KISAH ABU NAWAS MELARANG RUKUK DAN SUJUD
Maulana Abu Nawas begitu sinonim dengan watak sufi, penyair atau juga badut?. Ketokohan yang super lucu semasa pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid sekitar tahun 750M-819M di Baghdad. Ketrampilannya begitu seru di zaman Eden.
Disurahkan, pernah dilantik menjadi mufti tetapi menolak dengan berpura-pura gila. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan tetapi raja tetap mengundangnya ke istana untuk memutuskan sesuatu perkara penting.
Diriwayatkan oleh empunya cerita, Khalifah Harun Al- Rasyid tersangat murka dengan khabar Abu Nawas melarang rukuk dan sujud semasa mengerjakan solat. Menurut pembantu-pembantu istana, Abu Nawas layak dipancung kerana melanggar syariat Islam. Langsung saja raja memanggilnya ke istana.
"Hai, Abu Nawas, benar kamu berpendapat tidak rukuk dan sujud dalam salat?", tanya Khalifah dengan keras dan tegas.
"Benar, Saudaraku"
Khalifah kembali bertanya dangan nada suara yang lebih tinggi. "Benar kamu berkata kepada masyarakat bahawa aku, Harun Al-Rasyid, adalah seorang Khalifah yang suka fitnah?".
"Benar, saudaraku"
Khalifah berteriak dengan suara menggelegar, "Kamu memang pantas dihukum mati, kerana melanggar syariat Islam dan menebarkan fitnah!".
Abu Nawas tersenyum lalu berkata, "Saudaraku, memang aku tidak menolak bahawa aku telah mengeluarkan dua pendapat tadi, tapi sepertinya khabar yang sampai padamu tidak lengkap, kata-kataku dipintal seolah-olah aku berkata salah".
Khalifah berkata dengan tegas, "Apa maksudmu?, Jangan membela diri, kau telah mengaku dan mengatakan khabar itu benar adanya."
Abu Nawas beranjak dari duduknya dan menjelaskan dengan tenang, "Saudaraku, aku memang berkata rukuk dan sujud tidak perlu dalam solat, tapi dalam solat apa?. Waktu itu aku menjelaskan tatacara solat jenazah yang memang tidak perlu rukuk dan sujud."
'Bagaimana soal aku yang suka fitnah?", tanya Khalifah.
Abu Nawas menjawab dengan senyuman, "Kala itu, aku sedang menjelaskan tafsir ayat 28 Surah Al-Anfal, yang berbunyi ketahuilah bahawa kekayaan dan anak-anakmu hanyalah ujian bagimu. Sebagai seorang Khalifah dan seorang ayah, kamu sangat menyukai kekayaan dan anak-anakmu, bererti kau suka 'fitnah' (ujian) itu. "Mendengar penjelasan Abu Nawas yang sekaligus kritikan, Khalifah Harun Al-Rasyid tertunduk malu dan terkedu.
Rupanya, kedekatan Abu Nawas dengan Harun Al-Rasyid menyalut iri dan dengki di antara pembantu-pembantunya. Abu Nawas memanggil Khalifah dengan 'Ya akhi" (Saudaraku). Hubungan di antara mereka bukan antara tuan dan hamba. Pembantu-pembantu Khalifah yang hasad cuba memisahkan hubungan akrab dengan memutarbelikkan perintah Tuhan. Sabotaj terancang juga kantol.
3 SOALAN MAUT
Sebuah persoalan yang belum terungkai, mengundang pertanyaan dan memerlukan jawapan tuntas.
Disurahkan yang empunya hikayat, Khalifah Harun Al-Rasyid memanggil para ilmuan dan bijak pandai untuk memberi jawaban kepada persoalan yang tergantung. Jawaban mestilah padat dan ringkas tidak meleret-leret panjang. Maka berduyun-duyunlah para ilmuan dan bijak pandai mengadu nasib, manalah tau untung nasib dapat meisterikan gadis jelitawan.
Diriwayatkan, Reward atau ganjaranya bukan calang-calang. Rumah banglow, gelaran atau pangkat, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan akan diusulkan.
Dipendekkan cerita kontot, tiada seorang pun dapat menjawab soalan itu. Permasalahan itu tertimpa juga di atas bahu Maulana Abu Nawas akhirnya...
Khalifah Harun Al-Rasyid memberi 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.
Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang meleret-leret. Menteri Agama (MA) terpinga-pinga untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Kalau tidak nyanya!.
Kemudian sultan menghantar wakilnya kepada Menteri Agama (MA) memberi titah perintah. Jika jawaban kokak@tidak intelektual, sultan akan merampas segala kemewahan. Banglo, harta, BMW dan pangkat gelaran. Menteri Agama (MA) mengalami kerungsingan yang amat sangat memikirkan akan kehilangan segala-galanya, pangkat tentunya!. Menteri Agama (MA) tidak dapat tidur. Makan tidak lagi berselera, kacang dal terasa bertih, roti nan terasa span pembasuh badan kuda. Bak kata orang Kelantan 'Tidur tidak lagi jenera, malam siang terlalu pantas berlalu, tak sedor sokmo!'.
Menteri Agama (MA) bersikap apologetik dan telah mengumpulkan para cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan yang tuntas. Akhirnya, Mr. legend, Maulana Abu Nawas (MAN) diperkudakan dengan tugas ini. Pun begitu Maulana Abu Nawas (MAN) masih belum dapat merungkaikan persoalan Khalifah tetapi masih control macho@selamba. Keinginan untuk membantu menjadi mimpi ngeri pula.
Keserabutan Maulana Abu Nawas (MAN) makin bertambah memikirkan feel Khalifah 'naik antu'. Sehari sebelum acara kemuncak Maulana Abu Nawas (MAN) termenung duduk di atas akar sepohon pokok besar dan cuba menyusun jawaban. Maulana Abu Nawas (MAN) tidak risau dengan harta yang akan dirampas kerana Maulana tidak mempunyai banyak harta. Tetapi protatype aku akan hilang, rakyat jelata akan mengetawakan. Aku bukan legend lagi, keluhnya sambil mengaru kepala menyebabkan jubahnya terburai.
Di tepi sebatang pokok besar tempat Maulana Abu Nawas (MAN) termenung ada seorang tua sedang sibuk mencangkul di sebidang tanah. Bila matahari terik di kepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak Maulana Abu Nawas (MAN) solat dan makan bersama. Maulana Abu Nawas (MAN) yang kerungsingan tidak berselera menjamah roti arab dengan kacang dal seperti diriwayatkan.
Melihat kelakuan Maulana Abu Nawas (MAN) yang kelam wal kelibut, orang tua budiman bertanya, "Tuan, nampak ada masalah?, boleh hamba menolong tuan?".
Maulana Abu Nawas (Man) memberitahu prihal sultan kepada orang tua itu.
Soalan 1. Apakah Dunia? maka jawab orang tua , Dunia ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk ditinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing-masing)
Soalan 2, Apa itu akhirat? jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa-apa amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa-apa maksud dunia didalamnya (ini pun dikenali oleh hati masing-masing)
Soalan 3, Apa itu iman? Orang tua menangguhkan jawapannya, "Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar", pesannya.
Bila masuk waktu Asar mereka bersolat dan selepas solat Maulana Abu Nawas (MAN) menanti-nanti jawaban. Orang tua itu masih mendiamkan diri.
Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang membaham sisa-sisa makanan. Orang tua memberi syarat untuk memberi jawapan yang ketiga. Maulana Abu Nawas (MAN) mesti makan bersama anjing-anjing tersebut arah orang tua itu. Maulana Abu Nawas (Man) menimbang-nimbang. Makan dengan anjing najis berat (Najis Mughallazhah).
Akhirnya Maulana Abu Nawas (MAN) makan bersama sekumpulan anjing itu. Apabila Maulana Abu Nawas (MAN) duduk untuk makan bersama anjing-anjing itu, orang tua memegang kolar bajunya dan berkata, "Tuan, inilah IMAN. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya."
Kata bijak bistari : Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakrawala pemikirannya serta sudut pandangannya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain.
Semakin gemar menyalahkan orang semakin bodoh dan dangkal ilmunya. Semakin tinggi ilmu seseorang maka semakin tawadhu (rendah hati) lah ia.
Kata bijak bistari : Jikalau seseorang bertambah ilmunya dan luas cakrawala pemikirannya serta sudut pandangannya, maka ia akan sedikit menyalahkan orang lain.
Semakin gemar menyalahkan orang semakin bodoh dan dangkal ilmunya. Semakin tinggi ilmu seseorang maka semakin tawadhu (rendah hati) lah ia.
Itulah Maulana Abu Nawas, sang sufi yang lucu juga cerdas. Membaca ceritanya kita harus kritis dan waspada.
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.my/2011/06/satu-untuk-semua-dan-semua-untuk-satu.html
Layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.my/2011/06/satu-untuk-semua-dan-semua-untuk-satu.html
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
No comments:
Post a Comment