ads

Monday, September 30, 2019

Angkara kumbang Ambrosia, kesenian terserlah...


Kayuma Industry menghasilkan barangan berkualiti. Lihat gambar ini, kerusi meja dihasilkan dari kayu balau dan cengal yang sungguh unik dan tersendiri. Kukuh dan manatap untuk beberapa generasi.


Hujung minggu lalu, balik ke Mentakab. Merancang melawat kampung di Kuala Tekal tempat pilihan raya kecil baru-baru ini untuk melihat sisa-sisa sejarah. Berkebetulan calon pilihan raya, Ibra, kawan pelaris semasa kanak-kanak di kampung dulu.

Sampai di Jalan Sonsang hati tergerak untuk singgah di Kayuma Industry bagi meninjau barangan kayu. 'Nak buat gona, usia udah meningkat minat dah bertukar...'. Kebetulan empunya syarikat tercegat bersama pembantunya dan menyambut saya dengan senyum melempah.

Kami bersembang berjela-jela panjang kerana keramahannya. Orangnya sedahana, berbadan gempal dan rambut disikat rapi disebak ke belakang. "Kawan orang berniaga, awok orang surat khabar ... tolong promote kan barangan kayu ni...", kata En. Mat meluah rasa. Riak muka ceria melambangkan succes dalam perniagaan. Langkah pertama, saya akan war-warkan dalam http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/ yang sudah counter 11 juta pelanggan dan facebook, kata saya bersahaja. Keseronokkan terpancar diwajahnya.

Melihat gelagat En. Mat yang cepat mesra dan berrfikiran tajam yang telah mengubah cita-rasa pembuatan hasil kayu kepada hasil kreatif pembuatan. Saya menjangka perniagaannya akan berkembang. Sebagai contoh, kita tidak menghasilkan jenis meja yang stereotype begitu juga perabut. Citarasa sudah berubah, katanya berulang-kali. Orang akan memandang sesuatu objet itu solid dan tidak menggunakan banyak ruang. Contohnya meja kayu cengal yang menggunakan 8 bangku dan bangku itu boleh disimpan di bawah meja. Meja itu menggunakan kayu cengal berlubang berseni hasil mamahan kumbang dari species ambrosia. Meja itu pula dilapis oleh cermin tebal dan memantul cahaya dan menampakkan ciri-ciri tersendiri. Cukup classic dan terserlah. Pembuatannya juga tidak menggunakan paku hanya skru dan pasak atau taji. Manakala almari hiasan juga dari kayu cengal mamahan kumbang ambrosia dihias cermin besar kayu cengal juga...

Pelbagai barangan dihasilkan mengikut cita rasa rakyat Malaysia dan telah dimodenkan setanding barangan perabut IKEA. Bezanya Kayuma tidak terhad kepada penghasilan meja kerusi  dan perabut. Kayuma menghasilkan Gazebo, Pangola, anjung atau porch, katil, pintu, ukiran hisan dan mimbar untuk masjid.


Meja cengal memuatkan lapan bangku. Manakala meja dilapik kaca tebal bagi menunjolkan lubang berseni unik hasil mamahan kumbang ambrosia. Dihiasi ukiran kayu berseni terbonjol di dinding. Almari kayu cengal dikesampingkan. Nampak compak dan kemas, sesuai untuk apartment atau rumah moden, kata En. Mat.

"Tak kan tak ndak guna kayu cengal berseni akibat mamahan kumbang ambrosia semasa pokok itu masih hidup lagi?. Lain dari product lain? Kawan beli kayu ni dari kilang pembalak. Kita guna balik dan paktri mengikut design. Selain itu En. Mat membeli papan selipar landasan keretapi yang tamat tempoh. Seterusnya En. Mat menunjukkan contoh-contoh yang dihasilkan dari kayu cengal berlubang mamahan kumbang ambrosia. Selain cengal, kayu merbau, balau dan kayu merawan digunakannya.


Dato' Rais begitu teruja dengan idea yang dipersembahkan oleh empunya Kayuma Industry ini. Menurut En. Mat, meja kayu cengal mamahan kumbang ambrosia diborongnya tanpa bertawar-harga lagi.

Manakala harga mengikut saiz dan penggunaan kayu-kayan. Harga dari RM2 ribu hingga mencecah RM70 ribu. En. Mat berterima kasih kepada Dato Rais Yatim kerana memberi ruang untuk mempamerkan barangan di Kraftangan di Jalan Conlay. Sambutan cukup mengalakkan kerana kami mempunyai sentuhan berbeza dari product lain. Kini kami mula dikenali dan permintaan semakin bertambah, kata En. Mat bangga. Pekerja mahir masih tidak mencukupi...


Semasa pameran Kraftangan di Conlay. Kayu cengal hiasan berbentuk botal pelbagai saiz dipamerkan. "Mulanya koi seriau gak sambutan orang ramai, takut mereka mengeji... tapi terbalik, mereka terpegun dan teruja...", cerita En. Mat bangga.

Menyentuh sejarah penubuhan syarikatnya, En. Mat berbangga kerana tidak membuat pinjaman bank. Modal sekitar RM5,000 saja. Mula-mula beli mesin dan ketam kayu, operasi di Peragap belakang rumah..., kata En Mat ketawa mengenangkan sejarah permulaannya. En Mat sentiasa teringatkan pesan ayahnya, "Jangan cuba berhutang'. Itulah menjadi azimat buatnya sehingga maju hingga ke tahap ini.

Bagi anak kampung berkelulusan dalam bidang Wood Technology dari UITM tahun '86 - '90 ini, sebelum berjaya ke tahap sekarang pelbagai kerja dilakukannya. Berusia 44 tahun dan berasal dari jengka 13. Kini menetap di kampung Peragap, Kerdau bersama keluarga dan mempunyai 5 orang anak. Bagi memimba pengalaman dia pernah kerja di kilang papan. Setelah benar-benar yakin dia memulakan dari kecil-kecilan dulu. Kini pemintaan makin bertambah hari demi hari dan kebanyakannya dari sekitar Lembah Klang. Dan memerlukan banyak jenis kayu dan stok simpanan.


Pagola. Hiasan seni taman dan sebagainya, menggunakan kayu cengal atau balau yang sudah dilubangi kumbang species ambrosia. Harga bergantung pada saiz sekitar RM4 ribu hingga ke RM13 ribu.

Mengimbas kenangan, En Mat telah memajak rumah kuarter JKR sebanyak 30 biji di Chenor yang bakal dirobohkan berharga RM17 ribu beberapa tahun lalu. Selain itu En. Mat juga membeli rumah-rumah lama yang akan dirobohkan. Dari hasil kayu-kayu terpilih itulah digunakan untuk mereka-cipta kerusi meja dan menunaikan tempahan pelanggan. "Kayu-kayunya elok belaka, rumah lama... kayu keras..., kata En Mat sambil memegang kayu hiasan berbentuk botol yang unik.


Gazebo, pelbagai saiz ditawarkan...
Bagi mengelakkan kesilapan, gezebo itu akan dipasang atau didirikan di kilangnya dahulu sebelum dihantar kepada pelanggan. Harga bergantung kepada saiz sekitar RM7 ribu hingga ke RM70 ribu.

Katanya lagi, dia mempunyai 3 buah rumah bagi menyimpan kayu-kayan dan bilik pemeran di kampung. Kampung Peragap tidak begitu jauh kira-kira 15 minit dari Sonsang dan memudahkan En. Mat mengendalikan perniagaannya.

"Berniaga ni seperti kita sedang menaiki tangga... naik sampai ditengah-tengah tangga ada orang terus berhenti ada yang tergeloceh jatuh dan ada merasa selesa... sebenarnya kita perlu naik terus dan sentiasa bersedia menungkah arus..., kata En. Mat berfalsafah. Orang kita merasa selesa bila sudah berada di tengah-tengah tangga, sebenarnya salah. Mereka harus terus menaiki tangga itu ke peringkat tinggi, tambah En. Mat menasihati.


"Kalau awok balik kampung singgah la kat Peragap, kita sembang-sembang buat 'pedo'oh' (cakap Pahang bermakna cerita yang belum tentu benar)..." celah En Mat mempelawa kerana melihat gelagat saya yang sering melihat jam.


Santai bersama En. Mat di kerusi kayu merawan. Kerusi ini masih mengekalkan saiz asal kayu tanpa diketam atau dipotong. Ini menambahkan keunikan kerusi ini dan sangat sesuai diletakkan di beranda atau taman. Manakala di belakang saya, ukiran kayu berbentuk daun lebar menyerlahkan gaya tersendiri, berbeza dari konsep Bali.  

Perbualan kami sekitar 30 minit cukup berbaloi kerana mulanya bercadang untuk singgah sebentar saja disebabkan hendak berangkat ke kampung mengambll barang antik peninggalan. En. Mat juga sibuk melayan panggilan dihp... Dan sebelum berpergian, En. Mat menghadiahkan cenderahati kayu berbentuk botol yang telah dimamah kumbang ambrosia yang berseni... "Kalau nak beli barangan kayu, contact le... kita kira harga orang Pahang!".


Beralamat:
Kayuma Industry
Lot. 626, Kampung Bukit Batu Sonsang, 28000 Temerloh, Pahang
h/p: 6019-989 0468
email: kayuma_industry@yahoo.com
blogger: kayumaindustry.blogspot.com

No comments: