ads

Thursday, July 17, 2008

Dunia Dalam Sebutir Pasir


Vietnam, kota peninggalan perang.

Ekonomi:
- Masih sederhana dan miskin. Motorsikal masih menjadi kenderaan utama memenuhi jalanraya tanpa perlu memakai topi keledar.
- Rumah adalah bersaiz kecil tetapi tinggi
(mungkin tanah terlalu mahal buat mereka)
- Seni muzik tradisional masih mendapat tempat di hati pelancong

Senibina:
- Bangunan penginggalan sejarah diselenggara untuk dijadikan memorial
dalam usaha menarik pelancong datang.
- Dipengaruhi olah pengaruh melayu Champa dan juga Indo-China
dari aspek pembinaan

Tinggalan Perang:
- Terowong Chu-ci Tunnel merupakan tempat persembunyian dan
pertahanan tebaik dalam strategi perperangan yang dibuat.
- Kini menjadi tempat pelancongan.
- Tinggalan seperti kereta kebal, selipar tayar (contoh) dipamerkan.

...........................................


Hanoi adalah sebuah bandaraya yang cantik (cantik dan bersih adalah dua perkara berbeza) sebenarnya Znal tidak kisah. Znal melancong bukan untuk mencari kebersihan dan menghakimi penduduk tempatan. Apa tujuan kita melancong atau mengembara?, sebenarnya?.

Sejak dari kecil, Znal memang suka melihat dunia luar, tidak suka terperuk duduk diam di rumah. Kata nenek, setelah melihat tahi lalat besar di tapak kakinya, “Engkau akan pergi jauh.” Tahi lalat itu, menurut nenek, memfirasatkan bahawa sepanjang hidupnya sentiasa akan berkelana, meninggalkan kampung. Znal bakal melihat dunia. Betul ke?.

Ha Long Bay tarikan baru Vietnam

Hari Pertama: Znal, Nina, Ray dan Noni, membuat lawatan ke Ha Long Bay atau Teluk Ha Long yang terletak kira-kira 180 kilometer di utara Hanoi, Vietnam. Telok ini menjanjikan pemandangan indah dengan ribuan pulau batu kapur dan ratusan bot keluar masuk di perairan itu.

Ketika perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat memasang banyak periuk api bagi meletupkan kapal tentera komunis yang bersembunyi di celah-celah ratusan pulau dan gua di perairan teluk berkenaan.

Chu Chi Tunnel (Tunnel Rats) yang dibina tahun 1948 merupakan satu kawasan yang satu-satunya menjadi pertahanan (terowong bawah tanah) bagi askar semasa menghadapi perperangan Vietnam. Dengan panjang terowong iaitu 75 batu, menjadi tempat strategi dan juga perlindungan yang paling selamat bagi askar Vietnam ketika itu.

Kini semua itu tinggal kenangan, kawasan itu terus menjadi tarikan pelancong dari Eropah terutama Perancis kerana keunikan ribuan pulau batu kapur yang kebanyakannya masih belum diteroka.

Apa yang menanti pengunjung ialah pemandangan menakjubkan tidak ubah seperti keadaan Hong Kong pada era 70-an apabila ratusan kapal perdagangan, bot pelancong dan nelayan berulang-alik belayar masuk dan keluar di kawasan teluk ini.

Antara gua batu kapur yang paling terkenal ialah Gua Hang Dou atau Grotte des Merveilles yang diterokai oleh warga Perancis pada abad ke-19. Bahagian dalamnya memaparkan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit hasil hakisan air dalam gua sejak jutaan tahun lalu. Pelbagai bentuk yang menakjubkan seperti obor-obor, gajah, monyet dan naga begitu mengasyikkan pengunjung yang melewati dasar gua.

Selepas puas menaiki bot, pelancong boleh ke pantai di pulau Tuan Chau dan Cat Ba. Paling menarik, ada banyak penempatan nelayan bertaburan di sepanjang persisiran pantai pulau ini termasuk kemudahan chalet dan rumah tumpangan dan menternak lebih 200 spesies hidupan laut.


Berberlanja Sakan Di Vietnam!

Hari Kedua: Mereka berempat yang tinggal di Hotel Saigon berpecah, Znal dan Nina pergi makan di Restoren Four Season yang menyediakan makanan halal iaitu satu-satunya di Saigon itu. Ray dan temannya Noni, memang suka 'window shopping' atau membeli-belah di BenThanh Market yang menjual pelbagai barangan, terutama kain sutera Vietnam yang sangat terkenal itu. "Kami acapkali pulang ke kamar penginapan di hotel untuk membawa barangan yang dibeli dan berlari semula untuk membeli lagi", jelas Noni ketika menceritakan gelagatnya ketika cuti pangkal tahun lalu. Ray mencelah: "Kami memang seronok berbelanja, terutama sekali hasil keraftangan yang bermutu tinggi".

Orang Malaysia yang mencetuskan ledakan pelancongan, berkebetulan Penerbangan Tambang Murah Air Asia mendarat di Hanoi. Kos tambang RM300 pergi dan balik, perbelanjaan sekitar RM1000 di kira berbaloi!. Kalau rajin mengikuti perkembangan iklannya, kita dapat melancong percuma dan hanya membayar kos lain saja.

Air Asia meraih keuntungan bersih RM246 juta dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2007, meningkat 73 peratus daripada RM142 juta dalam tempoh yang sama pada 2006. Keuntungan yang sentiasa meningkat menjadikan syarikat penerbangan dengan marjin keuntungan paling tinggi di dunia, iaitu pada kadar 38.8 peratus. Kampen "Big Sale" yang dilancarkan baru-baru ini mengakibatkan laluan Internet Air Asia begitu sibok kerana lebih 205 negara cuba melayarinya. Prestasi ini mencerminkan 'Malaysia Boleh'. Kini, sesiapa saja boleh melancong!.

Pada tahun lalu sahaja sekitara 160,000 pelancong ini pergi membeli belah di Vietnam. Ini adalah satu rekod baru kepada negara itu. Ini juga membuatkan Ho Chi Minh City tempat kedua dalam rekod negara, selepas pelancong Amerika yang berjumlah 200,000 dan lebih ke depan daripada pelancong Perancis yang mencecah 100,000.

Satu ketika dulu, Hanoi meredum disebabkan dasar pelaburan yang songsang. Kini, kehadiran pelancong Asia terutamanya Jepun yang berbelanja sakan telah mampu memperbaiki keadaan ekonomi yang hampir tumbang. Pelancong Amerika dan Perancis muncul untuk merenung sejarah silam mereka yang penuh masygul, pelancung Jepun tidak pula begitu. Mereka berbelanja sakan.

Di Hanoi dan Ho chin Minh, beratus kedai yang bergemerlapan hiasannya wujud di selang-selikan dengan kafe dan bar yang menghidangan masakan Vietnam dan Perancis dan dijual dengan harga yang berpatutan. "Très vente de chep", kata orang Perancis!.

Walaupun bilangan pelancong Jepun melebihi pelancong dari Malaysia, jumlah ini pasti meningkat. Penerbangan Japan Airlines terbang setiap hari ke Ho Chi Minh dan memberikan kemudahan sambungan terus di antara Hanoi dengan bandaraya Jepun yang lain.

Lapangan terbang Hanoi akan membuka satu terminal baru. Beberapa projek usahasama negara dengan pelabur luar sedang terbuka. Majalah Jepun khususnya, sedang menonjolkan Vietnam sebagai destinasi pelancongan yang terunggul untuk masa depan!.

"Selagi pergerakan di bandar masih selamat dan barangan masih murah, Vietnam akan terus popular dan meriah". Vietnam mengharapkan kepuasan pelancong yang begini akan berkekalan.

Malam tahun baru 2008, Znal dan rakan-rakan menyambutnya di Vietnam. Cuacanya agak sejuk sekitar 22 darjah celsius cukup menyamankan. Barangan yang dijual di sini lebih murah berbanding Seoul, Bangkok atau Bandong. Mereka juga sempat melawat banyak tempat bersejarah ketika zaman peperangan dulu, Noni menceritakan.

Znal dengan teman, berlatar-belakangkan sejarah perang dan bangunan lama
serta aktiviti-aktiviti lawatan.


To see a world in a grain of sand

Di kota Hanoi, ada seorang pemandu motorsikal yang gagap. Motorsikal adalah 'public transport' yang utama di Vietnam, di mana-mana sahaja akan ada pemandu kenderaan itu yang melepak di tepi jalan, menunggu pelancong sambil melambai pada kita, menjerit “Moto? Moto?” manalah tahu kita memerlukan khidmatnya.

Znal dan Noni memilih pemandu motorsikal yang gagap itu, mereka itu orang jujur fikir Znal dan meminta dihantarkan ke Muzium Etnologi.

Tetapi, pemandu itu menghantar mereka ke tempat-tempat lain, ke kuil, ke sawah bendang yang entah di mana, dan melencong melihat tasik berlumpur yang penuh pokok teratai mati, kemudian singgah di restoren dhaif meminta Znal membelanjanya makan sup babi. Bila Znal berkeras agar menghantarnya pulang, pemandu itu mahu bayaran seratus ringgit kerana telah menghantar mereka ke tempat-tempat yang tidak diminta mereka. Znal mengamuk, menengking pemandu itu sekuat hati. Nina hanya mendiamkan diri, merasa terkejut dan takut .

Kemudian, Znal rasa menyesal pula memarahi pemandu kenderaan itu. Kehidupannya yang sukar, mungkin dia mempunyai tanggungan besar mahu disara. Dia tidak tahu cara lain mencari nafkah kecuali dengan menipu pelancong, keluh Znal lagi. Vietnam sebuah negara yang miskin dan ketinggalan akibat perang yang panjang. Langsung Znal menghulurkan dua puluh ringgit dan beredar, tetapi di dalam hati masih ada rasa menyesal dan bersalah. "Cukup ke?, Znal bertanya dalam hati dan berfikir tidak wajar bertindak sedemikian.

Dan di dalam kapal terbang pulang ke Kuala Lumpur, Znal terfikir dan menyedari, barangkali pemandu gagap itu mengetahui mereka mengembara kerana mahu melihat segala kekotoran, kerana itulah dia membawa mereka ke kuil separuh runtuh dan tasik berlumpur. Mungkin pemandu itu menggangap negara mereka bersih dan moden. Ada rahsia tersirat mungkin, luah Znal.

Bagi firasat Znal, semua keindahan dunia, sebenarnya tersembunyi dalam setiap yang remeh, bukan pada kemewahan industri pelancongan tetapi mentality rakyatnya. Znal teringat bait puisi William Blake: To see a world in a grain of sand / and heaven in a wild flower / hold infinity in the palm of your hand / and eternity in an hour.

Hari terakhir sebelum pulang, mereka tidak melepaskan peluang melawat Water Puppet Show, yang mempersembahkan seni rakyat Vietnam yang sudah beberapa kali memenangi anugerah pada peringkat antarabangsa.

Di sini juga terletak Old Quater, syurga membeli-belah untuk pelancong. Ada 16 jalan kecil menjual 16 jenis barang berlainan termasuk seramik, cenderamata, permainan kanak-kanak, permata dan sutera Vietnam untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan.

Jantung Znal berdegup dan tidak selesa, mungkin terkenangkan kerenah orang Hanoi atau teringat pada segala yang telah berlaku. Inilah pengalaman, renong Znal. Lain padang lain belalang, fikirnya menenangkan perasaan. Manakala Ray dan Noni terpelusuk sunyi di kerusi melayan perasaan.

Enjin kapal terbang Air Asia bergegar, pramugari seksi kalut berkeliaran menjalankan tugas masing-masing. Di hadapan, lampu signal menyala menyuruh penumpang memasang talipinggang keledar!. "Selamat mendarat!.


Dari pengkisahan Znal email:
neo_zara@yahoo.com dan Noni, Ray, Nina, Januari 2008.










No comments: