Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kepada umat Muhammad s.a.w. empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:-
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad s.a.w . diterima di sebarang tempat oleh Allah s.w.t.
·
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad s.a.w. membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah s.w.t. memberi mereka pakaian.
·
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad s.a.w. berbuat derhaka, Allah s.w.t. tidak memisahkan isteri mereka.
·
Tapak Kaki Nabi Adam
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah s.w.t. dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad s.a.w. durhaka kepada Allah s.w.t. akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah s.w.t.
Pesanan Rasulullah saw. kepada Abu Dzar
Dari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara,
(1) Supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,
(2) Menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,
(3) Menyuruh aku menjaga silatur-rahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,
Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Layari: http://amekaw.com/2013/04/pohon-yang-menaungi-rasulullah-saw-masih-hidup-segar/
(4) Banyakkan ucapan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH,
(5) Mengatakan kebenaran walaupun pahit,
(6) Jangan takut celaan orang ketika berdakwah, dan
(7) Jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”.
(HR Imam Ahmad)
1 comment:
Operasi Mencuri Mayat Nabi Muhammad, 1513-1515
Sedikit sekali di ketahui umat Islam tetapi tercatat dalam Sejarah Portugis di mana Alfonso sebanyak tiga kali menjalankan operasi untuk mencuri jasad Rasullulah di Madinah untuk di jadikan tebusan bagi tawar menawar dengan pemerintah Arab. Tetapi sebanyak tiga kali beliau gagal di sebabkan ribut taufan. Ini menyebabkan dia merasai bahawa Tuhan tidak merestui tindakan beliau.
Alfonso de Albuquerque
Alfonso de Albuquerque, Afonso de Albuquerque atau Afonso d'Albuquerque (1453 - 16 Disember 1515) adalah seorang Laksamana tentera laut Portugis yang terkenal dan yang telah membantu mengembangkan Empayar "penjajah" Portugal di Lautan Hindi. Beliau juga merupakan tokoh yang menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka pada 24 Ogos 1511, dan yang kemudian membina Kota A Famosa untuk menyekat penentangan orang-orang Melayu.
Post a Comment