ads

Wednesday, September 5, 2012

Aku banyak ikut kata hati - Pilus


Siri 'rona-rona kehidupan' berkahwin 3



Keluarga bahagia Pilus, 3 isteri 5 anak.

Cintaku tak pernah memudar
Cintaku tak pernah terpecah


Dari lirik sebuah lagu Dangdut tersohor



Kalau sudah mengenali Pilus mudahlah mendekatinya. Bersembang dan sesekali terkeluar lawak selambannya. Berusia 44 tahun berasal dari utara, Jelapan Padi. Bertubuh sedahana, hitam manis, rambut ketaknya disisir ke belakang. Janggut kambing agak lebat sesekali mengurut dan menyentuh pelahan-lahan. "Masa muda aku banyak buat silap", keluhnya.

Pilus, anak bongsu dari kedua-belas adik-beradik. Perangainya sukar dijangka. Arwah ayahnya bekas ketua polis. Pilus terkenang, sebelum ayahnya meninggal dunia sempat mengemaskan diri, pergi bergunting rambut dan berjumpa kawan-kawannya untuk bertanyakan hutang-piutang. Beliau menghubungi anak-anaknya dan memberitahu akan saat kematiannya hampir tiba, Ketika azan kedua Jumaat bapanya meninggal dunia tahun 1978 dan Pilus sebak berada di sisi ayahnya. Apa ilmu arwah pakai?.




Doa tidak mati mendadak

Penjelasan: khasiat dua ayat tersebut yang sebagaimana diterangkan oleh Nabi SAW antara lain adalah:
- Barang siapa yang membacanya pada hari itu, niscaya dia tidak mati pada hari itu. Sedemikian pula jika dibaca pada waktu malam harinya.

- Dan menurut riwayat yang lain, dia tidak tertimpa musibah yang dibuat dengan besi.

- Jika ayat yang ke 129 itu dibaca tujuh kali pada setiap harinya, maka Allah akan mencukupi kepentingannya baik tentang urusan dunia maupun akhiratnya.

- Jika seseorang sudah sampai masa ajalnya, maka dia dilupakan oleh Allah dari membacanya. Maka selama dia masih ingat membacanya, itulah sebagai pertanda bahwa hari atau malam itu dia belum tiba masa ajalnya.


Surah Al Taubah: 128 - 129.

Dari Buku Pedoman Doa dan Zikir oleh Muhammad Mizan dari penerbit Balai Buku, Surabaya, Indonesia. 


...........................................


Kisah masa mudaku...

Arwah ayahnya berpesan menyuruh Pilus meneruskan belajaran di sekolah pondok dan menyambung ke peringkat tinggi di Jordan. "Kaulah satu-satunya bersekolah agama". Pilus mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya yang cukup menyeksa batinnya. Aku tidak sesuai bersekolah pondok melauhkan keluhan hati kepada kakaknya. Berkain sarung, mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan pelita minyak tanah. Mandi air perigi dan serba-serbi daif tetapi ini banyak mendewasakannya. Jiwanya memberontak, senario itu tidak sesuai dengannya apakan daya kemahuan ibubapa.

Tamat tingkatan 5 sekolah pondok Pilus memasuki IKM di Perlis. Suatu hari keluar dengan kawan-kawan ke Arau. Pilus dicabar oleh kawan-kawannya supaya membeli Johnnie Walker minuman keras dan membahamnya. "Akupun tidak tahu ngapa aku berperangai begitu". Balik ke asrama Pilus mabuk dan muntah-muntah. Pilus di buang asrama, kemudian masuk ITM Arau dan seterusnya UTM, Skudai dalam bidang akitek.


Pilus asyek dengan dangdut Yasmin di Wilayah Complek.

Tahun 1986 Pilus berulang-alik dari Kedah - Kuala Lumpur - ke Skudai. Di UTM Skudai aku belajar akitek 4 tahun.Di samping itu, berniaga kedai burger/bunder bagi menambah pendapatan dan pratikal akitek di Complek Cambell dan kemudian diserapkan bekerja tetap. Berjinak-jinak dengan club Dangdut di Sekitar Jalan Raja Laut. Club Dangdut Bunga Tanjung dan Kelab Dangdut Yasmin di Wilayah Komplek jadi tempat pertapaan bila malam berlabuh. Nasib Pilus selalu baik, Mummy 40an di Kelab Dandut menjadikannya sebagai adik angkat dan membiayai perbelanjaan pengkuliahan. Kalau dikirakan sekitar 50k dihulurkan Mummy secara ikhlas berdeket-dekat dan Pilus sungguh berhutang-budi. Sampai mati aku ingat, terang Pilus terharu.

Untuk apa kau mencintaiku
Orang yang tak punya apa-apa
Kau akan kecewa setelah kau tahu
Siapa aku sesungguhnya


Lagu - Aku Semut Merah oleh Meggi Z

Mudahlah bagi Pilus berbelanja dan ketika itu wang tidaklah menjadi masalahnya besar baginya. Hinggakan kawan-kawan sepejabat selalu memintanya belanja dan menjadi banker. Satu keistemewaan pada diri Pilus ialah pemurah dan tidak lokek, tidak berkira-kira dengan kawan-kawan. Pilus mula mengenali mimuman keras, persundalan dan segala macam maksiat. Berlumba haram dan hadiah Minah Rempit/bohsia hinggakan polis trafic KL kenal susuk Pilus dan sering membayar saman… tidak mudah menghentikan tabiat buruknya itu.


Di masa lainnya, kejantanan Pilus sukar dibendung Hotel Cham Tan menjadi saksi kejantanannya yang masih utuh di Jalan Masjid India, terangnya.



Rempit jadi mainan Pilus bila malam minggu berlabuh...

Tuhan masih memberi aku peluang. Ketika itu aku berumur 25 tahun. Macam-macam aku nak cuba… dadah, ganja, mimuman keras dan persundalan…  Satu malam aku bersama awek dangdut mabuk ketika memandu dari Melaka… berapa kali kereta terbabas… Tuhan masih memberi peluang supaya bertaubat… sampai ke KL… Alhamdulillah...


Kahwin isteri Pertama:

Ketika Pilus berusia 26 tahun dan sebaya usia bakal isteri yang berasal dari Seremban, mereka berkahwin tahun 1994 dan kini tinggal di Ampang. Suatu yang melucukan, jodohnya melalui gambar seorang gadis sepejabat dengan kawannya di bank. "Dah berkenaan tak boleh buat apa-apa". Isteri pertama mencabarnya datang ke rumah jumpa kedua orang tuannya, aku sambut cabaran itu, kata Pilus pada pertemuan pertama. Pak Mentuanya waruk dan tenaga pengajar dii Sekolah anak-anak yatim dan terbiar di Klang. Kini Pilus sudah mempunyai 3 orang anak.


Kahwin isteri Kedua:

Sekitar 5 bulan selepas berkahwin Pak Mentuanya memanggil Pilus balik kampung. Langsung dihadapan isterinya, Pak Mentuanya memberi amanat supaya berkahwin sorang lagi dengan anak muridnya berusia 16 tahun yang terlanjur termengandung. Kamu sorang saja yang difikirkan sesuai dan mengambil tanggung-jawab ini, kata Pak Mentuanya dan mengaku Pilus sorang yang berani dan berterus-terang. 

"Ayah nak kau jaga sampai akhir hayat. Kamu jadi Pak Sanggup demi anak dalam kandungannya. Rezeki di tangan Illahi sudah ditentukan jangan risau, nasihat Pak Mentuanya sambil menerangkan ganjaran di sisi Illahi. Aku rasa macam diri terapung-apung… cerita Pilus berterus-terang.

Isterinya pertama membatu dan menerima saja seadanya. Pilus terkedu dan tidak dapat berkata-kata lagi dengan 'durian runtuh' itu. Tentang perbelanjaan ayah akan menolong kamu dan membantu isteri kedua ini, terang Pak Mentuanya. Kalau tidak dilindungi Pak Mentuanya bimbang anak gadis ini akan tersasar jauh. Kini Pilus mempunyai 2 orang anak termasuk anak tirinya. Isteri keduanya tinggal di Rawang.




Gambar hiasan

Kahwin isteri Ketiga:
 
Tahun 2009 aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis korporat yang agak berusia sekitar 40 tahun di Putrajaya, kata Pilus seronok. Ini kisah 'hangat'. Ceritanya begini, aku dapat projek untuk menyiapkan plan di Putrajaya. Langsung kami membuat janji temu di Restoran Yusuf Haslam di Setapak. Dipendekkan cerita projek berjalan lancar tetapi ketika pulang mengambil kereta gadis comel putih manis dari Pantai Timur ini mengekorinya dengan kereta spotnya. Orang tua berpasan, kalau gadis mengekori kita bermakna gadis itu sukakan kita…

Besok pagi Pilus terus menalifon gadis putih manis dan ingin berjumpa dan mengatakan ada rombakkan pada plan asal itu. Gadis itu bersetuju dan Pilus terus meluahkan isi-hatinya dan ingin berkahwin. Gadis itu menerima saja seadanya walaupun Pilus menerangkan dia sudah mempunyai 2 orang isteri. Apa nak risau, gajinya lebih dari cukup makan, rumah besar, kereta dan sudah menyediakan budget membuat rumah di kampungnya terang Pilus. Gadis ini inginkan pelindungan dari seorang lelaki bernama suami. Hari yang baik dan bulan baik, Pilus bersama Kelab Motor besarnya berkonvoi seramai 40 biji motor ke Pantai Timur mengaturkan pertunangan dan seterusnya berkahwin. Isteri ketiganya tinggal di Putrjaya setakat ini isteri ketiganya tidak mempunyai tanda-tanda hamil mungkin faktur usia, terang Pilus lagi.

Formula berkahwin 3… Jangan suka buat perbandingan isteri pertama dengan isteri kedua tentang kelebihan dan kekurangannya. Sikap berterus-terang dan tiada 'flip flop'. Kalau aku hendak balik rumah isteri kedua aku tidak pernah memberitahu isteri pertama hinggakan isteri pertama menyuruh aku pulang ke rumah isteri kedua, Pilus memberi petua. Tetapi kelemahan aku tidak pandai memanja isteri-isteri. Tidak pasti dangan hubungan kasih sayang dan mudah berubah-ubah. Pilus mengeluh aku banyak bertindak mengikut rasa, keras kepala dan tidak romentik kepada isteri-isteri. Agaknya isteri-isteri aku suka dengan sikap begini dan aku cuba mentarbiah diri…



Untungnya Pilus bekerja sendiri dan mempunyai pejabat di rumah. Kerja tidak terikat, senang keluar masuk. Setiap pagi menghantar anak isteri pertama ke sekolah. Isteri petama sering bertanya kenapa tidak balik ke Rawang rumah isteri ke duanya kerana Pilus sering berada di rumah dan bekerja. Dia tidak mengetahui aku sudah pasang tiga… Untungnya aku kerana mempunyai motor besar (ducati diavel CKD berharga RM139,888.00) senanglah bergerak ke sana-sini dan menepati masa. Perangai Pilus yang elegant silence'  menyukarkan isteri-isteri mentelaahnya. Dan masih tidak mengetahui yang Pilus sudah mempunyai 3 isteri setakat ini.

Pilus pantang kalau isterinya mempersoalkan ke mana Pilus bermalam dan banyak bertanya. Contonya…
Ke mana abang pergi malam tadi, rumah isteri kedua ya...
Emak nak datang, abang kena ada di rumah…


Terang Pilus lagi memberi nasihat, pasakkan amalan membaca Bismillah, alhamdulillah, selawat dan doa makan menjadi amalannya setiap kali memulakakn sesuatu perbuatan. Hinggakan meminum-minuman keras aku membacaNya kerana telah diajar di sekolah pondok. Ini barangkali dibukaNya jalan… Pilus telah berubah 180 darjah hidupnya dan banyak mertabiah diri. Bersyukur!.


Gambar hiasan


Di Iraq, wajib kahwin lebih dari 1
Foto hiasan

Setelah sudah empat tahun berkahwin dengan yang ketiga dan ketika ditanya adakah ingin menambah isteri?. Pilus pasrah dan memberi satu jawapan klasik. 'There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu…. 

walahuallam.


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

No comments: