Ayuh!, mendaftar sebagai pengundi dan mari mengundi...
Gambar hiasan
- Orang muda tidak mahu mengundi?, Tidak suka politik
- Buta Politik faktor survival Melayu tergugat
- Orang muda digesa rebut peluang mendaftar sebagai pengundi baharu
- Ahli politik kita dilihat bermain politik sepanjang masa - bermula selepas pilihan raya umum, hingga pilihan raya yang baru
.................................................................
Surat rayuan buat Jemaah Tabligh dan seangkatannya...
(Tabligh, Arqam, Hizbu Tahrir, pelajar-pelajar lepasan dan lain-lain)
DAFTARLAH SEBAGAI PENGUNDI
Saya ingin ajak kepada semua muslim, warganegara Malaysia khususnya dari apa jua latarbelakang anda untuk berdaftar sebagai pengundi. Ia bukan sahaja tanggungjawab setiap rakyat, tapi juga kewajipan setiap muslim.
Kenapa saya berkata begitu?. Kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi dalam menentukan pemimpin negara. Di tangan pemimpin terletaknya keputusan untuk melakukan apa sahaja terhadap negara ini samada yang halal atau yang haram. Demokrasi memberi hak kepada setiap rakyat memilih pemimpin yang mereka mahu. Caranya ialah mengundi pada pilihanraya.
Benar. Demokrasi adalah ciptaan barat (walaupun ideanya diambil dari tamadun Islam). Kita tidak sekali-kali beriman bahawa demokrasi adalah sistem Islam. Namun sekiranya kita umat Islam mengambil langkah boikot demokrasi dan boikot pilihanraya, ia akan didominasi oleh pihak lain dalam negara ini.
Sedarlah negara kita hanya memiliki sekitar 60 peratus muslim. Bermakna non muslim 40%. Jika kita boikot, mungkin peratus muslim akan berkurang hingga ke 30-20%. Sedangkan penganut agama lain komited berdaftar sebagai pengundi. Tidak mustahil dengan kelekaan mengundi ini menyebabkan pemimpin negara akan datang adalah pilihan orang bukan Islam.
Justeru saya mohon mana-mana jemaah Islam yang menolak demokrasi dan memboikot pilihanraya supaya berfikir dua kali. Kalaupun berpendapat demokrasi ini haram dan tidak syar'ie, fikirkan semula ia sebagai darurat yang diharuskan kerana menolak mafsadah yang sangat besar; bimbang negara jatuh ke tangan musuh Islam.
Walaupun ada pengalaman lepas menunjukkan demokrasi tidak memberikan kemenangan kepada Islam, tetapi sekurangnya kita berusaha. Jadikan faktor-faktor penggulingan FIS di Algeria dan IM di Mesir sebagai panduan untuk kita berjaga-jaga.
Kepada jemaah-jemaah Islam lain. Jalankanlah operasi jemaah anda seperti biasa. Kami tidak menghalang. Bahkan dalam perkara yang baik dan tidak bercanggah, pasti kami sokong. Cuma minta sedikit kompromi, benarkanlah ahli anda mengundi. Mintalah mereka berdaftar.
Urusan melantik pemimpin bukan sekadar urusan dunia. Ia bakal dipersoal di hari akhirat kelak.. Jika ditakdirkan dengan sebab kita tidak mengundi maka kemenangan berpihak kepada musuh Islam, lalu dasar-dasar negara yang menjamin urusan agama ini dihapuskan olehnya, maka menjawablah kita di hadapan Allah nanti. Sesungguhnya tiada satu pun perkara yang akan terlepas dari hisab Allah walau sebesar zarah.
Allah berfirman kepada semua orang beriman:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang layak menerimanya).
[An-Nisa:58]
Wajib menjalankan perintah tuhan melantik pemimpin yang akan menggalas amanah kepada yang benar-benar layak. Jika wajib, maka apa hukum meninggalkannya?. Apakah amanah terbesar selain dari kuasa pemerintahan.
Yang mahu meneruskan agenda dakwah fardi, teruskan. Ia amat baik sekali. Yang berjuang menegakkan khilafah, teruskan. Kami juga berkongsi cita-cita yang sama. Yang mengambil pendekatan zikir dan pembersihan jiwa, tafaddol. Anda memiliki peranan tersendiri. Namun tolonglah hanya untuk sekali seumur hidup berdaftar sebagai pengundi dan sekali untuk setiap 4-5 tahun untuk keluar mengundi. Kerja-kerja politik selain itu serahkan sahaja pada kami.
Menolak politik dan pemerintahan bakal menyebabkan agama kita makin lemah. Sabda Rasulullah SAW:
لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها، فأولهن نقضاً الحكم، وآخرهن الصلاة
Akan terurai sedikit demi sedikit ikatan Islam. Setiapkali terungkai, manusia akan berpaut pada ikatan yang seterusnya. Maka perkara pertama yang akan terurai adalah pemerintahan, dan yang terakhir adalah sembahyang.
(HR Ahmad)
Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum suku ketiga daftar pemilih ditutup. Jika ditakdir bulan Mac berlaku pilihanraya, maka mereka yang tidak mendaftar sebelum 1 Oktober tidak boleh mengundi.
Dengan bacaan politik hari ini, sangat besar kemungkinan untuk pilihanraya berlaku pada bulan tersebut. Ini kerana situasi kini adalah paling selesa buat pemerintah.
Usah bercakap soal kos sara hidup, soal ketelusan undang-undang, pendidikan, keamanan, ekonomi dan sebagainya tapi diri tidak berdaftar. Buat malu sahaja.
Saya merayu.
Alang Ibn Shukrimun
Semasa 'taklim' molek benar isu ini dibangkitkan kepada jemaah, selari dengan konsep Islam 'Dunia adalah jambatan ke akhirat'.
'Magizhchi' - sempurna, tagline Rajinikanth dalam filem fiksyen - Kabali.
......................................................
Kesimpulannya, memang sedia ada ahli Tabligh mendaftar dan mengundi tetapi bilangannya terlalu sedikit. Namun persennya perlu ditingkat seoptimum mungkin. Demi negara, kita menyeru para ilmuan dikalangan jemaahnya memperkatakan peri pentingnya mendaftar mengundi dan pergi mengundi. Semasa 'taklim' molek benar isu ini dibangkitkan kepada jemaah, selari dengan konsep Islam 'Dunia adalah jambatan ke akhirat'. ‘Engagement’ dengan Jamaah Tabligh dalam Blok Ketiga mampu merintis kesepakatan Ummah dalam menegakkan Islam. Mampu mengubah cuaca politik di Malaysia. Pendayung sudah ada di tangan. Apa lagi?.
Negara lingkup dalam sistem tertutup. Soal setuju atau tidak itu persoalan kedua. Bukankah soal perancangan masa depan itu memerlukan proses jangkaan yang boleh jadi betul atau salah?.
Jika tersilap pertaruhan dalam pilihan raya kelak, usah mengeluh dan menyesal. Menangis air mata darah sekalipun jika pemerintahan negara sudah terlepas ke tangan mereka yang tidak sepatutnya memimpin kerajaan, sudah tidak berguna lagi.
Usah pelik dan tidak percaya, sebab perkara ini dalam politik bukan pelik, bukan ganjil berlaku. Sebab itu fikirkan semula sikap tidak 'cekna', sikap tidak ambil peduli dan memandang remeh kepentingan mendaftar sebagai pengundi.
Kita mengetahui zaman berubah tetapi maasalah tetap sama bagi golongan muda, marhain dan golongan professional yang tidak suka mendaftar untuk mengundi. (takut mengundi dan memangkah pembangkang disebabkan kedudukan dan cara terbaik pangkahlah pemerintah).
'Magizhchi' - sempurna, tagline Rajinikanth dalam filem fiksyen - Kabali. Dan orang muda pun kena 'magizhchi' di negara tercinta ini.
'Magizhchi' - sempurna, tagline Rajinikanth dalam filem fiksyen - Kabali. Dan orang muda pun kena 'magizhchi' di negara tercinta ini.
..............................
Bangsa lain seia sekata tetapi kita masih memperkatakan perkara yang 'sepele'.
Gambar hiasan
Gambar hiasan
...................................................................
Pantun Melayu bakal Layu
Undi
Di sambar kilat henti nadi
Umpama bunga jatuh layu
Sedih lihat daftar pengundi
Ramai Cina dari melayu
Jalan berbatu tempuh titi
Mencari dara gadis ayu
Cina bersatu tidak kira parti
Tujuan asal jatuhkan melayu
Ciongsam putih pakaian nyonya
Sari ungu pakaian india
Melayu masih besar egonya
Konon melayu tak hilang di dunia
Jika ke hulu mencari angsa
Berpusing nanti buruk padahnya
Bila melayu hilang kuasa
Baru bising seluruh dunia
Di tinggal ibu hidup merana
Di tengah kota penjara besi
Jika melayu di perintah cina
Tinggal nama lidah dan gusi
Gadis arab kening melentik
Berbaju labuh kain parsi
Jangan di harap ahli politik
Asyik bergaduh rebut kerusi
Arah barat cari mayat
Dalam gua jumpa mangsa
Jangan di harap wakil rakyat
Kumpul harta lupa bangsa
Dari dulu tinggal di kuah
Jual baja membeli padi
Duhai melayu semangat tuah
*Kerah semua daftar pengundi*
Nukilan :
Yusoff Mat
Kuala kangsar
Gambar hiasan
.........................................
SURAT BERANTAI
......................................
Kepada yang peduli
........................................
Rekod daftar pengundi baru 2016 Selangor.
Melayu- 49,000
Cina. - 115,000
Assalamualaikum.
HARAP AMBIL PERHATIAN
Mohon kerjasama Rakyat MALAYSIA untuk *mendaftar sebagai pemilih di Pejabat POS* atau wakil-wakil pendaftar pemilih yg dilantik oleh SPR (ketua kampung @ ketua taman) di kawasan masing-masing.
BAWA PHOTOSTAT KP DAN ASAL.
PENDAFTARAN PEMILIH PERCUMA.
Terutama kepada generasi yang lahir pada tahun *1993, 1994, 1995* dan yang belum pernah daftar pemilih untuk *mendaftar sebelum 30 September 2016.*
*DAFTAR PEMILIH SEBELUM 30/9/2016 akan diguna pakai untuk PRU 14.*
Minta tolong pada melayu islam yg berada dalam kumpulan Tabliq, ust ust tahfiz, penuntut penuntut pondok belajar agama dan pada org yg belajar agama kononnya tak amik perduli pada parti porlitik tetapi membiarkan hak mengudi org islam terbuang begitu sahaja kerana mereka tidak berdaftar pengundi. Tetapi membiarkan org cina menang besar kerana kekurangan sokongan org melayu sendiri. Memang demokrasi ini bedaah tapi nak buat macam mana negara kita dah tak ikut system islam ..... yg ada jalan mengundi ni je ada.
Tolong war-warkan kepada semua ahli keluarga, anak-anak, ahli kariah serta rakan taulan kita semua
AMIN
.............................
FAKTA
..............
MINORITI DI TANAH SENDIRI
Nasib Melayu Islam di Malaysia tidak menentu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) dengan Merdeka Centre For Opinion Research menunjukkan bahawa jumlah rumah ibadah tidak seimbang dengan bilangan populasi penduduk.
Situasi yang berlaku ini mencabar umat Islam. Ianya tidak adil dan bertentangan dengan pernyataan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub perlembagaan perkara 3 (1) Islam; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Adil yang dimaksudkan bukanlah konsep sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini termasuklah jumlah rumah ibadat perlulah berkadaran dengan keperluan penganut sahaja dan tidak berlebihan.
Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia adalah sebanyak 26.64 juta orang. 24.8 juta orang ini, merupakan warganegara Malaysia. Manakala baki 1.84 juta orang lagi merupakan bukan warganegara Malaysia.
Nasib orang Melayu suatu hari nanti.
Daripada 24.8 juta warganegara Malaysia, lebih separuh iaitu 13.48 juta orang (54%) adalah Melayu. (Bancian penduduk dan demografi ini dilakukan sebanyak 10 tahun sekali).
Di Selangor, penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. Orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar, manakala, Kristian berjumlah 50,000 dengan 27 buah gereja. Jumlah gereja ini tidak termasuk gereja-gereja yang berada di rumah kedai.
Statistik ini tidak termasuk kuil-kuil dan rumah ibadat yang berselerak di sana sini yang tidak didaftarkan.
Logiknya, bilangan masjid dan surau mesti mengatasi semua rumah ibadat yang lain, jika mengambil kira majoriti penduduk Islam melebihi 54 peratus dan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi keadaan sebenarnya tidak berlaku. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri-negeri lain. Begitu besar bezanya.
Dalam kajian yang dijalankan pihak YADIM pula, pada bulan September 2009, di Kuala Lumpur sahaja terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu, malah bilangan tokong Buddha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59 masjid dan 218 surau/madrasah. (Sumber Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia 2009)
Gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa .
Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini?
Sedangkan rakyat Kristian lebih ramai di Filipina dan Indonesia.
Sebuah kuil Hindu yang disifatkan unik juga bakal didirikan di Putrajaya, sebaris dengan dua buah masjid yang telah dibina. Kuil ini boleh memuatkan seramai 10 ribu orang dengan ruang pejabat yang turut disediakan. Sedangkan majoriti penduduk Putrajaya adalah beragama Islam, dan penduduk beragama Hindu hanya seramai 1,500 orang.
Inilah nasib umat Islam di Malaysia. Bukan sahaja banyak tanah tergadai untuk pembinaan rumah-rumah ibadat tanpa keperluan ini, malah kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan digugat secara senyap ibarat musuh dalam selimut. Walaupun dikatakan ada garis panduan dikeluarkan tetapi garis panduan itu masih bersifat berat sebelah. Malah bantuan turut diberikan untuk pembinaan rumah ibadat ini oleh pemerintah Islam.
Namun, dalam kecelaruan ini masih ada yang menganggap ia sebagai kebebasan beragama. Tanggapan salah ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana ia berkait langsung dengan kedaulatan dan maruah umat Islam sejagat.
No comments:
Post a Comment