ads
Wednesday, July 16, 2008
MERUNGKAI MINDA SOCRATES
BILLBOARD bertulis - Dr. Ad Hoogendijk (Mempratikkan Firasat), sila berjumpa waktu pejabat, sudah lama terpasang di jalan Brugakker, Zest, Netherland. Dan kalau anda berjalan di sekitar Jerman Barat banyak juga terpandang papan tanda yang serupa.
Raja yang menemukan jalan firasat atau falsafah ini hidup dalam kurun ke 16. Sealiran fahaman dengan ahli fikir Aristotle, guru Ploto. Ploto meninggal tahun 2300 lampau, seorang perisau yang cemerlang dan murung, juga seorang ahli falsafah. Mengkaji permasalahan tingkah-laku, kegiatan politik dan menganalisa logik akal. "Cara terbaik menuju keagongan adalah bergaul dengan orang-orang besar" nasihatnya. Sejarah biodata Socrates tidak banyak tersingkap. Tetapi fahamannya banyak ditarik dan digunakan oleh sebahagian doktor-doktor moden seperti Dr. Ad Hoogendijk.
Socrates Hidup dalam kurun 469 - 396 S. M. Seorang tukang batu di sebuah kota yang penuh dengan pemborong yang sering menggunakan satah condong merungkit batu-bata. Terkenal sebagai ahli firasat yang tidak henti-henti mencari kebenaran yang hakiki. Tugas falsafah bukan hanya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang timbul di dalam kehidupan melainkan mempersoalkan jawaban-jawaban yang diberikan. Berfilsafat merupakan cara berfikir yang radikal, menyeluruh dan mendasar terangnya. Sikap Socrates yang suka bertanya dan mendapatkan jawapan yang memuaskan hatinya menyebabkan beliau dikenali dengan pepatah I think, therefore I am bermaksud saya berfikir, oleh itu saya wujud.
Kenapa firasat ala Socrates yang menyangkut soal cinta, kesepian, pengangguran, rasa takut, bahkan juga tentang mati dan hakikat manusia masih boleh digunakan?
Dr. Ad Hoogendijk berkata, "Firasat berbeza dari doktor yang memberi ubat-ubatan. Kita menjadi seperti pengacara dan mencari resolusi yang canggih. Pelanggan kita yang terdiri dari pesakit diajak berdiskusi sebagai rakan sedarjat dan bertukar-tukar fikiran mengenai macam-macam masalah," terang Dr. Ad Hoogendijk lagi. Kadang-kadang "Eppur si mouve" (dia bergerak, sama saja) dengan perawatan biasa terang Dr. Ad Hoogendijk lagi.
"Paling tidak, ada 20 perbezaan antara firasat dengan doktor psikologi", katanya. Di tempat perawatannya pelanggan diperlakukan sebagai tamu, bukan pesakit. "Tamu saya adalah seorang yang bergelut dengan masalah yang menyita penghidupannya seperti jatuh muflis, ditipu rakan kongsi, putus cinta, hidup murung dan sebagainya. Masalah berpolitik, bersosial dan pembunuhan. Ini semua menyangkut mengenai masalah rohani dan jasmani. Debat dengan seorang ahli fisiologi setidak-tidaknya dapat menjernihkan dunianya secara keseluruhan dan menajamkan minda pemikirannya", terang Dr. Ad Hoogendijk lagi.
Kita mencari akal sihat yang menyangkut soal abstrak dan ini menjadikan skop firasat terlalu luas jangkauannya. Misalnya seorang pesakit datang membicarakan tentang masalah hidup. Mula-mula kami membincangkan tentang langkah yang mesti diambil waktu itu hinggalah diskusi kami berkembang tentang permasalah akhlak manusia dan peranan perkerjaan dalam penghidupan. Untuk menjawab segala permasalahan itu ilmu pengetahuan (epistemologi) mesti ada dan kamilah orangnya. Kesimpulannya (inferens) semua permasalahan dibincangkan dan diperhalusi.
Di Barat sekarang terlalu ramai yang goyah imannya kata Dr. Ad Hoogendijk lagi seperti lagak Socrates mengusap-usap janggut jarangnya. Jadi kami tidak risau langsung tentang pelanggan. Setiap hari bermacam ragam pesakit mengetok cermin pejabat kami kata Dr. Ad Hoogendijk lagi.
Manakala di Eropah nampaknya perniagaan ala firasat kian berkembang. Consultant ini walau mirip firasat tetapi tidak melulu berupa nasihat dan teori atau hanya menggariskan beberapa panduan. Banyak bentuk lain dipratikkan. Firasat telah berkembang, ilmu ini bukan tinggal di menara gading lagi kata Dr. Ad Hoogendijk lagi sambil menggerakkan kacamatanya yang setebal bontok botol coco-cola itu.
Di zaman Yunani, Socrates pada kebiasaan berdialong dengan orang ramai di pasar-pasar atau keramaian. Beliau banyak menghabiskan masanya berdialog dan berdebat di dewan Perhimpunan. Kadang-kadang dialognya tidak mengira tempat sama ada di spa permandian, di pekan-pekan atau di tempat memecah batu. Socrates sentiasa mencari resepi baru dalam hakikat hidup.
Memecahkan masalah yang menjadi persoalan teman-temannya. "Hidup yang tidak diperiksa adalah hidup yang sia-sia" nasihatnya. Manusia berfikir kalau dia sedang menghadapi masalah. Masalah pada hakikatnya merupakan sebuah pertanyaan yang mengundang jawaban. Sebuah pertanyaan mempunyai peluang besar untuk dijawab denga tepat. "Gunung itu..." katanya pada seorang teman. "kalau dicangkul setiap hari akan hilang jua...".
Misalnya sebagai contoh celawak (cerita lawak), suatu ketika seorang penternak ikan air tawar datang kepadanya mengemukakan pelbagai masalah yang memagarinya. "Ikan keli aku", kata penternak itu sambil menggaru kepala botaknya, "mudah betul mati...". Penternak itu mempunyai dua buah kolam ikan dan menternak pelbagai jenis ikan termasuk ikan keli Yunani. Tetapi ikan keli sangat sensitif pada cahaya dan petir kilat. Bila terkena pancarannya, ikan ini akan terperanjat dan buntang lalu mati. Jumlah ikan ini kian berkurang keluh perternak itu.
"Buatkan jaring dari besi dan cuba tutupkan keseluruhan kolam itu", nasihat Socrates. "Tidak boleh", kata perternak itu, "Ikan keli akan melompat, muncung dan kepalanya akan terkena dawai itu dan akan mati juga akhirnya. Jikalau air surut ikan keli itu akan kepanasan dan mencucukkan dirinya ke dalam tanah, sukar bagi kita mencarinya dan kesudahannya ikan itu akan mati, kita rugi lagi..."
Mereka berdua terus berbincang dan mencari fikiran baru. pelbagai idea dilontarkan. Socrates terus mengerakkan mindanya. "Mengapa tidak ditanam pokok rampai bagi menutup sedikit ikan itu?" aju Socrates. Penternak itu melanggu. "Betul juga...".
Socrates tidak puas hati dengan idea barunya. Besok pagi sebelum burung murai bertutur di kota Athens itu, Socrates bergegas ke tempat ladang ternak ikan. Tujuannya ialah mengenali lebih dekat lagi permasalahan sahabatnya itu. Pendapat tanpa kaji seledik tidak lunas jawabannya fikir Socrates. Tanpa mengira tempat Socrates terus berfikir dan cuba menyelesaikan masalah itu hingga ke akar umbi. Firasat dan falsafah terus berkembang...
Beliau dihukum bunuh dengan dipaksa meminum racun berpunca daripada dakwaan mempersoalkan kewujudan dewa-dewi yang menjadi asas kepercayaan masyarakat Athens ketika itu.
*Istiah falsafah menurut DBP: Suatu cara berfikir yang radikal dan menyeluruh, suatu cara berfikir yang mengupas sesuatu sedalam-dalamnya. Tugas falsafah yang sebenarnya bukanlah menjawab pertanyaan kita namun mempersoalkan jawaban yang diberikan.
.............................................................
The Death of Socrates by Jacques Louis David
Perhaps the greatest of the philosophers, possibly an enlightened being in the order of a Christ, Buddha, Krishna or Mohammad, Socrates is regarded as the father and fountainhead of ethics or moral philosophy, and of philosophy in general. Socrates most important contribution to Western thought is his dialogical method of enquiry, known as the Socratic method where one finds truth by eliminating what one knows to be false by following a line of enquiry to a contridiction. Socrates believed that his wisdom sprung from an awareness of his own ignorance. He knew that he knew nothing, and that all error came out of ignorance. Socrates believed that the best way for people to live was to focus not on accumulating possessions, but on self-development. Socrates believed that �ideals belong in a world that only the wise man can understand� making the philosopher the only type of person suitable to govern others. Socrates views angered the leaders of Athens and he was accused of being anti-democratic and corrupting the youth of the country. Though neither charge demanded the death sentence the number of jurors who voted to condemn him to death was actually larger than the number who voted to convict him in the first place. In other words even jurors who believed he was innocent condemned him to death. If he was not anti-democratic before, this most certainly convinced him, and others of the flaws in a democratic system. Though Socrates left no writings of his own his exploits have been chronicled by a number of ancient writers, formost among them Plato whose works are based on the teachings of Socrates.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment