

Untuk menonton TV malam minggu saya terpaksa pergi ke rumah Cikgu Seman (bapak saudara bau bacam) kini allahyarham kira-kira 2 km. Balik menonton TV, pulang sekitar jam 12 malam terpaksa melalui rumah tradisonal peninggalan bekas Tok Penghulu (To Aki Bakar, pak saudara juga yang minat pada bunga-bungaan dan pengumpul batu-batu sungai yang aktif) yang dikatakan berpenghuni. Ini cukup menaikkan bulu tengkok seperti dalam siri 'Seram Kelibon' dalam filem di TV3.


Bila cuti penggal persekolahan, anak menantunya balik ke rumah besar ini. Cucunya bernama Nasa (cikgu mengajar di Mentakab), rapat dengan saya (minat EPL, segala bintang bolasepak dia ingat namanya, tetapi kaki bangku). Setiap petang kami bermain Carrom. Maka berkumpulah kenkawan kampung. Perkara yang mencuit hati, ada seorang kawan bernama Syed Borhanuddin yang cepat panas baran bila kalah. Satu hari dia mencabar saya bertumbuk dekat belakang rumah bapak saudara saya konon menunjukkan kejantanannya. "Anta tunggu dekat situ kalau berani, ana datang", katanya marah padam akibat kalah pertandingan carrom. Petang itu tanpa banyak cerita saya datang tetapi batang hidungnya pun tak nampak. (Saya jadi berani kerana bapak saudara bongsu (Allahyakham) mengajar ilmu Silat Rimau dengan mengikat kain menutup mata hanya bersedia mengelak dan membaham bila mendengar bunyi dari pelbagai arah menerpa).

Lagi pun tinggal di dalam kebun getah di Kuala Tekal begitu membinggungkan. Bunyi kerbau memakan rumput, bunyi cengkerik, burung murai, saling berbalas balun. Apabila waktu malam burung tukang (tung... tung... bunyinya, mengikut hikayat burung ini disumpah Nabi Sulaiman kerana tidak pernah menyiapkan kerja yang diamanahkan secara sempurna, burung ini akan berbunyi mengikut rentak yang sama berpanjangan) dan burung hantu pula berdengung.


Mandi bogel di Sungai bersama kawan-kawan sekampung.

Balik dari sekolah, saya menolongnya memesin getah untuk membuat getah keping. Waktu petang selain pergi sekolah berkokorikulum saya mandi di sungai Pahang bersama kenkawan. Selain mandi kami mencari etok (macam kupang) di tengah sungai bila pasir timbul pada musim panas bersama Syed Hamzah (Asp. polis di Terangganu) dan Syed Harun (Allahrakham). Kami juga mencari kijing (warna gelap macam kupang sebesar tapak tangan) di tanah berlumpur di dalam sungai. Dan terkadang meringankan tangan mencari pucuk paku hijau, rebung, pucuk kayu manis atau memancing (jarang dapat ikan, apa saya buat? menghayunkan joran ke sungai - panas hati).

Balik dari sekolah pagi, saya ke sekolah agama pada sebelah petangnya. Seorang ustazah comel berhidung mancung (anak Mualim Syed Seman Arab) lihat cerita Ayat-ayat cinta mengatakan, saya akan menunaikan fardu haji pada usia muda. Ada petanda. Di dahi saya ada tahi lalat besar katanya...

Selain belajar mengaji pada sebelah malam kami kenkawan (dialag Pahang bermakna kawan-kawan) pergi ke masjid. Apa yang kami buat?. Mencelok rokok jemaah yang diletakkan ditepi dinding dan menghabiskan di rumah kosong sambil membaling sarang tebuan!.

Itulah rutin kami. Rupanya kekurangan intraksi membuatkan manusia bosan dan letih minda walaupun hidup sedarhana sedang. Ketika itu umur saya 11 tahun. Kes serupa berlaku kepada bekas model muda berusia 17 tahun Indonesia, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, Manohara Odelia Pinot agaknya...

Kehidupan remaja ditarik membuatkan Mohohara melarikan diri agaknya...
Kemewahan tertolak ke tepi...
http://www.rahsiaperkahwinan.com/2009/06/manohara-odelia-pinot.html

Bernostalgia, kami sekeluarga pergi menonton filem Bobby di Temerloh pada suatu malam. Kebetulan bapak saudara saya ni masih dalam bulan madu. Bila adegen Raj Kapoor berpelukan dengan Dimple Kapadia di atas katli di sebuah banglo...homtoom o bika iho o ja... naluri malu teserlah. Apa yang aku buat? menundukkan kepala ke lantai sedang bapak saudara berpelukan tanpa sepatah ayat... Balik dari Temerloh kami menaiki teksi yang sedang mendendangkan lagu Dahlan Zainuddin... Kisah seorang Biduan... Aku tidak dapat menterjemahkan naluri ketika itu. Aku tekad ingin menjadi penghibur!. Kalau tidak menjadi Pelakon aku menjadi Penulis...

Monday, September 9, 2019

isteri ke 2 di Pattani...




Bagi sebagian kita, Patani mungkin hanya sebuah nostalgia negeri Melayu. Orang yang memperhatikan peta Asia Tenggara sekarang akan mengetahui bahwa sebuah negeri Islam yang dulu berjaya kini telah hilang dan tinggal kenangan. 

Berbeda dengan nasib negeri lainnya seperti Bosnia, Kashmir, Chechnya atau Palestina yang tidak pernah sepi dari pemberitaan. Patani ditakdirkan telah menjadi sebuah negeri yang dilupakan orang, sepi dan tidak naik panggung.

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri di Semenanjung Melayu seperti Malaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka, sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahwa Langkasuka itu terletak di Patani. Kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, mulai dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah.


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Selatan Thailand dan bahagian utara Semenanjung Malaysia, boleh berpadu tenaga untuk mewujudkan persekitaran perniagaan halal antarabangsa yang berdaya maju dalam situasi yang memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak.

Selatan Thailand boleh menjadi sumber bahan asas mentah, manakala negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia boleh menyediakan kemampuan dan kepakaran dalam sektor pembuatan, satu gabungan yang boleh merangsang asas perindustrian yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan halal.

Ini dilihat dalam konteks Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang lebih besar, yang boleh bertindak sebagai pemacu dan pengguna sektor perniagaan halal, disebabkan oleh gabungan besar penduduknya yang beragama Islam.

Dalam konteks ini, pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) Malaysia, yang terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara, boleh menjadi jentera pertumbuhan untuk sektor halal IMT-GT, memandangkan Perlis diperuntukkan sebagai pusat logistik halal dalam NCER.

Ini merupakan gambaran yang diperoleh oleh delegasi Malaysia susulan lawatan muhibah ke Bangkok bagi mengukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor halal.

Dengan membawa pembangunan ekonomi ke kawasan selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam merupakan antara cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatannya ke Thailand sebagai satu daripada cara meningkatkan aktiviti ekonomi di wilayah berkenaan dan dapat mengurangkan ketegangan keselamatan di kawasan berkenaan.

IMT-GT, diwujudkan sebagai rangkaian ekonomi, mengandungi Sumatera Utara dan Acheh di Indonesia; Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak di Malaysia; serta Satun, Narathiwat, Yala, Songkhla dan Pattani di Thailand, dengan jumlah penduduk kira-kira 20.5 juta orang.

Malaysia kini secara agresif mempromosikan dirinya sebagai hab halal dunia, manakala Thailand berminat untuk menjadi hab bagi industri halal daripada segi perkhidmatan seperti hospital, restoran dan pelancongan.


Distinasi bercuti

Kita boleh memecut di jalanraya di Thailand, asalkan tidak membabitkan kemalangan. Semua kenderaan menderum laju, selaju-lajunya... Di sini bebas, tiada banyak papan tanda. Kenderaan pickup disel pelbagai guna sangat popular disebabkan cukai jalan yang murah. Harga petrol disel setiap stesyen berbeza-beza kerana tiada kawalan harga oleh kerajaan. Ini menggalakkan persaingan sihat pengusaha-pengusaha minyak setempat.

Kalau kita memandu dengan kenderaan sendiri jangan lupa membawa salinan kad pendaftaran kenderaan. Beli dahulu insuran 3rd party di Rantau Panjang dengan harga lebih kurang RM30 untuk 9 hari perjalanan di Thailand. Untuk memudahkan kita, dapatkan peta negara Thailand secara percuma di pejabat penerangan pelancung di sempadan. Ini dapat membantu bila memandu nanti.

Yala, Pattani dan Nara adalah destinasi yang sesuai untuk bercuti. Selain melawat saudara-mara, membeli-belah atau bernafsu berkahwin lagi, banyak tempat menarik di sini. Air terjun di hutan belukar dan pantai yang indah bersih. Penginapan calet dan hotel tiga bintang juga disediakan. Penduduknya yang ramah-tamah dan sangat menghormati tetamu.

Di bandar Yala dan Pattani, orang melayu berloghat Kelantan, ramai lelaki berkopiah dan wanitanya bertudung dan berpurdah. Cantik dan bersopan santun kelihatannya bila berbual-bual bersama temannya. Tersentuh perasaaan lelaki bila bertembung dengan gadis-gadis melayu di sini. Comel-comel belaka!. Wanita-wanitanya berkulit halus pauh dilayang, manis dan putih gebu kerana mereka memakan pulut berbanding beras biasa. Itu istimewanya orang di sini.

Dikatakan di Pattani saja terdapat 623 buah masjid. Di Yala dan Narathiwat bilangan masjidnya lebih 500 buah, di wilayah Saturn 350 buah dan di Songkhla terdapat 250 buah masjid. Bermakna lima wilayah Selatan Thai memiliki masjid lebih daripada 2,000 buah.

Bilangan pelajar agama di masjid-masjid seluruh Selatan Thai lebih dari 40,000 pelajar yang dibimbing oleh ribuan sukarelawan. Guru-guru sukarela itu diajar menguasai tulisan rumi untuk kemudiannya mengajar tulisan dan sebutan yang betul dalam bahasa melayu mengikut sebutan di Malaysia. Beruntung sungguh warga Pattani kerana memiliki ribuan sukarelawan dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Agama Islam di Selatan Thai. Pada pemerhatian saya, di Pattani tidak terdapat remaja yang lepak melepak dan berpakaian tidak senonoh jika dibandingkan di tempat kita.

Masjid-masjid sentiasa meriah kerana dikunjungi para-para pendahwah, ulama dan Tok Guru Pondok. Ramai pelajar dari Malaysia mencanai hati dengan ilmu dan belajar dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun. Kos sara hidup sekitar RM70 sebulan memadai untuk setiap pelajar Malaysia mendalami bidang agama di sini.



Gambar hiasan

Gadis Pattani comel

Teman saya berkahwin dengan gadis Pattani yang cantik menawan bak bulan purnama penuh. Setiap dua atau tiga bulan beliau ke Pattani menghantar wang perbelanjaan dan nafkah batin. Isteri keduanya ini tinggal bersama keluarga yang hidup sederhana di Pattani tidak mempersoalkan tindakan suaminya yang jarang pulang kepangkuannya. "Yang penting saraan hidup", kata teman saya selamba. Hidup mereka agak susah dan mahukan perlindungan dan pembelaan. Mencari bakal suami yang dapat meringgankan beban, pilihannya ialah rakyat Malaysia. Jika sekiranya tidak pulang ke Pattani, beliau hanya menghantar wangnya melalui poslaju.

"Menghantar air, untuk bekalan", singkahnya bila memberi komen tentang pemergiannya ke Pattani. Sambungnya nafkah batin perlu diberi selari dengan nafkah zahir dan itu tuntutan agama bila teman-teman mempersendakan tentang lawak sinisnya itu. "Isteri comel, mesti dijenggok, nanti dikebas orang", ujarnya selamba.

Beliau berkata belanja sebanyak RM200 sudah cukup untuk di hantar sebagai perbelanjaan isterinya setiap bulan di Pattani. Kos sara hidup di sana murah dan isterinya tinggal bersama keluarga, jadi beliau tidak risau tentang kehidupan sosialnya.




Raja- Raja Perempuan Pattani yang digambarkan dalam Filem, ‘Queen Of Langkasuka’.
Filem Queen Of Langkasuka dan kaitannya dengan 4 Orang Raja Perempuan Pattani.
..................................

Disurahkan, teman ini berkahwin dua dan isteri keduanya tinggal dengan keluarganya di Pattani. Di Pattani, keluargannya mempunyai sawah bendang dan sedikit kebun buah-buahan cukup sekadar menampung hidup secara sederhana. Menceritakan tentang perkahwinannya dengan gadis Pattani beliau berkata rezaki yang telah dianugerahkan Tuhan. "Melalui kenalan, belanja hangus sekadar RM1000 saja", terangrnya.

Bila cuti terkadang beliau membawa isteri keduanya ke tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur dan menginap di hotel lima bintang. Isterinya dengan wajah bulan penuh, cukup seronok melancong ke Kuala Lumpur. Beliau berkata, tidak sampai hati meninggalkan isterinya yang comel lote, harus dikepit selalu. Isteri pertamanya tidak mengetahui akan perangai suaminya berkahwin dua, jadi segala agendanya tidak dipandang serong. "Selimut tebal kena tukar juga, sekali-sekala...", katanya berjenaka. Dia yang berkerja sebagai wartawan ini sering ke luar negeri dan sentiasa sibuk membuatkan isteri pertamanya tidak menyesaki apa-apa.

Sepupu saya orang Kelantan, seorang Tablih bertugas sebagai guru di Kuala Lumpur juga berkahwin dengan saudaranya di Pattani dan sudah mempunyai seorang anak. Isterinya dibawa menetap di sini dan setiap beberapa bulan pasportnya dicop untuk mengesahkan kerakyatan asingnya. Sepupu saya ini sukar mendapatkan isteri kerana beliau sering keluar mengikut jemaah Tablih ke merata tempat bila musim cuti persekolahan. Ibunya mengambil keputusan mengahwinkan dengan sanak saudaranya di Pattani yang cantik menawan itu. Ini kerana kebanyakkan gadis, tidak begitu enak akan perangai suami yang sering meninggalkan rumah bila cuti persekolahan mengikut ahli tablih berusrah.

Jalan termudah, ibunya berkata eloklah berkahwin dengan orang Pattani yang merelakan suami berpergian untuk jangka masa panjang!. Tetapi yang anehnya bila sudah berkahwin dengan gadis Pattani, anaknya yang masih berpakaian cara Tablih dan berjanggut kambing ini mulai jarang mengikut jemaah Tablih pergi berusrah. Mungkin tidak mahu berpisah dengan isterinya yang cantik, kaki bunting padi itu, selamba ibunya beritahu kepada saya.



"Kalau nak kahwin, bolehlah Mek dapatkan pasangan, kita ke Pattani!", nasihat Mak Saudara, orang Pasir Mas Kelantan yang pernah menjadi Johan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun 1967 itu menawarkan peluang pernikahan serba ringkas dengan sanak saudaranya di Pattani. 

Ramai gadis-gadis camel di sana, raih saja katanya. Soal belanja hangus tidaklah hangus habis ujarnya berlawak. Urusannya senang dan murah sambungnya lagi. Kalau kita tidak mampu melawatnya setiap bulan cukup sekadar tiga atau empat bulan sekali, nasihat emak saudara saya menawarkan pakej pernikahan istimewa, di sana!.


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Disoksekkan oleh Mohd. Sabri email: sabsabsoi@hotmail.com

Tuesday, September 3, 2019

Kisah Seman di NZ...



Ibarat menang RM100.000 dalam siri rancangan TV7 'Deal or No Deal', syarikat tempat Seman bekerja menaja seramai 6 orang berkursus selama 5 minggu ke New Zealand. Dari KLIA mereka mendarat ke Lapangan Terbang Changi dan bertukar penerbangan Air New Zealand ke Auckland yang memakan masa lebih 8 jam. Mereka seramai 6 orang di hantar oleh syarikat penerbitan terbesar di negara ini ke Wanganui Polytechnic School of Design yang bertempat di Wanganui khusus untuk mendalami ilmu rekabentuk grafik.


Kesan gempa buni sekitar 2010



 Bumper jumping terkenal di NZ

 Pemandangan cantik


Bandar raya Auckland

Mereka berenam tiba jam 10 pagi (waktu New Zealand) di Lapangan Terbang Auckland. Kemudiannya mereka akan mengambil pesawat domestik ke Wanganui. Malangnya Seman tidak dapat bersama rakan-rakannya berlepas ke Wanganui pada hari tersebut kerana menurut kakitangan syarikatnya yang menempah tiket pesawat domestik dari Auckland ke Wanganui cuma ada kekosongan 5 tempat sahaja. Ini bermakna Seman terpaksa menginap di Auckland semalaman dan ke Wanganui keesokan harinya.

Memandangkan inilah kali pertama Seman ke luar negara dan ditambah pula dengan skill berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan Seman agak gelabah. "Menyesal aku, mengapa aku kurang berminat belajar bahasa Inggeris dulu?, tanya sendiri. Dalam fikirannya, bagaimana mencari hotel menginap, di mana hendak mencari makanan halal, tambah pula keseorangan boleh jadi bingong dan mati kutu babi dibuatnya.

Setelah rakan-rakannya menaiki pesawat ke Wanganui, Seman terfikir untuk mengambil teksi sahaja ke sana. Tidak sanggup rasanya menunggu seharian di Auckland seorang diri. Di luar lapangan terbang, kelihatan pemandu-pemandu teksi mencari dan menunggu penumpang, lantas Seman menghampiri sebuah teksi yang dimiliki seorang lelaki berbangsa India dan meminta supaya pemandu teksi itu menghantarnya ke Wanganui. Jarak dari Auckland ke Wanganui adalah sekitar 454 km dan mengambil masa sekitar 6 jam memandu. Tambang yang dikenakan pula agak tinggi iaitu sekitar NZ$1000 (RM2600 ketika itu).


Memandangkan jarak yang jauh dan Seman pula baru pertama kali menjejak kaki ke bumi Kiwi ini, pemandu teksi itu mencadangkan agar dia menaiki keretapi sahaja. Di samping kos yang murah sekitar NZ$80 dapat juga dia melihat keindahan New Zealand. Seman setuju dengan cadangan itu dan pada fikirannya lebih baik menggunakan kesempatan itu daripada menunggu keseorangan di Auckland. Setiba di stesen keretapi, pemandu teksi itu menguruskan pembelian tiket sambil menanyakan lokasi stesen keretapi terdekat dengan Wanganui. Setelah diteliti didalam peta, stesen di Marton merupakan stesen terdekat dengan Wanganui.

Sambil menunggu keretapi yang akan bertolak sekitar pukul 6 petang, Seman mengambil keputusan untuk merayau-rayau sekitar bandar Auckland. Suasana tenang serta penduduk Auckland yang murah senyuman dan gemar bertegur-sapa membuatkan Seman merasa selamat. Difahamkan, kejadian jenayah di sini pada paras rendah atau terkawal. Banyak cerok dalam kota itu dikunjungi. Seman menggeladi dari ke kedai gunting ke kedai roti dan ke kedai kraf tangan.

Pengangkutan awam, teksi, bas persiaran, bas mini, kereta sewa banyak kelihatan dan mudah didapati dan serta cepat. Kota yang besar dan moden ini menarik perhatian Seman. Seharian Seman bersendirian berkelana di kota batu ini. Agak ganjil baginya, bagai lembu lepas dari kandang. Seman keluar masuk dari sebuah kedai ke sebuah kedai dan singgah di kedai pakaian untuk membeli sehelai baju tebal kerana tidak tahan dengan kesejukan yang melampau ditambah pula dia dalam keadaan sehelai sepinggang kerana segala beg pakaian telah dibawa oleh rakan-rakannya.

Auckland merangkumi empat bandar iaitu Auckland, Manukau, North Shore dan Waitakere; serta tiga wilayah - Franklin, Rodney dan Papakura. Suhu maksimum 23.7 darjah Calsius bulan Febuari, 14.5 bulan Julai, manakala minimum 2.5. Terdapat kira-kira 36 bangsa yang menjadiwarganegara New Zealand. Kira-kira 50 000 orang Islam terdapat di sini. Di anggarkan lebih kurang 41 juta orang penduduknya.


Art



Sebuah negara yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan alam ciptaanNya; gunung-ganang glasier, sungai dan tasik. Kawasan pergunungan bersalji, bukit-bukau, jeram, lurah dan lembah, sungai, gua, lombong emas, kota bersejarah, kota budaya, ladang buah-buahan, ladang ternakan serta taman bunga. Anda juga boleh mencuba berkayak, berski, lompat bungy, mengembala biri-biri atau bersantai di dek kapal pelayaran. Bagi para pelancong setiap ringgit dibelanjakan tidak merugikan.

Sekitar 6 petang maka bermulalah episod perjalanan Seman dengan menaiki keretapi menuju ke Wanganui. Sambil berdoa agar perjalanan ini tidak membawa sebarang musibah dan mengharapkan dapat melihat keindahan tempat orang. Dalam keretapi Seman berkenalan dengan seorang pemuda Jepun yang pergi ke Paraparaumu di selatan dari Wanganui. Mereka berkenalan dan bersembang. Pemuda Jepun yang sedikit kecewa kerana baru berpisah dengan kekasihnya meluahkan rasa sedihnya kepada Seman. Perbualan mereka diselangseli dengan bahasa tangan dan Inggeris broken, yang penting faham maksud, lawak Seman menceritakan kerenah mereka. Setelah terasa mengantuk, masing-masing mencari kerusi kosong untuk melelapkan mata dalam keretapi itu. Sekitar 4 pagi, Seman dikejutkan oleh pemeriksa tiket yang mengatakan dia telah sampai distinasi yang dituju.

Sebaik sahaja turun di stesen Marton, Seman agak terkejut, kerana tidak menyangka bahawa stesen itu hanyalah sebuah stesen yang kecil. Sangkanya stesen itu seperti stesen keretapi di Gemas, semuanya meleset. Hanya stesen kecil, lampu bertutup, tiada tandas malah seorang manusia pun tidak kelihatan. Dalam suasana yang gelap di tambah cuaca sejuk yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum, Seman mula terasa menyesal kerana mengambil tindakan menaiki keretapi. Fikirnya, kalau dia menginap di hotel dan menunggu pesawat keesokan hari tentu tidurnya lena berselimut tebal beralas tilam yang empuk.

Tidaklah seperti sekarang ini yang terpaksa menahan kesejukan, mujur juga sebelum menaiki keretapi di Auckland dia telah membeli sehelai baju tebal kalau tidak tentu terpaksa menahan kesejukan yang teramat sangat. Sambil menunggu matahari terbit Seman mencari ruang untujk melelapkan mata. Yang ada hanya kerusi papan. Memadailah, janji dapat melelapkan mata fikir Seman. Memandangkan persekitaran yang sejuk, Seman terpaksa tidur dalam keadaan meniarap, ternyata bajunya itu tidak dapat menampung kesejukan cuaca di Marton. Usahkan kesejukan di New Zealand, kesejukan di Genting Highland pun kita tidak tertahan!.

Sekitar jam 5 pagi keadaan sudah cerah dan persekitaran cukup mengagumkan Seman. Dia menunaikan solat subuh dan mengambil wuduk dengan air mineral yang dibelinya di Auckland secara ala kadar, solat duduk sahaja, yang penting solat nasihatnya. Setelah hari mulai cerah, Seman pun melangkah kaki mencari jalan ke Wanganui. Sampai di persimpangan jalan dia terlihat kelibat seorang lelaki berbangsa Inggeris sedang memproses susu lembu. Seman memberanikan diri untuk bertanya arah tuju ke Wanganui dan lelaki berkenaan menyuruh dia menunggu bas di dalam taman perumahan sekitar stesen keretapi tadi.

Seman terpaksa berpatah balik menuju ke kawasan stesen tersebut. Ketika dia menuju ke kawasan tersebut dia ternampak kelibat seorang suri rumah berbangsa Maori sedang membasuh kereta dan dia sekali lagi bertanya arah tuju ke Wanganui dan bagaimana cara dia boleh ke sana, sama ada dengan menaiki teksi ataupun bas. Suri rumah itu menunjukkan tempat yang patut dia menunggu bas iaitu berhampiran sebuah gereja. Seman menuju kawasan itu dan menunggu bas di sana. Setelah 10 minit menunggu kelibat sebuah bas pun tidak kelihatan tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depannya dan mempelawa dia menaiki kereta tersebut. Rupa-rupanya kereta itu milik suri rumah berbangsa Maori yang dijumpainya tadi. Kebetulan suri rumah itu bersama suami dan kakaknya ingin ke pekan berhampiran dan menawarkan diri untuk menghantar Seman ke kawasan pekan Bulls yang lebih mudah mendapatkan bas atau teksi.






Sampai di pekan Bulls, Seman mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut sambil berjabat salam dengan mereka. Satu perkara yang melucukan, bagi kaum Maori budaya mereka berjabat salam disertakan dengan berlaga hidung sambil bertentangan mata. Agak kekok juga untuk berlaga hidung dan bertentang mata dengan mereka tetapi untuk menghormati budaya Maori, Seman terpaksa mengikut cara itu. Setelah turun dari kenderaan, Seman pun menunggu bas, teksi ataupun apa-apa kenderaan yang boleh ditumpanginya.

Hari semakin cerah dan perut sudah mula berkeroncong, mujur juga ada sisa-sisa kebab yang dibelinya di Auckland semalam. Dengan sisa kebab dan sebotol air mineral cukup buat Seman mengalas perut. Lapar bukan bermain di fikirannya lagi, sampai ke Wanganui lebih penting, terang Seman lagi. Bagaimana?, tanya dirinya. Hampir 20 minit menunggu, sebiji bas pun tidak kelihatan. Dia terpandang papan tanda arah ke Wanganui yang tertera jarak dari Pekan Bulls ke Wanganui sekitar 35 km. Seman mencongak, kalau dia berjalan kaki, 7 jam sampailah di ke Wanganui. Bukanlah jauh sangat, barangkali dari Kuala Lumpur ke Kajang saja fikir Seman. Boleh menikmati pemandangan dan menghayati penghidupan orang di sini, fikir Seman lagi.

Lansung dia berjalan kaki menyusuri ladang dan ladang ternak lembu, biri-biri dan llamas (sejenis haiwan seperti unta). Dia ‘menerjah’ ke negara orang tanpa bantuan sesiapa terkadang menimbulkan rasa bangga di hatinya. Di sekelilingnya kelihatan ladang lembu yang diternak sekali dengan babi sangat luas sajuna mata memandang. "Aku seperti berada dalam taman kerana alamnya yang indah dengan bayu segar, langit biru, hamparan padang rumput, pohon dan rimbunan bunga-bungaan", luah Seman menceritakan pengalamannya.

Setelah penat berjalan dari keseronokan menikmati pemandangan, perasaan bertukar kepada ketakutan. Kegembiraan bertukar kepada kepenatan. Kira-kira 5 km Seman sudah merentasi Wanganui. Dia cuba menahan kenderaan yang lalu lalang tetapi satu pun tidak berhenti dan memberi pertolongan. Seman merasa asing di bumi New Zealand. Dia menguatkan semangat dan terus berjalan dan cuba menukar strategi dari menahan kereta kepada menunjuk-nunjukkan duitnya kepada kereta yang lalu-lalang tetapi tidak berkesan. Aku menjerit, meraung dan merayu kepada kereta yang lalu lalang tetapi tidak ada seorang pun yang ingin membantu, luah Seman lagi. "Mereka tidak berhati perut langsung, kalau aku perempuan mungkin kereta berhenti", ujar Seman menenangkan hati. Rasa gundah gulana, pening, rasa nak pitam dan macam-macam perasaan terang Seman lagi mengenangkan nasibnya di perantauan. Seman mendengar, melihat, membau, berjalan dan berkeringat di bumi asing ini. Lama kelamaan langkahnya semakin pelahan dan kecil.





Seman hanya mampu berdoa. Ada perasaan dan gerak hati apabila kedengaran sebuah kereta di belakangnya. Segala kudratnya terasa bagai kehilangan jika kereta ini tidak berhenti, sambung Seman lagi. Sambil berdoa "Ya Allah berhentikanlah kereta ini, aku sudah tidak mampu untuk terus berjalan, Ya Allah!. Berkali-kali Seman melafazkan doa itu. Akhirnya, kereta Mazda 323 berwarna putih itu yang kebetulan macam kereta lama Seman berhenti. Mat Saleh tua menurunkan cermin dan ingin membantu. Doanya terkabul, sepantas kilat Seman masuk ke kereta itu kerana takut Mat Saleh tua itu mengubah niat.

Mat Saleh itu bernama Mc Gregor, terang Seman lagi. Menurut Mc Gregor tiada seorang pun ingin membantu Seman, barangkali kerana rupanya seperti orang pribumi, berkulit agak gelap dan rambut hitam. Sentimen perkauman dan memandang rendah penduduk asal masih terpahat di New Zealand. Lagipun terang Mat Saleh itu orang Maori iaitu penduduk asal, selalu juga membuat kacau dengan majoriti kaum kulit putih. Selepas September 11, orang memandang negatif pada orang kulit berwarna, terang Mat Saleh itu lagi. Mc Gregor menghantar Seman sehingga ke Wanganui. Rasa bersyukur, doa dimakbulkan kerana tidak banyak ranjau duri dilalui. Seman menberitahu, dia tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berzikir menginggatiNya.Terfikir Seman, kerana tidak tinggal sembahyang dan zikir walau apa keadaan memberi pedoman dan menyelamatkannya. "Inilah petua dan rencahnya", Seman menceritakan.

Seman sampai di Wangaui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Uncle Mc Gregor. Bandar Wanganui agak besar dan Seman agak keliru mencari tempat penginapan rakan-rakanya. Dia terserempak dengan seorang lelaki Maori dan memintanya menunjukkan jalan berhampiran ke motel tempat penginapan rakan-rakannya. Kia Ora bermaksud selamat datang sambil bergesel hidung sebagai tanda salam bagi kaum Maori. Sekali lagi Seman terpaksa berlaga hidung dengan Maori berkulit sawo matang yang montel itu.

Seman terus ke motel dan bertanya penyambut tetamu. Kebetulan di lapangan terbang Changi di Singapura bersama teman-temannya, Seman ternampak risalah tentang motel Appolo tempat penginapan mereka. Nasib baiklah memori aku kuat, kalau tidak Lone Rangerlah aku lagi.

Perasaan gembira bercampur-baur, terang Seman lagi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana selamat, ucap Seman berkali-kali. Setelah memanggil kelima-lima rakannya turun dan berjumpa dengan Seman yang kepenatan itu, mereka berpelukan dan menggangap Seman seorang hero kampung yang glokal.


Catatan dari Rizalnor@gmail.com