ads

Tuesday, August 5, 2008

Membaca Pergerakan Iklan


Misalnya untuk katagori TV ditayangkan ke screen, iklan berbudget rendah pemenangnya dari agensi JC advertisng, Manhattan. Barangan Yard Fitness Center bertajuk "Coverage". Iklan ini memaparkan seorang lelaki segak telanjang bulat bermain bola keranjang berjaya menjaringkan bola tanpa tentangan kerana ia berbogel dan pemain lain seram sejuk mendekatinya kerana semua pemain memakai pakaian...

........................................................

Ogos 2002, saya ke Eropah, khususnya London untuk menghadiri International Advertising Awards yang ke 17.

Setelah melewati penerbangan panjang yang membosankan, banyak kali digegari awan dan memalui "bendulan" - bumpy. Bagaimanapun, hanya ketika mendarat di bandaran Fuiminco, Itali, saya terkejut kerana hujan salji.

Selesai urusan imgrasen, saya kemudian pergi ke kota Rom dengan minda terbuka menggunakan kereta api. Saya menaiki bas mengelilingi kota Rom dengan belajar daripada peta. Kota Rom memang indah, saya melawat Menara Condong di Pisa. Menikmati keenakan piza asli dan sebagainya. Seharian sampai jam 5 petang saya mengunjungi Roman Forum, Imperial Forum, Colosseum (tempat orang main Gladiator), St. Peter's dan Vatican City. Saya agak lama di Colosseum sambil mencoba membayangkan para gladiator sedang bertarung. Di sini, saya melihat sebuah masa lalu di Itali yang megah dan didirikan atas dasar kekuatan otot. Pertandingan antara gladiator menunjukkan betapa mereka mengagungkan kekuatan otot mereka itu di masa silam.

Senja menjelang, matahari terbenam, saya mengambil angin di Spanish Step dan kemudian menyusri jalan kecil menuju Trevi de Fontana (Air Terjun Trevi). Ada suatu mitos di air terjun ini, kalau kita melemparkan mata wang dan berharap balik lagi ke Rom, suatu waktu nanti kita akan kembali. Tanpa bermaksud untuk percaya pada mitos ini, saya mencampakkan coin ke dasarnya...



Esok harinya, dengan menggunakan kereta api saya ke kota Milan. Di Milan, saya mengunjungi Muzium Science dan Technology, Loenardo da Vinci. Banyak hasil karya Leonardo di bidang science dan teknologi. Kita mengatahui minda Leonardo yang bukan hanya seorang seniman dengan hasil Monalisa, tetapi juga seorang ilmuwan besar. Dia dikatakan sentiasa memperbaiki ciptaannya dan tidak mudah putus asa. Mencipta dan terus mencipta. Leonardo juga pakar dalam bidang reka cipta penerbangan dan alat perang.

Dari Milan terus ke Paris. Saya menaiki kereta api bawah laut - The Channel Tunnel - yang di buka pada tahun 1994 dengan tambang $50 dollar ke London. Dalam suasana suhu sepuluh darjah selsius, cuaca yang mengigit, saya ke kota London bertujuan menghadiri International Advertising Awards dan mengitari London bersama kenalan di sana.

Barbara Levy, presiden London International Advertising Awards berkata, "This collection of the year's most creative international advertising reflects what a truly global community you are - and is proof that talent and inspiration freely cross traditional boundaries. London International Advertising Awards (LIAA) is amongst the most prestigious awards in industry". Tahun ini saja seramai 140 katagori pemenang dalam enam media iaitu tv dan radio, wayang, outdoor, print, pembungkusan dan interactive media. Banyak negara menyertainya termasuk Malaysia.

Yasmin Ahmad, pengarah kreatif dari Syarikat Pengiklanan Leo Burnett, Malaysia menjadi juri hakim kepada katagori Outdoor, Print, Radio dan Televsion. Yasmin Ahmad, penulis iklan yang sarat dengan mesej sosial seperti iklan hari Merdeka tahun 2003 lalu yang mendapat pujian menggunung, terpilih menjadi juri hakim kerana mindanya yang kreatif . "Iklan cerdik dan tak jemu menontonnya", kata orang banyak. Iklan di tangan Yasmin bukan lagi alat melariskan barangan dengan cara yang cukup membosankan. Kita menonton iklan di TV dengan sekelip mata berubah menjadi sesuatu yang menghiburkan.

Misalnya untuk katagori TV ditayangkan ke screen, iklan berbudget rendah pemenangnya dari agensi JC advertisng, Manhattan. Barangan Yard Fitness Center bertajuk "Coverage". Iklan ini memaparkan seorang lelaki segak telanjang bulat bermain bola keranjang berjaya menjaringkan bola tanpa tentangan kerana ia berbogel dan pemain lain seram sejuk mendekatinya kerana semua pemain memakai pakaian. Dalam iklan "Dressed For Dinner" seorang wanita dengan suaminya dijemput pergi makan malam tanpa seurat benang pakaian. Iklan sebegini tidak sesuai dengan cuaca masyarakat kita. Kesimpulan lihat iklan-iklan luar, terlalu bebas, tiada etika sosial dan memperdulikan soal agama.

Pelanggan perlu disajikan kajian psikografik dan demografik khalayak. Selain iklan sebeng (teaser), naluri ingin tahu, Ini dapat membantu menajamkan startegi pemasaran dan meningkatkan kesedaran jenama di pasaran.

Hari ini iklan semakin dewasa dan kadang-kadang kelihatan ganas dan agak sukar dikawal. Perkembangan konsumer memangkin perkembangan iklan. Iklan telah menjadi jambatan emas antara pengeluar dengan pembeli. Tanpa sedar terkadang kita jadi pemangsa iklan. Sekarang iklan-iklan melintasi garis resional tugas awal mereka. Wanita cantik dijadikan mangsa mereka. Penggunaan wanita ini mempunyai nuanes seksual. Mata lelaki atau sesiapa saja tertarik melihat wanita cantik. Kesimpulannya, iklan seperti dedalu, sering menggunakan klise yang wujud dan memperkukuhkan apa yang sudah sedia ada seperti ahli sukan popular dengan satu produk yang hendak dijaja.



......meramas punggung Jennifer Lopez yang montok dan kembang itu, menyelak
pakaian dan meraba peha Marilyn Monroe. Kemudiannya kami pergi Istana Buckingham
melihat upacara pergantian pasukan pengawal keselamatan...

..............................................

Setelah penat berkubang dengan pengiklanan, saya dan teman pergi ke Madame Tussaud muzium di Jalan Marylebone. Kami sempat bergaya dengan Nelson mandela, Salman Khan, meramas punggung Jennifer Lopez yang montok dan kembang itu, menyelak pakaian dan meraba peha Marilyn Monroe. Kemudiannya kami pergi Istana Buckingham melihat upacara pergantian pasukan pengawal keselamatan. Merasai kesejukan dan melihat kebiruan air Sungai Thames. Memberi makan burung merpati di Trafalgar Square. Kami ke Landmarks London Tower Bridge, Old Royal Observatory, Tower of London yang bersejarah dan apa saja di sana.

Kami pergi bersiar-siar dan merasai udara sejuk di taman yang luas di Hyde park dan berdayung sampan di Serpentine Lake. Suasana cukup damai. Ramai orang berehat-rehat sambil minum, baring-baring di padang luas di selangi gelak ketawa. Cuaca sejuk yang nyaman menyempurnakan suasana ini. Pemandangan amat cantik, baik alamnya maupun rumah-rumah sekelilingnya. Di sini manusia tidak menghiraukan keganjilan orang lain, masing-masing dengan dunianya. Tiada yang ingin menyapa kita...!

London seperti New York, kedai-kedai buku bersepah-ruah. Kita boleh saja memilih buku yang "memikat" dan "rare" di mana-mana. Pelbagai buku dijual tanpa sekatan. Kedai buku seperti waterstones di Piccadilly seolah-olah hotel lima bintang. Di dalamnya ada bar, kafe dan lounge, sungguh amat selesa menikmati buku-buku.

Ada rancangan 'picnic khas' atau "City Walks of London" untuk pelancong. Dengan menyertai kumpulan ini kita boleh memilih jalan-jalan dan menghayati jalan yang pernah dilalui orang -orang termasyhur seperti Dickens, Shakespeare, Jack The Ripper dengan bayaran tertentu. Cukup menyeronokan dan dapat mengetahui era mereka. Dengan memiliki buku panduan London For Free dan England on $50 A Day kita dapat menghayati England semurah-murahnya.

Oh iya, kami melewat Soho, Hard Rock cafe di 150 Old Park Lane dan menikmati Double Espresso. Malam tiada penyudahnya. 'Don't You Want Me baby?... Kalau tiada teman berdansa cukup sekadar bersantai di giant plasma screen TV, melihat aksi sukan dan video pop yang menghidangkan aksi-aksi terbaru artist tersohor.

Orang-orang di sini nampaknya amat berkira-kira tentang masa. Mereka berkerja hanya lima hari saja seminggu. Dua hari cuti bisannya dihabiskan dengan bersiar-siar atau bermalas-malas. Qualiti of life, lebih diutamakan. Ada yang berkata secara sinis, kerana orang British terlalu berkira-kira tentang masa, orang Pakistan banyak "menguasai" perniagaaan kecil di London...


A thing of beauty is a joy for ever - John Keats


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


1 comment:

Syukree Hussain said...

hello,

sorry lambat jawab.

Jika mahu baca dan komen artikel Saudara Hishamudin Rais, dimana beliau akan membaca komen saudara,

saudara boleh berbuat demikian di laman web malaysia-today.net .

artikel belum juga disiarkan di malaysiakini.com versi BM.

Juga dapatkan Suara Keadilan, artikel beliau ada di sana.