ads

Wednesday, July 16, 2008

PESAN RAHMAH


Rod Stewart, penyanyi berhidung besar tajam seperti pelepah kelapa sawit dilahirkan di Sweden. Terkenal dengan lagu paling menyentak perasaan bertajuk 'I don't want to talk about it' popular hingga kini. Dan banyak lagi lagu yang chart busters...
Sewaktu penyanyi berambut emas ini mengadakan konsert di Britain, peminatnya menjerit. Histeria dengan suara serak basah, histeria dengan persembahannya. Dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Sambil memegang mikrofon dan membawa berjalan, dia menyanyi dan kadang-kadang berlegar di pentas. Disingkapnya tiang mikrofon lalu menghayun-hayunkan kesekelilingnya bila lagu rancaknya berkumandang. Itu membuat peminat syok, tengelam dalam arus perasaannya.

Sewaktu menyambut harijadi seorang teman. Hi-finya berkumandang dan meliar dengan lagu-lagu Rod Stewart. Sesekali DVD bertukar kepada muzik dari petikan gitar Eric Clapton, Robert Palmer, Jean Micheal Jarre dan dan dan... Pasangan kami, berpakaian serba putih seperti dijanjikan, seenaknya berbual kosong sambil menyedut udara malam. Kami santaian hingga subuh bolong dalam lampu separuh malap.

Rod Stewert melolong terus lewat hi-fi. Lagu berganti lagu dinyanyikannya. Bila lagu popularnya tahun 70an bertajuk Maggie May beralun, aku jadi tersentuh. Lagu ini menginggatkan pada seseorang. Terkenang semasa lampau lewat alam persekolahan.

Teman itu bernama Rahmah, tinggal di Simpang Peranggai, Lancang, Pahang. Kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau dan tinggal di hostel. Melalui seorang teman, Rahmah diperkenalkan kepadaku. Selang seminggu setelah puas bersembunyi malu kami belajar bersama-sama. Bertukar surat melalui buku sekolah dan membacanya di tandas dan kemudian mengoyakkanya lalu dicampak di lubang tandas. Takut tercium oleh warden asrama yang garang misai melenting itu. Tidaklah aku ingat lagi buah butir coretan dulu tetapi peratusnya kami seronok betul. Aku mula memahami suara kicau burung murai dan desahan air sungai mengalir.

Setahun perhubungan kami beringsut. Macam cerita Hindustan tiba-tiba ada dalang memporak-purandakan persahabatn kami. "Rahmah, tidak sesuai dengan awak, awak Romeo.." bentak seorang sahabat. Maka putuslah hubungan atas keputusan aku sendiri tanpa usul periksa. 'Samenbundeling van alle krachten' kata pepatah Belanda bermakna Menghimpun segala kekuatan yang ada lalu aku mencari burung lain. Selalunya lelaki tidak pernah 'frust'.

Bila menjelang cuti persekolahan, selalunya diadakan Malam Perpisahan dan menjemput kugiran yang ternama di pekan Kuala Krau itu. Maka ramailah bakat-bakat terpendam keluar menunjukkan taringnya. Di luar jangkaanku, Rahmah muncul di pentas malam itu berpakaian serba putih berskirt paras lutut. Aku masih ingat Rahmah membawakan lagu bertajuk Penasaran nyanyian oleh Emillia Contessa, penyanyi Indonesia seangkatan dengan mendiang Broery Marantika itu.




Kalau belum bisa aku mendapatkan
Oh, pria tampan yang jadi rebutan
Sungguh mati aku jadi penasaraan
Sampai matipun akan ku perjuangkan...

Nampak gaya lenggok, cinta monyeknya menjadi cinta Cenderalla. Cinta suci dalam debu, betul-betul bersih lagi suci. Rasa menyesal muncul kemudianya akibat memutuskan hubungan ini. Selepas upacara yang sebak itu, mataku terbelalak sampai pagi... Rahmah sudah menganggu tidur! Sendiwara menjadi realiti...

Ini sejarah masa lampau. Sejarah mengenal simpang siul kehidupan. Dan sejarah rupanya bertali arus hingga kini dan menjadi pengajaran. Dua tahun kemudiannya, surat Rahmah menyusul. Agaknya Rahmah membayangkan suatu masa nanti bila dewasa aku mudah hilang pedoman hidup. Lekas lalai dan lupa diri. Hingga kini kata-katanya lewat surat bunga-bunga kecil itu masih segar dalam ingatanku.

"Masa cuma lima minit saja, janganlah kau lalaikan", kata Rahmah dalam surat itu. "Terkadang tidak sampai kalau nak cepat sangat...", nasihatnya lagi. Walau kita tidak mungkin ketemu lagi tapi ingatlah nasihat ini. Di manapun kau berada, dalam senang atau susah ingatlah padaNya. Dirikanlah tiang agama itu walau memakan masa hanya tiga minit saja, kerjakanlah... Tidak menyesal kemudian hari... Insyak Allah.


Memang, semenjak usia digenjut zaman, aku sendiri terasa beban malasnya menunaikan tugas yang satu ini. Memandang mudah sedangkan akibatnya telalu berat. Macam-macam masalah lain muncul membuatkan kita lalai dan leka. Anda tanyalah diri sendiri berapa rakaatkah sembahyang yang tertinggal... tapi bagiku sekurang-kurangnya pesanan ini menguatkan semangatku yang ada pasang surutnya ini. Walaupun pesanan ibubapa dan guruku masih segar tetapi pesanan Rahmah tetap kental hingga kini. Inilah pesanan yang maha agong dari seorang sahabat agaknya. Ia umpama permata di dalam lumpur tetap bercahaya.

Sampai sekarang aku tidak ketemu Rahmah lagi. Hatiku kuat mengatakan Rahmah sudah menjadi pendidik dan mempunyai lima belas orang anak seperti yang pernah dia omongkan dahulu...

Terima kasih jua dan sekalung doa untukmu Rahmah...



3 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Mus

Saya tak boleh recall siapa RAHMAH ni

Langsung tak INGAT

Kelas apa dia yaaa



Bagus PESANANnya tu

Kalau tiada tiang macamana sebuah rumah itu hendak didirikan??????

Cari jawapan di hati ANDA?

Jika tidak ketemu jawapan maka DIRIKANLAH TIANG itu sebanyak 5 kali sehari

Kalau tak bisa 5 – unjurkan 1 , 2 , 3, 4 dan 5 (walaupun pada hakikatnya kita wajib mengerjakan 5 kali sehari semalam

Tu belum yg sunat lagi perlu dilakukan INSYA ALLAH.

- Sharifah Jamilah (FPISB)

sheikh mustafa kamal al aziz said...

sheikh..
u recall my memori ler...mlm tu saya masuk pertandingn nyanyi tu...mustafa sintol..no 1 dan saya dpt no 2..nyanyi lagu 'hujan yg turun..bla..bla..'mmang band handalan yg iring...dan msih ingt persembahan penasaran tu..kah..kah..

- wan mazmah
5 Agustus 2010 08.55

MOHD SAHIDI YAAKOB said...

saya ingat-ingat lupa
tapi mustafa sintol memang juara
nyanyi lagu Rindu Bayangan

Dia sekarang di UIA Gombak - unit keselamatan

Tapi nama penuh rahmah tu siape yee.

Siti Rahmah ke ape?