Terima kasih banyak2 Pn Nor Alizah Zulkifli yang sanggup menjemput semua rakan2 kejamuan rumah terbuka beliau di Kg Da'to Sharif Ahmad, antara yg hadir, Fauzi Abu Hussaini, Doc Mohd Mahyuddin Mohd Yassin, Sheikh Mustafakamal Al Aziz, Zaaba M Zain, Ismail Yusof, Rasidah M said, Masitah Ahmad, Islamiah A. Mahidin, Rosnah Ramli, Norizan Ahmad, Mohd Ali Alwi, Sarimah Ismail dan pada semua yg hadir.... alhamdulillah makin mengeratkan lagi silaturrahim..... Sdee dari fb.
Mus macam yg berhormat melawat kawasan.sambut dek DO & JKK, Fauzi Hussaini yang bertugas di Majlis Daerah Lipis, kata Dr. Mahayudin lewat fb..
Cerita-ceriti Aidil Fitri
17/8/2012 Dua hari sebelum raya - SMS dari Zaaba
Zaaba - Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.
Aku - Selamat hari raya maaf zahir batin. Insak Allah berjumpa di teratak Noralizah di KDSA raya ke 2 nanti.
Zaaba - Insya Allah
Zaaba - Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.
Aku - Selamat hari raya maaf zahir batin. Insak Allah berjumpa di teratak Noralizah di KDSA raya ke 2 nanti.
Zaaba - Insya Allah
Zaaba, si baju kotak gelap.
Aku - Kat Kg ada madu lebah ke? (Setelah teringat dalam fb dan TV1 sedikit masa dulu cerita mencari madu lebah taulang di Gunung Senyum)
Zaaba - Madu lebah yg awk nak tu xde le
Aku - Awak kerja mudah x boleh handle, klau kawan nak bermadu lain lah cerita... lagi awak x boleh handle...
Zaaba - Bkan masalah x bleh handle tapi madu tu x de le...
Jah, Simah, Sidah dan Miah. Apa perasaan mereka?...
SMS dari Jah
Assalam... tahun ini awk raya ke Mtkb ke?
Aku - Salam, sapa ya?
Jah - Aku jah atau alizah ank mak cik moh peli kakak kpd atan zubir rumah banjir depan rumah Jami. Nak ajak awk dtg umah raya kedua. Aku ajak kawan2 kita kat smkkk.
Aku - Gitu ceritanya, Insak Allah. saya blik ke Mtkb raya rumah isteri ke 2.
Jah - Awk ade isteri pertama ke?
Aku - Rezeki dipermudahkan
Jah - tq awk jgn x dtg. lama x jumpa. Ajaklah adik-beradik lain2.
Aku - Dia orang beraya di KL semuanya x balik
Jah - Yer ke? Awak tlonglah ajak kawan2 mana yg saya x dpat contact
Jah - Salam, kt umah sye kita buat pukul 10 pagi ari raya kedua permintaan mojoriti kawan2 kita. Ramai juga yg nk dtg mahyudin, mail yusuf, shimah, sidah, fauzi, masitah, bahtiar, zaaba, sidee dll. Gap insyaAllah klu balik. saper lgi kawan yg awk ade contact no?
Aku - Salam, x jemput sekali Cikgu Islamiah hadir... elok bebenor klau ada sama...
Jah - Dh jemput insyaAllah dtg. Ghalib x jawab. Cuba awk jemput Ghalib.
Jah - Sye dah dpt lebih 20 keluarga. Norhayati Ramli kebun pisang tu awk ade contact no dia?
Perasaan dejavu yang dirasai setiap kali berjumpa telah mewujudkan satu ikatan yang istimewa.
"Dah hampir usia emas kita"
Bagaimana perasaan anda apabila lebih 30 tahun tidak berjumpa rodong@teman persekolahan? Aura untuk bertemu bagai digigit-gigit dan disiat-siat. Setelah berjanji untuk berjumpa seperti tertera melalui SMS.
Rasanya tidak sabar menghitung hari. Lambatnya raya kali ini...
Sekitar jam 11 pagi aku tiba bersama keluarga langsung disambut Jah dengan senyum melebar dan mata berkaca. Rodong-rodong siap siaga duduk menjamu selera. Aku tanpa dirancang mengangkat tangan kepada Zaaba, Dr Mahyuddin, Sh Ali, Fauzi, Ismail, Sdee. Kelihatan di sebelah meja menguntum senyum, Rashidah Mat Said, Masitah dan 4 atau 5 orang wanita tidak dikenali cantik berseri-seri dan ranum senyuman. Selang setengah jam bersembang muncul Norhasimah Abu Hani, Jutawan dari Jengka bersama keluarga dengan senyuman melimpah... Simah tinggal di Klang dan bertugas di sana.
My 2nd Daughter with Neelofa at Genting Highland. Mail, si papa yang sporting.
Seingat aku, Mahyuddin, Fauzi dan Ismail, ulat buku yang tegar semasa di SMKKK dulu. Semasa tinggal di hostel Cikgu Harumshah menyediakan bilik study di rumahnya bagi menumpukan 'ulat buku' ini sepenuhnya menghadapi PMR ketika itu. Ini disebabkan bilik study hostel sentiasa hirok-pikok.
Ali, Zaaba, Islamiah dan Rashidah.
Sheikh Ali, sepupu aku yang hensom ketika mula bekerja di Pewira Habib Bank sekitar 80an di Jengka mempunyai ramai girlfriend. Berkepok surat-surat dari girlfriendnya ditemui bawah katilnya. Jenuh membaca luahan perasaan gadis-gadis, cerita sepupu yang lain kepada aku.
Cikgu Nasa, lambat sampai
Zaaba, orang kaya Gunung Senyum, masih aktif bermain bolasepak veteren, terkenang semasa minggu pertama sekolah di Temerloh di tingkatan 4 commerce. Deja vu hari khamis.... Pagi itu selepas selesai PJ kami masuk kelas dan aku selamba duduk di barisan tiga kebelakang tetapi Samseng Tahi Minyak, Kinchit cuba membuli aku. Mentang-mentanglah Kinchit sudah bersekolah di sini sejak tingkatan 1 lagi.
Kami student baru cuba dibuli. Kinchit mendesak aku supaya berpindah ke kerusi lain kerana tempat itu sudah dichopnya. Aku tidak mahu berganjak dan Kinchit memberi amaran sambil menunjukkan jari penunjuk. 'Siap awok'. Dia akan memanggil geng-geng sensengnya memghentam aku. Kawan-kawan sekelas aku dari SMKKK mengerakkan kepala memujuk aku supaya berpindah segera ke meja lain. "Ikut aje Fer", kata mereka.
'Nak jadi-jadilah...' Aku pantang di cabar dan teringat kepada pesanan Pak Saudara, Pak Cu Tam yang mengajar aku bersilat. Tumbuk mukanya tepat-tepat atau bibir, pesannya. Kebetulan aku memakai cincin ketika itu dan kebetulan juga Kinchit mengadap meja di depanku. Setelah desak mendesak, kemuncaknya aku lantas memberi sebiji penumbuk tepat di bibirnya. Lansung saja Kinchit tunduk dan berdarah bibir dan darah jatuh ke lantai dan mengesat dengan t'shirt PJnya. "Sudah, ini kes besar...".
Kawan-kawan sekelas menikus diam tetapi aku buat selamba saja. Semasa rehat Kinchit memanggil aku ke kelas sebelah. "Ada perhitungan besar", katanya. Rupanya 3 orang kawanya sudah siap menunggu dan menarik aku ke dinding serta memegang kedua tangan. Lalu mengarahkan Kinchit menumbuk bibir seperti aku lakukan kepadanya.
Kalau berani biar aku bertarung 'one by one' dengan Kinchit, kataku. Tetapi mereka menolak. Lalu mengarahkan Kinchit menumbuk bibir aku sekuatnya. Aku mengelak dan tumbukkan kuatnya terkena ke dinding simen di belakang aku. Kinchit mengaduh kesakitan kali kedua. Geng-gengnya panas hati lalu menumbuk perut dan menyepak aku seadanya. Dan memberi warning 'Jangan tunjuk samseng di Temerloh...", katanya. Aku ok tak berdarah seperti Kinchit, bisikku. Hari Jumaat aku terpaksa ponteng sekolah takut dibelasah oleh rodong-rodongnya...
Zaaba mengingatkan kembali deja vu itu. Aku terkenangkan Kinchit. Selebihnya kami berodong kembali...
Intan, cuba mengecam sorang demi sorang...
Kemudian muncul pula Cikgu Islamiah@Intan Ahmad Mahidin bersama 2 orang anak gadisnya yang comel lote. Tinggal di Kota Tinggi dan mengajar di sana. Kami memanggilnya dan menyuruh meneka rodong seorang demi seorang... Kantul juga ada dua tiga orang tidak dikenalinya. Air mukanya tidak lagi garang dibandingkan semasa alam persekolahan. "faktur usia', kata seseorang. (Lihat: NOSTALGIA GURUKU http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/2008/07/nostalgia-guruku-kisah-guru-kencing.html).
Dah lebih 20 tahun tidak bertemu Jah. 2 jam tidak sempat berbual panjang...
Jah seingat aku, gadis periang yang suka menyanyi antara penyanyi menjadi buah bibirnya Samisah Huri, Sharifah Ani dan Uji Rashid. Ketika darjah satu, aku bersama arwah ayah melintasi rumahnya, Jah selamba menyebut nama penuh aku. Ayah aku senyum sardin memandang aku yang tersipu-sipu. Keluarga Jah memang rapat ketika itu. Aku sering ke rumahnya membuat 'pedoooh'/cerita kosong.
Yang diingati nama, Jah, Sidah dan Miah saja...
Si Masitah 'Tukang sikat Firaun', gadis tinggi lampai dari Kg. Chenkenik, wanita melayu terakhir. Gadis bersopan santun yang pemalu turut hadir di majlis ini.
Masitah, berkaca mata memandang kamera
Pelbagai cerita terhembur, dari kisah--kisah keluarga, anak-anak, (teringat, kata Mail: menjaga lembu sekandang lagi senang berbanding seorang anak gadis), cerita kerjaya hinggalah berkisah tentang usia yang hampir emas, persiapan mati yang belum siap dan pelbagai lagi cerita yang patut dibincangkan.
Kami berjanji akan berunion kembali tahun depan... di rumah siapa? Tunggu....
Déjà vu (Pengucapan dalam bahasa Inggris : /ˈdeɪʒɑː ˈvuː/ (bantuan·info), bahasa Perancis : /deˈʒa ˈvyː/) adalah sebuah frasa Perancis dan artinya secara harafiah adalah "pernah lihat / pernah merasa". Maksudnya mengalami sesuatu pengalaman yang dirasakan pernah dialami sebelumnya. Fenomena ini juga disebut dengan istilah paramnesia dari bahasa Yunani para (παρα) yang artinya ialah "sejajar" dan mnimi (μνήμη) "ingatan".
...Hari raya ke 6, aku menerima call dari Badaruddin Mat Sham aka DJ dari Felda Pahang (pertemuan dengan Zaaba di Temerloh). Hampir 32 tahun tidak pernah bersua dan berkhabar berita. Melalui hp Bada merasa gembira bercampur sedih dan mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kenalan.
- Sekitar '79, di form 3 ketika menghadapi SRP.
Kami marah sangat-sangat kepada cikgu Harumsyah (wareden ketika itu) kerana pilih kasih dan banyak kerenah. Dan ada dua tiga orang murid yang disayangi dan boleh study dalam bilik di rumahnya tingkat bawah (budak-budak ni dah jadi orang dan sahabat aku juga dan masih berhubung). Di atasnya bilik study kami yang besar.
Cikgu ini mempunyai isteri seksi dan sering memakai kain singkat itu baru melahirkan anak kira-kira 2 bulan (tak silap).
Apa kami buat?
Kami telah merancang sesuatu nak memberi 'padan muka'. (Antara yang terlibat Sdee, Borhan, Bada dll). Kami telah memasang tali panjang terus ke bilik melalui tingkap belakang dan mengikat meja dan kerusi besi lalu mendirikan tinggi-tinggi menggunung.
Kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan yang sunyi dan rakan sebilik sudah tidur lalu kami menarik tali itu serentak dari bilik 10 dan bilik 12.
Apa lagi? keadaan menjadi kacau-bilau kerana kebisingan meja kerusi besi jatuh ke atas lantai simen... Anak cikgu berusia 2 bulan menagis, budak menjerit dan kami menjerit sama menambahkan keseronokan malam syahdu itu...
Cikgu Harum Syah bingkas naik ke atas, tak tentu arah lalu membuka pintu. Tapi kami telah mengikat tali dan pintu itu melenting lalu kena ke dahinya... aduh!...
Apa lagi kerana marah dia langsung merotan budak yang sedang lena tidur berdekatan pintu itu (budak-budak junior kami letakkan katil dekat pintu). Kami yang belakang tidak dilawatinya dan berselubung pura-pura tidur dan mengetahui segala-galanya yang belaku...
Besoknya ketika sedang mengambil makanan pagi di kantin dua tiga junior masih menagis, sebak dan merah mata. "Aku kena rotan oleh cikgu Harumsyah, kenapa Ya?..."
Layari untuk cerita lanjut dalam comment semasa di SMKKK: http://pekenatehsecawan.blogspot.com/2010/07/mereka-tandas-dan-spm.html
Kepada rodong-rodong, sila titipkan komen anda di bawah sebagai kenang-kenangan.
1 comment:
Merioh ngat
Post a Comment