Mengubah diri sendiri adalah Nomoro Ono
...................................
Satu hari yang kemas, cahaya mahatari mencuri di celah pohon mangga di tepian jalan. Burung murai kedengaran bekok sekali-sekala di talian letrik. Barangkali meriwayatkan kehidupan manusiawi yang berligar difikiran yang ingin diterjemahkan di entry ini. Pun begitu bunyi kenderaan mula bertembung sesama sendiri di lebuhraya. Aku masih lagi berjogging tercongok-cangap untuk menamatkan 5 km.
Disurahkan oleh seorang kawan tentang sebuah keluarga yang kehidupannya bercerita-ceriti. Bagaimana menangani feel isteri 'samseng' tak tentu hala itu? Atau di pihak akukah yang bersilap atau selebihnya di pihak isteri?.
Kisahnya begini seperti disurahkan...
Si Bapa bersembang dengan anak perempuannya. Tidak semena-mena anaknya bercerita tentang masa silam, "Nak tahu tak, masa kecil-kecik dulu, satu perkara yang paling takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir-hampir nak bercerai. Tapi saya syukur sangat-sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Si ayah hanya tersenyum saja, berkongsi kisah silam.
Bila saya mengimbau kembali sejarah silam tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.
Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang-kadang nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh.
Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang-kadang sampai baling barang ke sana kemari.
Abah tahu, anak-anak semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun.
Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang-kadang berasingan. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.
Satu hari abah kerja out-station, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macam mana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar-benar frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang-sorang dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul-betul dah sampai penghujung. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri.
Malam itu abah tidur di sebuah hotel budget. Cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dengan feel emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagilah.
Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.
Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah-tengah malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan.
Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak-anak, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan.
Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula confius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?.
Foto Hiasan
Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah.
Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa: Ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah.
Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik ke rumah kerana kerja out-station sudah selesai. Sesampai di rumah, anak-anak riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi ke dapur, buat kerja dia dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.
Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar-benar tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba-tiba terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.
Esok pagi, abah datang mendekati emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?".
Emak engkau dengan mata bulat melihat abah, "Cakap apa ni?". Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"
"Awak memang tak boleh, dah bertahun dah. Pasal apa awak tanya ni?".
"Saya benar-benar ingin berubah kali ini, saya benar-benar ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia'.
Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul-betul nak buat, tu!, pergilah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu".
Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap-siap untuk pergi kerja.
Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa-apa sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.
Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?".
Mata emak engkau masih pandang ke lain, ke dinding, ke atap. "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak-anak"
Abah tarik nafas dalam-dalam, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi ke dapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas.
Semuanya abah letak bawah tudung saji. Lepas itu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap untuk pergi kerja kerana sudah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.
Esoknya, pagi-pagi lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?".
"Tak ada-apa, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?".
"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak".
Emak engkau diam, mata dia pandang ke tempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap air mata.
Esoknya, esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua. Satu pagi yang cerah, satu keajaiban berlaku.
Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba-tiba emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".
Perlahan-laha abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap, "Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak-anak, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayangkan awak".
Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?".
"Patutnya saya yang tanya soalan itu lagi?".
"Awak memang patut tanya", sela isteri dan terus memeluk erat suaminya dari belakang...
WhatsApp : Rodong dan diberi getaran baru
.............................................................
Puasa adalah diam. Tentu bukan sembarang diam, bukan takut kebenaran, bukan karena bodoh, tetapi diam bernilai ibadah karena sedang berpuasa. Kalau diamnya saja bernilai ibadah, apalagi kalau beraktivitas ibadah dan beramal saleh, membaca Alquran, menuntut ilmu, sedekah, mencari nafkah yang halal, sampai berdakwah. Maka, sungguh pantaslah mereka berpuasa mendapat nilai berlipat ganda dari Allah. Subhanallah.
Diamnya orang mukmin adalah tafakur dan tadabbur; Dari mana aku? Di mana Aku? Ke mana aku akhirnya? Rotasi dan evolusi alam ini dalam miliaran galaksi yang mencengangkan para kosmolog, renungan inilah membuat orang beriman itu bersujud di haribaan Allah.
Allah SWT berfirman dalam surat Qaf ayat 18, ''Tidaklah berkata satu kata kecuali dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.'' Rasulullah SAW pun mengingatkan, ''Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah berkata baik, benar, jujur, sopan, santun, mulia, kalau tidak maka lebih baik diam.'' Karena itu aktivitas lisan orang mukmin hanya dua, kalau tidak bisa bicara baik maka diam, tetapi kalau bisa bicara baik itu lebih baik daripada diam.
Sungguh tepat sikap Siti Maryam menghadapi fitnah dengan diam, ''Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa berdiam untuk Tuhan Yang Mahakuasa maka aku tidak berbicara dengan siapa pun pada hari ini.'' Ada waktu untuk bicara, ada tempatnya untuk bicara, bahkan kadang tidak hanya untuk menyampaikan tetapi yang lebih penting adalah sampai, karena itu ayat-ayat Alquran menggambarkan ucapan orang yang takut kepada Allah; qaulan sadiidan ucapan tegas (lihat QS Al Azhab [33]: 70), qaulan tsaqiilan ucapan berbobot (lihat QS Al Muzzammil [73]: 5),qaulan layyinan ucapan lembut (lihat QS Thaahaa [20]: 44), dan qaulan ma'ruufan ucapan baik, sopan (lihat QS An-Nisaa [4]: 5). Sungguh betapa banyak orang yang diam-diam itu tatkala berbicara mengagumkan karena ia berdiam, mendengar, merenung baru berbicara, Subhanallah.
Diamnya orang mukmin adalah tafakur dan tadabbur; Dari mana aku? Di mana Aku? Ke mana aku akhirnya? Rotasi dan evolusi alam ini dalam miliaran galaksi yang mencengangkan para kosmolog, renungan inilah membuat orang beriman itu bersujud di haribaan Allah.
Allah SWT berfirman dalam surat Qaf ayat 18, ''Tidaklah berkata satu kata kecuali dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.'' Rasulullah SAW pun mengingatkan, ''Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah berkata baik, benar, jujur, sopan, santun, mulia, kalau tidak maka lebih baik diam.'' Karena itu aktivitas lisan orang mukmin hanya dua, kalau tidak bisa bicara baik maka diam, tetapi kalau bisa bicara baik itu lebih baik daripada diam.
Sungguh tepat sikap Siti Maryam menghadapi fitnah dengan diam, ''Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa berdiam untuk Tuhan Yang Mahakuasa maka aku tidak berbicara dengan siapa pun pada hari ini.'' Ada waktu untuk bicara, ada tempatnya untuk bicara, bahkan kadang tidak hanya untuk menyampaikan tetapi yang lebih penting adalah sampai, karena itu ayat-ayat Alquran menggambarkan ucapan orang yang takut kepada Allah; qaulan sadiidan ucapan tegas (lihat QS Al Azhab [33]: 70), qaulan tsaqiilan ucapan berbobot (lihat QS Al Muzzammil [73]: 5),qaulan layyinan ucapan lembut (lihat QS Thaahaa [20]: 44), dan qaulan ma'ruufan ucapan baik, sopan (lihat QS An-Nisaa [4]: 5). Sungguh betapa banyak orang yang diam-diam itu tatkala berbicara mengagumkan karena ia berdiam, mendengar, merenung baru berbicara, Subhanallah.
Oleh Ust M Arifin Ilhamhttp://www.republika.co.
Copyright 2008 - REPUBLIKA All Right Reserved.Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
No comments:
Post a Comment