Kalau kita bergaduh...
*1.* Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*
*2.* Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.*
*3.* Kalau kita bergaduh dengan boss,
*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*
*4.* Kalau kita bergaduh dengan keluarga,
*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*
*5.* Kalau kita bergaduh dengan guru, *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*
*6.* Kalau kita bergaduh dengan kawan,
*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*
*7.* Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*
*8.* Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*
*Yang menang adalah cuma ego diri sendiri..*
*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*
*9.* Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*
*10.* Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*
*11.* Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*
*12.* Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*
*13.* Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*
*14.* Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*
*15.* Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*
*16.* Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*
*17.* Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*
*18.* Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*
*19.* Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*
*20.* Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*
*21.* Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*
*22.* Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.
*Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meskipun tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama-sama mencuba untuk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfikir hikmah di sebaliknya.*
Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.
Renung-renungkanlah!
Orang kita ni suka minta maaf..tak kira bulan ramadhan ke syawal ke, perkataan maaf ada di mana2..Awal pagi lgi ketika buka mesin ATM..
" Maaf, Mesin ini tidak berfungsi"...Kitapun lari ke mesin lain.. " Maaf, baki simpanan anda tidak mencukupi ".....
Aduii..mcmana ni..kitapun call kwn, " Maaf, nombor yg anda dail tidak dpt dihubungi " Ya Robbi....kita coba call bini..
" Maaf, kredit anda tidak mencukupi..". ....bosan...
Kita balik rumah buka wifi, " Maaf, wifi anda di sekat, sila dail 03xxx "...
Peningnya... duduk sofa buka astro.." Maaf, saluran ini tidak termasuk dlm langanan anda, sila hubungi 151"...
Begitulah murahnya hati org kita..mudah minta maaf dan memaafkan...
Syapun minta maaf juga seblum masuk Ramadhan ni..salah silap harap dimaafkan...
TAPI tahukah anda? Bahawa Allah lagi Maha pemaaf...
" Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pema’af lagi Maha Pengampun” ( al-Hajj:60).
اللهم إنك عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku”...
Whatsapp dari Rodongan 2016
No comments:
Post a Comment