Makanan istimewa, Belalang goreng laris di sini. Ianya ranggup dimakan seperti memakan big mac, Mc Donalds saja. Selain di kedai Mamak, mereka pergi makan tom yam asli Thai yang sungguh enak. Rasanya jauh berbeza dari tom yam tempatan. Pedasnya hingga terasa ke telinga.Kamudiannya mereka dijamu dengan pulut dicecah durian sebagai pembasuh mulut...
...........................................
IFRA - Seminar Newspaper Asia Pasific telah diadakan pada tahun beberapa tahun lalu, di Bangkok. Beberapa pemimpin pengiklanan, pemasaran, syarikat multimedia, media dan perunding menyampaikan kertas kerja masing-masing dalam seminar terpengaruh ini. Maklumat dan panduan kepada penggiat akhbar, perunding pemasaran dan agensi perhubungan awam. Pendekatan terbaru dalam perekabentuk dan penyesuaian akhbar bagi menghadapi situasi pemasaran semasa yang cukup mencabar dalam medan alah baru ini.
Menangani perubahan pantas dan mendadak media, discreenkan mashhead akhbar terpengaruh di dunia yang begitu kreatif penampilannya. Bagaimana hendak menonjolkan jenama?. Mereka lebih terbuka menampilkan kreativiti dan memainkan ruang-ruang kosong di samping gambar-gambar yang diblow-up besar. Kata mereka dengan melihat aksi gambar kita sudah dapat meneka ceritanya. Sekeping gambar menceritakan seribu makna. Manakala ruangan yang dikosongan memberi penafasan kepada akhbar-akhbar itu dan bertujuan merehatkan mata pembaca, kata mereka.
Tahun sebelumnya seminar Newspaper Asia Pasific diadakan di Singapura. Penggiat-penggit media bertembung di sana sebelum bergarak ke Bangkok. Seminar ini menghantar mesej kepada penggiatnya supaya lebih terkini dan patriotik kepada audiannya. Deria mereka terbuka supaya peka dengan perkembangan-perkembangan dunia untuk dipentaskan di atas kertas atau ke screen komputer.
Jenama, kata mereka adalah nilai komersial barang, perkhidmatan dan produk. Ia membezakan barang dan perkhidmatan dalam segi kualiti dan faedah kepada pengguna. Nama dan jenama dipilih berdasarkan beberapa ciri berkaiatan dangan barangan. Pernah dinyatakan oleh pakar pengiklanan bahawa nama barang menawarkan janji, sementara jenama menawarkan nilai barang kepada pembeli. Melalui strategi pemasaran, pengiklan menentukan kedudukan atau 'positiong' barang di minda pengguna, tetapi jenama menentukan persepsi pengguna terhadap barang itu.
Di restoren Mamak berdekatan dengan Hotel Dynasty di Kota Bangkok mereka bertemu. John, ketua rekabentuk dari Akhbar KOSMO menyarankan agar sub-sub editor jangan campur-tangan dalam kreativiti perekabentuk dan pereka letak grafik. Mereka boleh memberi pandangan dan teguran tetapi hal ehwal rekabentuk grafik jangan masuk campur kerana itu bukan bidangnya, Mereka banyak merosakkan rekaletak dan berilah kebebasan kepada grafik artist saja katanya.
Di restoren Mamak inilah tempat mereka menggeladi pemikiran. Anak perempuannya yang belajar di Universiti Chulalongkorn sedang bercuti, ramah dan mesra kerana mereka pernah menetap di Malaysia. Dia sebagai agen berkomunakasi kerana mengetahui loghat Siam dan sering membawa mereka bersiar-siar ke tempat-tempat isotika di sekitar kota Bangkok, terang John lagi. Muzik klasik Thai alunan Ronard-Ake Mai Kang, bertajuk Lao Sing Thien berkumandang di sekitar pusat membeli-belah, menambahkan hiruk-piruk suasana.
Penyuraian jalanraya yang tidak terurus, Trafik Jem sampai jam 3 hingga 4 pagi setiap hari, seeloknya berjalan kaki saja kata Sikin, anak Si Mamak Restoran itu. Mereka menaiki Tut-Tut mengitari kota pada waktu malam, sungguh menyeronokan.
Malam yang sentiasa sebak dengan pengunjung yang diselangi muzik Thai, agak merimaskan. "Made in Thailand... medkjojdwjpunded.....", laung penyanyi bersuara serak basah itu. John mendengar, melihat, membau, berjalan dan berkeringat di kota ini.
Makanan istimewa, Belalang goreng laris di sini. Ianya ranggup dimakan seperti memakan big mac, Mc Donalds saja. Selain di kedai Mamak itu mereka pergi makan tom yam asli Thai yang sungguh enak. Rasanya jauh berbeza dari tom yam tempatan. Pedasnya hingga terasa ke telinga, lawak John menceritakan perihal keenakan tom yam. Kamudiannya mereka dijamu dengan pulut dicecah durian sebagai pembasuh mulut. Sungguh luar biasa sekali resepi Siam ini terang John lagi.
Barangan yang sudah ditawar-menawar mesti dibeli kalau tidak kena maki dan dimarahi, boleh bergaduh dengan penjualnya, terang John lagi. Mereka banyak memborong barangan kulit kerana harganya murah dan berpatutan. Ukiran-ukiran kayu bermutu tinggi juga dijual di sini.
Undang-undang di sini melarang rakyatnya menganggu pelancung kerana mereka aset negara. Jumlah pelancung asing melawat Thailand bertambah tahun demi tahun. Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial (NESDB) Thailand menyarankan supaya kerajaan menghalalkan pelacuran bagi meningkatkan sumber cukai kerajaan dan dapat membantu usaha mengurangkan rasuah. Cadangan ini mendapat sokongan tetapi tidak kurang yang menghalangnya.
Cuaca siang yang sangat panas cukup merimaskan. John mandi tiga kali sehari dan tinggal di bilik hotel untuk menyejukkan badan. Bandaraya batu ini sungguh panas, barangkali memberi tanda disebalikknya. Biasakah kita hidup tanpa takut...?. Tetapi orang di sini sudah lali dengan kepanasan melampau ini dan keadaan biasa saja bagi mereka.
Sebelum terbang ke Malaysia, John membeli ukiran kayu bermutu tinggi bermotif bunga-bungaan bersaiz besar untuk perhiasan di ruang tamu rumahnya sebagai kenang-kenangan...
Disurahkan oleh: nz_omaraziz@yahoo.co.nz
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
No comments:
Post a Comment