ads

Wednesday, November 6, 2013

Bersara dan menikmatinya...



Buat teman-teman yang sudah dan akan bersara...


Saya duduk di sini pada pagi musim luruh yang indah, melihat ke luar tingkap. Orang bertali arus di jalanan, kepala tunduk ke bawah, pergi ke tempat-tempat yang penting dalam kehidupan perniagaan dan mengendong tugas-tugas yang terletak di pundak mereka.




Saya tidak ke mana-mana. Beberapa minit lagi akan pergi mendapatkan secawan kopi. Kemudian saya akan berfikir tentang makan tengah hari, Seperti yang anda tahu, makanan paling penting hari ini, dengan pengecualian mungkin sarapan pagi dan makan malam. Selepas itu saya akan mula mengingati apa yang perlu dilakukan pada malam nanti antara makan malam dan sebelum tidur. Kemudian esoknya rutin yang sama.

Jika ini seperti persaraan impian anda (tak termasuk golf), anda salah. Saya dibayar untuk melakukan itu: Bekerja di antara minum kopi dan makan, dan merancang untuk minum kopi dan makan lagi. Sifat kerja saya tidak penting. Mungkin kerjanya sama seperti anda. Saya menikmatinya, tetapi itu bukan halnya. Saya telah berada di sini, di semua tempat di alam semesta ini dari hujung kaki sehingga ke bintang.



Kita berfikir tentang persaraan seperti relaks bermain golf setelah lama bekerja. Tetapi selepas lima atau sepuluh tahun pertama permulaan bekerja seakan menakutkan dan bila mana terdapat peluang perkembangan kerjaya, saya berasa satu perkara yang amat benar: bekerja adalah untuk mereka yang muda dan tua. Persaraan perlu dikhaskan kepada mereka yang boleh menikmatinya - cukup lama bekerja mencapai kebijaksanaan dan perspektif.

Ia adalah idea yang mudah untuk melaksanakan. Selepas tempoh minimum pekerjaan - katakan, sepuluh hingga 12 tahun, dengan keupayaan dan kapasiti puncak adalah dikehendaki mengambil pakej persaraan yang termasuk pampasan yang bagus, jaminan wang saku, dan kesinambungan insuran kesihatan yang mencukupi. Setelah menikmati persaraan, mungkin sesetangah pesara ingin bekerja semula sehingga habis hayatnya atau sehingga tidak mampu melakukannya lagi.


 
Fikirkan manfaatnya terhadap setiap generasi. Golongan muda yang bersemangat akan mempunyai pelbagai pekerjaan yang ada untuk mereka dan tiada pekerja senior yang menyekat kenaikan kerjaya mereka. Golongan bakal pesara ini sudah boleh ke mana-mana yang disukai. Kepada golongan pesara yang ingin bekerja semula ini, mereka memiliki tenaga kerja yang hebat, pengalaman seumur hidup dan pemahaman penuh tentang bagaimana kehidupan membosankan tanpa kerja. Mereka akan bekerja dengan sepenuh hati, kurang mengambil masa minum petang dan lakukan apa saja untuk dapatkan kerja.


Ianya satu tawaran bagus untuk organisasi kita. Tempat kerja haruslah seimbang dengan dua jenis pekerja - mereka yang masih muda, bersemangat untuk berkhidmat dan dibayar gaji murah. Satu lagi ialah golongan tua, terdesak untuk bekerja, dan dibayar gaji jauh lebih murah. Di antara peralihan sistem itu, untuk seketika, akan menghasilkan pekerja yang kaki minum, neurotik, kuat berangan, dan dibayar gaji mahal. Benar, pakej persaraan mereka mungkin mahal. Saya tahu pakej saya akan mahal sebegitu. Tetapi pekerjaan amat ekonomikal - kerana mereka mahu dan perlu bekerja - mungkin kekal begitu.


Kawan-kawan, apa yang terjadi kepada dunia ... semua kanak-kanak dan warga tua dikurung dalam pekerjaan yang mengekalkan fungsi ekonomi... dan yang lain bebas bermain, untuk mencari makna kehidupan sehingga kita sanggup lakukan apa saja kerja yang diberikan syarikat-syarikat sehingga akhir hayat.

Terdapat satu dunia yang besar di luar sana yang bebas menanti mereka yang memiliki jiwa muda dan imaginasi untuk menikmatinya. Ayuh, mari kita dapatkannya! Tempus fugit!

A Modest Proposal
(Majalah FORTUNE)
By Stanley Bing
6 Okt 2003

No comments: