ads

Tuesday, August 26, 2008

Bila Salji Melintasi Jendela...



Angin Antartika yang ditunggu-tunggu telah membadai tiba di kota London. Tengah malam, salji berluruhan melewati jendela di hotel tempatku menginap.

Semalam, bunga-bunga di Northbrook Park, taman perrmainan kanak-kanak, salji memutih seperti kapas. Langit bersih, matahari bersinar seperti tiada perintang. Dan sejak pagi-pagi lagi, jentera-jentera pembersihan taman berkeliling menaburkan garam coklat agar salji tak melicinkan jalan.

Saya menyambut hari pertama bersalji di London dengan segelas cappucino dan semangkuk brown Windsor soup.



Di luar kota London tentu jauh lebih dingin. Di daerah Yorkshire dan Lincolnshire, salji bahkan menyebabkan kecelakaan dan juga kemalangan. Di Scotland dan Northern Ireland, salji menebal sampai 15 sentimeter. Umpama bencana alam. ribut salji juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, terputus hubungan, kekurangan bekalan makanan dan menjejas rutin kehidupan.

Dibandingkan tahun-tahun lalu, tahun ini cuaca London relatif bersahabat. Seperti hari ini, salji hanya meluruh tengah malam hingga pagi hari, lalu cahaya matahari kembali bersinar. Tapi bila menyensing siang, salji kembali meluruh amat lebat juga teramat indah kelihatannya buat seorang perantau, seperti aku. Malam hari berikutnya, salji seperti ditumpahkan dari langit, menutih di mana-mana. Jalanraya diliputi salji setebal satu kaki. Fenomena alam tanpa dijangka...

Meski diramalkan tidak akan menjadi bencana, pemerintah setempat mengeluarkan peringatan: salji boleh menyebabkan kerugian jutaan pounds akibat membekunya paip-paip gas dari itu mereka telah menyiapkan ribuan ton garam untuk mencairkan salji di jalan-jalanraya.

Salji di London memang menyenangkan, meski punya sejarah kelam dan belum dilupakan warga kota ini. Setelah musim dingin yang sangat beku di tahun 1740, musim terdingin di abad 20 di London dan seluruh England adalah di tahun 1962-1963.

Tapi itulah musim terpanjang London berselimutkan salji. Tiga bulan lamanya London seperti beku. Rutin harian banyak tertangguh. Hamparan ais mengambang di sungai-sungai dan danau. Ramai orang bermain ski di hulu Sungai Thames. Salji juga menyebabkan banyak agenda harian lumpuh malah pertandingan bolasepak terpaksa dibatalkan atau ditunda. Hujan beku dikatakan menjadi dalang kepada jalan-jalan raya malah cermin kereta, pokok dan talian letrik semuanya keras membatu. Tiupan angin yang sejuk seperti 'lolongan' dan tidak kurang bilangan kemalangan jalan raya!.


Musim dingin dengan salji berat yang masih diingat warga kota ini terjadi tahun 1991. Akibat terbesarnya tentu saja pada lalu-lintas darat dan udara. Jalan yang licin sering mengakibatkan kemalangan, dan kendaraan-kendaraan lebih banyak terperangkap. Rel-rel kereta api lebih kacau lagi gara-gara penundaan dan penutupan akibat salji. Puluhan ribu penduduk tidak mempunyai bekalan elektrik selepas dilanda ribut salji. Angka kematian mencecah ratusan orang dan kebanyakan mereka menyambung nyawa dengan fenomena ini. Heathrow, lapangan terbang tersibuk di dunia itu membatalkan ratusan pendaratan dan penerbangan dalam sehari akibat fenomena ini.

Syukurlah, tahun ini salji diramalkan tidak seteruk itu. Untungnya, saya dapat menghayati pemandangan dari bilik hotel: luruhan butiran putih berjatuhan di jendela, sambil menikmati alunan muzik Morzat dan segelas cappucino...

Catatan dari email:
arungtasik@any-mail.co.uk/2004
iachini99@yahoo.com/2004



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


Monday, August 11, 2008

DILEMMA SEORANG AYAH, ANAK SUKA 'MAIN' ULAR...






Kadang-kala bila bersendirian atau bersama isterinya, Jj kebingungan memikirkan masa depan anaknya seramai dua orang itu. Mereka tidak mempunyai anak perempuan membuatkan Jj rasa kesunyian. 

Walaupun keluarga kecil ...sekangkang kera... tetapi masa depan anak-anak menjadi keutamaan keluarga. Jj yang bertugas di syarikat penerbitan terbesar di Malaysia ini manakala isterinya berkerja di sebuah bank di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Anaknya masih tidak bekerja tetap, itu persoalannya. 

Dua tahun lagi Jj akan bersara tetapi anak sulungnya masih belum mendapat kerja atau mencari kerja yang bersesuaian. Anak sulungnya bernama Sudir sangat berminat dengan binatang, Sejak di bangku sekolah lagi minatnya telah terjurus ke situ. Waktu itu si ayah bangga dengan sifat anaknya yang suka kepada binatang. 

Itu sifat Nabi katanya. Pernah satu ketika Sudir menyelamatkan kucing yang hampir mati kerana diserang sekor anjing. Satu ketika lain Sudir membawa seekor iquana balik dari sekolah. "Kawan punya, pinjam semalaman", katanya selamba. Satu keluarga terperanjat, "Anak aku nak jadi zoologes ke ni", tanya Jj sendirian. Apa saja jenis binatang semua disukainya. Itu perangai pelik anaknya

Anak keduanya boleh dikatakan sudah berdikiri. Tetapi Jj agak terkilan kerana anak keduannya tidak dapat menandingi abangnya dalam pelajaran dengan memiliki segulung ijazah sarjana muda. Anak keduanya sudah bekerja dan mendapat gaji selepas menamatkan SPM, tidak lagi membebankan ayahnya.

Pernah satu ketika Sudir pulang dari Melaka, cuti semester Sudir membawa seekor ular tedung menaiki bas. Ular itu diletakkan dekat dadanya dan dia tertidur. Nasib baiklah ketika itu bas kurang penumpang, cerita Jj, kalau tidak ramai yang pensan. 


Di masa-masa lain anaknya membawa ular peliharannya di dalam pouchnya dan selamba membuka zip di depan orang ramai dan memberinya makan. Ramai yang panik dan menjerit. 

Kadang-kadang Sudir melatakkan ular peliharaannya secara mengejut di depan kawan-kawannya, ada yang pucat, terkencing dan ada yang menjerit ketakutan terutamanya wanita.




Gambar Hiasan

Sudir memang berani orangnya. Pernah satu pada waktu malam ketika Sudir dan rakan-rakan tersesat. Mereka terpaksa berkemah dan bermalam di tengah-tengah hutan. Semua rakannya seramai 3 orang telah tertidur kepenatan tetapi Sudir tidak dapat melelapkan mata. Sudir ternampak di atas pokok tinggi lembaga berpakaian serba putih duduk mencankung memandang ke arahnya sambil menghayun-hayunkan tangannya, Matanya yang merah membuatkan sesiapa yang terpandang akan terkejut. Sudir selamba saja memandang dan mengalihkan mukanya ke arah lain dan memejamkan mata.


Kita jangan gelabah buat selamba dan tiada apa-apa saja, terang Sudir memberi petua kepada ayahnya. Hantu akan mengacau kalau kita rasa takut atau hilang kawalan, kata Sudir selamba. Jj tidak mengetahui ilmu apa yang dipakai anaknya. Mungkin kerana minat yang mendalam kepada pengkajian dan pembacaan, terang Jj lagi. Sudir memang suka program National Geografi dan bersangkutan dengan binatang. Banyak buku rujukan dibiliknya terang jj lagi. Animal Planet dan crocodile Hunter sentiasa diikutinya. Membuatkan minat kepada hidupan haiwan bercambah.

Anaknya masih tidak
bekerja tetap, itu persoalannya. Di waktu lain, cerita Jj anaknya mendapat panggilan dari seorang kawannya yang tinggal di pinggiran Ulu Langat. Kawanya ternampak lembaga duduk di atas pokok besar sedang memerhatikan apabila melalui bukit Ulu Langat lewat malam. Kawannya dengan peluh dingin meneruskan perjalanan ke Langat. 

Sampai ke rumahnya semua keluarga tiada kerana balik kampung dan tidak dapat melelapkan mata lalu menalipon Sudir untuk menemainya. Sudir selamba saja melalui jalan itu tanpa gangguan dan rasa takut. Itu istimewanya anak aku, Jj bangga sambil mengurut misai jarangnya.

Di waktu lain-lain lagi, kawan-kawan Sudir membawa pelbagai jenis ular dan proses 'kahwin'kan ular. Satu ketika ular bersalin kulit dan Sudir memandikan ular. Dahulu Sudir mempunyai seekor ular sendok/vipper, Tetapi Jj tidak menyukai ular bisa minta diserahkan kepada temannya. 


Sudir ada tiga ekor ular sawa specis burmese python dan seekor ular sawa albino specis burmese python dan memeliki lesen perhilitan. Hobi 'The rich man pet, agak mudah dan senang mengendalikan. Dua minggu sekali diberi makan dengan seketul peha ayam dan akan kenyang selama dua minggu.


Sudir tidak membiasakan memberi makan binatang mati kerana ular akan menjadi ganas dan akan mematuk orang yang berada di sisinya. Ini membahayakan katanya. Satu ketika TV3 mewawancara tentang hobi ganjilnya di rumah. Jj bergegas keluar rumah kerana merasa malu dengan hobi anaknya yang itu.

Minat Sudir kepada binatang bukan calang-calang. Dia dengan kawan-kawan semasa di universiti dulu akan berkumpul pada hujung minggu. Masing-masing akan membawa binatang peliharaan. Ada yang membawa iquana, tikus, pelbagai jenis ular, mengkarung dan lain-lain untuk dibincangkan. 


Mereka berbual dari hal makanan hinggalah ke menubuhkan kesatuan dan membina syarikat. Satu hal yang aneh bagi Jj ialah kawan-kawannya bukan saja lelaki tetapi juga perempuan meminati bidang yang sama. Gadis itu sangat cantik tetapi bila datang ke rumah dengan membawa seekor ular peliharaan hilang selera untuk bertegur-sapa. Rasa mual dan sahamnya gadis itu jatuh merundum, terang Jj lagi. 

Kawan-kawannya sudah berkerjaya tetapi anak aku masih terkial-kial memilih bidang kerjaya yang bersuaian, Pernah juga Sudir menghubungi pihak perhilitan atau zoo tetapi mendukacitakan kerana jawatan yang bersesuaian tiada kekosongan. Itulah persoalannya...

Satu yang membanggakan Jj, walaupun anaknya masih belum berkerja tetapi banyak juga daya usahanya. Sudir dan kawan-kawannya yang sudah berkerjaya acapkali bila Jom Hebuh anjuran TV3 diadakan mereka akan menyertainya. Ini termasuk anjuran DIGi dan Rakan Muda. 


Masing-masing akan membawa binatang peliharaan untuk pertunjukaan anjuran berkenaan. Masalah yang timbul bila penganjuran diadakan di luar Kuala Lumpur. Mereka terpaksa tidur di dalam khemah kerana binatang seperti ular di larang di bawa masuk ke hotel. Terpaksalah mereka tidur bersama ular.

Hasil bayaran itu digunakan untuk makanan binatang berkenaan. "Tidak cukup", kata Jj marahkan anaknya. Sepatutnya kamu jangan membawa ramai sangat rakan-rakan kerana jumlah bayaran sekitar RM2 ribu akan diberi sama rata, jadi kamu dapat terlalu sedikit, terang Jj kepada anaknya.

Anaknya masih tidak
bekerja tetap, itu persoalannya. Acap kali bila diajukan soalan itu Sudir bertanya balik kepada ayahnya. "Binatang ni siapa nak jaga? Tiga ekor ular sawa spesis burmese python, seekor ular sawa albino spesis burmese python. Kalau Sudir bekerja waktu untuk di pejabat terlalu lama dan sangat menyulitkan untuk bersama binatang peliharaannya. 

Ada juga niat untuk diberikan kepada jiran menjaganya tetapi takut binatang itu mati kebuluran atau gejala lain. Nanti ular itu mematuk anak jirannya pula fikir Sudir sendirian. Banyak kali ayahnya mengomel tentang tingkah-laku anaknya, lama kelamaan 'sunyi' saja amarah itu.

Baru-baru ini anaknya menghantar 3 ekor ular ke Penang untuk pameran selama seminggu. Ini bermakna sunyilah sedikit rumah besar setingkat itu dari jeritan ular. Binatang peliharaan Sudir ditempatkan di dalam biliknya di atas. 


Kadang-kadang bila Jj masuk ke bilik anaknya terpaksa berhati-hati takut ular itu melingkar di atas kepalanya. Begitu juga kalau Jj keluar bilik takut juga ular tersepit dipintu. Kadang-kadang naik darah juga melihatkan kerenah anak sulungnya tetapi terpaksa memendamkan rasa kerana anak hanya dua orang saja. Isteri Jj mampu memekakkan telinga saja dengan telatah anak sulungnya. 

"Dah hobinya begitu sejak kecil, nak buat macam mano...", telah isteri Jj berloghat minang selamba. "Kita semakin tua, dua tiga tahun lagi I pencen, nak juga menimang cucu dan bermain dengannya, nampak gayanya hasrat terbengkalai...", keluh Jj tak sudah. Aku kena kahwin satu lagi, aku kesunyian dan perlukan belaian... pendam Jj di dalam hati.

Anaknya masih tidak
bekerja tetap, itu persoalannya. Minggu lepas terang Jj, anaknya ke Putrajaya untuk memohon pinjaman pertanian Siswazah. Semua kertas kerja sudah disiapkan dan pada dasarnya permohonan itu berjaya. Anaknya bukan tidak mahu berkerja tetapi memilih kerja yang bersuaian dan dapat menjaga binatang peliharaannya. 

Itu saja kata Jj tetapi sampai bila? umur semakin meningkat tetapi perkerjaan tetap masih tercari-cari. Kalau berjaya permohonan ini dan memdapat pinjaman sebanyak RM50 ribu, anaknya ingin menceburi bidang pertanian, tentang tapak pertanian boleh dipohon dari jabatan tanah katanya.

Apabila pulang dari Putrajaya kereta MPV baru ayahnya telah dilangar orang semasa Sudir meletakkan di penjuru jalan. Sudir takut ayahnya memberikan sumpah seranah bila pulang nanti. "Abah silap", kata Jj selamba. "Pasal apa?, tanya Sudir ingin tahu. "Silap abah, bagi kau pakai kereta abah, itu saja", ujar Jj memendam rasa geram kepada anaknya secara sindiran. Sudir terkebil-kebil ingin tahu kenapa ayahnya tidak memarahinya. Lain kali tak merasa pakai le, rungut Sudir.





Gambar Hiasan


"Abah dah ada budget untuk kamu mendirikan rumah-tangga". kata Jj meminta anaknya Sudir cepat-cepat berkahwin. Tetapi hasrat ayahnya terbengkalai lagi kerana anaknya masih tidak nampak condong ke arah untuk berumah-tangga. Anaknya berusia 24 tahun lebih sepatutnya sudah ada bakal calon, fikir Jj. Ini membuat Si ayah pening kepala. 

Pernah Sudir membawa seorang gadis balik ke rumah tetapi Jj tidak berkenaan kerana belum ada ikatan gadis itu berleser dan selalu memegang tangan anaknya. "Belum apa-apa dah meleser dan berpegang-tangan", bentak Jj tidak setuju. Nanti bila aku dah tua, isteri Sudir mengabaikan aku, pendam Jj.

"Abah, simpanlah dulu budget itu", nasihat Sudir kepada ayahnya. Kedudukan Sudir masih tidak kukuh lagi bagaimana hendak menanggung anak orang. Memandangkan umur anaknya sudah boleh berkahwin membuatkan Jj mendesak anaknya bernikah segera. Lagipun Jj dikurniakan keluarga kecil dan tiada anak perempuan. 


Rumah teres dua tingkat itu ketara benar sunyinya. Kalau begini keadaannya mengapa aku tidak dikurniakan ramai anak? tanya Jj sendirian.

"Budget ni terpaksa digunakan dalam tahun ini jugak, tidak boleh dibawa ke depan!", bentak Jj mengejutkan Sudir yang masih bermain dan memberi makan ular sawanya. "Kenapa?, kalau tak digunakan, bawa saja ke tahun depan atau simpan!", tanya Sudir ingin tahu.

"Tak boleh, budget mesti diguna, kalau tidak abah yang gunakan!", tegah Jj menggugut, menutup bicara petang itu.

Kalau aku gunakan budget itu.... aku kahwin satu lagi le... cari anak dara 20an kat Penang, anak Mami, puak gerabak aku... bisik Jj sendirian sambil menuruni anak tangga rumahnya. Jj mengubah fikiran, jika anaknya masih tertanguh-tangguh untuk berumah-tangga. Aku akan kahwin satu lagi, itulah persoalan sebenarnya...




- KISAH BENAR 
 Nama telah di tukar & Fantasi Makhkuk halus telah di ubah kerana tidak mendapat gambaran sebenar.



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.

........................................................



Tak serik kena 'patuk'

Oleh Diyanah Anuar - IKON/BERITA HARIAN



HANYA mereka yang memeliharanya saja yang tahu keistimewaan memelihara haiwan reptilia ini. Bagi peminat ular, haiwan ini cukup mengagumkan tapi bagi yang tidak memahami akan mempersoalkan mengapa dalam banyak-banyak haiwan, ular yang selama ini dianggap berbahaya yang dipilih untuk menjadi peliharaan.

Ada beberapa spesis ular, contohnya ular sawa sesuai dijadikan dipelihara. Namun, ia memerlukan penjagaan yang unik oleh individu yang benar-benar boleh memberi komitmen dan memahami kehendak haiwan ini. Walaupun jarang dijadikan haiwan peliharaan berbanding haiwan comel dan manja yang lain, beberapa pemelihara ular yang ditanya baru-baru ini memberitahu, menjaga ular adalah lebih mudah daripada menjaga haiwan peliharaan popular yang lain seperti kucing dan sebagainya.

Imej ‘ganas’ ular juga tidak menghalang mereka untuk menyayangi dan memanjakan reptilia itu seperti mana haiwan jinak lain dibelai, dijaga dan disayangi tuan mereka. i-Kon sempat berkongsi cerita dengan dua gadis, artis, Ezlynn dan pensyarah muda, Fynn yang menjadikan ular sawa haiwan kesayangan mereka.

Pensyarah kolej, Nur Affina Yanti Jamalludin (Fynn), 25, membela seekor ular sawa spesis burmese python sebagai haiwan peliharaannya sejak awal tahun ini. Ular jantan yang panjangnya lebih satu meter itu dinamakannya Bobby. Sebelum membela Bobby, beliau pernah membela seekor ular sawa yang dinamakannya Atek sekitar tahun 2005.

“Atek ‘tersesat’ masuk ke bilik rakan saya ketika menuntut di kolej. Saya begitu minat dengan ular sejak kecil jadi daripada membuangnya, saya ambilnya untuk dibela. “Namun, saya cuma berpeluang membela Atek sekejap saja kerana tidak berapa lama dibela, ia mati. Besar kemungkinan kerana tidak biasa, ia tidak mahu makan langsung lalu mati,” katanya. Ketika dibeli di sebuah kedai haiwan peliharaan dulu, Bobby masih kecil lagi.

“Dibandingkan dengan ular sawa lain di kedai itu, Bobby ini agak agresif dan sifat itu membuatkannya sukar untuk dijual. “Jadi, bila kami hendak membeli Bobby, dari RM800, harganya diturunkan hingga kira-kira RM300, lengkap dengan lesen untuk memeliharanya sekali,” katanya sambil mengingatkan sesiapa yang ingin memelihara ular untuk mendapatkan lesen yang sah.

Beliau menempatkan Bobby di sebuah akuarium khas, siap dengan perkakasan yang diperlukan. Perbelanjaan penjagaannya tidak mahal dan tidak merumitkan kerana ia hanya makan sekali dalam dua minggu yang menelan belanja sekitar RM30 sebulan.

Kata Fynn, haiwan peliharaan biasanya memberi refleksi personaliti individu yang memeliharanya. Menggambarkan dirinya sebagai dark person, Fynn tertarik dengan reptilia eksotik ini untuk dijadikan peliharaan.

“Sifat ular itu sendiri yang kelihatan misteri dan sukar dijangka saya rasakan begitu dekat dengan karektor diri saya,” kata Fynn yang juga seorang aktivis seni.

Di peringkat awal, Fynn banyak membuat kajian mengenai tabiat haiwan berkenaan bagi memudahkan beliau menjaganya. “Banyak maklumat yang membantu saya untuk memahami sifat Bobby ini. Selebihnya, saya pelajari melalui pengalaman sepanjang memeliharanya,”katanya. Cerita Fynn, dua kali tangannya digigit Bobby ketika memberi makanan kepada haiwan itu.

“Ia tidak sengaja ‘tercengkam’ sekali tangan saya ketika saya hendak memberikan burung pipit yang menjadi makanannya selain tikus,” katanya sambil menambah, walaupun tidak berbisa, ular sawa mempunyai gigi yang cukup kuat. Haiwan ini juga kata Fynn tidak akan kenal pada tuannya tapi mungkin akan terbiasa dengan bau atau suhu badan orang yang selalu menjaganya.

Kadangkala, Fynn akan membawa Bobby bersamanya ketika keluar bersantai. “Setiap kali dibawa keluar, Bobby pasti menjadi perhatian ramai, terutama kanak-kanak. Ada yang memberi reaksi terkejut atau takut bila melihat ular melingkari leher atau tangan saya tapi ada juga yang mendekati, memegang dan bertanya itu ini mengenai Bobby.

“Antara tujuan saya membawa haiwan ini keluar adalah untuk membiasakannya dengan orang, supaya ia tidak begitu berasa terancam setiap kali disentuh. “Di samping itu juga, saya mahu orang ramai lebih ‘mesra’ dengan haiwan yang biasanya digeruni ini. Bila mereka dapat memegang dan melihat sendiri keistimewaan haiwan ini, rasa takut itu akan hilang dan tidak mustahil mereka akan mula menyukai sifatnya.

“Kebanyakan orang takut kepada ular dan merasakan ia berbahaya kerana mereka tidak pernah cuba untuk mendekati dan memahami reptilia ini. Sebab itulah, segelintir orang, bila terjumpa haiwan ini, tanpa alasan kukuh mereka akan terus membunuhnya kerana menganggap ia mengancam nyawa mereka walau pada hakikatnya manusia yang memberi ancaman kepada mereka,” ujar Fynn.


Ezlynn anggap suatu terapi

HAL yang sama diutarakan penyanyi dan pelakon, Ezlynn yang turut memelihara ular sawa albino spesis burmese python juga.

Katanya, kebanyakan orang cepat membuat tanggapan yang ular adalah haiwan berbahaya sedangkan mereka belum mendekatinya lagi.

Ular yang dipanggil Kiki itu dibelinya tiga tahun lalu dengan harga RM1,500. Kini, panjang Kiki sudah mencecah hingga kira-kira dua meter dan beratnya pula hampir lima kilogram. Ada juga yang berminat untuk membeli Kiki daripada Ezlynn dengan harga RM7,000 (dikira RM1,000 setiap kaki panjang)

Berbeza dengan Bobby yang dipelihara Fynn, Kiki lebih pasif, jinak dan manja. “Mungkin kerana sejak ia kecil lagi saya tidak berikannya binatang yang masih hidup sebagai makanan sebaliknya saya berikan ia ayam mentah,” katanya.

Ezlynn mengambil keputusan untuk memelihara ular sawa sebagai haiwan peliharaan selepas dicadangkan rakannya. “Saya ini jenis yang takutkan serangga yang merayap dan terbang seperti lipas atau kumbang. Rakan saya mencadangkan supaya saya membela ular sawa sebagai cara melawan rasa ketakutan, bukan saja terhadap serangga tetapi juga dalam banyak perkara.

“Sekarang, ketakutan saya semakin berkurangan dan keyakinan saya juga semakin meningkat,” katanya. Memelihara ular ini juga kata Ezlynn, ibarat suatu terapi untuk dirinya.

Kerjaya sebagai artis kadangkala memberikan tekanan kepadanya. Setiap kali memegang Kiki atau melihat pergerakannya yang perlahan, secara automatik ia memberikan saya ketenangan dan sedikit demi sedikit masalah itu dapat dilupakan.

Kata Ezlynn, ular sawa adalah haiwan sensitif. Jika tidak kena dengan caranya, ia senang ‘merajuk’, tidak mahu makan ataupun sakit. “Walaupun tidak begitu memerlukan perhatian atau penjagaan, haiwan ini juga senang dihinggap penyakit.

“Ketika mula-mula memelihara Kiki dulu, ia pernah dijangkiti kutu, kecacingan dan juga selsema. Namun, setiap kali sakit, saya akan lekas membawanya berjumpa pakar reptilia untuk mendapatkan rawatan.

“Bila sudah besar sedikit ini, jarang sekali ia dijangkiti penyakit hasil daripada pemakanan dan penjagaan yang baik,” jelas Ezlynn sekali-sekala akan membawa haiwan peliharaannya ini ke pertunjukan nyanyian atau penggambaran lakonan. “Bagaimanapun, saya akan pastikan juga, sama ada orang di sekeliling tempat saya pergi itu senang ataupun tidak dengan kehadiran Kiki ini.

“Bila minta ditunjukkan, barulah saya akan keluarkan Kiki dari beg khasnya. Jika tidak, saya hanya biarkan saja ia berada di dalam beg itu,” katanya.

Tempoh masa kira-kira empat hingga lima tahun lagi ditetapkan Ezlynn untuk beliau memelihara Kiki. Selepas itu, beliau bercadang untuk menyerahkannya kepada zoo atau kepada orang yang benar-benar berminat untuk memelihara ular sawa.



Info:




  • Bagi yang tidak begitu biasa dengan ular, spesis seperti corn, king atau ball python adalah pilihan terbaik untuk dijadikan peliharaan kerana ia lebih lembut, diet dan keperluannya lebih mudah disediakan berbanding spesis lain.

  • Mana-mana spesis ular pun yang dipelihara, disyorkan supaya diberikan binatang yang sudah dibunuh terlebih dulu sebagai makanan. Binatang hidup boleh mendatangkan kecederaan serius kepada ular ketika ia bergelut untuk memakan mangsa. Lebih elok jika diberikan makanan yang sudah dibekukan terlebih dulu.
  • Bagi mereka yang baru hendak mencuba memelihara reptilia ini, elakkan memilih spesis burmese python, red-tailed boas, tree boa, ular sawa, ular air atau spesis liar yang ditangkap memandangkan kebanyakannya pernah ‘meragut’ mangsa yang terdiri daripada manusia, terutamanya burmese python. (disebabkan penjagaan dan pengendalian yang tidak betul).

  • Spesis ini juga memerlukan pengendalian yang berhati-hati. Pemilik dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat beberapa orang lain ketika mengendalikan spesis burmese python yang bersaiz besar kerana haiwan ini mempunyai kekuatan yang tidak dapat dijangkakan.
  • Ular bersaiz besar dan yang sukar untuk menyesuaikan diri berpotensi untuk mendatangkan bahaya. Ular seperti ini dan juga yang berbisa pastinya, tidak sesuai untuk dipelihara. Ia bukan saja mendatangkan bahaya kepada tuannya tetapi juga mendatangkan risiko kepada orang lain di sekeliling sekiranya ia terlepas.
  • Pemilik harus mengetahui tabiat, cara penjagaan dan pemakanan yang betul untuk ular peliharaan mereka.

  • Tuesday, August 5, 2008

    Membaca Pergerakan Iklan


    Misalnya untuk katagori TV ditayangkan ke screen, iklan berbudget rendah pemenangnya dari agensi JC advertisng, Manhattan. Barangan Yard Fitness Center bertajuk "Coverage". Iklan ini memaparkan seorang lelaki segak telanjang bulat bermain bola keranjang berjaya menjaringkan bola tanpa tentangan kerana ia berbogel dan pemain lain seram sejuk mendekatinya kerana semua pemain memakai pakaian...

    ........................................................

    Ogos 2002, saya ke Eropah, khususnya London untuk menghadiri International Advertising Awards yang ke 17.

    Setelah melewati penerbangan panjang yang membosankan, banyak kali digegari awan dan memalui "bendulan" - bumpy. Bagaimanapun, hanya ketika mendarat di bandaran Fuiminco, Itali, saya terkejut kerana hujan salji.

    Selesai urusan imgrasen, saya kemudian pergi ke kota Rom dengan minda terbuka menggunakan kereta api. Saya menaiki bas mengelilingi kota Rom dengan belajar daripada peta. Kota Rom memang indah, saya melawat Menara Condong di Pisa. Menikmati keenakan piza asli dan sebagainya. Seharian sampai jam 5 petang saya mengunjungi Roman Forum, Imperial Forum, Colosseum (tempat orang main Gladiator), St. Peter's dan Vatican City. Saya agak lama di Colosseum sambil mencoba membayangkan para gladiator sedang bertarung. Di sini, saya melihat sebuah masa lalu di Itali yang megah dan didirikan atas dasar kekuatan otot. Pertandingan antara gladiator menunjukkan betapa mereka mengagungkan kekuatan otot mereka itu di masa silam.

    Senja menjelang, matahari terbenam, saya mengambil angin di Spanish Step dan kemudian menyusri jalan kecil menuju Trevi de Fontana (Air Terjun Trevi). Ada suatu mitos di air terjun ini, kalau kita melemparkan mata wang dan berharap balik lagi ke Rom, suatu waktu nanti kita akan kembali. Tanpa bermaksud untuk percaya pada mitos ini, saya mencampakkan coin ke dasarnya...



    Esok harinya, dengan menggunakan kereta api saya ke kota Milan. Di Milan, saya mengunjungi Muzium Science dan Technology, Loenardo da Vinci. Banyak hasil karya Leonardo di bidang science dan teknologi. Kita mengatahui minda Leonardo yang bukan hanya seorang seniman dengan hasil Monalisa, tetapi juga seorang ilmuwan besar. Dia dikatakan sentiasa memperbaiki ciptaannya dan tidak mudah putus asa. Mencipta dan terus mencipta. Leonardo juga pakar dalam bidang reka cipta penerbangan dan alat perang.

    Dari Milan terus ke Paris. Saya menaiki kereta api bawah laut - The Channel Tunnel - yang di buka pada tahun 1994 dengan tambang $50 dollar ke London. Dalam suasana suhu sepuluh darjah selsius, cuaca yang mengigit, saya ke kota London bertujuan menghadiri International Advertising Awards dan mengitari London bersama kenalan di sana.

    Barbara Levy, presiden London International Advertising Awards berkata, "This collection of the year's most creative international advertising reflects what a truly global community you are - and is proof that talent and inspiration freely cross traditional boundaries. London International Advertising Awards (LIAA) is amongst the most prestigious awards in industry". Tahun ini saja seramai 140 katagori pemenang dalam enam media iaitu tv dan radio, wayang, outdoor, print, pembungkusan dan interactive media. Banyak negara menyertainya termasuk Malaysia.

    Yasmin Ahmad, pengarah kreatif dari Syarikat Pengiklanan Leo Burnett, Malaysia menjadi juri hakim kepada katagori Outdoor, Print, Radio dan Televsion. Yasmin Ahmad, penulis iklan yang sarat dengan mesej sosial seperti iklan hari Merdeka tahun 2003 lalu yang mendapat pujian menggunung, terpilih menjadi juri hakim kerana mindanya yang kreatif . "Iklan cerdik dan tak jemu menontonnya", kata orang banyak. Iklan di tangan Yasmin bukan lagi alat melariskan barangan dengan cara yang cukup membosankan. Kita menonton iklan di TV dengan sekelip mata berubah menjadi sesuatu yang menghiburkan.

    Misalnya untuk katagori TV ditayangkan ke screen, iklan berbudget rendah pemenangnya dari agensi JC advertisng, Manhattan. Barangan Yard Fitness Center bertajuk "Coverage". Iklan ini memaparkan seorang lelaki segak telanjang bulat bermain bola keranjang berjaya menjaringkan bola tanpa tentangan kerana ia berbogel dan pemain lain seram sejuk mendekatinya kerana semua pemain memakai pakaian. Dalam iklan "Dressed For Dinner" seorang wanita dengan suaminya dijemput pergi makan malam tanpa seurat benang pakaian. Iklan sebegini tidak sesuai dengan cuaca masyarakat kita. Kesimpulan lihat iklan-iklan luar, terlalu bebas, tiada etika sosial dan memperdulikan soal agama.

    Pelanggan perlu disajikan kajian psikografik dan demografik khalayak. Selain iklan sebeng (teaser), naluri ingin tahu, Ini dapat membantu menajamkan startegi pemasaran dan meningkatkan kesedaran jenama di pasaran.

    Hari ini iklan semakin dewasa dan kadang-kadang kelihatan ganas dan agak sukar dikawal. Perkembangan konsumer memangkin perkembangan iklan. Iklan telah menjadi jambatan emas antara pengeluar dengan pembeli. Tanpa sedar terkadang kita jadi pemangsa iklan. Sekarang iklan-iklan melintasi garis resional tugas awal mereka. Wanita cantik dijadikan mangsa mereka. Penggunaan wanita ini mempunyai nuanes seksual. Mata lelaki atau sesiapa saja tertarik melihat wanita cantik. Kesimpulannya, iklan seperti dedalu, sering menggunakan klise yang wujud dan memperkukuhkan apa yang sudah sedia ada seperti ahli sukan popular dengan satu produk yang hendak dijaja.



    ......meramas punggung Jennifer Lopez yang montok dan kembang itu, menyelak
    pakaian dan meraba peha Marilyn Monroe. Kemudiannya kami pergi Istana Buckingham
    melihat upacara pergantian pasukan pengawal keselamatan...

    ..............................................

    Setelah penat berkubang dengan pengiklanan, saya dan teman pergi ke Madame Tussaud muzium di Jalan Marylebone. Kami sempat bergaya dengan Nelson mandela, Salman Khan, meramas punggung Jennifer Lopez yang montok dan kembang itu, menyelak pakaian dan meraba peha Marilyn Monroe. Kemudiannya kami pergi Istana Buckingham melihat upacara pergantian pasukan pengawal keselamatan. Merasai kesejukan dan melihat kebiruan air Sungai Thames. Memberi makan burung merpati di Trafalgar Square. Kami ke Landmarks London Tower Bridge, Old Royal Observatory, Tower of London yang bersejarah dan apa saja di sana.

    Kami pergi bersiar-siar dan merasai udara sejuk di taman yang luas di Hyde park dan berdayung sampan di Serpentine Lake. Suasana cukup damai. Ramai orang berehat-rehat sambil minum, baring-baring di padang luas di selangi gelak ketawa. Cuaca sejuk yang nyaman menyempurnakan suasana ini. Pemandangan amat cantik, baik alamnya maupun rumah-rumah sekelilingnya. Di sini manusia tidak menghiraukan keganjilan orang lain, masing-masing dengan dunianya. Tiada yang ingin menyapa kita...!

    London seperti New York, kedai-kedai buku bersepah-ruah. Kita boleh saja memilih buku yang "memikat" dan "rare" di mana-mana. Pelbagai buku dijual tanpa sekatan. Kedai buku seperti waterstones di Piccadilly seolah-olah hotel lima bintang. Di dalamnya ada bar, kafe dan lounge, sungguh amat selesa menikmati buku-buku.

    Ada rancangan 'picnic khas' atau "City Walks of London" untuk pelancong. Dengan menyertai kumpulan ini kita boleh memilih jalan-jalan dan menghayati jalan yang pernah dilalui orang -orang termasyhur seperti Dickens, Shakespeare, Jack The Ripper dengan bayaran tertentu. Cukup menyeronokan dan dapat mengetahui era mereka. Dengan memiliki buku panduan London For Free dan England on $50 A Day kita dapat menghayati England semurah-murahnya.

    Oh iya, kami melewat Soho, Hard Rock cafe di 150 Old Park Lane dan menikmati Double Espresso. Malam tiada penyudahnya. 'Don't You Want Me baby?... Kalau tiada teman berdansa cukup sekadar bersantai di giant plasma screen TV, melihat aksi sukan dan video pop yang menghidangkan aksi-aksi terbaru artist tersohor.

    Orang-orang di sini nampaknya amat berkira-kira tentang masa. Mereka berkerja hanya lima hari saja seminggu. Dua hari cuti bisannya dihabiskan dengan bersiar-siar atau bermalas-malas. Qualiti of life, lebih diutamakan. Ada yang berkata secara sinis, kerana orang British terlalu berkira-kira tentang masa, orang Pakistan banyak "menguasai" perniagaaan kecil di London...


    A thing of beauty is a joy for ever - John Keats


    Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
    Photo/illustration for display purposes.


    Sunday, July 20, 2008

    Landskap Cappadocia yang menakjubkan dan masa lampau Constantinople


    JIKA belum pernah ke Turki, anda patut memikirkan untuk menjejakkan kaki ke negara ini. Paling menakjubkan ialah landskap alam Cappadocia. Turki merangkumi 25 wilayah dan bulan Januari tersejuk sekitar 6 darjah celsius. Lokasi popular pelancong ialah Masjid Biru, Hippodrome, Ayasofya, Topkapi Palace, Basilica Cistern, Muzium Islam (antaranya tersimpan di sini rambut, janggut, tapak kaki, pedang dan gigi Nabi Muhammad S.A.W).




    Turki merupakan bandar yang hidup waktu malam. Hiburan pelbagai jenis daripada berbentuk tradisional, jazz, tekno maupun kelab malam. Ia mendapat pengitirafan dari segi keaktifan kehidupan malamnya dari persepetif Eropah. Golongan muda-mudinya tetap berseronok dengan gaya hidup terkini. Kuasa tarian gelek agak berpengaruh dan kalau berkunjung tidak sempurnalah lawatan kalau tidak menghayati muzik tarian gelek. Tarian Dervish (Tarian berpusing-pusing) berasal-usul daripada fahaman sufi mempersembahkan tariannya di hotel-hotel di Istanbul. Penarinya adalah dari golongan lelaki bertarbus dengan memakai kain panjang dan bila sampai ke klimiknya kain yang dipakainya menjadi bulat bila penari itu berpusing-pusing.

    Integrasi Eropah (EU)

    Dari segi ekonomi, politik dan institusi, Turki memerlukan “sauh” proses integrasi Eropah. Eropah dan Turki harus membuktikan pada diri sendiri dan dunia, bahawa “Pertembungan Peradaban” boleh dielakkan – bahawa penganut Kristian, Yahudi, Islam dan fahaman lain serta yang tiada fahaman boleh membina “Projek Eropah” bersama-sama; bahawa sebuah masyarakat dengan majoriti Islam yang besar boleh menjadi demokratik dan sekular; dan orang Turki dan Greek boleh melakukan seperti yang Orang Perancis dan Jerman buat: melupakan persengketaan berabad lamanya untuk membina sebuah “kejiranan yang baik”.

    Pada 1990, Turki mempunyai ekonomi pasaran yang lebih maju dan pengalaman yang lebih luas dalam demokrasi berbanding dengan negara-negara Eropah Timur yang mahu menyertai EU. Namun dalam kes Turki, Eropah telah sekian lama keberatan untuk menyediakan insentif dan harapan yang sama. Ini telah merencatkan kemajuan Turki. Tetapi apabila Eropah mula bertindak lebih tegas di pertemuan Copenhagen lalu, kemajuan ekonomi dan politik di Turki memecut laju dengan sangat ketara.

    Berkenaan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Turki sememangnya sentiasa baik. Kita saling kerjasama ini meliputi pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan, kebudayaan dan bidang teknikal.

    Sektor swasta Malaysia akan mengambil peluang ini untuk menerokai keistimewaan kedudukan Turki sebagai pintu masuk ke Eropah dan Timur Tengah serta menjalin perkongsian yang boleh mengeksploit keistimewaan ini untuk faedah bersama.

    Landskap Cappadocia

    Cappadocia atau ‘negeri kuda cantik’ terletak di tengah Anatolia. Landskap yang unik di wilayah ini terhasil menerusi kesan hakisan dan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar 3 juta tahun lalu ketika Herodatus Cappadocian memerintah seluruh wilayah berkenaan bermula dari Gunung Taurus ke Laut Hitam.

    Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu ‘lembut’ di wilayah Cappadocia. Penduduk mendapati batu-batu ini senang diukir bagi membentuk sebarang binaan antaranya kompleks yang dibina di Goreme, sekitar 300-1200 Sebelum Masihi (SM) terkenal sebagai pusat rahib dan biara. Komplek ini memiliki 30 gereja yang dihasilkan daripada ukiran batu dan gereja kecil. Binaan-binaan ini ada yang memiliki ‘fresco’ (lukisan pada dinding atau syiling) bertarikh seawal abad 9 hingga 11.

    Tidak jauh dari Cappadocia adalah bandar moden Nevsehir. Nevsehir diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa yang datang dari Kampung Muskara. Kompleks yang dibinanya sekarang dikenali sebagai tengah Nevsehir yang menempatkan masjid, sekolah, perpustakaan dan hamam (spa Turki). Sesetengah daripada bangunan dan lukisan masih kekal hingga kini.

    Bangunan di Nevsehir direka dengan seni bina gaya Ottoman. Tidak jauh dari Nevsehir ialah Kampung Nar. Di sini rumah gua masih digunakan sesetengah keluarga, kebanyakan rumah gua itu lengkap dengan kemudahan moden. Untuk menjengah kehidupan sebenar Anatolia, anda seharusnya berkunjung ke Cappadocia. Anda akan berjumpa dengan penjual air minuman dengan membawa bekas itu dibelakangnya. Tidak kurang juga penjual donat atau roti dengan membawa bekalan di atas trisikal roda tiga!.


    Kita selalu keseorangan
    meskipun dalam kesibukan
    sepi tak memberi erti
    kehidupan bagai kepingan waktu
    tak menentu.
    Tidak seperti jarum jam
    berkejaran tak berhenti
    memburu waktu yang tak menanti.

    Tiba berita yang tidak ditunggu
    seorang teman tergesa-gesa pergi
    dia tidak akan kembali lagi.

    Jarum jam tetap tidak berhenti
    menunggu yang mati.

    oleh baha zain di 23:13


    Kiz Kulesi (Menara Gadis)

    Semasa menanti bot memanaskan enjinnya, mata tertumpu kepada sebuah binaan berupa rumah api yang kecil tidak jauh dari jeti Uskudar. Binaan itu dikenali sebagai Kiz Kulesi (Menara Gadis). Dibina pada tahun 341BC. Ceritainya pelbagai.

    Menara Kiz Kulesi (Menara Gadis).

    Antara yang masih diingat ialah kisah anak Maharaja Byzantine yang ditempatkan di menara Kiz Kulesi (Menara Gadis). Maharaja diberitahu oleh tukang telek yang anaknya itu akan mati dipatuk ular. Oleh kerana bimbangkan keselamatan anaknya, Maharaja Byzantine telah memindahkan anaknya dari istana di tanah besar Constantinople ke sebuah menara yang dibina di atas pulau kecil di selat Bosphorus itu. Tetapi pada suatu hari, orang yang ditugaskan membawa makanan kepada puteri itu, tidak sedar yang bakul berisi buah yang dibawanya itu, ditumpang oleh seekor ular. Ular itulah yang membawa kematian kepada anak Maharaja Byzantine. Bersempena dengan kisah itulah, menara itu dinamakan sebagai Menara si Gadis, iaitu anak Maharaja Byzantine tersebut.


    Kuasa tarian gelek agak berpengaruh dan kalau berkunjung tidak
    sempurnalah lawatan kalau tidak menghayati muzik tarian gelek.

    Isu Safar al-Mar’ah

    Orang Turki yang komited dengan Islam amat sensitif dengan isu Safar al-Mar’ah. Mereka tidak suka melihat orang perempuan bermusafir sesuka hati. Malah apabila ada pelajar perempuan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti di Istanbul, ada di kalangan mereka yang ditemani oleh abang atau adik lelaki mereka.

    Ia adalah reaksi yang logik bagi umat Islam di Turki kerana salah satu polisi Ataturk membuang Islam dari Turki ialah dengan mempromosikan Safar al-Mar’ah. Wanita digalak meninggalkan rumah tangga dan keluar atas maksud pekerjaan dan pelajaran serta membabitkan diri dalam politik. Ataturk percaya bahawa apabila perempuan berjaya direnggangkan daripada keluarganya, maka peratus mereka yang akan ‘berubah’ meningkat. Di situlah Ataturk mereka cipta bangsa Turki yang baru.

    Perihal nama Mahmet

    Dalam lawatan ke Turki, saya berkesempatan menjengok kawan lama saya yang tinggal di bandar Draman. Mahmud Bilici merupakan pelajar Turki yang disegani di Amman.
    Saya bertandang ke rumahnya yang terletak di Draman. Ia tidak jauh dari Masjid Ismail. Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di Istanbul. Tarikat Naqsyabandiyyah ini juga berakar di Malaysia dan menjadi amalan. Malam itu saya meminta segelas air. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air. Orang Turki memang pembersih. Saya juga melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul.

    "Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet. Saya kira Mehmet itu bermaksud Muhammad? tak begitu?", saya bertanya kepada Mahmud Bilici. Benar!, Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa??, tanya Mahmud Bilici kepada saya.
    Oh, setahu saya, nama Muhammad itu kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa, kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah?, kata Mahmud Bilici.
    Tercemar macam mana tu?. Bayangkan, kalau si anu ni namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy, jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad!?, Mahmud Bilici begitu bersemangat bercerita.

    Jawapannya adalah BARAKAH

    Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era Islam Othmaniyyah. Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari tahun 1520 - 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau mengeluarkan belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan berwudhu?. Tentunya ia tidak ada dalam rukun membina masjid?. Tetapi ada sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut. Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

    Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Ataturk dan dijadikan kandang kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila saya bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal remeh-temeh yang hari ini tidak lagi kita pedulikan!.

    Pelbagai jenis hiburan daripada berbentuk tradisional, jazz, tekno maupun
    kelab malam terdapat di Turki.
    Puncak Anadolu Kavagi

    Saya tiba di jeti Anadolu Kava kira-kira jam 1 tengah hari. Saya dan teman, menaiki bas untuk ke puncak bukit di mana Anadolu Kavagi terletak. Setibanya di atas, saya teruja dan terpegun melihat keindahan pemandangan dari puncak Anadolu Kavagi itu. Di hadapan terbentang Laut Hitam itu berkongsi pantai dengan Turki, Georgia, Russia, Ukraine, Moldova, Romania dan Bulgaria. Kelihatan banyak kapal yang lalu memasuki Selat Bosphorus itu.


    Sepanjang ‘tafakur’ di Anadolu Kavagi (foto), fikiran saya sarat dengan pelbagai perkara. Resah dengan pudar dan hilangnya Othmaniyyah yang pernah menjaga kawasan ini. Gundah terkenangkan pelbagai tragedi di sepanjang Selat Bosphorus.

    Namun semua itu, adalah lipatan memori hidup yang harus dikenang. Saya cuba mencatat kembali, supaya sesiapa sahaja yang membaca catatan ini akan lebih menghargai hidup yang dianugerahkan Tuhan, mengambil didikan dari sejarah dan berani untuk keluar dari kebiasaan meneroka kehidupan. Saya adalah sebahagian daripada 'ghuraba’ di bumi Turki.



    Catatan dari blogger: ABU SAIF @ www.saifulislam.com/Erti Hidup Pada Memberi
    9 Ramadan 1427H / 1 Oktober 2006
    - sila layari blogger yang penuh ilmiah ini!. 


    Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
    Photo/illustration for display purposes.




    Friday, July 18, 2008

    Kisah tapak kaki Nabi Adam, perawatan herba dan ombak besar


    “Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab,” kata Faizeen yang merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama Allah.

    Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26 Disember 2004 lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas tsunami menyerang. Ia dapat dilihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.html.

    “Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman. Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya,” kata Faizeen.

    .................................



    "Ayubowan", ucapan selamat datang dengan merapatkan tangan ke dada, tunduk sedikit dan berkata "Ayubowan". Gadis-gadis cantik, berkulit cerah memakai sari, tersenyum sambil mengalungkan bunga ke leher pelancung. "Kohan mather?, tanyanya dan menjawab, "hondai..." bermakna khabar baik. Hati berbisik, tentu ramai gadis-gadis cantik - lasana keller, di Sri Lanka ketemukan nanti...

    Sri Lanka bersuhu 27 darjah selsius itu bermakna tanah gemilang atau resplendent land. 1000 rufee bersamaan Rm294.00 dan 100 rufee bersamaan RM4.20. Di utara, ia itu di Jafna, keadaan agak tegang kerana Tamil Eelam menuntut hak kerajaan sendiri.

    Presidennya, Mahinda Rajapaksa memberi pelajaran secara percuma kepada rakyatnya. Penduduknya berbahasa Sinhala 74%, Tamil 20%, English, Belanda, Portugis dan lain-lain. Anggaran peduduknya sekitar 2.2 million orang. Rakyatnya berugama Buddha 69%, Hindu 16%, Kristian 8% dan muslim 7%. Sejarahnya negara ini bertali dengan penjajahan, Portugis, pada tahun 1505 kemudian Belanda dan Bristish tahun 1796 hingga 1815. Sri Lanka merdeka pada 4 Febuari 1948.

    Rata-rata diketemui, penduduknya tidak merokok. Ini mungkin di sebabkan harganya mahal, RM9 atau lebih kurang 250.00 rufee. Rata-rata rakyatnya kelihatan tampan dan tidak obesity. Kulit mereka agak cerah berbanding penduduk di India. Jika berkenderaan dari Negombo ke Kandy atau ke Colombo, kita akan bertembung dengan iklan-iklan makanan segera maggie, pelbagai bentuk dan saiz. Billboard besar ini mengiklankan keenakan maggie, sama ada di jalan raya, kampung atau di sawah bendangnya. Mungkin penduduknya lebih menyukai makanan ringkas ini berbanding asap rokok!.




    Mojoriti etnik Sinhala beragama Buddha dan Etnik Tamil beragama Hindu atau Katolik, dan kedua-dua etnik ini mendakwa mereka merupakan etnik yang pertama tiba di Sri Lanka dan berhak mendapat status penduduk asal. Pada era penjajahan, British banyak membawa masuk etnik Tamil untuk berkerja di ladang teh dan kopi. Etnik Sinhala menuduh British memberikan layanan yang lebih baik kepada monoriti Tamil berbanding dengan mereka. Serangan udara tentera Tamil ke atas etnik Sinhala baru-baru ini melanjutkan lagi konflik bersenjata tersebut. Sepanjang jalan, mudah diketemukan pos-pos kawalan yang dikendalikan oleh tentera. Ini disebabkan pemberontak Tamil Eelam sering mencari peluang membuat kacau.

    Negombo, 5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo, adalah pekan kecil nelayan sejak 1796 lagi. Penduduknya ramah dan sering melemparkan senyum kepada pelancung. Di tepi-tepi jalan banyak kedai menjual pelbagai barangan untuk pelancung seperti batu permata, barangan kulit, kraftangan dan lain-lain. Tut-tut atau traveler, sentiasa bersiap sedia di tepi-tepi jalan. Kenderaan beroda tiga ini popular di Sri Lanka. Kita boleh saja kemana-mana, melihat Sri Lanka dari dekat dengan tambang yang murah.



    Tapak kaki Nabi Adam

    Kesan tapak kaki nabi Adam dikatakan berada di gunung Eden. Mereka mendakwa tempat di mana Nabi Adam turun dari surga. Pada Zaman Pra Sejarah kira-kira 10000SM, Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab. The Adam Peak ini terletak kira-kira 7359 kaki tinggi dari paras laut. Penganut Hindu juga mendakwa terdapat kesan tapak kaki Buddha di situ. Anuradhapura terletak di bahagian tengah utara negara itu. Kira-kira 8 jam perjalanan dengan bas dari Colombo.

     

     Pemandangan Puncak Adam Sri Lanka

     Ruang yang sempit hanya memuatkan badan untuk memasuki gua tempat 
    Nabi Allah Khaidir A.S. di Dafter Gilani Sri Lanka.

    Bagi peminat sukan windsurfing, Negombo adalah tempat yang sesuai. Ini kerana kedudukan pulau yang terbuka dari arah angin dan angin Teluk Benggala yang kencang. Sejak tahun 1980-an lagi Sri Lanka telah menjadi host International Windsurfing Champioships. Ramai pelancung dari Holland, British dan Jerman datang ke sini bermain windsurfing dan sukan air lainya. Kita boleh saja membuka laman webnya: www.isr-srilanka.com untuk mengetahui aktivi-aktiviti program di sana.

    Kriket adalah sukan popular meraka. Murid-murid sekolah dilatih sejak kecil dengan sukan ini. Tidak janggal pada mereka bermain di waktu tengah hari sekitar jam 12 tengah hari. Kalau kita berjalan di sekitar kota ini banyak padang-padang kriket kelihatan.

    Anehnya di sini, anak-anak muda tiada kelihatan melepak di tepian jalan membuang masa. Kalau adapun mereka kelihatan kemas berpakaian kasual sambil menunggu bas. Pelacuran satu kesalahan di sisi undang-undang negaranya, jika terlibat boleh didakwa atau penjara. Kalau bersiar-siar di kotanya tiada satupun penunjuk atau iklan pelacuran.

    Taraf penghidupan rakyatnya masih rendah. Rumah-rumah, sistem perparitan, longkang, jalanraya adalah senario 60-an di Malaysia. Tiada apartmant atau rumah pangsa di sini. Pertanian diamalkan cara tradisonal tanpa menggunakan jentera moden di merata sawah bendang. Masih ramai menggunakan sungai untuk mandi-manda, basuh membasuh. Sumber air sungai masih digunakan untuk penghidupan. Di sepanjalan jalan banyak diketemukan ladang-ladang kelapa.

    Sri Lanka adalah pusat batu-batu permata. Kita boleh saja memborong pelbagai batu untuk hiasan dengan harga yang menarik. Gemstones dan semiprecious stone seperti sapphire, ruby berly, topez, spinel, moon stone, graphite adalah jenis batu yang sangat terkenal, 'Ceylon Sapphires" yang bersinar gemalapan. Pelbagai jenis batu terdapat di sini dan sangat terkenal di dunia. Ramai pelancung-pelancung barat memborongnya!.

    Perawatan herba

    Bagi perawatan herba untuk perubatan atau kesihatan berpusat di Kandy. Perjalanan dengan bas hampir selama lima jam. Kandy, sebuah pekan berhampiran tasik yang luas, adalah tempat penganut Buddha dan tempat raja Sinhala tinggal di masa lampau. Patung Buddha masih terpacak kukuh, 3000 kaki di atas bukit.

    Di Kandy terdapat sebuah taman herba yang menempatkan pelbagai jenis herba. Sempena lawatan ini, kami ditunjukkan pelbagai jenis pokok herba dan seribu satu kegunaannya. Selepas itu kami dibawa ke kedainya dalam taman itu dan ditawarkan dengan prodak-prodaknya dalam bentuk packaging. Ramai yang terpengaruh lalu memborongnya. Saya fikir, fomula taman herba ini elok dipratikkan di negara kita kerana kita mempunyai banyak jenis herba jika dikumpulkan dalam satu taman!.


    Miss Sri Lanka Jacqueline Fernandez yang come lote...

    Bagi perawatan kulit muka, minyak Jojoba dan aloe tulin dapat menghilangkan kekedutan dan jeragat dalam jangka masa singkat, kata jurucakapnya. Minyak hijau dan herba balm pula sangat sesuai bagi pengidap penyakit migraine, hanya cuma menyapukan minyak itu di kepala. Bagi yang keguguran rambut, minyak kelapa king (dari kelapa pokok tinggi) sangat sesuai kerana ianya bukan saja melebatkan rambut tetapi menghilangkan kelemumur. Arista tanpa alcoholic dari ramuan 74 jenis herba adalah perubatan bagi penyakit asthma. Pelbagai jenis herba terdapat di sini. Kita boleh menghubungi dengan e-mail: dtp@kandyan.net untuk mengetahui secara mendalam.

    Colombo adalah pusat pentakbirannya. Banyak monumen-monumen sejarah, hotel-hotel lima bintang dan bangunan-bangunan tinggi terdapat di sini. Kalau ingin membeli cenderahati, The Sea Street iaitu Chow Kit Road Sri Lanka, barangan dari A hingga Z terlonggok dan menanti pelancung. Istimewanya kain batik dan pelikat, barangan kulit, tea Ceylon, batu permata atau kayu kriket, cenderahati kepada tersayang.

    Penjual cenderahati berebut pelancung sambil menawarkan harga menarik tetapi tidak seperti di Indonesia, penjualnya memaksa pelancung membeli barangan mereka walau apa cara sekalipun, ini membuatkan pelancung kurang selesa dan tidak tenteram.

    Ombak besar Tsunami

    Ada sepotong pengajaran... Pusat Pengajian Islam di ibu kota Sri Lanka berkata, semasa tsunami yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember 2004 lalu adalah satu bentuk hukuman kerana manusia tidak menghiraukan larangan Allah.

    Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas tsunami menyerang pantai barat Sri Lanka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.


    Keindahan alam di Sri Lanka

    “Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab,” kata Faizeen yang merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama Allah.


    Kecantikan Alam Sri Lanka

    Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26 Disember 2004 lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas tsunami menyerang. Ia dapat dilihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.html.

    “Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman. Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya,” kata Faizeen.

    Dia mengaitkan tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh sebagai hukuman kepada manusia enggan menurut perintah.

    Faizeen berkata, seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di pantai timur Sri Lanka bermimpi tiga malam berturut-turut mengenai ombak besar yang akan melanda.

    “Dia memberi amaran kepada penduduk kampung tetapi diketawakan. Dia meninggalkan Ulva pada pagi Ahad, 15 minit sebelum tsunami memusnahkan kampung itu,” katanya.

    Faizeen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran bandar besar Batticaloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.

    Kawasan pantai di banyak negara Asia yang dilanda ombak maut itu termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung Islam.

    Seorang lagi pemimpin Islam Sri Lanka, Muhammed Fawmey, dari Barisan Pemuda Islam Antarabangsa, berkata dia juga percaya tsunami peringatan daripada Allah. Malapetaka adalah cermin sempurna bagi melihat dan mengatasi diri sendiri, katanya menasihati orang ramai.

    Daerah Hambantota mempunyai penduduk seramai 40 ribu orang Islam dan meninggal akibat tsunami seramai 20 ribu di samping mengalami kemusnahan yang teruk serta kehilangan harta benda. Orang Melayu Islam banyak di kawasan Kalamunai, Kinnya dan Hambantota dan mereka berada di daerah tersebut sebelum kedatangan Portugis.

    Sri Lanka, sebuah cerita yang menepuk hati. Sukar diketemukan senyuman gadis di jantung kotanya. Rupa-rupa pramugari Sri Lanka Air dan petugas di lapangan terbangnya saja kelihatan gadis-gadis comel bersari, perut terdedah dan berpinggul lebar seperti burung merak menguruskan pelancung, bila mendekati jantung kotanya hanya ditemui lelaki atau penjual tua semata... Kita menjadi semakin hairan... di manakah perginya laksana keller, wanita bersari...?



    Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
    Photo/illustration for display purposes.


    Thursday, July 17, 2008

    Disangka penyangak Maori



    Ibarat menang RM100.000 dalam siri rancangan TV7 'Deal or No Deal', syarikat tempat Seman bekerja menaja seramai 6 orang berkursus selama 5 minggu ke New Zealand. Dari KLIA mereka mendarat ke Lapangan Terbang Changi dan bertukar penerbangan Air New Zealand ke Auckland yang memakan masa lebih 8 jam. Mereka seramai 6 orang di hantar oleh syarikat penerbitan terbesar di negara ini ke Wanganui Polytechnic School of Design yang bertempat di Wanganui khusus untuk mendalami ilmu rekabentuk grafik.


    Kesan gempa buni sekitar 2010



     Bumper jumping terkenal di NZ

     Pemandangan cantik


    Bandar raya Auckland

    Mereka berenam tiba jam 10 pagi (waktu New Zealand) di Lapangan Terbang Auckland. Kemudiannya mereka akan mengambil pesawat domestik ke Wanganui. Malangnya Seman tidak dapat bersama rakan-rakannya berlepas ke Wanganui pada hari tersebut kerana menurut kakitangan syarikatnya yang menempah tiket pesawat domestik dari Auckland ke Wanganui cuma ada kekosongan 5 tempat sahaja. Ini bermakna Seman terpaksa menginap di Auckland semalaman dan ke Wanganui keesokan harinya.

    Memandangkan inilah kali pertama Seman ke luar negara dan ditambah pula dengan skill berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang lemah menyebabkan Seman agak gelabah. "Menyesal aku, mengapa aku kurang berminat belajar bahasa Inggeris dulu?, tanya sendiri. Dalam fikirannya, bagaimana mencari hotel menginap, di mana hendak mencari makanan halal, tambah pula keseorangan boleh jadi bingong dan mati kutu babi dibuatnya.

    Setelah rakan-rakannya menaiki pesawat ke Wanganui, Seman terfikir untuk mengambil teksi sahaja ke sana. Tidak sanggup rasanya menunggu seharian di Auckland seorang diri. Di luar lapangan terbang, kelihatan pemandu-pemandu teksi mencari dan menunggu penumpang, lantas Seman menghampiri sebuah teksi yang dimiliki seorang lelaki berbangsa India dan meminta supaya pemandu teksi itu menghantarnya ke Wanganui. Jarak dari Auckland ke Wanganui adalah sekitar 454 km dan mengambil masa sekitar 6 jam memandu. Tambang yang dikenakan pula agak tinggi iaitu sekitar NZ$1000 (RM2600 ketika itu).


    Memandangkan jarak yang jauh dan Seman pula baru pertama kali menjejak kaki ke bumi Kiwi ini, pemandu teksi itu mencadangkan agar dia menaiki keretapi sahaja. Di samping kos yang murah sekitar NZ$80 dapat juga dia melihat keindahan New Zealand. Seman setuju dengan cadangan itu dan pada fikirannya lebih baik menggunakan kesempatan itu daripada menunggu keseorangan di Auckland. Setiba di stesen keretapi, pemandu teksi itu menguruskan pembelian tiket sambil menanyakan lokasi stesen keretapi terdekat dengan Wanganui. Setelah diteliti didalam peta, stesen di Marton merupakan stesen terdekat dengan Wanganui.

    Sambil menunggu keretapi yang akan bertolak sekitar pukul 6 petang, Seman mengambil keputusan untuk merayau-rayau sekitar bandar Auckland. Suasana tenang serta penduduk Auckland yang murah senyuman dan gemar bertegur-sapa membuatkan Seman merasa selamat. Difahamkan, kejadian jenayah di sini pada paras rendah atau terkawal. Banyak cerok dalam kota itu dikunjungi. Seman menggeladi dari ke kedai gunting ke kedai roti dan ke kedai kraf tangan.

    Pengangkutan awam, teksi, bas persiaran, bas mini, kereta sewa banyak kelihatan dan mudah didapati dan serta cepat. Kota yang besar dan moden ini menarik perhatian Seman. Seharian Seman bersendirian berkelana di kota batu ini. Agak ganjil baginya, bagai lembu lepas dari kandang. Seman keluar masuk dari sebuah kedai ke sebuah kedai dan singgah di kedai pakaian untuk membeli sehelai baju tebal kerana tidak tahan dengan kesejukan yang melampau ditambah pula dia dalam keadaan sehelai sepinggang kerana segala beg pakaian telah dibawa oleh rakan-rakannya.

    Auckland merangkumi empat bandar iaitu Auckland, Manukau, North Shore dan Waitakere; serta tiga wilayah - Franklin, Rodney dan Papakura. Suhu maksimum 23.7 darjah Calsius bulan Febuari, 14.5 bulan Julai, manakala minimum 2.5. Terdapat kira-kira 36 bangsa yang menjadiwarganegara New Zealand. Kira-kira 50 000 orang Islam terdapat di sini. Di anggarkan lebih kurang 41 juta orang penduduknya.


    Art



    Sebuah negara yang terkenal dengan keindahan dan kecantikan alam ciptaanNya; gunung-ganang glasier, sungai dan tasik. Kawasan pergunungan bersalji, bukit-bukau, jeram, lurah dan lembah, sungai, gua, lombong emas, kota bersejarah, kota budaya, ladang buah-buahan, ladang ternakan serta taman bunga. Anda juga boleh mencuba berkayak, berski, lompat bungy, mengembala biri-biri atau bersantai di dek kapal pelayaran. Bagi para pelancong setiap ringgit dibelanjakan tidak merugikan.

    Sekitar 6 petang maka bermulalah episod perjalanan Seman dengan menaiki keretapi menuju ke Wanganui. Sambil berdoa agar perjalanan ini tidak membawa sebarang musibah dan mengharapkan dapat melihat keindahan tempat orang. Dalam keretapi Seman berkenalan dengan seorang pemuda Jepun yang pergi ke Paraparaumu di selatan dari Wanganui. Mereka berkenalan dan bersembang. Pemuda Jepun yang sedikit kecewa kerana baru berpisah dengan kekasihnya meluahkan rasa sedihnya kepada Seman. Perbualan mereka diselangseli dengan bahasa tangan dan Inggeris broken, yang penting faham maksud, lawak Seman menceritakan kerenah mereka. Setelah terasa mengantuk, masing-masing mencari kerusi kosong untuk melelapkan mata dalam keretapi itu. Sekitar 4 pagi, Seman dikejutkan oleh pemeriksa tiket yang mengatakan dia telah sampai distinasi yang dituju.

    Sebaik sahaja turun di stesen Marton, Seman agak terkejut, kerana tidak menyangka bahawa stesen itu hanyalah sebuah stesen yang kecil. Sangkanya stesen itu seperti stesen keretapi di Gemas, semuanya meleset. Hanya stesen kecil, lampu bertutup, tiada tandas malah seorang manusia pun tidak kelihatan. Dalam suasana yang gelap di tambah cuaca sejuk yang menyucuk hingga ke tulang sum-sum, Seman mula terasa menyesal kerana mengambil tindakan menaiki keretapi. Fikirnya, kalau dia menginap di hotel dan menunggu pesawat keesokan hari tentu tidurnya lena berselimut tebal beralas tilam yang empuk.

    Tidaklah seperti sekarang ini yang terpaksa menahan kesejukan, mujur juga sebelum menaiki keretapi di Auckland dia telah membeli sehelai baju tebal kalau tidak tentu terpaksa menahan kesejukan yang teramat sangat. Sambil menunggu matahari terbit Seman mencari ruang untujk melelapkan mata. Yang ada hanya kerusi papan. Memadailah, janji dapat melelapkan mata fikir Seman. Memandangkan persekitaran yang sejuk, Seman terpaksa tidur dalam keadaan meniarap, ternyata bajunya itu tidak dapat menampung kesejukan cuaca di Marton. Usahkan kesejukan di New Zealand, kesejukan di Genting Highland pun kita tidak tertahan!.

    Sekitar jam 5 pagi keadaan sudah cerah dan persekitaran cukup mengagumkan Seman. Dia menunaikan solat subuh dan mengambil wuduk dengan air mineral yang dibelinya di Auckland secara ala kadar, solat duduk sahaja, yang penting solat nasihatnya. Setelah hari mulai cerah, Seman pun melangkah kaki mencari jalan ke Wanganui. Sampai di persimpangan jalan dia terlihat kelibat seorang lelaki berbangsa Inggeris sedang memproses susu lembu. Seman memberanikan diri untuk bertanya arah tuju ke Wanganui dan lelaki berkenaan menyuruh dia menunggu bas di dalam taman perumahan sekitar stesen keretapi tadi.

    Seman terpaksa berpatah balik menuju ke kawasan stesen tersebut. Ketika dia menuju ke kawasan tersebut dia ternampak kelibat seorang suri rumah berbangsa Maori sedang membasuh kereta dan dia sekali lagi bertanya arah tuju ke Wanganui dan bagaimana cara dia boleh ke sana, sama ada dengan menaiki teksi ataupun bas. Suri rumah itu menunjukkan tempat yang patut dia menunggu bas iaitu berhampiran sebuah gereja. Seman menuju kawasan itu dan menunggu bas di sana. Setelah 10 minit menunggu kelibat sebuah bas pun tidak kelihatan tiba-tiba sebuah kereta berhenti di depannya dan mempelawa dia menaiki kereta tersebut. Rupa-rupanya kereta itu milik suri rumah berbangsa Maori yang dijumpainya tadi. Kebetulan suri rumah itu bersama suami dan kakaknya ingin ke pekan berhampiran dan menawarkan diri untuk menghantar Seman ke kawasan pekan Bulls yang lebih mudah mendapatkan bas atau teksi.






    Sampai di pekan Bulls, Seman mengucapkan terima kasih kepada pasangan tersebut sambil berjabat salam dengan mereka. Satu perkara yang melucukan, bagi kaum Maori budaya mereka berjabat salam disertakan dengan berlaga hidung sambil bertentangan mata. Agak kekok juga untuk berlaga hidung dan bertentang mata dengan mereka tetapi untuk menghormati budaya Maori, Seman terpaksa mengikut cara itu. Setelah turun dari kenderaan, Seman pun menunggu bas, teksi ataupun apa-apa kenderaan yang boleh ditumpanginya.

    Hari semakin cerah dan perut sudah mula berkeroncong, mujur juga ada sisa-sisa kebab yang dibelinya di Auckland semalam. Dengan sisa kebab dan sebotol air mineral cukup buat Seman mengalas perut. Lapar bukan bermain di fikirannya lagi, sampai ke Wanganui lebih penting, terang Seman lagi. Bagaimana?, tanya dirinya. Hampir 20 minit menunggu, sebiji bas pun tidak kelihatan. Dia terpandang papan tanda arah ke Wanganui yang tertera jarak dari Pekan Bulls ke Wanganui sekitar 35 km. Seman mencongak, kalau dia berjalan kaki, 7 jam sampailah di ke Wanganui. Bukanlah jauh sangat, barangkali dari Kuala Lumpur ke Kajang saja fikir Seman. Boleh menikmati pemandangan dan menghayati penghidupan orang di sini, fikir Seman lagi.

    Lansung dia berjalan kaki menyusuri ladang dan ladang ternak lembu, biri-biri dan llamas (sejenis haiwan seperti unta). Dia ‘menerjah’ ke negara orang tanpa bantuan sesiapa terkadang menimbulkan rasa bangga di hatinya. Di sekelilingnya kelihatan ladang lembu yang diternak sekali dengan babi sangat luas sajuna mata memandang. "Aku seperti berada dalam taman kerana alamnya yang indah dengan bayu segar, langit biru, hamparan padang rumput, pohon dan rimbunan bunga-bungaan", luah Seman menceritakan pengalamannya.

    Setelah penat berjalan dari keseronokan menikmati pemandangan, perasaan bertukar kepada ketakutan. Kegembiraan bertukar kepada kepenatan. Kira-kira 5 km Seman sudah merentasi Wanganui. Dia cuba menahan kenderaan yang lalu lalang tetapi satu pun tidak berhenti dan memberi pertolongan. Seman merasa asing di bumi New Zealand. Dia menguatkan semangat dan terus berjalan dan cuba menukar strategi dari menahan kereta kepada menunjuk-nunjukkan duitnya kepada kereta yang lalu-lalang tetapi tidak berkesan. Aku menjerit, meraung dan merayu kepada kereta yang lalu lalang tetapi tidak ada seorang pun yang ingin membantu, luah Seman lagi. "Mereka tidak berhati perut langsung, kalau aku perempuan mungkin kereta berhenti", ujar Seman menenangkan hati. Rasa gundah gulana, pening, rasa nak pitam dan macam-macam perasaan terang Seman lagi mengenangkan nasibnya di perantauan. Seman mendengar, melihat, membau, berjalan dan berkeringat di bumi asing ini. Lama kelamaan langkahnya semakin pelahan dan kecil.





    Seman hanya mampu berdoa. Ada perasaan dan gerak hati apabila kedengaran sebuah kereta di belakangnya. Segala kudratnya terasa bagai kehilangan jika kereta ini tidak berhenti, sambung Seman lagi. Sambil berdoa "Ya Allah berhentikanlah kereta ini, aku sudah tidak mampu untuk terus berjalan, Ya Allah!. Berkali-kali Seman melafazkan doa itu. Akhirnya, kereta Mazda 323 berwarna putih itu yang kebetulan macam kereta lama Seman berhenti. Mat Saleh tua menurunkan cermin dan ingin membantu. Doanya terkabul, sepantas kilat Seman masuk ke kereta itu kerana takut Mat Saleh tua itu mengubah niat.

    Mat Saleh itu bernama Mc Gregor, terang Seman lagi. Menurut Mc Gregor tiada seorang pun ingin membantu Seman, barangkali kerana rupanya seperti orang pribumi, berkulit agak gelap dan rambut hitam. Sentimen perkauman dan memandang rendah penduduk asal masih terpahat di New Zealand. Lagipun terang Mat Saleh itu orang Maori iaitu penduduk asal, selalu juga membuat kacau dengan majoriti kaum kulit putih. Selepas September 11, orang memandang negatif pada orang kulit berwarna, terang Mat Saleh itu lagi. Mc Gregor menghantar Seman sehingga ke Wanganui. Rasa bersyukur, doa dimakbulkan kerana tidak banyak ranjau duri dilalui. Seman menberitahu, dia tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berzikir menginggatiNya.Terfikir Seman, kerana tidak tinggal sembahyang dan zikir walau apa keadaan memberi pedoman dan menyelamatkannya. "Inilah petua dan rencahnya", Seman menceritakan.

    Seman sampai di Wangaui dalam keadaan selamat dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Uncle Mc Gregor. Bandar Wanganui agak besar dan Seman agak keliru mencari tempat penginapan rakan-rakanya. Dia terserempak dengan seorang lelaki Maori dan memintanya menunjukkan jalan berhampiran ke motel tempat penginapan rakan-rakannya. Kia Ora bermaksud selamat datang sambil bergesel hidung sebagai tanda salam bagi kaum Maori. Sekali lagi Seman terpaksa berlaga hidung dengan Maori berkulit sawo matang yang montel itu.

    Seman terus ke motel dan bertanya penyambut tetamu. Kebetulan di lapangan terbang Changi di Singapura bersama teman-temannya, Seman ternampak risalah tentang motel Appolo tempat penginapan mereka. Nasib baiklah memori aku kuat, kalau tidak Lone Rangerlah aku lagi.

    Perasaan gembira bercampur-baur, terang Seman lagi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana selamat, ucap Seman berkali-kali. Setelah memanggil kelima-lima rakannya turun dan berjumpa dengan Seman yang kepenatan itu, mereka berpelukan dan menggangap Seman seorang hero kampung yang glokal.


    Catatan dari Rizalnor@gmail.com