ads

Wednesday, July 16, 2008

Dirgahayu Dr. Mahathir



"Waktu turunaya salju
Bulan Mengambang,
dan bunga-bunga berkembang,
pada waktu itulah kita
akan mengenangkan teman-teman kita".


Bait-bait puisi di atas di cipta oleh pendita Jepun bernama Myoe (1173-1232) menceritakan tentang persahabatan orang-orang Jepun yang mesra, mendalam dan penuh keharuan. Puisi ini tercipta ketika beliau sedang khusuk bermediatasi di musim salju. Sewaktu sedang leka itu, bulan menjelma dari balik awan dan melimpahkan sinarnya hingga ke gunung-ganang. Bulan menjadi temannya dan bunyi naungan serigala jauh di lembah tidak lagi mengerunkanya. Sewaktu dia keluar dari tingkat bawah itu, bulan kelihatan bersembunyi di balik awan. Ketika loceng berbunyi menandakan bermulanya waktu berjaga dinihari, dia memanjat tangga untuk naik ke puncak dewan sekali lagi, dan bulan memancarkan cahayanya sewaktu di naik itu. Dia masuk ke dewan mediatasi, dan bulan yang kelihatan memburu awan seperti akan terbenam di puncak gunung yang jauh, dan ia seolah-olah menjadi temannya secara berahsia-rahsia.
Sewaktu kita melihat keindahan salju, sewaktu kita melihat keindahan bulan penuh, sewaktu kita melihat keindahan bunga-bunga mekar berwarna-warni berkembangan, sewaktu kita menyedari dan terpesona dengan keindahan alam itu, waktu itulah kita akan terkenangkan orang yang paling kita sayangi atau sanjungi. Dan rasaanya mahu bersama-sama menikmati keseronokan itu. Gembira menikmati keindahan membangkitkan rasa persaudaraan yang kuat dan kita akan merindui persahabatan ini apabila mereka tidak bersama kita lagi.



Jalaludin Muhamad Al-Rumi dan Tarian Sufinya


Erti persahabatan begitu halus. Pelbagai puisi tercipta, madah pujangga, lagu menusuk sukma, kata pepatah dan segala macam ayat. Jalaludin Muhamad Al-Rumi seorang wali Allah dan penyair sufi dari keturunan Sayyidina Abu Bakar Ash-Shidiq r. a yang dilahirkan di kota Balka, wilayah Afghanistan, sanggup meninggalkan beribu-ribu orang anak murid dan kekayaan untuk berkelana mencari sahabat juga seorang gurunya yang menghilangkan diri kerana ada pihak dengki akannya.

Beberapa tahun dia mencari dan menghambakan diri hingga pernah satu ketika beliau jatuh sakit. Banyak lorong dan ranjau dilalui barulah ditemui sang sahabatnya itu. Begitu sekali tinggi harga persahabatan dan sayangnya seorang sahabat.

Menceritakan betapa pentingnya sahabat dalam penghidupan kita boleh mengumpamakan sebagai lilin menerangi malam yang suram dengan tubuh terbakar. "Sahabat setia tidak pernah mati, ia tetap wujud dalam hati kita", kata pujangga. "Berilah harta sebanyak mana, saya tidak akan menyentuhnya tapi sahabat setia itulah pilihan saya. Ia umpama permata dalam lumpur...

Begitu Oktober ini kita akan kehilangan sahabat lagi sekaligus sebagai pemimpin yang banyak memimpin, menasihat dan membangunkan perjuangan kita. Dia akan bersara dari jawatan nombor satu negara yang disandangnya hampir 22 tahun. Jasa-jasanya akan tetap dikenang dan disanjung sepanjang dekad. Walaupun tidak bersama kita lagi tetapi baktinya terhadap negara tetap segar.

Sikap pragmatis, tidak boros dan tidak dipengaruhi political convrnience akan dikenang. Perjuangannya menegakkan bangsa akan tetap terpahat disanubari kita. Menjadi pedoman di jalan berliku. Menjadi senjata dikelibat musuh. Sekalong doa buat sahabat setia, pejuang bangsa...




No comments: