ads

Thursday, December 22, 2011

Hidup tidak adil, terima seadanya...

Kita perlu menghargai diri kita sendiri kerana kita adalah mahkluk ciptaanNya yang sangat hebat. Kita diberikan akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan sebaiknya. Hargailah nikmat akal dan tubuh yang kita miliki. Gunakalah ia supaya dapat memberi kebaikan kepada diri kita sendiri dan juga orang lain.

Penuh semangat bersama Dr. Ranjit Singh Malhi, ketika di seminarnya.

Kualiti bermula dan berakhir dengan individu. Orang yang berkualiti menghasilkan kerja berkualiti.
- Ranjit Singh Malhi

Sebanyak mana pun motivasi adalah mustahil selagi harga diri seorang tidak dipertingkat.
- Charles E. Kessock

Kualiti peribadi adalah tunjang kualiti organisasi.
 - Ranjit Singh Malhi

Orang menganal pasti keperluan pelanggan. Orang melaksanakan penambah-baikan berterusan. Orang menyebabkan sesuatu berlaku. - Daniel T. Seymour

Harga diri ialah teras bagi tiap - tiap orang, pusat dari mana semua daya kreatif, motivasi dan kerja yang produktif berpunca.
  - Will Schutz

Prestasi tinggi yang kekal dan tulen bermula daripada keputusan dalaman untuk menjadi cemerlang.
  - Charles Garfield

Saya akan bayar lebih untuk kebolehan menangani orang daripada mana - mana kebolehan yang lain.

 - John D . Rockefeller 

Lebih banyak kerjaya telah jahanam akibat perhubungan manusia yang buruk berbanding dengan kekurangan keupayaan teknikal.
  - Elwood N . Chapman

Berbanggalah dengan apa yang anda lakukan. Kerja anda membayangkan diri anda secara langsung. 
 - Denis Waitley & Deni L . Witt 

Perbezaan antara kerja dengan permainan adalah sikap. Kerja, dilakukan dengan sempurna, adalah permainan. - Gerald G . May

Hanya ada satu ceruk dalam alam semesta ini yang pasti anda dapat memperbaik; dan ceruk itu ialah diri anda. 
 - Gautama Buddha

The sky is the limit. Give your best. Aim high.
 - Dr. Ranjit Singh Malhi, Ph.D. menulis di muka 2 ketika menghadiahkan buku Mempertingkatkan Kualiti Peribadi - Menjana diri untuk mencapai prestasi unggul di tempat kerja.

TENTANG PENGARANG

Ranjit Singh Malhi, Ph.D. merupakan seorang konsultan pengurusan yang terkenal di peringkat antarabangsa , penceramah yang berwibawa, pengarang yang prolifik dan kolumnis yang popular. Dr Ranjit ialah Pengarah Urusan dan Konsultan Utama TQM Consultants Sdn. Bhd. dan Self - Esteem Seminars Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan Presiden Malaysian Association for Self - Esteem and Peak Performance (MASEPP) dan Timbalan Presiden International Council for Self - Esteem.

Dr.Ranjit ialah pengarang buku - buku laris Enhancing Self - Esteem: Reengineering Yourself for Success in the New Millennium dan Enhancing Managerial Performance: Empowering Yourself to Become a High Performance Manager. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 100 artikel tentang Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Pembangunan Organisasi dan Pembangunan Diri, di samping menjadi kolumnis bagi akhbar The Sun dan Utusan Malaysia.

Ini kisah benar, Abang Singh memulakan bicara... untuk mencapai kejayaan jangan beralasan, teruskan usaha. Seterusnya Abang Singh menterjemahkan ayat Al Quran mengenai mengharagai diri kita sendiri. Ketentuan nasib. Tuhan tidak akan mengubah satu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

Bagaimana mencapai sukses? Pernahkah anda membina tembok diri anda sendiri dan berkata "Aku tidak mungkin melakukan itu"?. Tidakkah suara kecil itu juga yang selalu merintangi tujuan anda, dan membawa berdozen-dozen alasan bahwa ini dan itu adalah mustahil?.

Keterbatasan yang anda miliki memang meminta anda untuk membatasi diri. Tetapi keputusan tetap di tangan anda...

Relakah anda dipenjara oleh keterbatasan? Tentu tidak. Bayangkan apa yang dapat anda capai bila anda 100% mendukung diri anda sendiri.

Berhenti berkhayal, dan mulailah kehidupan cemerlang.

 If you are not for your seft, who will be. - Hellel seorang Yahudi.

If not now, when?

The first secret of success is self-trust - RW Eme



Sejak 1990, Dr.Ranjit telah mengendalikan lebih daripada 500 program latihan dalam bidang pengurusan dan pembangunan diri. Antara klien korporatnya ialah Nestle, Mayban, Bank Negara Malaysia, Malaysian National Reinsurance, HP Sales Malaysia, Universiti Utara Malaysia; Universiti Kebangsaan Malaysia, Sime Singapore, Kementerian Pembangunan, Brunei Darus Salam, Galfar Engineering & Contracting LLC, Oman dan Bahrain Petroleum Company.

Dr. Ranjit memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Syracuse University, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dalam bidang Gelagat Organisasi daripada Warnborough University, United Kingdom.
 

Enhancing Personal Quality oleh Dr. Ranjit Singh Malhi dari TQM Consultants Sdn. Bhd. dalam seminarnya yang berlangsung pada Nov 2, 2011. email: ranjit@tqm.com.my www.tqm.com.my

Saturday, November 12, 2011

Gaddafi, Hiroshito, Stalin dan Junaid Al-Baghdadi... Bagaimana akhir usianya?

  
Sisi hitam Gaddafi

Kisah kematian Gaddafi masih misteri. Bagaimanapun, keperibadian tokoh itu dianggap lebih eksentrik.

The Green Book memperlihatkan perjuangan Gaddafi sebagai seorang pemimpin Islam, tetapi retorik keagamaan yang dibawa Gaddafi sukar dibendung kerana sifat penyalah-gunaan kuasa, kekejaman, mengumpul kemewahan dan sebagainya diperkatakan selepas kematiannya.

Kemuncak kepada kemarahan rakyat ialah apabila pada saat rakyatnya hidup dalam kemiskinan kerana kadar pengangguran yang tinggi, Gaddafi didapati memiliki harta berjumlah AS$60 bilion (RM182.64 bilion).

Akhirnya, selepas memerintah Libya lebih empat dekad beliau dibunuh oleh rakyatnya sendiri.  "Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk.

Ironi akhir kehidupan Gaddafi, yang penuh dengan anekdot eksentrik dan ironis itu dikenang pemberontak yang sering dicela Qaddafi sebagai "tikus".

"Dia memanggil kita tikus, tapi lihat di mana kami menemukannya," kata seorang pemuda. Gaddafi menggelar pemberontak sebagai 'tikus' namun akhirnya dia yang ditangkap dalam saluran kumbahan yang dipenuh najis dan sampah.

Berita mengejutkan. Muammar Gaddafi (June 1942 – 20 October 2011) yang menggelarkan dirinya "raja bagi segala raja di Afrika" akhirnya tersungkur di kaki para penentangnya. Dia meninggal dunia dengan penuh sengsara. Penuh kesakitan. Penuh keaiban. Ditembak di kepala dan kaki ketika sedang bersembunyi di lubang saluran air. Lagi menyedihkan, terngiang di telinga penentangnya kata-kata terakhir Gaddafi. "Anak, tolong jangan tembak saya", "jangan tembak saya". Namun, ajal sudah menjemputnya ke pangkuan Tuhan.

Kata-kata egonya sebelumnya yang mengelarkan penentangnya sebagai "tikus" dan akan menjejaki penentangnya sehingga ke lubang cacing rupanya memakan diri. Dia sebaliknya yang terbunuh di saluran kumbahan di penuhi najis dan sampah!.

Pemuda 17 Tahun didakwa menembak Muammar Gaddafi. Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya. Terbunuhnya Gaddafi bermakna 42 tahun pemerintahan kuku besi beliau akhirnya runtuh. "Kami mahu melihat anjing ini (Gaddafi)," kata beberapa penduduk setempat.


Begitulah nasib dikatator dunia. Lihatlah di mana-mana. Hebat dan gah semasa berkuasa tapi berakhir penuh sengsara. Saddam Hussein di Iraq - ditangkap, dibicara dan akhirnya terkulai di tali gantung angkara campur tangan AS. Hosni Mubarak di Mesir - terpaksa melepaskan jawatan dan kini menunggu bicara. Ben Ali di Tunisia juga tersingkir akibat pemberontakan rakyatnya. Khabarnya di Negara Yaman, masih kecoh...



Fatwa Yusuf Qardhawi: Bunuh Gaddafi Presiden Libya Yang Kejam!!

"Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Stesen TV Al-Jazeera Dr. Yusuf Al-Qaradawi (gambar kiri ) mewajibkan agar Gaddafi dibunuh dan ianya adalah jihad. Fatwa terbaru beliau ini dikeluarkan rentetan daripada laporan yang menyatakan bahawa Gaddafi melancarkan serangan dengan menggunakan jet pejuang untuk untuk mengebom mereka yang terlibat dalam demontrasi yang berterusan di Libya sekarang.

Kengerian saat nazak


MAHARAJA Hiroshito tenat ketika itu. (29 April 1901 – 7 Januari 1989). Dia terlantar di istana di dampingi dayang bidadari setia patuh melutut menurut perintah. Sehimpunan doktor yang gagah bertungkus-lumus menghentikan pendarahan.

Hiroshito dibayangi mimpi-mimpi ngeri semasa perang dunia kedua tahun 1941. Dialah lambang kuasa dan dibawa telunjuknyalah arahan waktu itu hingga Jepun dapat menguasai sebahagian Asia Tenggara. Akhbar Tabloid London, The Star dan The Sun mengejek dan mencelanya, '' Anak hantu yang kehilangan kuasa .'' Usia 87 dikira terlalu panjang di abad ini.
 Maharaja's Spezial Roadster, Mercedes-Benz 1936

Dan segala macam lagi tajuk berita yang mengeletek ketika itu. Apa pun reaksi dunia, hakikatnya, Maharaja Hiroshito sedang berperang untuk kali kedua tetapi bezanya, kali ini dia berperang seorang diri dan lebih ngeri dari perang dunia kedua. Dia bertarung dalam nazak!.

Jeneral MacArthur dan Maharaja di Ibu Pejabat Am Pihak Berikat 
di Tokyo, 17 September 1945.

Himpunan doktor-doktor yang handal-handal gagal memulihkannya. Layanan ghairah dari dayang bidadari geisha bukanlah kemahuannya lagi. Dia memerlukan bantuan dari kuasa yang lebih besar dan hebat dari itu. Apakah kuasa yang lebih besar dari ini semua?. Dia meraba-raba... Sememangnya manusia mengingati Tuhan bila terdesak dan apabila tiada kuasa lain lagi yang dapat membantunya. Itu sudah lumrah. Kuasa, pangkat dan kemewahan tertolak ke tepi. Tiada ertinya lagi selain dari bagaimana untuk terus bernafas!. Bernyawa...

SVETLINA: Saat nazak bapaku adalah tragedi yang paling berat.


Lenin dan Stalin, ketua parti komunis Russia, bertahun-tahun dihantui mimpi-mimpi sadis, menjerit-jerit dan sentiasa ternampak lembaga besar mendera dan mencekek leher. Siapa? ''Adakah kuasa besar selainaku... kita?'', tanya Stalin pada pengawalnya dalam saat nazak dan bertarung dalam maut. Sahut pengawal, ''Tuanlah yang besar...'' (18 December 1878 – 5 March 1953). Sambil menundukkan kepala dan sopan. Stalin mengetip mulut dan cuba berkata tetapi suaranya tersekat-sekat, sukar ditaksir.

Oh...Tuhan...''. Seru Stalin menyebut nama Tuhan walaupun perkataan itu terlalu asing dan bertentangan dengan prinsip fahaman. Stalin mula menyedari tiada kuasa lain lagi yang dapat membantunya. Politbiro Parti Komunis Russia terperanjat mengapa ketuanya ''man of steel'' yang memerintah selama 24 tahun itu menyebut nama Tuhan.

Anatoni Rybakov

Novel ciptaan Anatoni Rybakov bertajuk Children of the Arbat (Stalin Era) mendedahkan detik-detik kematian Stalin seperti yang diceritakan oleh anak perempuannya, Svetlina Illiyuva. Kata anak Stalin ''Kematian bapaku adalah satu tragedi yang berat. Itulah pertama kalinya aku melihat seorang manusia menghadapi saat-saat mati''. Tuhan tidak menjadikan maut itu mudah kecuali kepada golongan yang beriman kepada-Nya. Cucuran darah sebelah dalam mengalir sedikit demi sedikit ke saki-baki otak. Oleh kerana jantung bapaku kuat, cucuran itu menyerang secara beransur-ansur ke pusat pernafasan dan berakhir dengan kelemasan. Pernafasannya mula cepat dan cepat. Dalam tempoh dua belas jam terakhir , bapaku terbayang tanda-tanda ketakutan, dan ia mengecut, kedua bibirnya menghitam dan raut wajahnya terus kelihatan ganjil dan asing sekali.


Dua jam terakhir merupakan kelemasan lambat-lambat dan kenazakan yang menakutkan. Bapaku lemas dengan darahnya di depan mata kami. Di saat nazak berada di kemuncaknya, dia membuka matanya dengan tiba-tiba dan memandang kepada semua yang berada di sekeliling dengan pandangan yang menakutkan; pandangan seorang yang hilang akal atau pandangan marah yang penuh ketakutan terhadap maut dan ketakutan terhadap wajah-wajah asing para doktor yang tunduk kepadanya. Pandangan itu merayap ke seluruh orang yang ada di situ. Sesaat kemudian berlaku sesuatu yang mengerikan dan tidak dimengerti, sesuatu yang tidak aku lupakan seumur hidup dan tidak akan fahami sehingga ke hari ini. Bapaku dengan tiba-tiba mengangkat tangan kirinya seolah-olah menunjuk kepada sesuatu di atasnya, kemudian menjatuhkannya semula ke sebelahnya seolah-olah ia memurkai kami semua. Itu adalah sesuatu isyarat ancaman tetapi tiada seorang pun yang dapat menentukan kepada siapa atau kepada apa ditujukan pandangannya.

Stalin dan Lenin

Kenapa Stalin mengangkat kedua tangannya menunjuk ke atas?. Tentunya dia diperlihatkan dengan pengetahuan yang yakin semasa nazak itu. Dia mula mengaku terhadap wujudnya Allah secara yakin dan menjatuhkan tangan ke sebelahnya seolah-olah memurkai mereka semua. Stalin menyesal terhadap masa lampaunya. Dia menyedari dia sudah terlambat. Maut sudah menunggunya. Usia 73 tahun saja buat 'Son of iron' ini.

Wira penulis sejarah Soviet (Anatoli Ryabakov) ini didatangi surat yang berlambak dari seluruh dunia yang mencelanya kerana menceritakan kisah itu khasnya dari pembaca fahaman komunis. Apa komennya? ''Saya tidak punya waktu membaca kisah ini. Tugas saya menulis. Tugas anda membaca.''

Ketua Komunis Russia berfahaman sosialism

Sememangnya tidak dapat dinafikan betapa dahsyat dan pedih seksaan saat nazak. Jikalau azab derita nazak itu boleh diletakkan di atas bukit, nescaya hancur luluhlah bukit itu akibat hebat dan dahsyatnya menanggung azab ini. Sejarah telah membuktikan. Kenyataan-kenyataan dari Al-Quran telah memperlihatkan bahawa seksaan waktu nazak ini berbeza sekali antara yang kufur dan yang tidak beragama dengan yang tidak beriman kepada Allah. Begitu juga yang kuat pegangan dengan yang rapuh imannya. Pada hakikatnya, seksaan dan kesusahan pada waktu nazak ini berbeza mengikut iman individu itu.

Bagi manusia yang beriman kepada Allah, saat-saat kritikal di waktu nazak ini, syaitan dan iblis sentiasa menanti kesempatan untuk memesongkan hati supaya kufur kepada Allah dengan pelbagai tipu muslihat. Walau bagaimanapun tipu muslihat ini akan dapat di atasi dengan keteguhan iman insan itu sendiri dan sejauh mana mujahadahnya kepada Allah.

Ketakutan

Bala tentera syaitan membujuk rayu si nazak

Imam Al- Ghazali di dalam kitabnya, mengatakan iblis memerintahkan bala tenteranya (syaitan), supaya mendatangi manusia yang berhadapan sakartimaut (perpisahan antara roh dengan tubuh). Syaitan itu datang menyerupai orang yang dikasihi, sama ada sudah tiada atau sebagainya, duduk di sebelah kanan dan sebelah kiri sambil mengusap-usap dan mengelus kepala si nazak seakan simpati. Katanya,"Mungkin engkau sebentar lagi akan mati. Kami telah mengalaminya terlebih dahulu . Kami merasa bahawa mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Eloklah engkau mati begitu.

Cara begini mudah dan tidak sulit, tangan syaitan itu memegang semangkuk air sirap susu yang enak dan segenggam emas berlian. Kalau kita menerima pemberian itu bermakna nerakalah tempat kita: Mati dalam suul Khatimah (mati dalam kafir) Imam Abu Hanifah r.a mendedahkan kepada orang-orang Islam: "Kebanyakan sesuatu yang merosak iman seorang hamba adalah waktu nazak". Makhluk halus syaitan datang dan membujuk rayu,sentiasa menggoda serta mebisikkan segala macam kejahatan, mengajak kepada kerosakan dan kebinasaan, pertengkaran dan permusuhan, mengajak melawan dan  menentang serta memerangi Allah serta ajaranNya. Memancing supaya menjadi kufur dan melepaskan iman. Rayuannya begitu ampuh.


Kebanyakan sesuatu yang merosak iman seorang hamba adalah waktu nazak

Pejalanan

Kisah Abu Zakaria diriwayatkan ketika nazak memalingkan mukanya dan tidak memperdulikan sahabat disisinya. Tiba-tiba Abu Zakaria memekik, ''Tidak!!, aku tidak akan mengucapkan ...'' Isteri, sanak-saudara dan rakan taulan terperanjat dengan laungan itu.

Setelah beliau sedar kembali dan bertanya sama ada temannya ada berkata sesuatu, sahabat berkata apabila ia cuba membaca kalimat thayyibat, dia (si Abu Zakaria) berpaling ke arah lain sebanyak tiga kali dan tidak menghiraukannya.

Abu Zakaria berkata ''Iblis mendatangi aku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku dan menghala-hala kepadaku. Ia berkata kepadaku : Apakah kau perlukan air? Maka saya jawab : Ya ... memang ...'' Lalu Iblis berkata : Katakanlah bahawa Isa adalah anak Allah. Saya memalingkan darinya. Iblis itu mendatangiku lagi dari bahagian kakiku memperlawaku dan memujuk rayu sebanyak tiga kali. ''Katakanlah, tiada Tuhan ...'' Kata Iblis itu. Tapi aku tidak mengatakan. Puas dia cuba memperdayakanku hingga akhirnya dia tewas. Lantas secara spontan iblis itu membeliakkan mata dan membantingkan mangkuk berisi air itu, lalu lari...

Saya tetap menolak ajakan iblis dan terus membaca: Asyhadu Anlaa ilaha illallah waasyadu anna Muhammadan Abduhu wa rasuluh.


''Sejak pertemuan pertama, saya sudah tahu engkau siapa", Junid Al-Baghdad

Kisah Junaid Al-Baghdad dengan tipu daya iblis sering disurahkan. Tetapi iblis tetap tidak dapat memperdayakannya walau apa jalan sekalipun. Akhirnya iblis berjumpa Junaid mohon berhenti. Katanya, ''Sayalah iblis. Saya mencari kelalaian tuan selama ini tetapi tidak berhasil". Jawab Junaid selamba, ''Sejak pertemuan pertama, saya sudah tahu engkau siapa. Tetapi permintaan mu mengkhidmati saya dengan sukarela, saya terima untuk menghukum engkau sendiri. ''Iblis keluar dari rumahnya dengan perasaan hina dina sekali.

Itulah Junaid, raja Tasauf di zamannya yang mempunyai Iman yang kental: Wiridnya setiap malam, sembahyangnya tiga ratus rakaat, membaca tiga puluh ribu tasbih, puasa terus-menerus setiap hari, sentiasa menangis takutkan Allah hingga cengkung kelopak matanya dan sujud dari awal malam sampai awal siang.


Pembantaian Sharon terhadap rakyat Palestine.

Kini Ariel Sharon yang berusia 81 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun. Wallahualam...


Junaid Al-Baghdadi seorang ulama sufi yang sangat disegani di zamannya hingga kini pernah didatangi iblis untuk cuba mengugat imannya. Iblis menyamar menjadi khadam. Ia diterima oleh Junaid.

Di saat nazaknya, sahabat berada di sebelah terkejut melihat cahaya gilang-gemilang menyinari wajahnya. Lalu sahabat mengajarnya talkin ''La ilaaha illaallah''. Junaid berkata: '' Demi Allah, saya tidak pernah melupakan sejak lidah saya tahu berkata.'' Kemudian terjadilah sesuatu yang dahsyat, roh Junaid naik ke langit mengadap Tuhan dan di sekitar ruang kamarnya berdengung suara tanpa dimengerti menyebut kalimah tauhid. Terang-benderang, indah sekali.

Demikianlah perjuangan ibadat para ulama besar kita. Mereka karam tenggelam dalam menyintai dan mengingati Allah. Seorang sahabat bertanya. ''Bilakah penyakit jiwa mendapati ubatnya?''  ''Manakala tuan melawan hawa nafsu.'' Dan itulah pegangan pertama ahli sufi untuk menuju menara menyintai Allah.

Persemadian
 Firman Allah Surah Al-Imran : 185
" Tiap-tiap yang benyawa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu.”

Firman Allah Surah Qaaf : 22
" Kami membuka (menyingkap) daripadamu tutup (yang menutupi) pemandangan kamu selama ini, lalu kamu dapat melihat dengan jelas pada hari itu (hari ketika hampir dekat kematian atau waktu nazak).


"Selari dengan itu ialah apa yang dikatakan oleh Saidina Umar Ibnul Khattab; (Ehya Ulumuddin)
" Kamu hadirilah kepada orang yang hampir mati dan ingatlah, ketika itu mereka dapat melihat perkara yang ghaib yang kamu tidak dapat melihatnya."

NOTA KAKI: Dari buku Ilmu Tasauf karya Hj. Zainal Ariffin Abbas, Pedoman Mati oleh H. M Arsyad Talib Lubis, Children of the Arbat karya Anatoli dan Tanya Rybakoy, Alam Kubur oleh M Ali Chasan Umar dan Hari Akhirat karya Abdul Razak Naufal. Artikal ini pernah disiarkan di buletin DBKL sekitar 90an sebelum diubah-suai - Penulis.

Saturday, October 8, 2011

SJ - Innovator Numero Uno

SJ berkemeja T hitam jenama St. Criox dan berseluar jeans 
Levi's dan kasut berjenama New Balance saiz 14.

Fans say "iSad"

Steven Paul "Steve" Jobs (SJ) (1955 – 2011), seorang usahawan dan pencipta berbangsa AS. Beliau pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc.

Tahun 1976, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula, dan lain-lain, mereka, membangunkan dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II.

 Penemuan awal, Macintosh berdisket yang klasik.

Pada awal 1984, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antara muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh 128k.

Tahun 1984,
Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan.

Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke Apple yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011.

Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucasfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios.


Pada 2001 dan seterusnya, memperkenalkan ipod, iTunes, iPhone dan iPad.

Pada 2011 kerana kesihatan merosot, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai CEO Apple digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.

Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun.

Jobs bersama Ronald Wayne dan Steve Wozniak ketika melancarkan Apple II.

Kehidupan awal
Anak luar nikah ini dilahirkan di di San Francisco, AS, merupakan anak kepada pasangan Joanne Simpson dan Abdulfattah John Jandali berketurunan Arab Syria. Jobs dibesarkan oleh keluarga angkat, Paul dan Clara Jobs di Silicon Valley, AS. Ia sebuah kawasan yang dikelilingi ladang aprikot.

Jobs belajar di Sekolah Menengah Cupertino dan kemudiannya di Sekolah Tinggi Homestead di Cupertino, California, dan seringnya menyertai syarahan-syarahan selepas waktu sekolah di Syarikat Hewlett-Packard di Palo Alto, California. Tidak lama kemudian, beliau diupah oleh Steve Wozniak sebagai pekerja musim panas. Pada tahun 1972, Jobs tamat sekolah tingginya dan mendaftarkan masuk ke Kolej Reed di Portland, Oregon. Walaupun beliau tercicir selepas hanya satu semester, beliau masih meneruskan kelas-kelas audit seperti seni khat di Reed. "Jika saya tidak meneruskan kursus tunggal itu semasa di kolej, Mac tidak akan mempunyai berbagai-bagai muka taip atau fon teruang mengikut kadar," beliau berkata.

Tahun 1974, Jobs kembali ke California dan mula menyertai perjumpaan-perjumpaan Kelab Komputer Homebrew dengan Steve Wozniak. Beliau bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang untuk permainan video yang popular, dengan tujuan utama untuk menyimpan wang yang mencukupi supaya dapat ke India untuk mencari ketenangan rohaniah.

Jobs kemudian mengembara secara menumpang ke seluruh India dan Jepun bersama-sama Daniel Kottke, kawannya daripada Kolej Reed (yang kemudiannya menjadi pekerja Apple yang pertama), untuk mencari kesedaran falsafah. Jobs kemudian kembali ke pekerjaannya di Atari dan ditugasi untuk mencipta sebuah papan litar untuk permainan Breakout.

 Macintosh 128k.

Permulaan Apple Computer 
Apabila Jobs yang ketika itu berumur 21 tahun melihat komputer yang direka oleh Wozniak untuk kegunaan diri, beliau meyakinkan Wozniak untuk membantunya dan mereka memulakan sebuah syarikat untuk memasarkan komputer. Syarikat Apple Company diasaskan sebagai sebuah perkongsian pada 1 April 1976. Walaupun tujuan permulaan mereka adalah hanya untuk menjual papan litar bercetak, Jobs and Wozniak akhirnya mencipta sekumpulan komputer siap pasang dan dengan itu, menyertai perniagaan komputer peribadi. Apple I, komputer peribadi pertama yang Jobs dan Wozniak memperkenalkan dijual pada harga AS$666.66, suatu nombor yang dicadangkan oleh Wozniak kerana beliau suka akan digit yang berulang Apple II, pengganti untuk komputer pertama, diperkenalkan pada tahun berikut.



iMac (1998) Bondi Blue colour akudah punya...

Senarai tahun pengeluar komputer ,


Apple 1 – Apple’s First Product (1976)
Macintosh 128K – The First Macintosh (1984)
Macintosh Plus (1986)
Macintosh XL (1985)
Macintosh II (1987)
Macintosh SE (1987)
Macintosh Portable (1989)
Macintosh LC “The Pizza Box Series” (1990s)
Macintosh Quadra (1991)
Powerbook “First Mac Laptop” (1991)
Macintosh Color Classic (1993)
Power Mac (1994)
Twentieth Anniversary Macintosh “TAM” (1997)
iMac (1998)
iBook (1999)
G4 Cube (2001)
iMac, 2002

Komputer kedua ini mencapai suatu kejayaan yang unggul dan menyebabkan Apple menjadi satu pemain yang utama dalam industri komputer peribadi yang baru muncul (nascent). Pada bulan Disember 1980, dengan Tawaran Awam Permulaan (IPO) yang amat berjaya, Apple Computer menjadi sebuah perbadanan yang didagang secara awam, dan menyebabkan Jobs menjadi seorang jutawan.



Apple 1 – Apple’s First Product (1976)
“Nama Apple cukup ringkas dan simbolik. Ia sentiasa mengingatkan saya pada memori memetik buah epal pada musim panas,” jelas Jobs yang memperoleh modal perniagaan sebanyak AS$1,300 (RM3,963) iaitu hasil daripada menjual microbus iaitu salah satu komponen komputer, manakala Woz menjual kalkulator.
Ketika Apple terus berkembang, syarikat itu mula mencari seorang eksekutif yang berpengalaman untuk membantu menguruskan perkembangannya. Pada tahun 1983, Jobs memikat John Sculley untuk meletakkan jawatannya di Pepsi-Cola untuk menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Apple dengan cabaran, "Adakah anda hendak menghabiskan seumur hidup anda dengan menjual air gula, atau anda hendak suatu peluang untuk mengubah dunia?".

Tahun 1984, Jobs yang penuh beremosi memperkenalkan Apple Macintosh kepada wildly enthusiastic audience; Andy Hertzfeld memerihalkan the scene as "pandemonium". Macintosh menjadi komputer antara muka pengguna grafik yang pertama yang mencapai kejayaan komersil, walaupun ia amat dipengaruhi oleh Xerox PARC. Pembangunan Mac dimulakan oleh Jef Raskin, dan akhirnya diambil alih oleh Jobs.

 
IMac

Sedangkan Jobs merupakan seorang persuasive and charismatic evangelist bagi syarikat Apple, sesetengah pekerja pada zaman itu memerihalkannya sebagai seorang pengurus yang tidak menentu dan tempestuous. Suatu industry-wide sales slump menjelang akhir tahun 1984 menyebabkan deterioration dalam hubungan working relationship Jobs dengan Sculley, dan pada akhir bulan Mei 1985 – menyusuli suatu power struggle dalaman dan pengumuman significant layoffs – Sculley menyingkirkan Jobs daripada tanggungjawabnya sebagai ketua bahagian Macintosh.

NeXT
Pada tahun 1986, apabila Jobs mendapati bahawa beliau di ketepikan oleh syarikat yang diasaskanya, beliau menjual semua kecuali satu sahamnya dalam syarikat Apple. Pada sekitar masa itu, beliau mengasaskan lagi sebuah syarikat komputer, NeXT Computer. Seperti Apple Lisa, stesen kerja NeXT adalah maju dari segi teknologi, tetapi komputer itu tidak pernah berupaya memasuki aliran utama, khususnya kerana harganya yang mahal. Bagaimanapun, antara mereka yang mampu membelinya, stesen kerja NeXT menarik pengikut yang kuat kerana kekuatan tekniknya, terutama antaranya adalah sistem pembangunan perisian berorientasi objeknya. Jobs memasarkan produk-produk NeXT kepada bidang-bidang saintifik dan akademik kerana teknologi-teknologi inovatif dan uji kajinya yang baru (seperti inti Mach, cip pemproses isyarat digital, dan port Ethernet terbina).


 
 Jobs bersama Steve Wozniak memasang peranti komputer.

NeXTcube ditonjolkan oleh Jobs sebagai sebuah komputer "interpersonal" yang beliau percaya merupakan langkah yang menyusuli pengkomputeran "peribadi". Menurut beliau, jika komputer berupaya membenarkan orang-orang berkomunikasi dan bekerjasama dengan cara yang mudah, ia akan mengatasi banyak masalah yang dihadapai oleh komputer "peribadi". Jobs telah dikritik kerana tidak memasukkan ciri-ciri perangkaian terbina dalam Macintosh yang asal (menggelarnya "tali pusat ke syarikat"), dan beliau berazam tidak akan mengulangi kesilapannya. Pada zaman ketika e-mel merupakan teks mudah kepada kebanyakan orang, Jobs gemar menunjukkan NeXTMail, sistem e-mel NeXT, sebagai salah satu contoh falsafah "interpersonal"-nya. NeXTMail merupakan salah satu e-mel yang awal untuk mendukung audio dan grafik yang jelas secara sejagat, boleh diklik terbenam.
Jobs mengendalikan NeXT dengan ketaksuban kepada kesempurnaan estetik, ini terbukti dengan benda-benda seperti bekas magnesium NeXTcube. Ini mengakibatkan tekanan yang ketara pada bahagian perkakasan NeXT dan pada tahun 1993 selepas hanya menjual 50,000 buah mesin, NeXT beralih sepenuhnya kepada pembangunan perisian dengan penerbitan NeXTSTEP/Intel.

 
SJ sekitar tahun 80an bersama komputer Macintoch.

Teknologi NeXT memainkan peranan utama dalam memangkinkan tiga peristiwa yang tidak berkait:
    ▪    Jaringan Sejagat: Tim Berners-Lee mengembangkan sistem Jaringan Sejagat yang asal di CERN dengan stesen kerja NeXT. Ketegasan Jobs bahawa orang biasa harus berupaya menulis atur cara penggunaan "mission-critical" terlanggan merupakan asas Interface Builder yang dipergunakan oleh Berners-Lee untuk berbuat demikian dengan penulisan atur cara "WorldWideWeb 1.0"-nya.
    ▪    Komputer NeXT dipergunakan dalam pembangunan permainan komputer Doom.
    ▪    Kepulangan Apple Computer. Kebergantungan Apple kepada perisian kuno dan kesilapan pengurusan dalaman, khususnya ketakupayaannya untuk menerbitkan suatu penaiktarafan sistem pengendalian yang utama, mengakibatkannya hanya hampir mengalami kemuflisan pada awal hingga pertengahan dekad 1990-an. Pendirian Jobs yang maju mengenai terlalu mengharap Unix yang dianggap sebagai terlalu bercita-cita tinggi dan agak ketinggalan pada dekad 1980-an, tetapi pilihannya akhirnya menjadi suatu asas yang kukuh dan boleh dikembangkan untuk sebuah sistem pengendalian. Apple kemudian memperoleh perisian itu dan di bawah pimpinan Jobs, mengalami suatu zaman pembaharuan.



Kembali ke Apple
Pada tahun 1996, Apple membeli NeXT pada harga AS$402 juta, dan mengembalikan Jobs kepada syarikat yang diasaskannya. Pada tahun 1997, beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Apple yang interim selepas para pengarah lembaga lost confidence in dan ousted then-CEO Gil Amelio dalam sebuah boardroom coup. Pada bulan Mac 1998, supaya dapat menumpukan usaha Apple kepada returning to profitability, Jobs dengan segeranya menamatkan sebilangan projek sepertiNewton, Cyberdog, dan OpenDoc. Pada bulan-bulan yang berikut, banyak pekerja mengembangkan ketakutan untuk berhadapan dengan Jobs ketika menaiki lif kerana "bahawa mereka tidak akan mempunyai pekerjaan lagi apabila pintu lif dibuka". Realitinya adalah bahawa summary executions Job adalah jarang, tetapi sebilangan mangsa adalah mencukupi untuk terrorize seluruh syarikat.  Amalan itu kemudian dikenali sebagai "diStevekan" ("getting Steved").

Dengan pembelian NeXT, kebanyakan daripada teknologi syarikat digunakan dalam produk-produk Apple, khususnya NeXTSTEP, yang berkembang menjadi Mac OS X. Di bawah bimbingan Jobs, jualan syarikat naik dengan ketara dengan pengenalan iMac dan produk-produk lain yang baru; sejak dari masa itu, reka-reka bentuk yang menarik serta penjenamaan yang berkuasa telah memberikan kejayaan yang unggul kepada Apple. Dalam Expo Macworld 2000, Jobs menggugurkan modifier "interim" daripada jawatannya di Apple dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang tetap, suatu jawatan yang masih dipegang oleh beliau pada hari ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, syarikat Apple telah branched out. Dengan pengenalan pemain musik mudah alih iPod, perisian muzik digitial iTunes, dan iTunes Store, syarikat itu sedang making forays ke dalam bidang elektronik pengguna dan pengedaran muzik. Apple baru-baru sahaja menyertai perniagaan telefon bimbit dengan pengenalan iPhone, suatu telefon bimbit paparan berbilang sentuh, iPod, dan peranti internet. iPad dan Pixer menyusur kemudiannya...

 Mac OS X

Sementara merangsang inovasi, Jobs juga mengingati pekerja-pekerjanya bahawa "seniman-seniman yang sebenar menghantar", Apa yang dimaksudkan dengan pernyataan itu adalah bahawa penghantaran working produk pada tepat masa adalah sama penting dengan inovasi dan reka bentuk yang menarik.

Jobs bekerja di Apple pada gaji tahunan sebanyak AS$1juta, dan ini menyebabkannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness sebagai "Ketua Pegawai Eksekutif dengan Gaji Yang Terendah". Dalam ucapan keynote 2000 Ekspo Macworld di San Francisco, syarikat itu menggugurkan perkataan "interim" daripada nama jawatannya, dan menyebabkannya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif yang kekal. Gajinya di Apple masih dikekalkan pada AS$1juta setahun secara rasmi walaupun secara tradisi, beliua telah menerima sebilangan "hadiah eksekutif" yang lumayan,termasuk sebuah jet yang berharga AS$48 juta (RM26.5 billion).


  iPhone menjadi 'fobia' masyarakat dunia.

Fenomena
Buktinya, kemunculan telefon pintar iPhone pada empat tahun lalu telah mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, permintaan dan pembelian terhadap telefon itu amat menggalakkan sehingga mengatasi jualan produk telefon lain.
“Walaupun bukan mudah untuk mencipta telefon pintar ini tetapi, Apple sentiasa berusaha melakukan yang terbaik. Prinsip utama sebelum mencipta produk saya elak bertanyakan kehendak pengguna sebaliknya, lebih cenderung menghasilkan sesuatu bermanfaat untuk masa depan,” terang Jobs dalam satu temu bual.

''Kebijaksanaan, minat dan tenaga Jobs merupakan sumber inovasi yang memperkayakan kehidupan".

Meninggal Dunia
Apple telah melaporkan bahawa kematian Steve Jobs selepas beliau bergelut dengan penyakit akibat kanser pankreas sejak sekian lama. Pada hari kematiannya, laman web Apple telah memetik "Apple telah kehilangan seorang yang genius dan dunia telah hilang lelaki yang luar biasa. Kami bertuah berkerja bersama beliau, seorang mentor yang berinspirasi tinggi. Semoga semangat beliau kekal bersama Apple"."

Lembaga pengarah Apple ketika mengumumkan kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) itu dalam satu kenyataan ringkas berkata: “Kami amat sedih untuk mengumumkan kematian Steve Jobs. Kepintaran, kesungguhan dan tenaga Jobs adalah sumber inovasi tidak terkira yang memperkaya dan memperbaiki kehidupan kita. Dunia lebih baik kerana Steve.”

“Mungkin tiada kata-kata lebih hebat untuk bercakap mengenai kejayaan Jobs berbanding hakikat dunia mendengar kematiannya menerusi alat yang dicipta.” 


“Dia mengubah cara setiap kita melihat dunia,”

Aku dan Steve Jobs
Tahun 1980, aku sudah mula mengenali Steve Jobs. Tahun 1986 aku bekerja di majalah Alam Wanita sebagai grafik artis. Ketika itu penggunaan komputer amat terhad. Proses menyiapkan layout dibuat secara menual dan urusan setting dan pemilihan fonts dibuat setelah mengambil kira saiz ruang rekabentuk dan diberikan kepada pihak ketiga. Teringat aku segala tajuk/heading diproses dipanggil compo-setting menggunakan teknologi IBM. Sistem IBM, keybordnya yang keras dan berbunyi apabila ditaip dan fontsnya boleh ditukar secara menual. Mesin taip masih menggunakan ribben hitam.

Tahun 1995, Macintosh128k Classic dan scanner untuk freelance.

Menjejak ke alam advertising, designer atau art director akan menelifon membuat setting  dan memesan jenis-jenis fonts. Semuanya secara manual. Kalau fonts tiada atau saiz salah terpaksa traces out, figure up atau photostat dan menampal semula. Urusan setting terpaksa dihantar ke luar dan memakan banyak masa untuk menyiapkan sesuatu projeck seperti flayer, browser, ads atau buku.

Tahun 1987 aku di BPM dikira bertuah, impian menggunakan hasil kreatif Steve Jobs termakbul. Perisian sistem MAC sudah menggantikan IBM. Alangkah bahagianya aku ketika itu. Aku sudah mengenali softwere Page Maker dan Painbrush. Aku bersungguh-sungguh mempertahankan APPLE dan Steve Jobs berbanding Bill Gates - William Henry "Bill" Gates III (born October 28, 1955 -) dengan sistem PC Microsoft Windowsnya. Dan berpeluang menghadiri khusus dihotel, berkenaan pengendalian benda Macintosh ini. Bagi aku, berbanding PC, paparan di screennya seribukali mudah dikendalikan. Scanner masih di kira benda baru ketika itu. Tetapi urusan illustrasi dan grafik masih secara memual... Tahun berikutnya softwere illustrator, photoshop dan kini adobe indesign CS5 dan adobe bridge CS5.1 muncul...

Sesuatu yang menjadi kenangan, semasa mula bekerja pada Ogos 1989  di syarikat penerbitan besar di negara ini, Macintosh128k hanya sebutir. Boleh ditunjuk susuk yang berani memegangnya. Ketika itu urusan setting semua dibuat secara manual dan dihantar ke bahagian lain. Oleh kerana proses  memakan banyak masa aku menggunakan Mac... orang terbelalak!. "Eh, gona cara gunanya?".

Tahun 1999, iMac kesayangan kini disimpan untuk dibuat tukon...

Tahun 90an aku sudah mempunyai Macintosh128k, dan tahun 2000 iMac OS Tiger. Ini memudahkan kerja freelance. Dan sekarang MacBook Pro Intel Core 2 Duo... iPhone4 kasi anak menggunakan kerana pelbagai gadget...  ipad... tunggu...



TQ - Jobs - Ikon Teknologi Moden

''Apple kehilangan seorang genius dan dunia pula kehilangan seorang manusia yang mengagumkan,''
 


“Dunia telah kehilangan insan yang sarat dengan visi dan kreativiti,

Tuesday, October 4, 2011

Syukur, diberiNya Tempo...


Bah besar tahun '71, rumah bertiang tinggi 10 kaki naik air...

Rumah Mak Long Salmah  (Mak Saudara) di Kampung Benom banyak menyimpan kenangan semasa kecil. Di belakang rumah ini terbentang Sungai Pahang dan di hulu kelihatan Gunung Tahan. Di sinilah kami sering mandi bersama sepupu.

Bertimbun kenangan yang sukar dilupakan, yang pahit... ianya akan kekal sepanjang hayat!.

Tahun 1971 ketika banjir besar melanda, rumah yang kami diami di Kampung Paya Raja. (Kisah Kampung Paya Raja disurahkan... Lihat cerita di bawah).

Masih tak lekang diingatan, ketika banjir besar membadai. Ketika hujan rintik, aku sedang belajar berenang ditemani abang di bawah rumah besar bertiang tinggi yang ampuh. Ketika itu aku berumur 7 tahun dan hampir lemas... Satu cahaya dari atas kelihatan dan bunyi sayup-sayup ditelinga. Aku terasa  berada di dunia asing ketika itu. Aku terus cuba mengerakkan tangan berkayuh dan kaki memukul air. Akhirnya aku selamat... Syukur!.


Kenangan kereta Prelude warna merah...
Tragedi kemalangan kereta bersama Sh Ali dan John di Taman Kosas September 1997.  

Sebetulnya aku bersama adik, John pergi ke Taman Kosas untuk melihat pejabat yang ingin disewakan oleh seorang untuk kami membuat kerja advertising. Selepas melawat pejabat itu kami menjemput sepupu di apartment berdekatan, untuk makan malam. Semasa melalui persimpangan menghantar sepupu pulang kereta kami dilanggar.

Aku tercampak keluar kereta melalui cermin belakang yang pecah akibat hentakkan kuat. Akibatnya kepala dan perutku luka. Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan luka usus dan kepala merebak dapat dikawal.

John patah tulang rangka kiri akibat terhentak streng kereta prealudenya manakala sepupuku Sheikh Ali patah tulang bahu akibat tercampak dari depan ke kedudukan belakang kereta Honda Prelude merah bersun-roof itu. Nasib baik bersun-roof...


CT Scan, sedikit sebanyak merosakkan sel-sel tubuh.

Jab, abang kandungku datang sekitar jam 4 pagi ke GH. Beliau berkata aku acapkali memegang kepala yang berdarah. Doktor menyesurkan di CT Scan. Dan disurahkan aku sering meletakkan tangan di perut walaupun separuh sedar. Doktor mendapatkan pengesahkan bertulis dari abang sekiranya apa-apa berlaku kemudian hari. Lalu doktor membedah kira-kira sejengkal di tengah-tengah perut . Parutnya masih kekal dan menjadi ingatan. 


Susulan rawatan yang masih dianetdot, doktor bertanya bolehkah aku kentut? Aku tergelak, rupaya itu sebahagian dari rawatan...

Ramai rakan taulan melawat dan ada yang menangis melihat keadaan aku. Mukaku bengkak dan sukar dikenali. Hingga kini kesayuanku memuncak bila mengenangkan tragedi itu.... Syukur, aku selamat.


Tahun 2004 aku berulang alik ke Tawakal berjumpa Dr. Hisham. 

Gall bladder atau pundi hempedu aku mengandungi batu karang atau gallstone. Pembedahan laparoskopik kolesistektomi terpaksa dilakukan bagi membuang pembentukan daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.

Tetapi kes aku berbeza kerana pernah dibedah tanun 1997. Alasannya menyukarkan  pembedahan laparoskopik kolesistektomi lalu doktor membuat pembedahan sekali lagi di tempat sama diperut. Syukur, aku selamat.

Kini tahun 2011 aku berjumpa Dr. Shatar untuk membuat Angiogram. 

Ini kerana dibahagian dada aku merasa kurang selesa. Semacam ada angin yang bergerak-gerak, Nasib tidak PCI - percutaneous cononary intervention kerana arteri tidak tersumbat dan dibuka atau dipintas menggunakan alat khas dikenali 'sten' atau dikenali angioplasti bagi membolehkan darah mengalir ke jantung.

Angiogram yang mengayatkan. Urat ditangan dimasukkan wayer dan kemera
digantung di atas dada bagi melihat pergerakkan wayar di urat dada. Manakala
monitor di gantung di kiri bagi melihat sama ada saluran darah atau arteri tersumbat.
Jika tersumbat akan dimasukkan wayer di pangkal peha terus ke dada bagi melakukan 
angioplasti untuk membolehkan darah mengalir semula ke jantung dengan lancar.

Sebelum itu Dr. Shatar mencadangkan, CT-Scan atau xray tetapi aku memikirkan ini bukan jalan terbaik. Angiogram terbaik... Selesai angiogarphy doktor mendapati aku bebas dari penyakit jantung. Gall bladder yang telah dibuang mengakibatkan angin sekitar usus perut bergerak ke bahagian ke atas. Punca angin di bahagian dada adalah disebabkan gestrik. Syukur, aku selamat.

Tregedi yang menyayat hati gara-gara jeti diserang 
pengunjung yang ingin melawat Penang...

Sekitar Julai 1988 aku terselamat dari bencana jambatan runtuh di Feri Pulau Pinang yang mengorbankan 32 orang dan ramai tercedera. 

Tragidi berlaku sekitar jam 4.40 petang. Pada tarikh 3 Julai itu, Pulau Pinang menjadi tumpuan khususnya masyarakat Cina dan penganut Kristian bagi meraikan dua perayaan besar yang kebetulan jatuh serentak.

Sewaktu itu aku berkerja di Bank Pertanian Malaysia di bahagian Perhubungan Awam. Aku sering ditugaskan out-station bagi mengendalikan urusan pameran dan perancangan gerai pameran. Sewaktu itu ada pameran Kementerian Pertanian di Seberang Perai. Setelah usai tugas keesok harinya aku bercadang ke Pulau Pinang menaiki feri. Tetapi membatalkan niat dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

Meskipun ia bukan cuti umum, perayaan Kwan Yin di Georgetown dan Festival St. Anne di Bukit Mertajam yang cuma disambut sekali dalam puluhan tahun itu bertambah meriah apabila dirayakan pada hari minggu.

Ribuan pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut hadir termasuk rakyat tempatan dari seluruh negara.

Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown adalah dengan menaiki feri.

Kehadiran pengunjung yang mahu ke Pulau Pinang dianggarkan lebih 10,000 orang memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan pangkalan dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu pangkalan turut ditutup tetapi jumlah orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka yang datang berduyun-duyun.

Malang tidak berbau. Pelantar jeti setinggi lima meter yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Ribuan penumpang tergelongsor jatuh ke dalam laut manakala tiang dan kayu binaan berat menghempap jasad mereka. Sebanyak 32 nyawa tumpas manakala kira-kira 1,700 orang lagi cedera. 

Syukur, aku terselamat....DiBeriNya kesempetan... Amin!.  Nukilan Emkl.


(Kisah asal disurahkan... Pembesar yang menobatkan dirinya Raja berebut kuasa menjadi Tuanku memerintah negeri (Asal menjadi raja adalah pengaruh dan keturunan). Sebuah kerajaan, raja yang melarikan diri dari pergaduhan berebut kuasa dengan pembesar kanannya lalu membina penempatan di kampung ini. Raja itu membangunkan sawah padi yang terbentang sekitar 20 ekar. Disurahkan pengikutnya sedikit demi sedikit menghilangkan diri dan pengaruhnya semakin terhakis lalu akhir cerita 'kepupusan'. 


Masih diingatan... ketika kami kecil, aku sering terjumpa serpihan pinggan mangkok tembikar raja di sekitar paya itu. Kini tinggal sawah bendang menjadi saksi terkadang kering kontang terkadang banjir kilat. Sawah bendang @ paya telah dibina pengaliran air oleh Datuk saya dan dipanggil Caruk Mat Tahir satu ketika dulu. Tanah berdekatan paya itu telah ditanami bunga pudin pelbagai warna dan pokok buah-buahan telah terbiar dan kini bakal menjadi Tanah Kubur terbesar di daerah itu tidak lama lagi).

.............................

Footnote:

Gallstone
A gallstone is a crystalline concretion formed within the gallbladder by accretion of bile components. These calculi are formed in the gallbladder, but may pass distally into other parts of the biliary tract such as the cystic duct, common bile duct, pancreatic duct, or the ampulla of Vater.
Presence of gallstones in the gallbladder may lead to acute cholecystitis, an inflammatory condition characterized by retention of bile in the gallbladder and often secondary infection by intestinal microorganisms, predominantly Escherichia coli and Bacteroides species. Presence of gallstones in other parts of the biliary tract can cause obstruction of the bile ducts, which can lead to serious conditions such as ascending cholangitis or pancreatitis. Either of these two conditions can be life-threatening, and are therefore considered to be medical emergencies.

Angiogram
An angiogram is an X-ray test done to take pictures of the blood flow in an artery or vein. During the test, you lie on a table and a dye is injected into a blood vessel in the groin or elbow. A special camera takes pictures of the dye as it moves through the blood vessels.
In this picture, the radiologist uses monitors and table controls to position the person before an angiogram. The large C-arm can turn to take X-ray pictures from many different angles.

Angiography
What is angiography?
Angiography is usually one imaging to visualize blood vessels required for this substance in contrast, to circulate around them, allowing the observation of their shape, thickness, layout and permeability. An angiogram angiography but is actually done on the network of vessels of the fundus (retina) and a special dye called fluorescein substance (red-orange).

Why use a fluorescent substance?
This type does not use X-ray angiography as the other angiography, because the image is photographed directly by the fluorescence light and the substance used by the network of vessels of the retina is the only part of the circulatory tree we can see directly. Why not require radiation to penetrate into the body, such as X-rays or other.

Monday, September 12, 2011

Kenangan berhari raya di zaman kanak-kanak

Sebuah Sketsa



Pejam celik pejam celik sudah sampai pertengahan Syawal. Sungguh pantas masa berlalu.

Nasib baik raya kali ini jatuh hari Ahad, dapatlah pulang beraya dengan hati yang lapang kerana jalanraya tidaklah begitu sesak. Tapi bila dikenang-kenang dan fikir-fikirkan balik, rasanya Hari Raya di Malaysia semakin lama makin kurang uummmnya!. Dah tak happening macam masa kecik-kecik dahulu. I dono why?. Mungkin faktor veteren, jadi dah makin hilang auranya.

Aku nak mengimbau dan mengajak kita mengenang kembali Hari Raya zaman kanak-kanak dulu. Zaman dulu raya memang best!. Meriah tak terkata. Antara benda-benda best masa raya dulu yang kami buat ialah:-



1. Aku dan Abg. Jab serta sepupu (Atan, Mat Robort, Lee, Abek) di rumah Atan di kampung Benom bermain meriam buluh menggunakan karbait yang dibakar dengan minyak tanah. Di hujung mariam buluh diletakkan bekas tin susu. Bila dibakar, tin susu terbang akibat tekanan. Meriam dihalakan ke pokok mangga yang buahnya hampir ranum. Sesiapa yang tepat sasaran dan dapat menjatuhkan buah mangga akan dihadiahkan mercun batik warna merah yang 'power'. Selalunya bukan buah yang gugur sebalikkan daun mangga berleraian!.



2. Main mercun roket merah berwarna batik dan menghala ke jalan raya. Sepupu sorang pergi tunggu tepi jalan tengok ada kereta datang ke tak. Kalau ada kitorang bajet-bajet dengan sumbu mercun tue then bakar. Berdentum mercun roket tue kat tepi kereta. Siap ada kereta berhenti terus membelek-belek tayar... ingat tayar kereta meletup!.

3. Kes Mat Robort, sepupuku memang haru. Peristiwa ini belaku ketika bulan puasa sewaktu (Atan, Lee dan Abek) merancang menangkap ikan menggunakan mercun di isi dalam botol dan karbait di sungai Pahang. "Ini experiment baru, kata Atan. Orang lain tak berani melakukan missi itu dan menyerahkan tugas kepada Mat Robort yang hero. Akibatnya dia terkena serpihan kaca dari botol yang dimasukkan mercun batik serta karbait. Mercun itu meletup sebelum dicampakkan ke sungai. Akibatnya serata badan berdaram dan berdarah kaca terlekat langsung dihantar ke hospital Mentakab. Itulah sejarah yang masih terpahat...

Disurahkan Mat Robort sepupuku yang dicintai telah dibebaskan mahkamah dari dakwaan kesalahan menjual mercun power tahun lalu.


4. Bab mercun batik ni saya teringat ada orang lama di kampung membakarnya di setiap pintu rumah bagi menghancurkan iblis syaitan yang menginap disekitarnya. "Biar hantu lari...., katanya.

5. Main karbait. Ala menatang benda yang diorang letak dalam meriam buluh tue. Tapi kami tak letak dalam meriam buluh. Kitorang buat lubang. Letak air sikit dalam tue. Pastue letak karbait. Pastu letak tin atas lubang tue then cucuh ngan lidi. Kadabom!. Makin tinggi tin terbang makin syok dibuatnya. Selalu serombong dihalakan ke objek tertentu...


6. Cara dapat duit raya dengan menyertai kumpulan bertahlil di kubur di Kuala Tekal. Maka lepas satu tahlil ke satu tahlillah kami menyertainya... Sampai seharian kami di kuburan. Masa tu jarang orang menghadiahkan RM hanya siling semata. Teringat kawan lama Arwah Sy Darun, Gab, Lit, Sy Mail, Syed Iqra (YB), Yati, Jamie, Jah dan lain-lain yang dilupai...

7. Malam raya atau petang raya kedua kami berkumpul depan TV selalunya cerita P. Ramlee. Rumah yang ada TV ketika itu boleh dibilang. Rumah Cikgu Seman, Rumah Pak Cu Mal (Jamil) dan rumah Pak Cik Melee.

8. Malam raya mesti tidur lambat, nak buat tu buat ni. Tukar langsir, tukar sarung kusyen, tukar karpet, isi biskut & kuih-miuh dalam balang, bersihkan laman rumah. Mak dan kakak sibuk masak macam-macam benda. Bebudak pulak sibuk main bunga api (mercun), memang seronok. Hiburan lain tiada ketika itu.

9. Pagi raya…Subuh2 lagi dah bangun, dengar Takbir Raya dari surau…best je rasa. Tak sabar nak pakai baju melayu nak gi sembahyang raya. Keluar rumah pagi-pagi raya rasa tenang… bersih je, bau masakan dari rumah-rumah jiran…pergh. Kalau hari raya, pagi-pagi tu yang best, terasa betul kerayaan dia tu.


10. "Jika puasamu bolong satu hari saja tanpa alasan, maka puasa-puasa lain di bulan itu tidak akan diterima,” kata Mualim Man (arwah) seingat aku. Ajaib, untuk pertama kalinya puasaku penuh sebulan!.

Kata-kata ajaib ibu itu terus menjadi motivasi buatku untuk selalu berpuasa dan tak ingin bolong satu hari pun. Namun, seiring usia, justru aku merasa puasa terasa semakin berat dan penuh godaan tinggal di KL ini.

11. Yang sangat berat bagiku ketika kecil tentu saja bangun untuk makan sahur. Selepas sahur maka bermulalah puasa. Aku masih teringat ada yang kata tidak boleh telan air liur, maka bermasaahlah aku. Setiap 10 minit terpaksa meludah... siap disediakan tin susu da...

12. Tahun 80an masih ramai tidak mempunyai peti ais. Aku mengambil kesempetan menjual air batu di tepi jalan di KDSA yang dihantar bekalan oleh arwah Ami Man. Boleh tahan juga income... belanja raya!.

13. Masa nak berbuka puasa di rumah Pak Lang Cha, terminum minyak ikan yang diletakkan di dalam gelas di atas meja. Aku dengan muka sardin mencari air kosong... Awak Ok, Kama?, tanya Mak Ngah Limah.


14. Pakaian baru - semalaman mencuba dan mengayakannya. Tak menyabor...

15. Raya ke 3 pergi ke rumah Mak Saudara Chu Kecik di simpang 3, Temerloh-Mentakab. Ketika itu aku berumur 9 tahun tidak pernah ke pekan bersorangan tetapi aku nekad (duit raya banyak) walaupun rumah Mak Saudara tidak diketahui. Nasib baik ketika merayau-rayau di kedai dan terjumpa dengan Tok Wah (nenek) ketika sedang membeli sesuatu yang ketika itu menginap di rumah Chu Kecik.

16. Selalunya raya ketiga kami pergi memonton wayang di panggung Rex di Temerloh. Seronoknya ketika menyerbu ke kaunter dan berebut-rebut membeli tiket. No displin. Ada yang terkoyak baju, jatuh, dompet hilang dan sebaginya. Kedengaran riuh-piruk jeritan.


17. Pada suatu petang hari raya yang ke berapa aku bersama Ab. Jab pergi ke Jerantut untuk melawat abang sulung. Kerana ketika itu filem Hindustan 'Rapoo Chakar' filem hebat lakonan Ragist Khana dan Zaneat Aman. Apa lagi kami pulun filem dulu, pergi rumah abang lain cerita. Keluar panggung hari dah senja, takut kena marah. Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut. Dikejutkan bilal surau kerana tidak dibenarkan tidur di dalam masjid atas carpet, tidur kat luar atas simen, arahnya...
Apa kami buat? Tidur di masjid besar Jerantut la...

18. Tahun berikut bersama seorang kawan bernama Nazeri budak Jenderak, kami ke Kuantan mencari rumah ayahenda di Peramu. Sampai ke Kuantan waktu petang dan tidur di masjid di tengah bandar itu. Malamnya aku tidak boleh tidur kerana sebelah masjid itu terletak kilang membuat air batu. Bunyi pekerja memotong ais dan sungguh tidak tenteram. Kini masjid negeri Sultan Ahmad Shah itu sudah dibesarkan dan gah di bandar itu.


Sampai di rumah ayahenda kami dijamukan. Aku tidak menyentuh air milo panas kerana takut diracun akibat momokan filem Nasib Si Anak Yatim...


Setiap insan pasti mempunyai 1001 kenangan Hari Raya yang tersimpan di fikiran yang tidak mungkin boleh dilupakan. Kenangan-kenangan ini pasti akan menjelma saat menjelang Hari Lebaran. Tidak kira sama ada ianya kenangan manis, sedih atau pahit sudah pasti sukar untuk dilenyapkan.