MASYARAKAT kini semakin gunjing kemanusiaannya. Saban hari ada saja berita mengenai kisah penderaan suami terhadap isteri, isteri derhaka, penganiayaan anak-anak, pembuangan bayi, pengabaian ibu bapa dan pelbagai kisah kejam dan sedih yang jelas menggambarkan senario masyarakat yang semakin bobrak nilai kasih sayang dan kemanusiaan.
Fenomena baru, faktor utama menyebabkan ibu-bapa menghuni rumah orang tua ialah sikap kita sendiri sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak. Kedua, anak yang kurang menghargai jasa ibu bapa dan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa bahawa restu ibu bapa penting dalam melakukan setiap perkara. Terdapat anak yang bergaduh sesama sendiri apabila diamanahkan untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur. Masing-masing ada alasan tersendiri dan mengelak daripada menjaga ibu bapa.
Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Biar kafir atau apa-apaan sekali pun seorang ibu.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Baik kejam seorang bapa.
Biar cuai seorang ibu.
Mahu pun busuk seorang bapa.
Biar kafir atau apa-apaan sekali pun seorang ibu.
Bukan anak yang bertindak menghukum mereka.
Grafic Foto: http://500px.com/abeless?page=15
Segala dosa ibu-bapa, kecuaian mereka, dan serba-serbi kesalahan dan kekurangan mereka, ibu bapa itulah yang akan bersoal jawab dengan Allah tentang tanggungjawab dan peranan mereka terhadap kita.
Dalam kita menikmati kehidupan bahagia, kita tidak seharusnya mengabaikan ibubapa yang banyak berkorban dalam membesarkan, mendidik, memberi pelajaran seterusnya kebahagian kepada kita. Warga 'ibu-bapa' tidak sepatutnya dianggap liabiliti dan diabaikan kebajikannya, sebaliknya mereka perlu diberi layanan kasih sayang yang sewajarnya. Setiap anak harus mengenang jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh ibu-bapa sejak kecil sehingga kita berkarat.
Gambar Hiasan
CINTA TANPA SYARAT
Sifat ‘kacang lupakan kulit’ tidak seharuslah wujud, sekiranya mengenang jasa dan pengorbanan ibu-bapa selama ini meskipun mereka mengalami penyakit atau hilang daya ingatan. Hidup sebagai warga emas tanpa dikelilingi atau dibuai kasih sayang keluarga sememangnya sangat memilukan. Bayangkan kalau kes ini berlaku kepada kita nanti… bagaimana jika tidak ada insan yang prihatin untuk menjaga kebajikan kita?.
Kita menumpang duduk 9 bulan di perut seorang ibu. Alam itu digelar Alam ‘Rahim’. Alam kasih sayang dan alam belas kasihan. Jika tiada sekelumit sayang di naluri seorang ibu, nescaya dibuang sahaja isi perut itu di tandas, di longkang, di tong sampah atau di mana sahaja.
Ibu-bapa ialah insan penting dalam hidup kita. Sebagai seorang anak, kita hendaklah membalas segala pengorbanan mereka.
Ibu-bapa merupakan tonggak kesejahteraan hidup seseorang itu kerana merekalah yang telah melakukan semua perkara agar kita sebagai anak dapat menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia.
Gambar Hiasan
Lantaran itu, kita harus menghargai dan membalas semua 96 pengorbanan yang sudah dilakukan.
Peribahasa seperti 'kacang lupakan kulit' perlulah kita jadikan pengajaran dalam melihat pengorbanan ibu bapa ini.
Kisah "layang-layang terputus talinya" berlaku kepada seorang kenalan bernama OJ. Isterinya merupakan anak bongsu kepada 7 orang adik-beradik yang semuanya berjaya dengan kerjaya masing-masing. Hanya seorang, jadi petani tinggal di kampung yang sanggup menjaga ibunya. Tetapi masing-masing agak gusar menyerahkan ibu kerana kewangannya. Ini akan menyusahkan mereka nanti.
Kehidupan pasangan OJ ini berubah 180 darjah. OJ naik darah bila menasihatkan isterinya supaya berunding dengan adik-beradiknya tentang pengiliran menjaga ibu yang lumpuh itu. Atau meminta membuat pungutan duit belanja bagi membiayai belanja ibunya semasa di rumah itu. "Aku nak kunci gate biar orang tua ni bila balik dari hospital terus ke rumah anak perempuan sulungnya, baru padan mukanya", fikir OJ membuat keputusan nekad.
OJ berkata belanja sekitar RM1500 terpaksa dikeluarkan setiap bulan bagi membeli seluar pakai-buang, perubatan dan sebagainya. Terbaru, ada orang gaji sanggup menjaga ibunya dengan upah RM10 sejam, kena 8 jam sudah RM80 x 30 hari sebanyak RM2400 sebulan. Macam-mana?…
Sedangkan adik-beradiknya hanya datang melawat bila hujung minggu. Minum-minum dan berbual kosong. Jarang untuk mencampakkan wang belanja walaupun mempunyai kewangan kukuh, berumah besar dan kereta besar. Si isteri OJ pula sering turun naik hospital kerana pelbagai penyakit. Bagi melepaskan tekanan, setiap hujung minggu OJ pergi ke tempat kerja, ada projek yang belum selesai katanya.
Perkara yang menghairankan OJ bila bersembang, masing-masing menunjukkan kekayaan. Si kakak kepada isterinya menceritakan duit pencen suaminya, nak membesarkan rumah, duit saham felda. Belanja anak masuk universiti swasta dan kereta baru. Gate outomatic yang memakan belanja besar (15 ribu ringgit) jadi bualannya. "Nak mengelakan peminta sedekah...".
Perkara yang menghairankan OJ bila bersembang, masing-masing menunjukkan kekayaan. Si kakak kepada isterinya menceritakan duit pencen suaminya, nak membesarkan rumah, duit saham felda. Belanja anak masuk universiti swasta dan kereta baru. Gate outomatic yang memakan belanja besar (15 ribu ringgit) jadi bualannya. "Nak mengelakan peminta sedekah...".
Gambar Hiasan
"Bila sebut duit semua nak kaut, hinggakan sanggup berbaris panjang menadah tangan menerima BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR!M) yang diberikan kepada ibu tunggal sebanyak RM500. Sedangkan kakaknya hanya tinggal dengan anak bungsunya saja. Pelik wal hairan 'orang beradat' ini.
Si abang kepada isterinya pula bercerita tentang kereta Mywi baru untuk anaknya yang sedang belajar di kolej swasta. Terlajak kepada rancangan membuat pungutan untuk belanja ibunya, masing-masing mengatakan tidak berkemampuan. Ini membuatkan OJ cukup terhiba dan pelik dengan sikap adik-beradik isterinya. Sedangkan mereka mempunyai didikan agama dan berkerjaya. Si Tenggang moden dah muncul...
Si abang kepada isterinya pula bercerita tentang kereta Mywi baru untuk anaknya yang sedang belajar di kolej swasta. Terlajak kepada rancangan membuat pungutan untuk belanja ibunya, masing-masing mengatakan tidak berkemampuan. Ini membuatkan OJ cukup terhiba dan pelik dengan sikap adik-beradik isterinya. Sedangkan mereka mempunyai didikan agama dan berkerjaya. Si Tenggang moden dah muncul...
Terkadang terlintas dibenak OJ untuk memobilisasi, jika adik-beradik isterinya tidak mengubah fikiran bagi pengiliran menjaga ibunya yang uzur, dan jika sikap mereka masih 'kluk klek', OJ akan mengajak isterinya berpindah ke rumah pesakanya di Penang. "Kuasa di tangan aku, "Padan muka". Kemarahan OJ telah sampai ke tahap 'no return'. Ini merupakan jenayah emosi, renong OJ. OJ yang akan bersara akhir tahun ini berkira-kira bagi melepaskan tekanan dan bebanan. Lagi pun 2 anak sudah berkejaya dan boleh tinggal di rumah itu.
Gambar Hiasan
MAAF TANPA SYARAT
Menjaga ibu-bapa yang sakit ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah merupakan tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Namun, hari ini ramai anak-anak yang menghantar ibu-bapa mereka ke rumah kebajikan atau membiarkan sahaja mereka sendirian.
Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa.
Memang bukan mudah menjaga ibu-bapa terutama yang uzur dan sakit tetapi kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita bagai "menatang minyak yang penuh".
Kisah ‘kacang lupakan kulit’ berlaku pada kenalan, MKL. Adik lelaki menyerahkan ibu mereka kepada abangnya merupakan Pak Mentua MKL. Hal yang menjadi persoalannya, mengapa sesudah ibunya uzur diserahkan kepadanya?. Sedangkan semasa sihat si ibu itulah menjaga anak-anaknya membesar?. Tidak diberi ganjaran sesen pun. Mentang-mentanglah si ibu itu mempunyai rumah sewa dan kewangan agak kukuh?.
Adiknya itu mengikut cakap isterinya, kata Pak Mentua yang sudah mengerjakan haji itu. Lagipun adiknya berkata, bila ibunya berada di rumahnya sukar untuk pergi sembanhyang berjemaah waktu maghrib dan terus ke waktu Insyak di surau. Isterinya sering mengeluh. Alih-alih bila ibunya sudah lanjut usia dan uzur diserahkan kepadanya.
Diajukan supaya bawa berbincang adik-beradik Pak Mentuanya berkata, orang kampung tak perlu bincang…, ini perkara sensitif, dah tau tugas jaga mak bapak. Ini soal surga neraka. Terpaksalah Pak Mentua itu menjaga ibunya yang uzur itu selama hampir 5 bulan sebelum mengembuskan nafas.
Pernah juga, kawan itu menasihatkan membuat pengiliran menjaga kerana adik-beradiknya ada 5 orang. Belanja tidak besar kerana orang tua sudah uzur
Pernah juga, kawan itu menasihatkan membuat pengiliran menjaga kerana adik-beradiknya ada 5 orang. Belanja tidak besar kerana orang tua sudah uzur
Sejak itu adik jarang ke rumah Pak Mentuanya kerana 'berbulu-mata'. Selang ibunya meninggal dunia barulah si adik datang bertandang. Inlah kehidupan, penuh warna-warni dan menjadi renungan.
sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/siti-najat.html
SURGA DI TAPAK KAKI IBU
“Beruntunglah si anak yatim,” “Masakan tidak beruntung, derita hidup tidak beribu dan bapa, terlalu kecil berbanding hukuman Allah ke atas anak durhaka!”. Pintu masuk ke syurga yang paling utama, adalah pada 'pintu' memenuhi hubungan harmoni dengan ibu-bapa.
Kisah 'cool', muzakarah adik-beradik AR menjaga ibunya yang uzur memberi pencerahan. AR mempunyai 8 orang adik-beradik yang tinggal di Kuala Lumpur kecuali seorang abangnya tinggal di Pantai Timur. Si ibu berusia sekitar 70an sudah hilang upaya dan berkerusi roda.
Masing-masing tahu peranan, setiap bulan si ibu bertukar rumah seperti mengikut memorindum yang sudah dipetri. Jika ada permasalahan bertukaran tempuh boleh di injak atas persetujuan masing-masing. Hampir 10 tahun 'penjagaan' ibunya bertukar tangan dari satu rumah ke satu rumah. Rumah pesaka di kampung terbiar kosong dan tanah getah 7 ekar diserahkan Pak Saudara mengurusnya.
Pelbagai pahit-maung masalah ibunya cuba ditangani bersama. Terkadang ada juga permasalahan isteri masing-masing yang tidak rela melayan kerenah orang tua tetapi melalui muzakarah dapat diselesaikan. Kini ibunya sudah meninggal dunia akibat sakit tua dan menjadi kenag-kenangan kepada mereka.
Rasanya masa begitu pantas berlalu tidak sempat berbakti lebih lama kepada ibunya, kata AR. Inilah ujian Allah dan Dialah mengetahui segala-galanya.. kelemahan dan kemampuan, katanya AR itu menutup bicara…
Marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu-bapa sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredaan mereka serta perbanyakkan doa keampunan kepada mereka. Amin.
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
No comments:
Post a Comment