ads

Wednesday, July 16, 2008

'LINGKARAN SETAN'


Semasa ke Medan baru-baru ini, saya ketemu seorang keturunan Sunda di Lobby sebuah hotel di sana. Sulit untuk tidak bersembang panjang lantaran keramahannya. Perbualan kami melimpah ke luar hotel yang menempatkan Restoran Minang beratap zing itu. Dari cerita cawek medan yang comel gebu hinggalah ke kisah Raja Batak beristeri lapan puluh orang itu...

Batak terbagi kepada dua kaum di Medan, di utara Batak Mandailing kebanyakkannya berugama Islam dan di bahagian selatan Batak Karo yang telah dikristiankan oleh pendakwah Jerman, Ludwing Nommensen tahun 1834-1918. Bandar Medan asalnya terdiri dari dua buah kampung iaitu Kampung Medan dan kampung Deli diasaskan oleh Guru Patimpus sekitar tahun 1590. Ada dua buah sungai iaitu Sungai Deli dan Sungai Babura menemukan bandar ini. Mejoriti kaumnya kini terdiri daripada bangsa jawa, Sunda dan Minang sedikit orang Cina dan India.


Tasik Danau Toba yang tiga kali ganda keluasaan Singapura menyuguhkan ketenangan. Air Terjun Sipiso-piso cukup cantik dilihat selepas hujan, terkadang pelangi melengkapkan seakan-akan sebuah hasil lukisan. Di Pulau Samosir pula ada dijual lukisan bermutu yang murah harganya dan boleh tawar-menawar.

Kami beromong-omongan sambil menghirup air jamu pasak bumi yang diselangi muzik dangdut hingga larut senja...


GELAR Miss Celebrity Indonesia 2012 akhirnya jatuh kepada gadis asal Medan, Aisyah Maharani.

"Dalam mimbar koran (akhbar semalam saya terbaca tentang korupsi yang menular semasa pemerintahan Suharto, sukar dibenteres, apa benar Pak...? tanya saya mendapatkan kepastian. Kepulan asap rokok kratik hampir menyembunyikan wajah Indonnya. Dengan mata melotot dia menjawab, nada suaranya agak tinggi.

"Ada yang mengetahui terjadi kebocoran kewangan negara, tetapi tidak rela melapurkan kepada penghakiman. Ada yang tahu, tapi berlagak tidak tahu, dan tidak mau tahu. Ada yang tahu, tapi tak mampu. Ada yang mampu, tapi tidak boleh. Ada yang mampu dan boleh, tapi tidak berani. Ada yang berani, tapi tidak punya kuasa. Ada yang punya kuasa, tapi tidak mahu. Sebaliknya, ada yang punya kemampuan dan punya kekuasaan, tapi tidak tahu..." katanya memgambarkan semacam teka-teki yang mencerminkan lingkaran setan dalam membenteres korupsi.

Korupsi semakin membarah di Indonesia. Bank dunia telah mengadakan kajian dan disebarkan dengan judul "Combating Corruption in Indonesia-Echancing Accountablity for Development". Menurut program ini mereka boleh memerangi korupsi ke akar umbi. "Kali ini tidak boleh gagal", kata mereka.

Mereka berkhutbah secara meyakinkan, sehingga sulit dibayangkan mereka berbohong. Mereka berfantasi bahwa Tuhan memperbolehkan korupsi. Tapi timbulah pertanyaan, "Mengapa dengan sekian banyak upaya di masa lalu dan kini, korupsi masih berlanjutan, malahan makin meluas dan mengganas?"

Seseorang memang harus berteriak, tidak boleh diam kata Sigmund Freud, pakar psikologis. Sehinggakan secara sinis, jika kita menjatuhkan tiga biji besar batu dari pesawat udara, dua antaranya akan mengenai kepala kurupsi. Jadi berapa juta batu yang harus kita jatuhkan...?

Istana Batak Karo yang mempunyai banyak isteri
dan mempunyai lubang khas untuk mengintai bakal isteri
yang sedang menumbuk padi di halaman istana itu.

Penyebabnya adalah, anatara lain, pertama, kerana tindakan-tindakan yang diambil seperti yang diriwayatkan tadi tidak dilakukan secara sistematik dan tidak berfokus!...

Semasa berkerja di Bank Pertanian lewat 1987 dulu masalah lain pula terjadi. Seorang teman bertandang ke cawangan bank untuk menyelesaikan beberapa tugas resmi bercerita perilaku pengurus cawangan yang tidak profesional. "You cuba fikir, adakah patut pemeran pertanian peringkat negeri sebesar ini, pengurus tidak datang menjengok gerai untuk sama-sama membaiki atau menambah barangan prodak untuk dipamerkan...".

Dia bercerita terus. Sehari sebelum pameran bermula pun mereka tidak datang menjengok muka melihat anak buahnya berkerja mengemaskinikan gerai. Sikap kepegawaiannya melekit betul pada tubuhnya katanya.

"Pegawai sana tu yang dilantik untuk mengendalikan gerai pun tidak nampak batang hidung, hairan betul... kalau begini sifatnya susahlah Bank Pertanian maju... Slogan Bank, Sentiasa Di Sini Anda hanya tinggal slogan saja. Kenalah saya dan beberapa yang lain berkerja keras sampai embun jantan dinihari jatuh...". Seakan tanda kesal muncul di wajahnya.

Komentar sebentar...kita rasa satu tugas itu haruslah diselenggarakan bersama-sama baru membuahkan hasil yang bermutu. Kalau berkerja hingga larut malam sekurang-kurang Pengurus Cawangan tunjukkan batang hidung barulah anak buah bersemangat, bukan sikap makan gaji mengharap elaun saja. Itu menyalahi etika berkerja satu bumbung. "Pameran tu silap haribulan, malam jumaat bos sibuk, operasi 70 juta rakyat Malaysia...?" kata saya cuba mententeramkannya. "Takkanlah satu malam 'missing' tak boleh...!", ujarnya selamba.


Masalah kedua pula timbul lagi cerita bertempat di Cawangan Utara, sempena Pameran Pertanian Peringkat Negeri, di mana BPM menyertainya. Semacam ada nada berbau masalah tapi ini berbeza sedikit. Cawangan kecil sibuk menguruskan gerai BPM siang dan malam selama berminggu tetapi dalam buku cenderamata yang diedarkan semasa perasmian, cawangan negeri yang dapat nama. Dalam buku cenderamata terpampang nama cawangan negeri. "Ah, itu kesalahan yang tidak disengajakan..." kata saya tetapi kawan ini berkeras bahawa ini memang dirancang.

Tetapi yang hebatnya seorang pegawai dari cawangan negeri tidak pernah datang menjengok gerai sedangkan mereka sepatut memeriksanya. Mempastikan segala keperluan untuk membuat pameran lengkap dan teratur. Ada juga yang tidak puas hati cuba merisik khabar konon, alasan yang diberikan mudah saja, mesyuarat dari pagi hingga ke petang tidak boleh diganggu. Kita pun pelik wal hairan...

Low enforcement yang lemah daya pukulnya, kelemahan intituasi dan kelemahanan perundangannya. Kata orang displin ada kaitan dengan masalah kekuasaan, budaya yang mempengaruhi penggunaan kekuasaan. Itulah yang menentukan!

"Ekor mengikuti kepala" kata Matsuhita empunya Syarikat gargasi Nasional Jepun. Hujahnya kalau kepala bergerak cepat, ekor akan ikut sama laju, jika kepala berjalan perlahan ekor akan terkulai". Maksudnya pihak atasan hendaklah sama-sama naik dengan pihak bawahan. Perhatikan, jangan cuma arahan semata-mata, Barulah ada kelancaran, Kerjasama tak ngam, tak lancar. Konsep 3Q tidak digunakan dalam pengurusan - 3Q ialah 3 jenis Qualiti merangkumi Products, Service dan Thinking.

Berkerja bersama saya, bukan berkerja untuk saya kata Perdana Menteri kita patut dijadikan motivasi dalam perkerjaan bagi meneruskan kesinambungan pembangunan negara.

"Kenapa tidak diketengahkan masalah ini...?" Tanya saya sempati". "Susah...", celahnya sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Semacam ada Lingkaran Setan dalam masalah itu.

Maka saya pun terfikir juga bertapa benarnya kata yang diluahkan oleh bapak orang Sunda, Indonesia itu. "Susah deh, kok bisa walau mampu dan boleh tapi ngak berani...!"

Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

No comments: