ads

Tuesday, September 9, 2008

Kalau kita bergaduh...




*MOTIVASI DIRI*


*1.* Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

*2.* Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.*

*3.* Kalau kita bergaduh dengan boss,
*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

*4.* Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

*5.* Kalau kita bergaduh dengan guru, *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

*6.* Kalau kita bergaduh dengan kawan,
*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

*7.* Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

*8.* Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*
*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*
*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*




*9.* Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

*10.* Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*

*11.* Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*

*12.* Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*

*13.* Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*


*14.* Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*

*15.* Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*

*16.* Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*

*17.* Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*

*18.* Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

*19.* Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

*20.* Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*

*21.* Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*

*22.* Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

*Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya.*

Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.


Renung-renungkanlah...


Dzik!



''Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah (dzikrullah). Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.'' (Al-Ra'd: 28)

Dalam salah sebuah hadis diceritakan bahwa suatu saat Rasulullah SAW bersabda, ''Wahai para sahabat-sahabatku, maukah aku beri tahukan kepada kalian suatu bentuk amal yang paling baik, paling diridlai Tuhan kalian, paling tinggi nilainya, paling baik dibanding ketika kalian memberikan emas atau perak kepada orang lain, dan paling baik ketimbang ketika kalian bertemu dengan musuh-musuh kalian dalam perang yang konsekuensinya membunuh atau terbunuh musuh?''

Dengan serentak, para sahabat menjawab, ''Baik ya Rasulullah.'' Setelah diam sebentar, Nabi SAW berkata, ''Dzikrullah (mengingat Allah)''. (HR Ibnu Majah dari Abu al-Darda).

Menurut bahasa, dzikir berarti ''mengingat''. Dzikrullah berarti mengingat Allah SWT.

Sebagai sarana mengingat Allah SWT, Rasulullah SAW dalam banyak hadisnya mengajarkan bentuk-bentuk dzikir. ''Sesungguhnya, bentuk dzikir yang paling utama di sisi Allah adalah mengucapkan kalimat tauhid, la ilaha illa Allah (tiada Tuhan selain Allah).'' (HR Ibnu Majah dari Jabir bin Abdullah).

Berdzikir adalah salah satu ciri khas orang-orang beriman, yang mesti dilakukan setiap saat dan di manapun berada. Dengan berdzikir, segala tindak-tanduk perilaku hidupnya akan selalu terkontrol.

Allah SWT sangat mencintai orang-orang yang berdzikir mengingat-Nya.Persoalan hidup dan kehidupan yang pelik dan rumit, jika tidak karena kasih sayang Allah SWT, mustahil itu semua terpecahkan. Menjadi umat yang berdzikir, adalah salah satu upaya meraih cinta Ilahi.



http://www.republika.co.

Copyright 2008 - REPUBLIKA All Right Reserved.

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


3 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Suka ini.. Teringat untuk berzikir meski sibuk.. Terimas atas ingatan ini ;)

Ahmad Aaziz said...

Dah banyak hit blog ni..nak masuk iklan boleh..jual ubat ke..apa2 barang ke..selamat berpusa dan berhari raya..maaf zahir batin semua

Rocco Iskandar said...

Entry ini akan menimbulkan banyak persoalan dan perbincangan yang pastinya berkisar tentang Nabi Khidir a.s. Para ulama dan imam-imam mempunyai pendapat berbeza dan ini seharusnya dijadikan asas untuk mendalami konsep kenabian dan impak terhadap kehidupan umat Islam. Sama-samalah kita merenungkannya.

Muskamal, suatu entry yang berilmiah dan membuka minda untuk berfikir lebih mendalam...