ads

Tuesday, May 15, 2012

Alangkah beruntungnya...


Persoalan yang belum terungkai dan menjadi tanda-tanya kepada sahabat. Langsung sahabat pergi mendapatkan Rasullah bagi memahami makna tersirat yang telah diluahkan oleh seorang temannya semasa nazak. Mereka datang ke rumah sahabat yang nazak itu kerana membantu dan mengajarnya mengucap dua kalima sahadat. Sahabat itu bertarung dengan nazak dalam beberapa hari. Antara sedar dan bawah sedar sahabat yang sedang nazak itu berkata-kata tetapi sukar difahami. Langsung saja mendapatkan Rasullah tentang permasalahan itu.


Alangkah baik kalau jauh:

- Alangkah besarnya fadilat pahala jika menolong orang buta yang datang ke masjid kerana hendak menunaikan sembahyang. Sungguh beruntung lagi bertuah jika dapat membimbing orang buta dari tempat yang jauh datang ke masjid. Ganjarannya taman yang sungguh indah seluas mata memandang dipaparkan di depan mata si nazak. Si nazak menyesal kerana membantu si buta hanya ketika berada di depan tangga masjid saja.

Sabda Rasulullah SAW :
“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah. Amar makruf dan nahi mungkar yang kau lakukan  adalah sedekah. Menunjukkan jalan orang yang tersesat adalah sedekah. Menuangkan air dari embermu ke ember saudaramu adalah sedekah. Menyingkirkan gangguan dari jalanan adalah sedekah. Menuntun orang buta adalah sedekah. Dan sedekah yang paling utama adalah sesuap makanan yang kau berikan kepada isterimu.”
(HR Muslim).



Alangkah baik kalau banyak:
- Alangkah beruntungnya di akhirat nanti jika memberi makan kepada orang yang lapar dan dahaga. Si nazak sungguh menyesal kerana hanya memberikan sepotong kecil roti kepada si fakir. Jikalau si nazak sedar betapa ganjarannya ingin memberikan ke semua roti yang ada padanya kepada si fakir itu. Ganjaranya istana yang besar lagi cantik. Si nazak berkata-kata antara sedar.

“Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Al-Muzammil: 20).
“Bukan seorang mukmin yang dia kenyang sementara tetangganya lapar.” (Shahih Al-Adabul Mufrad no. 82)

”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (al-Bukhari).


Sabda rasulullah SAW:
”Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api”.

Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat-gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". (Qs. Al Baqarah (2) : 261).


Alangkah baik kalau baru:


- Alangkah bertuahnya jika menghadiahkan sepasang baju yang baru dan cantik berbanding baju lusuh kepada yang memerlukannya. Si nazak keberatan menghadiahkan baju dan menyesal sungguh-sungguh kerana terbentang di depan mata ganjaranya. Sedozen bidadari sudah menunggu kepada sesiapa berbuat amal sedemikian.

Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau. (Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Ali-Imran:92).

Tazkirah dari seseorang untuk pencerahan minda.

No comments: