JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku"
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
1. Bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. Solat sunat wuduk.
3. Solat sunat taubat.
4. Solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. Solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta).
6. Solat sunat witir 3 rakaat.
7. Istighfr 100x
8. Tahlil 300x
9
. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. Tasbih 40x
11. Solat sunat fajar.
12. Solat subuh.
13. Baca yaassin lepas subuh.
14. Solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16. Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz Ismail Kamus
Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang2 yang Engkau cintai.....
...............................................
Puisi Melayu
Marilah kita memperbaiki kelemahan dan menjadi Melayu maju dan berjaya!
........................
JADUAL HARIAN MUSLIM
Masa lebih teratur dengan Waktu Solat. Moga kita sentiasa mengingati Allah S.W.T dan tidak menjadikan kurangnya MASA sebagai ALASAN.
InsyaAllah, amin.
4.30 pagi Bangun Berdoa kepad ALLAH dengan doa : "Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan." Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri. Mengambil wudhu dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah,berwangi-wangian.
4.45 pagi Solat Sunat Solat Sunat Tahajjud Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. Solat Sunat Taubat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. Solat Sunat Hajat Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.
Solat Sunat Witir Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat.
Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, taubat kita, terima ramalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
>>hujung minggu @ sebulan sekali boleh la dilakukan Solat Tasbih 5.00 pagi Menyediakan sarapan @ bekal untuk di bawa ke tempat kerja.
5.50 pagi Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW sama ada menyebutnya atau di hati.
Banyakkan istigfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang di lakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang Sunat Dhuha Ia adalah sumber rezki yg berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Penuhi masa rehat dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia. Contoh dosa-dosa : mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
1.15 tgh Bersiap untuk solat Zohor. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.30 ptg Bersedia untuk solat Asar. Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
5.30 ptg Beriadah @ Memasak makan malam Bersenam dapat mengekalkan kesihatan diri. Memasak makanan sendiri lebih banyak baiknya..sambil2 tu boleh juga dialunkan zikir semasa memasak...
7.00 ptg Makan Malam. Setelah selesai makan. Menunggu waktu bersembahyang dengan berselawat. Solat maghrib berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga masuk waktu Solat Isya'. Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
8.00 mlm Solat Isya' berjemaah . Solat Isya' berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran. Bersujud Syukur setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yg memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA. Selepas solat boleh la melakukan kerja2 yang perlu diselesaikan..
10.00 mlm Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur. Tidur awal agar dapat bangun utk beribadah. Bacalah doa sebelum tidur : Dengan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati. Ingatlah tidur adalah mati yg sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.
Jadual ini hanya sekadar panduan, masa boleh diubah mengikut kesesuaian aktiviti harian masing-masing.
No comments:
Post a Comment