ads

Thursday, July 18, 2013

Kisah tersembunyi Pesuruh Allah dan kematiannya


Gambar hiasan dari Google

Nabi Adam dipanjangkan umur 1000 tahun dan dapat melihat cucu-cicitnya berjumlah 400 ribu orang. 


Disurahkan Nabi Adam meminta kepada Tuhan untuk diperkenankan melihat wajah-wajah nabi selepasnya dan dikabulkan. Nabi Adam diberitahu tentang usia nabi seterusnya yang tidak lagi berumur panjang sepertinya. Disurahkan umur Nabi Daud pendek dan secara sukarela nabi Adam menghadiahkan 40 tahun usianya kepada nabi berkenaan dan diperkenankanNya. Manakala koleksi gambar-gambar, wajah-wajah Nabi kemudianya tersimpan di Rom semasa pemerintahan Hercules.

Gambar hiasan dari Google

Nabi Musa Menampar Malaikat

Disurahkan, Malaikat Maut ditampar hingga kedua mata buta kerana hendak mencabut nyawa Nabi Musa as. Malaikat itu memasuki rumah Nabi Musa as tanpa kebenarannya dan menimbulkan syak was sangka. Ini kerana Nabi Musa mempunyai 100 orang isteri.

"Wahai Nabiyulah, penuhilah panggilan Rabb-Mu," kata Malaikat Maut yang menyamar sebagai manusia biasa.

Ketika mendengar perkataan tersebut, Nabi Musa as tiba-tiba saja menampar malaikat Maut itu hingga kedua matanya buta. Malaikat Maut itu kebingungan dan akhirnya kembali menghadap Allah SWT.

"Ya Allah, Engkau telah mengutusku kepada seorang hamba yang tidak menginginkan kematian," kata Malaikat.

Setelah kejadian itu, Allah SWT mengembalikan pengelihatan malaikat tersebut dan menyuruhnya kembali menemui Nabi Musa as. Dengan perantaraan malaikat tersebut, Allah SWT meminta Nabi Musa as jika ingin menunda kematian, ada syarat yang harus dipenuhi.

"Engkau harus meletakkan tanganmu di punggung sapi jantan, kemudian sejumlah bulu yang tertutupi tangan itu engkau akan diperpanjangkan umurnya selama 1 tahun," kata Malaikat Maut.

"Wahai malaikat, kemudian apa setelah hitungan itu?" tanya Nabi Musa as.
"Kemudian kematian," jawab malaikat.

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa as memilih untuk tidak menunda kematian. Nabi Musa meminta keizinan untuk memberitakan saat kematian kepada semua isterinya seramai 100 orang tetapi Malikat tidak membenarkannya.

"Maka sekarang saja kematianku datang tanpa diundur lagi," ujar Nabi Musa as.


- Kisah dari kitab karya Imam Bukhari tentang kisah akan wafatnya Nabi Musa as.





Gambar hiasan dari Google

Nabi Adam menghadiahkan umurnya kepada Nabi Daud

Pada waktu dikeluarkan daripada keturunannya Nabi Adam diperkenankanNya melihat para nabi-nabi yang lahir setelah kewafatanya.

Dilihatnya ada seorang lelaki yang bercahaya. Nabi Adam bertanya pada Allah: "Siapakah orang ini, wahai Tuhan?"

Tuhan : "Ini adalah anakmu Daud."
Adam berkata: "Ya Tuhan, berapakah umurnya?" Tuhan menjawab: "60 tahun."
Adam memohon kepada Tuhan: "Ya Tuhan, tambahlah umurnya."
Tuhan menjawab: "Tidak, kecuali engkau berikan umurmu kepadanya."

Adapun umur Adam 1040 tahun, maka datanglah Malaikat Maut berkata kepadanya:", telah sampai akhir umurmu."

Adam berkata:" Bukankah umurku masih berbaki 40 tahun?" Nabi Adam telah lupa mengenai usia yang telah diberikan kepada puteranya, Daud a.s. Maka Allah s.w.t menyempurnakan umur Adam 1000 tahun dan untuk Daud a.s 100 tahun.

Sumber: majalah solusi,isu no.16


Demikianlah kisah para Nabi - Tuhan memberi izin kepada mereka mengetahui saat kematian. 

Disurahkan kepedihan dan kesensaraan saat tercabut nyawa dari badan. Ini diibaratkan seperti sebatang pohon berduri ditarik dalam urat rongga badan.

Malaikat Izrail berkata,
"Kalaulah aku tahu bagaimana sakitnya saat roh dicabut, maka aku sudah barang tentu akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali."


Dari: http://truecalling87yahoocom.blogspot.com/2010/03/usia-nabi-daud-as.html


Hercules
Raja Rom - Hercules berjumpa utusan Nabi

Nabi Muhammad mengutus Dihyah bin Khalifah al-Kalbi dan pemimpina Basrah membawa surat utusan Nabi. Hercules pemimpin empayar Byzantine. Lahir tahun 610 dan mati 641 Masihi.

Pengawal Istana tergaman melihat mereka dan terus mengiringinya untuk berjumpa Hercules melalaui banyak pintu-pintu demi keselamatan raja itu.Hercules sudah mengetahui tentang Islam dan berkeinginan untuk memeluk agama islam. Pemimpin besar itu kemudiannya membawa utusan Nabi menunjukkan satu-persatu gambar nabi dan nabi Muhamad di pintu ke 4. Sahabat nabi sungguh terperanjat rupanya wajah nabi terpampang di lebaran itu. Hercules sengaja menunjukkan gambar berkenaan bagi mempastikan kebenaran utusan itu.


Kisah Sahabat Bertemu Raja Rome (Hercules) Dan Melihat Koleksi Gambar 14 Nabi Dan Rasul. Gambar tersimpan dalam kotak (almari besar yang bersalut emas), ada pintu-pintu kecil di dalamnya. 
1) Nabi Adam A.S
Dalam sutera merah
Matanya besar, punggungnya besar, lehernya panjang, tidak berjanggut, bertoncang panjang 2 bahagian tepi.

2) Nabi Nuh A.S

Dalan sutera hitam.
Rambut Kerinting, berkulit putih, mata kemerah- merahan, berbadan besar, janggutnya cantik.

3) Nabi Ibrahim A.S
Dalam sutera hitam.
Kulit tersangat putih, cantik matanya, licin dahinya, panjang pipinya, putih janggutnya, tersenyum.

4) Nabi Muhammad S.A.W
Dalam sutera putih.

5) Nabi Musa A.S (Gambar Berdua dengan Nabi Harun)
Dalam sutera hitam.
Kulit kehitaman, rambut kerinting, matanya cengkung, matanya tajam, masam mukanya, cantik susunan giginya.

6) Nabi Harun A.S (Harun bin Imran, abang Nabi Musa)
Mirip Nabi Musa, tak segarang muka Nabi Musa.

7) Nabi Luth A.S
Kulitnya sawo matang, sederhana tinggi, muka macam marah.

8) Nabi Ishaq A.S
Kulit putih kemerah-merahan, mancung hidungnya, jambangnya nipis, Kacak rupanya.

9) Nabi Yaakub A.S

Muka macam Nabi Ishaq A.S, ada sumbing di bibir.

10) Nabi Ismail A.S (moyang Rasulullah SAW)
Putih kemerah-merahan, hidungnya mancung, tinggi, mukanya bercahaya dan tenang (khusyu’ & tawadhu’),
Muka kemerah- merahan.

11) Nabi Yusuf A.S
Muka Macam Nabi Adam A.S, muka bercahaya silau mata macam matahari.

12) Nabi Daud A.S
Putih kemerahan, kecil betisnya, agak besar perutnya, sederhana tinggi, membawa pedang.

13) Nabi Sulaiman A.S
Besar punggungnya, panjang kakinya, menunggang kuda.

14) Nabi Isa A.S

Muda, hitam janggutnya, lebat rambutnya, cantik matanya, kacak wajahnya.
Nabi Adam A.S pernah minta Allah SWT menunjukkan rupa nabi-nabi di kalangan zuriat keturunannya, tatkala Allah SWT membentangkan semua umat manusia keturunan Nabi Adam A.S, ada dikalangan mereka yang bercahaya, antaranya Nabi Daud A.S, Nabi Adam suka padanya lalu menghadiahkan 100 tahun umurnya pada Nabi Daud A.S. Lalu Allah SWT turunkan seluruh gambar- gambar para Nabi dan Rasul, diletakkan di dalam peti milik Nabi Adam A.S dan ditanam di sebuah tempat terbenamnya matahari. Kemudian dikeluarkan oleh Dzulkarnain dan diserah kepada Nabi Danial A.S.

"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)"

-----------------------------------------

Cerita Riwayat Al-Hafiz Al-Kabir Abu Bakar Imam Al-Baihaqi dalam Kitab Dala’ilun Nubuwwah.

Hercules

Selepas utusan Nabi itu pulang, Hercules memanggil pembesar-pembesar Christian dan mengunci pintu demi keselamatannya. Hercules sengaja bertanya Penguasa-penguasa Christian manakah yang benar. Pemuka ugama menghentakkan tongkat menandakan ugama merekalah benar. Di surahkan Hercules menerima surat Nabi Muhammad itu denga sikap positif. Beliau mengiktiraf kebenaran agama Nabi. Tetapi membatalkan niat memeluk Islam kerana keselamatan, kedudukan pangkat dan harta dari terlepas.

Heroclus berkata: Jika apa yang kamu katakan tentangnya itu adalah benar, maka ia adalah seorang nabi. Dan aku sebenarnya telah mengetahui bahwa dia akan muncul, tetapi aku tidak menyangka dia berasal dari bangsa kamu sekalian. Dan seandainya aku tahu bahwa aku akan setia kepadanya, niscaya aku pasti akan senang bertemu dengannya.


Surat kepada Raja Heraklius @ Hercules - Romawi (Byzantines / Rome)


*Tazkirah 15 minit dari Iman Muda - Sembahyang Tarawih malam ke 8.


"Pelajarilah ilmu,dengan mempelajari ilmu kerana mengharapkan wajah Allah itu mencerminkan takut, mencari ilmu adalah ibadah, mengkajinya adalah tasbih, menuntutnya adalah jihad, mengajarnya kepada ahli keluarga adalah taqarrub. Ilmu adalah pendamping pada waktu sendirian dan teman akrab pada saat bersendirian." - Mu'az bin Jabal

3 comments:

Unknown said...

Assalamuailaikum. Terima kasih untuk info yang bernas ini. Cuma saya ada saranan kepada tuan blogger, haram bagi umat islam memaparkan gambar para nabi. Justeru itu saya berharap En Mustafa akan delete gambar2 yang dipostkan berkaitan para rasul dan anbiya. Insyaallah...

Unknown said...

Bismillah Assalamualaikum selamat sejahtera, ilmu Allah harus hamba kongsikan walau sepotong ayat seklipun hamba sebagai hamba Allah akur dan tetap hamba sampaikan, biarlah hamba yang merasai segala sesuatu demi umat Muhammad.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Sdr mukmin ghazali, gambar yg dipaparkan cuma hiasan semata-mata dan hamba telah tulis di bawah gambar-gambar bkenaan.

Tkasih