Foto Hiasan dari Dayat
Siri Tazkirah Ramadhan dan Lebai Google bercerita tentang PENGAMPUNAN ALLAH dan perihal TAKUT
Menurut hikayat Lebai Google, di zaman Rasulullah, seorang pemuda berkejaya mencuri kain kafan mayat dalam kubur yang baru disemadikan. Setelah suatu kejadian pelik belaku ke atas dirinya langsung saja mememui sahabat Nabi dengan wajah pucat dan gundah gulana. Pemuda itu berterus-terang menceritakan pekerjaannya bagi menampung penghidupannya. Semasa mencuri kain kafan, pemuda yang kebingungan itu menerangkan keadaan mayat-mayat yang ditemuinya. Tujuh keadaan mayat yang berbeza sungguh ganjil dan menakutkan.
Menurut hikayat Lebai Google, di zaman Rasulullah, seorang pemuda berkejaya mencuri kain kafan mayat dalam kubur yang baru disemadikan. Setelah suatu kejadian pelik belaku ke atas dirinya langsung saja mememui sahabat Nabi dengan wajah pucat dan gundah gulana. Pemuda itu berterus-terang menceritakan pekerjaannya bagi menampung penghidupannya. Semasa mencuri kain kafan, pemuda yang kebingungan itu menerangkan keadaan mayat-mayat yang ditemuinya. Tujuh keadaan mayat yang berbeza sungguh ganjil dan menakutkan.
Gambar hiasan
1. Mayat berpaling daripada kiblat - Orang itu semasa hayatnya mmempercayai kepercayaan salah.
2. Semua kuku kaki & tagannya mencengkam bumi - berbuat salah bersangkutan dengan manusia sesama manusia.
3. Mayat menjadi batu hitam - semasa hayatnya menderhaka kepada ibu bapa.
4. Perut menjadi buncit, penuh dagan ulat bisa dan berbau amat busuk - semasa hidup minum arak.
5. Mengalir darah & nanah melalui tiap-tiap liang dan lubang dan berbau busuk - semasa hayatnya berzina.
6. Mayat bertukar menjadi babi - tanda orang itu meninggalkan solat.
7. Cantik, putih kuning, senyum manis dan berbau harum - tanda keimanan semasa hayatnya.
2. Semua kuku kaki & tagannya mencengkam bumi - berbuat salah bersangkutan dengan manusia sesama manusia.
3. Mayat menjadi batu hitam - semasa hayatnya menderhaka kepada ibu bapa.
4. Perut menjadi buncit, penuh dagan ulat bisa dan berbau amat busuk - semasa hidup minum arak.
5. Mengalir darah & nanah melalui tiap-tiap liang dan lubang dan berbau busuk - semasa hayatnya berzina.
6. Mayat bertukar menjadi babi - tanda orang itu meninggalkan solat.
7. Cantik, putih kuning, senyum manis dan berbau harum - tanda keimanan semasa hayatnya.
"Dosa aku lebih besar dari gunung-ganang"
Menurut Si Tazkirah Ramadhan, kisah pencuri kain kapan dikuburan. Itulah rutin pekerjaannya tanpa mengindahkan dosa pahala. Pemuda ini akan melakukan pada waktu malam ketika tiada penghuni mengunjungi kuburan. Kain kapan itu dibasuh dan dijual kembali dengan ganjaran berpatutan.
SYAITAN berbisik dan menyucuk nafsunya...
Seseorang yang baru saja meninggal dunia Si Pemuda akan mengali kubur itu kembali untuk mendapatkan kain kafan. Satu malam ketika membuka kain kapan, alangkah terperanjat Pemuda itu bila melihat mayat seorang wanita dari kaum Ansar yang sangat cantik dan menawan. Dia menanggalkan kain kapan yang menutupi badan gadis itu.
Setelah Pemuda itu berlalu beberapa langkah, SYAITAN berbisik dan menyucuk nafsunya... dan di kala syaitan merasuk, Pemuda itu telah menyetubuhi mayat itu. Sebelum Pemuda meninggalkan mayat, tidak semena-mena mayat itu bangkit dan menjerit padanya di tengah malam hening itu.
"Celakalah kamu wahai pemuda!!! membiarkan aku bertelanjang di hadapan ahli kubur dan biarkan aku dalam keadaan berjunub untuk menghadap Tuhanku!!!".
Alangkah terkejutnya Pemuda itu dan terus berlari meninggalkan kuburan dengan jantung berdebar kencang. Pemuda itu menangis menyesali perbuatannya dan rasa cukup bersalah. Setelah menceritakan kepada sahabat terus saja sahabat mendapatkan Nabi. Terkejut Rasulullah mendengar ceritanya dan tidak dapat menahan kemarahannya kepada Pemuda itu lalu berkata,
"Pergilah kamu! sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!!!"
"Dosa aku lebih besar dari gunung-ganang, alangkah besarnya dosa aku". Maka berlalulah Pemuda dengan lemah longlai dan lalu berdoa pada Allah... memohon ampun kepada Allah selama 40 hari 40 malam dan sehingga akhirnya dia meminta kepada Allah:
"Ya Allah... andainya Engkau telah mengampunkan aku, khabarkanlah kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya..."
Dan lalu Jibril diutuskan menemui Rasulullah dan berkata:
"Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk?". "Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya". kata Jibril. "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."
Lalu Rasulullah mengkhabarkan khabar gembira pada pemuda itu yang taubatnya telah diterima Allah S.W.T...
Dapatkah kita simpulkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun... Ya Allah, betapa sayangnya Allah pada kita...
"Tiada dosa yang lebih besar dari pengampunan dariKU..."
Intipati dari riwayat ini Allah mengajar kita supaya bertaubat. Selagi umur dikandung badan ruang bertaubat tetap terbuka. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan maha pengampun.
Perihal Takut
Ketahuilah, bahawa tangisan yang jatuh ke bumi kerana takutkan Allah membawa makna bahawa kita termasuk dalam golongan orang yang beriman kepada Allah sebagaimana firman Allah S.W.T.
“Dan takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Imran : 175)
Menangis kerana Allah akan mengangkat martabat diri hingga termasuk dalam golongan penghuni Syurga Allah yang penuh dengan segala kenikmatan yang tiada tolok bandingnya. Bahkan darjat juga akan ditinggikan oleh Allah selaras dengan janji-Nya yang berbunyi :
“Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syurga” (Surah
Ar-Rahman : 46)
Seorang Khalifah yang agung di muka bumi Allah ini tidak pernah asing dengan tangis dan hiba saat meratapi akan segala dosanya kepada al-Ghafur. Lihat sahaja mereka yang dekat dengan Tuhan sekalian alam seperti kekasih Allah, Rasulullah S.A.W, para sahabat R.A, para tabi’in dan tabi’tabi’in, semuanya bercucuran air mata kerana takutnya mereka kepada Allah.
Rasulullah S.A.W sendiri menangis kerana takutkan Allah. Seorang Nabi dan kekasih Allah yang dijanjikan Syurga dan maksum. Pernah suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W duduk bersama-sama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menoleh pandangannya ke arah sekumpulan manusia seraya bersabda ” Apakah yang sedang mereka lakukan?” Salah seorang dari sahabat menjawab, “Mereka sedang menggali kubur untuk mengebumikan seorang yang telah meninggal dunia.”
Sebaik mendengar jawapan itu, Baginda berganjak dari tempat duduknya dan berjalan pantas mendahului para sahabatnya. Akhirnya baginda tiba di tanah perkuburan itu dan mencangkung berhampiran kubur tersebut. Para sahabat mengambil tempat di hadapan Baginda Rasulullah agar dapat melihat apa yang akan dilakukan oleh Baginda. Mereka melihat Rasulullah S.A.W menangis sehingga air mata menitis ke pipinya kemudian berkata kepada sahabat, “Wahai saudara-saudaraku, kalian harus mempersiapkan diri untuk menghadapi peristiwa seperti hari ini (kematian).” Bagitulah ketakutan Kekasih Allah yang mulia. Bagaimanakah dengan kita sebagai umatnya?.
Menangis kerana takutkan Allah akan menyelamatkan kita dari seksaan dan azab Allah yang pedih, menempatkan kita di dalam Syurga-Nya dan menikmati segala kenikmatan yang tidak dapat dibayang oleh akal fikiran.
Ubay bin Ka’ab berkata, “Kalian harus memegang ajaran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Bukan termasuk orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringat seksaan Allah, namun dia tidak menitiskan air mata kerana takut kepada seksa-Nya. Maka orang seperti ini akan bersama-sama api neraka untuk selama-lamanya.”
Orang yang memegang ajaran dan sunnah Nabi ketika teringatkan Allah, maka pasti akan ketakutan dan bergetar jantungnya kerana takut pada siksaan al-Muntaqim. Dosa-dosa orang seperti ini akan berguguran seperti mana gugurnya daun-daun dari pohon yang ditiup angin.
Hisablah diri kita sejenak, bermuhasabahlah dan berfikirlah perihal kehidupan di negeri yang kekal abadi. Adakah kita pernah menangisi dosa-dosa kita? Bilakah kali terakhir pipi dibasahi dengan linangan air mata keinsafan? Hanya Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat segala sesuatu perbuatan. Moga dikurniakan Allah dengan perasaan ketakutan terhadap dosa.
Menangislah…
Foto Hiasan dari Isk.
Dengarlah kata Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat Baginda s.a.w. mengenai perasaan takut akan Allah s.w.t..
Nabi Muhammad s.a.w. "Segala-galanya takut akan orang yang takutkan Allah s.w.t. Sebaliknya segala-galanya menjadi sumber ketakutan kepada orang yang takutkan sesuatu selain dari Allah s.w.t.."
Yahya bin Ma'az: "Seandainya seorang manusia itu takutkan neraka sebanyak ia tukutkan kemiskinan, ia akan memasuki syurga."
Abu Sulaiman Darani: "Kecelakaan bagi jiwa yang kosong dengan perasaan takut kepada Allah s.w.t.."
Nabi Mubammad s.a.w.: "Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana tkutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.""Apabila seorang muslim mengeletar kerana takutkan Allah s.w.t., gugurlah dosa-dosanya seperti daun-daun yang kering berguguran."
Aqbah bin Amir berkata kepada Nabi Mubammad s.a.w.: "Tunjukkan daku jalan kearah keselamatan." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:"Jangan banyak bercakap dan tinggallah di rumah sambil menangis mengenangkan dosa-dosamu."
Aishah r.a.hu telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Adakah di antara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?"Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:"Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan."
Nabi Muhammad s.a.w.: "Ada dua jenis titisan yang sangat-sangat dihargai Allah s.w.t.. Titisan air mata kerana takutkanNya dan titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang dijalanNya."
Mengikut sebuah Hadith ada tujuh jenis manusia yang dapat melindungi diri dibawah naungan A'rash. Salah seorang daripada mereka ini ialah orang yang menangis apabila berseorangan kerana takutkan Allah s.w.t. dan kerana menyesali dosa-dosa yang telah lampau.
Umar r.a. hu berkata: "Kalau pada Hari Perhitungan diistiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki neraka, sudah tentu dosa-dosaku akan menyebabkan aku menyangka yang si malang itu ialah aku sendiri. Sebalinya kalau diiisytiharkan yang semua manusia kecuali seorang sahaja akan memasuki syurga, sudah tentu aku akan berharap yang orang yang menjadi pilihan Allah s.w.t. itu adalah aku sendiri."
Kisah Umar r.a.hu itu tadi menunjukkan betapa perlunya perasaan takut bercampur dengan harapan ini terselit di hati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi. Bila menghadapi maut pula harapan akan rahmat Allah s.w.t. sepatutnya melebihi perasaan takut tadi. Kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Tidak seorang pun sepatutnya mati tanpa harapan yang kuat akan rahmat Allah s.w.t.."
Apabila Imam Ahmad bin Hambal sedang menghadapi maut, dia menggesakan anaknya supaya membaca hadith-hadith Nabi Muhammad s.a.w.. matan-matannya menekankan tentang perlunya ada harapan akan rahmat Allah s.w.t.."
- Maaf jika cerita ini tidak memenuhi piawaian dan standard asal... ini apa yang di dengar di masjid dan diadunkan dengan Lebai Goggle. Jika sesiapa mempunyai kisah edisi asal, boleh tinggalkan komen anda…
No comments:
Post a Comment