ads

Wednesday, July 16, 2008

Kebersihan bermula dari Tandas...


Singapore Roars!. Singapore bergegar dengan aksi penuh sensasi. RM169.00, dua malam menginap di hotel termasuk pelbagai kupon diskaun. Promosi hebat untuk menarik rakyat Malaysia berkunjung. Billboard juga banyak terpampang di merata di tempat di sini. Ning Bazura artist tempatan siap mengenakan topi krismas, terjerit terlolong dengan mulut besarnya seronok sungguh dijadikan model meraikan krismas. Dia dijadikan duta prodak pelancongan untuk menarik pelancong kita bertandang ke New Asia - Singapura.

Sebenarnya tiada apa yang istimewanya Singapura. Rakyatnya sudah mula turun ke JB sejak 90an untuk membeli-belah termasuk barangan dapur, sayur-mayur. RM1.00 bersamaan DS2.22, berganda nilainya. Di duty-free di lapangan terbang Changi kalau anda merayau-rayau di bazarnya pun tiada apa yang menakjubkan. Banyak barangan di jual di sini. Harapkan keluasan Airportnya dan taman mini di dalamnya saja...

Di Singapura, antara lain, orang cukup seronok bersiar-siar berbelanja kerana banyak shopping komplek, restoren enak yang beraneka, atau panggong wayang, museum, atau taman yang teduh...




Night Safari di Singapura juga ada di Perak. River Bot banyak di sungai atau pergi-balik ke pulau-pulau di Malaysia. Cable Car juga, kalau ke genting kita boleh menaiki Cable Car atau di Langkawi ada menyediakan khidmat serupa. Kalau anda berminat dengan Singapore Art Festival, theatre umpamanya bolehlah melihat panggong Esplandenya yang serba canggih tapi jangan lupa di negara kita tak kurang hebat seperti di Istana Budaya atau di Dewan Philharmonic Petronas di KLCC yang bertaraf antarabangsa, lima bintang!. Dewannya sungguh besar dan mewah, terasa bukan berada di Malaysia kalau anda pernah memasukkinya. Singapura bermodalkan body massage dan spa serta perayaan-perayaan berbilang kaum dibuat grand untuk menarik pelancong.



Singapura telah hilang tarikan, cuma kalau nak bertenong nasib menggunakan burung bolehlah ke Singapura kerana di Little India menyediakan khidmat ini dengan sedikit bayaran. Burung itu akan memilih kad yang sudah ditulis Pak Nujum dan menggongong dimuncungnya nasib anda...

Singapura telah hilang kekuatan, tetapi sekitar 70an, kalau anda melancong ke sana banyaklah barang boleh di bawa pulang kerana nilai ringgit hampir sama nilainya tetapi barangan dijual sangat murah. Rakyat Malaysia cukup seronok membeli-belah. Teringat suatu ketika dulu, kalau ada anak beranak pergi melawat saudara mara mereka di sana banyaklah menerima pesanan. Paling menyoronkan mereka cuma memesan bertin-tin laici. Waktu itu laici tak banyak dijual di Malaysia dan harganya mahal. Negara mitos Si Ikan Todak ini telah hilang serinya kerana persaingan cukup hebat dengan negara kita, Malaysia.

Singapura sebenarnya sebuah negeri yang nyaman, semuanya teratur dan mengikut jadual kerajaan. Di sini, ketam pun berjalan betul... Sebuah Intensive Care Unit. Semuanya dirawat cermat termasuk air kubahan. Tak boleh ada kekotoran, di sudut jalan atau pemikiran rakyatnya. Penghuninya diperhatikan dan tiada pergaduhan, pengotoran atau kerosokan harta awam. Lee Kuan Yew dari Parti Tindakan Rakyat telah membawa Singapura ke satu demensi. Mereka mampu untuk melihat problem yang berpotensial yang akan terjadi di masa depan. Budaya Singapura adalah budaya ajaran Konfusianisme yang tidak konfrontatif, tapi suka conserve...

Mendapat surat kiriman seorang teman dari Singapore membuat saya menghayalkan Singapura. Di bucu atas surat itu bertulis "Joint the effort. Lets keep public toilets clean". (Ikut serta. Mari kita jaga kebersihan tandas awam). Seakan-akan rakyat Singapora menyindir negara kita. Ironisnya tandas awam yang tidak mengenakan bayaran di negara kita.

Kebersihan Tandas, adalah senjata yang paling ampuh menarik pelancong untuk bertandang ke Republik itu di samping isotika lainnya. Kalau anda menggunakan tandas awam negara itu bayaran S30 sen untuk masuk, kita tidak rasa menyesal. "Tandas lima bintang", komen rakyat Malaysia. Apa tidaknya tandas awamnya sangat bersih. Hati merasa tenang dan damai menggunakannya. Tetapi lebih menarik ada yang mengambil kesempatan untuk berihat di dalamnya. Menghisap rokok sambil minum coke dan berbual-bual dengan teman-teman.

Kalau kita mempunyai orang tua dan suka mendengar hikayatnya, dia akan menceritakan perihal kebersihan. Suatu yang menariknya mengenai kebersihan, nenek kita akan bercerita tentang perihal memilih jodoh. Si jejaka atau tunang boleh mengetahui sama ada dara sunti pilihannya itu seorang yang mementingkan kebersihan atau sebaliknya. Si jajaka pura-pura menumpang tidur di rumah si dara pilihannya. Tetapi kenalah bersoal-jawab dahulu dengan si ayah gadis itu sebelum dapat bermalam. Selalunya dapat, kerana si jejaka bijak orangnya. Dia akan datang ke rumah dara pilihanya pada waktu hampir malam hujan lebat kilat sambar-menyambar. Si jejaka memberi alasan yang munasabah seperti hujan sangat lebat tak nampak jalan pulang, takut binatang buas di jalanan atau seribu satu alasan. Mana ada bakal Mentua tak kesihan...?

Dalam kesempatan inilah si jejaka pura-pura menggunakan tandas atau bilik air bakal bapak mentuanya itu. Dia akan meneliti kebersihan tandas atau bilik air. Keputusan diketahui sama ada layak atau sebaliknya dijadikan calon isteri dengan sebab tandas...

Mana-mana jejaka yang tidak dapat bermalam, cukup sekadar ia mengintip atau mengintai dari celahan pokok-pokok besar di belakang rumah si dara itu. Melihat sama ada bersih, kemas atau teratur begitu juga bahagian dapur sistem pengaliran air atau sebagainya. Semuanya diambil kira. dicatat...

Selalunya penilaian begini berjaya mengetahui sikap mereka. Adakah mementingkan kebersihan atau sebaliknya. Dia juga dapat membaca perilaku keluarga itu.

Cerita di atas sebenarnya boleh diambil iktibar. Umpamanya tandas di pejabat kita bersih atau sebaliknya. Tetapi ada pejabat, pengurus besarnya mengawasi kebersihan tandas. Katanya prestasi organinasi dapat dibaca, diukur melalui imej tandas. Ada banyak untungnya, kadang-kadang pihak bank, pemberi pinjaman yang kreatif mengambil kira keadaan tandas permohonan sewaktu membuat penilaian untuk kelulusan. Kebersihan jasmani dan rohani sebenarnya dapat dibaca juga dari keadaan tandas...

Pokoknya tandas eloklah bersih..., moleklah mencontohi Singapura!

Jom naik bas ke Singapura untuk melihat kebersihan tandas dan meninjau tempat-tempat menarik di sana:




No comments: