SUDAH LUMRAH; jarang orang memutar jarum jamnya ke belakang bila krisis melanda, sebaliknya ingin cepat ke satu peringkat lain. Dapatkah orang itu bertahan? atau jatuh lalu bagaimana untuk naik kembali atau apa?
Lihat Stalin berjaya menundukkan Trotsky, Setiausaha parti Komunis dengan mudah iaitu cara kemahiran dalam berorganisasi. Begitu juga Hitler dan Mussolini. Masing-masing mempunyai kombinasi kepintaran berpidato dan berorganisasi. Kemahiran menguasai orang dan pandai menggunakan media dalam bentuk agama, moral dan sistem falsafah. Mereka angkuh!
Mustafa Kamal Artartuk pula mempunyai kemahiran berjuang dan wira dalam perang Turki-Itali tahun 1911. Mossolini dan Hitler lebih sadis dengan keganasan. Josef Stalin pula melalui gerakan revolusi yang amat bahaya untuk naik dalam pemerintahan. Nopoleon pula gemar menakut-nakutkan keadaan sekeliling dengan kuasanya dan berjaya juga akhirnya. Dia lebih mirip kepada keganasan dan gemar kepada kehancuran diri sendiri dan orang lain.
Penyelidik politik berkata, walau apapun keistemewaan bentuk persembahan politik seseorang itu kehendak utamanya iaitu yang besar ialah keselamatan dan penghormatan. Kita sendiripun...
Bagaimana dengan Abraham Lincoln? cara persembahan politiknya? Pemikirannya?
Di sini saya ingin membicarakan seorang yang dianggap kecil, kalut, lemah psikologinya dan mempunyai nasib tertimpa dengan penderitaan sepanyang hayat. Takut pada kawan-kawan sepermainan semasa kecil dan malu alah pada wanita. Dan menpunyai tekanan emosi yang genting. Ia membuat pengorbanan demi pengorbanan untuk mendapatkan kemahiran. Mari kita mengimbas kembali sejarah pemimpin Amerika yang ke 16 ini.
Jiwa Lincoln berbeza benar dari Stanton, Setiausaha Perangnya yang mempunyai tenaga dan sikap enggan mengubah fikiran. Berbeza juga dari Mc Clellan seorang general yang tidak pernah bersedia untuk berperang, juga berbeza dari Greeley seorang wartawan yang penuh bersemangat dan mempunyai rancangan luar biasa.
Gambaran luar Lincoln yang tidak dapat diasingkan ialah sifat kelembutannya. Sikap belas kasihanaya. Kejujuran yang tidak terhingga. Terlalu baik hati dan kurang tegas dengan perhubungan mesra. Jarang sekali Lincoln membiarkan dirinya menjadi marah. dia banyak dipengaruhi sadisme.
Kesedihan beliau menarik perhatian pemimpin-pemimpin negara lain dengan melihat rambutnya memeta dengan uban yang tumbuh meliar, bulu keningnya terlunjur serta pipinya cengkong terbenam. Matanya kecil bersinar dengan gaya yang bersahaja dan mereka melihat seakan-akan sentiasa ada air mata bertakung di kedua kelopak matanya.
Orang yang mengenali Lincoln secara dekat mendapati bahwa kesedihan adalah satu daripada kegusaranya. Lincoln diserangi penyakit sukar tidur malam dan perasaan rendah diri. Perkahwinan dengan Ann Rutledge bukanlah kejayaan emosi. Pakar jiwa mendapati beliau terlalu sukar dalam perhubungan dengan wanita. Contoh yang ketara pada 1 Januari 1814 belaiu tinggalkan Marry Tudd menunggu di gereja 'Hari yang melukakan' menyebabkan kegusaran yang amat sangat pada Lincoln. Ini adalah akibat dari bebanan tanggung-jawab yang terlalu banyak dan akibat dari pesimisme.
Lincoln bertambah sugul bila isterinya meninggal dunia. Sejarah hidupnya bertali dengan kesedihan. Usia 9 tahun ibunya meninggal dunia. Keluarganya yang hidup daif. Manakala ayahnya seorang pemabuk. Emosinya jadi tidak stabil. Para doktor mendiagnoskan penyakitnya sebagai neurotik dan psikotik. Beliau gagal membuat perhubungan mesra dan rakan sebaya, sebagai galang gantinya beliau lebih ramah dengan wanita yang lebih tua. Dengan mengalami banyak penderitaan mental, Lincoln berjaya membenarkan penyertaan dorongan agresifnya dalam bentuk ketegasan yang sejati tanpa mengumpulkan bebanan perasaan berdosa dan bersalah.
Rakyatlah sebagai gantinya yang terakhir, tiada orang lain lagi.
Satu ketika semasa peperangan Chancellorsville, berita yang diterima mengatakan Jeneral Hooker sedang berundur, Lincoln terkejut serentak mengangkat kedua belah tangan sambil berseru "Oh Tuhan! matlamat kita hancur, Stanton!!! Ini adalah satu-satu yang saya tanggung!" Kemudian Presiden Lincoln berkata dia akan membunuh diri di Sungai Potomik.
Dengan membetulkan kelakuannya secara terus berfikir mengenai keadilan dan bukannya mengenai popular, dengan tidak menghiraukan seboleh mungkin tentang kecaman hebat ke atas dirinya, Lincoln berjaya mendirikan satu benteng pertahanan bagi menghadapi sikapnya tersendiri yang tidak terlalu mahukan penghargaan.
Satu contoh, kenapa Lincoln masih dapat bertahan menjadi Presiden? Seward yang mempunyai personoliti yang lebih popular darinya kenapa gagal? Seward telah merayu kepada 'Undang-Undang Tertinggi' yang lebih tinggi dari taraf perlembagaan mengenai perpecahan negeri-negeri Utara. Krisis demi krisis berlaku kemudiannya. Soal-soal perlembagaan, sentimen anti hamba abdi dan kreadibliti pemimpin berluasa. Dengan kata lain Sewardlah yang memulakan isu itu!.
Lincoln ada jalan mudah. Dia secara tenang tetapi tegas bercakap mengenai syarat-syarat yang melindungi kehebatan krisis, tentang 'Kanun Moral' bila mana negeri-negeri Utara berpecah dua. Beliau mungkin tidak berpeluang memegang kuasa sekiranya negeri-negeri Utara bersatu dan bukannya berpecah-belah! Lincoln sempat memutar jarum jamnya! Itu keistimewaannya.
Di waktu peringkat permulaan krisis, orang-orang yang berpersonaliti akan muncul ke hadapan; mereka ini banyak bersifat kebajikan dan bersikap tegas, lebih bertimbang-rasa daripada bersikap zalim. Unsur-unsur yang menunjukan kedatangan peperangan atau pemberontakan berdarah akan mengakibatkan kecemasan dan kebimbangan di kalangan massa.
Kata penulis biografinya L. Pierce Clark: Perbezaan fahaman, prinsip dua pendapat itu adalah serupa, tetapi Lincoln tahu hendak menyampaikan prinsip yang membimbangkan setengah-setengah pihak, walaupun ramai tahu bahwa tindakan sama sekali berlainan.
Lincoln tidak kejam dan kurang memaksa, lebih mahu bersepakat, lemah-lembutnya semacam menjamin ketenagan dan berjaya daripada Seward yang bersifat gemuruh sebelum bencana tiba dan bahasanya seakan-akan memaksa.
Seorang penghasut akan bertindak bersendirian semasa krisis meruncing, seorang pengelola akan lebih disikai di masa krisis berlaku.
Pada peringkat krisis begini personaliti Lincoln adalah boleh diterima. Sifatnya yang bercampur ketegasan dan kelembutan lebih dekat di hati rakyat. Lincoln adalah seorang pemberangsang. Dia seorang yang cemerlang, moralnya ampuh. Politik baginya adalah seni berbisik untuk menyelesaikan krisis dalam keadaan darurat. Anda harus ingat Lincoln hampir-hampir tewas tahun 1864, satu fakta adalah tuntutan kuat dari rakan sejawatnya dan pandangan serong tentang niat sucinya. Dalam keadaan tertentu tuntutan perbalahan wajar!
Katakan kita terangkan jenis perkembangan yang ditunjukkan oleh Lincoln. Tiga soalan dapat dikemukan bersama. Dapatkah anda menjawabnya? Jika dapat, andalah Lincoln!...
i. Dalam keadaan manakah permintaan kasih sayang dari rakyat jelata digantikan dari yang utama kepada yang keduanya?
ii. Dalam keadaan manakah terdapat permintaan yang tidak terhingga untuk kasih sayang?
iii. Bilakah dorongan agresif tertahan dan bertindak menentang peribadi?
......................................
Pembunuhan Abraham Lincoln. Dari kiri : Henry Rathbone, Clara Harris, Mary Todd Lincoln, Abraham Lincoln dan John Wilkes Booth
Pembunuhan Abraham Lincoln. Dari kiri : Henry Rathbone, Clara Harris, Mary Todd Lincoln, Abraham Lincoln dan John Wilkes Booth
Abraham Lincoln
(12 Februari 1809 – 15 April 1865), juga digelar Abe Lincoln, dan panggilan lain seperti Abe Jujur dan Pembebas Agung kerana usahanya membebaskan hamba. Lincoln adalah seorang ahli politik dan juga Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1861 - 1865), serta presiden pertama Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara Amerika seperti pemilihan jeneral termasuk Ulysses S. Grant.Kehidupan awal
Abraham Lincoln dilahirkan pada 12 Februari 1809 di Hardin (sekarang Larue County), Kentucky. Bapanya, Thomas Lincoln adalah seorang peladang dan ibunya bernama Nancy Hanks. Keluarga Lincoln tinggal di sebuah rumah kabin yang kecil dan mempunyai satu bilik sahaja. Ayahnya seorang yang kuat agama Baptis dan tidak mahu memiliki hamba walaupun Kentucky pada masa itu menghalalkan perhambaan. Ketika Lincoln berumur 7 tahun, keluarganya berpindah ke Indiana. Lincoln menolong bapanya di ladang tetapi ketika beliau berusia 22 tahun, beliau meninggalkan keluarganya untuk berpindah ke New Salem, Illinois, untuk bekerja sebagai jurujual. Beliau sempat ke sekolah untuk satu tahun dan belajar membaca, menulis dan kira-kira. Pada tahun 1842, beliau berkahwin dengan Mary Todd Lincoln. Mereka mempunyai empat cahaya mata tetapi tiga daripadanya meninggal semasa masih kecil.Kerjaya politik
Lincoln memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Helang Hitam, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam.Lincoln menjadi seorang peguam yang berjaya di Illinois. Pada tahun 1837, buat pertama kali beliau membantah perhambaan tetapi pada masa yang sama berkhidmat sebagai peguam untuk tuan yang mahukan hamba mereka yang lari dikembalikan di Illinois. Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois.
Presiden dan perang saudara
Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.Dalam usaha-usahanya sebagai pemimpin masa perang Lincoln sering menggunakan pujukan seperti dalam kenyataan-kenyataan umumnya, khususnya Ucapan Gettysburg, mentakrifkan persoalan-persoalan perang, dan membantu untuk mentakrifkan semula imej diri Amerika Syarikat. Beliau terbukti pintar menggantikan jeneral-jeneral yang sederhana dengan jeneral-jeneral yang lebih berupaya sehingga akhirnya, beliau menemui Ulysses S. Grant. Dalam kepimpinan Parti Republikan, Lincoln dapat mengelakkan perpecahan antara semua puak, dan menambahkan sokongan baru daripada ahli-ahli Demokrat yang menyokong peperangan, walaupun Copperhead, musuh-musuhnya yang merupakan puak Demokrat di Utara, kuat membidasnya sebagai diktator yang tiada belas kasihan. Lincoln terpaksa mendamaikan pemimpin-pemimpin Republikan yang radikal dan sederhana yang sering kali amat tidak bersependapat terhadap persoalan-persoalan perhambaan. Lincoln sendiri menyelia usaha perang bersama-sama dengan Jeneral Grant (1864-65) yang berjaya mengalahkan Robert E. Lee pada April 1865.
Sifat-sifat kepimpinan Lincoln ternyata dalam:
- cara menangani diplomasi terhadap negeri-negeri perhambaan di sempadan pada permulaan pertempuran
- menewaskan cubaan Kongres untuk menyusun semula Kabinet pada tahun 1862
- ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan yang membantu negeri-negeri utara bersiap sedia
- meredakan isu keamanan dalam kempen pilihan raya presiden pada tahun 1864.
Pembunuhan Lincoln
Pada mulanya, John Wilkes Booth, seorang pelakon dan perisik Konfederasi dari Maryland, merancang untuk menculik Lincoln sebagai tukaran kepada pelepasan banduan-banduan Konfederasi. Tetapi selepas menghadiri satu ucapan pada 11 April di mana Lincoln menganjurkan hak mengundi kepada kulit hitam, kebencian Booth bertambah dan dia menukar rancangan untuk membunuh presiden[1]. Apabila mendapat tahu Lincoln dan Wanita Pertama akan menghadiri Teater Ford, Booth bersiap sedia dengan rancangannya dan mengarahkan rakan-rakannya yang lain untuk membunuh Timbalan Presiden Andrew Johnson dan Setiausaha Negara William H. Steward.Tanpa pengawal utamanya Ward Hill Lamon, Lincoln bertolak ke teater untuk menyaksikan persembahan "Our Amerincan Cousin" pada 14 April 1865. Ketika pengawalnya tiada, Lincoln duduk di tempat biasanya di balkoni tanpa menyedari Booth berada di belakangnya dan hanya menunggu adengan kelakar untuk membunuh presiden dengan harapan gelak ketawa di teater akan menenggelamkan bunyi tembakan. Saat ditunggu tiba, lalu Booth menembak Lincoln di kepala. Mejar Henry Rathbone cuba menangkap Booth tetapi tidak berjaya. Booth melompat ke atas pentas, kemudian menjerit Sic semper tyrannis! (bahasa latin: "Maka selalu (berlaku) ke atas pemimpin kejam) dan berjaya melarikan diri[2]. Gerakan memburu Booth berlangsung selama 12 hari di bawah arahan Setiausaha Perang Edwin M. Stanton. Booth berjaya ditangkap di sebuah rumah reban di Virginia dan ditembak serta mati kerana kecederaan.
Lincoln dalam koma selama sembilan jam sebelum meninggal dunia. Beliau disahkan meninggal dunia pada pukul 7.22 pagi, 15 April 1865 ketika umurnya 56 tahun.
LegasiLincoln masyhur melalui peranannya dalam pemeliharaan Kesatuan (Union) dan menamatkan perhambaan di Amerika Syarikat dengan Perisytiharan Emansipasi dan Pindaan Ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat.
Ahli-ahli sejarah masih berdebat mengenai pengaruh Lincoln yang berpanjangan dalam institusi-institusi politik dan sosial Amerika Syarikat, terutamanya pemusatan kuasa dalam tangan kerajaan persekutuan dan melemahkan kuasa kerajaan-kerajaan negeri.
Walaupun Lincoln menumpukan perhatiannya kepada hal-hal ketenteraan dan politik tetapi dengan sokongannya yang kuat, pentadbirannya:
- mengasaskan sistem bank-bank negara melalui Akta Bank Negara
- menaikkan tarif untuk hasil
- mengenakan cukai pendapatan yang pertama
- mengeluarkan bon yang bernilai beratus-ratus juta dolar serta wang kertas negara (greenback) yang pertama di negara
- menggalakkan imigrasi dari Eropah
- memulakan landasan rentas benua
- menubuhkan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
- menggalakkan pemilikan ladang melalui Akta Rumah Ladang pada tahun 1862, serta
- menubuhkan sistem moden untuk universiti-universiti negeri melalui Akta Kolej Geran Tanah Morrill.
Lincoln mendapat tempat sebagai satu daripada dua atau tiga presiden yang terunggul di Amerika Syarikat. Sumbangannya besarnya adalah peranan yang dimainkan dalam mentakrifkan persoalan-persoalan yang utama, kemenangan Perang Saudara, penghapusan perhambaan, pentakrifan semula nilai-nilai negara, penubuhan parti politik baru, dan penyelamat dan pentakrifan semula Kesatuan. Pembunuhan Lincoln menyebabkan beliau dianggap pejuang suci oleh berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment