Ekspedisi mendaki Gunung Batur termasuk dalam kalendar program melancong ke Bali. Kebetulan terdapat satu hari bagi aktiviti bebas, seperti dirancang Dok dan tunangnya Lin manakala Major Goh dan isterinya Dr. Iachini bersiap sedia mendaki gunung.
Gunung Batur di Bali mempunyai ketinggian 1,717 meter dari aras laut. Gunung berapi yang masih aktif meletus sebanyak 26 kali sejak 1804. Kali terakhir pada 2000. Pendakian dimulakan pada jam 4 pagi dari sebuah perkampungan, Desa Batur di lereng gunung itu di Kintamani bagi membolehkan mereka menikmati keindahan pemandangan matahari terbit di puncak gunung pada jam 5.45 pagi.
Kelebihan Gunung Batur di Bali yang dikenali sebagai salah sebuah gunung terbesar dan terindah di dunia, teruja bagi merasai pengalaman mendaki gunung berapi yang pernah meletus itu.
Memiliki ketinggian 1,717 meter dari aras laut, gunung berapi itu mempunyai tiga puncak disertai dengan kawah iaitu Batur 1, Batur 2 dan Batur 3. Bersumberkan cahaya lampu picit, mereka berempat mendaki sambil sesekali berhenti untuk mengambil gambar. Permukaan trek dipenuhi batu tajam dan jika silap langkah, pendaki mungkin terjatuh dan membahayakan nyawa.
Pekerja pengangkat barang mengikut mereka mendaki hingga ke lokasi melihat matahari terbit dan membawa tin minuman. Kami ditawarkan setin minuman pada harga 25,000 rupiah (RM10), tetapi pendaki boleh menawarkan jika mahu membeli. Pokoknya ada urusan jual-beli kata penjual itu.
Jam 5.45 pagi, mereka tiba di lokasi menyaksikan matahari terbit. Ada kumpulan pendaki lain yang lebih dulu tiba. Di kawasan itu terdapat kedai kopi yang menawarkan teh atau kopi pada harga lebih murah iaitu kira-kira 8,000 hingga 10,000 rupiah (RM3 - RM4).
Lima minit setelah tiba di kawasan itu, mereka mula melihat cahaya matahari di sebalik kabus tebal. Apabila kabus mula bergerak, mereka dapat melihat matahari tetapi sekali lagi kabus menghalang sinaran matahari dan kemudian berlalu pergi. Pemandangan silih berganti menyebabkan mereka terleka dan berdiam diri.
Mereka meneruskan pendakian ke puncak pada jam 6.15 pagi. Walaupun permukaan curam, pemandangan cukup mengagumkan hingga lupa kepenatan mendaki. Lagipun, ini kali pertama mereka mendaki gunung berapi, jadi inilah pengalaman paling menarik kerana merasai mendaki pada kecerunan berbeza.
Setelah menempuh pelbagai cabaran akhirnya mereka tiba dipuncak. Kegirangan terpancar di wajah masing-masing. Setengah jam di puncak Gunung Batur, perasaan mereka berbaur dengan kegembiraan dan kekaguman. "Yoo.. kita sudah menguasai Bali", jerit Dok mengurut-urut pingang kerana kesakitan sambil dibantu tunangnya Lin. "Aik, belum kahwin sudah sakit pinggang, macam-mana ni?", tanya Dr. Iachini selamba. Setelah puas mengambil gambar dan video mereka bersepakat untuk turun. Perasaan puas dan seronok tidak dapat digambarkan. Mereka mula menuruni gunung dengan mengikut trek lain dan menemui banyak kawah gunung berapi di sepanjang laluan, agak mencabar juga dan banyak kali tersandung kerana tersepak batu tajam.
Lega dan puas itulah perasaan pertama yang dapat diucapkan apabila mereka tiba di tempat mula-mula mendaki pada jam 10.30 pagi dan menikmati sarapan tersedia dalam pakej mendaki Gunung Batur.
Upacara di Tanah Lot, Bali
Hari pertama, mereka berempat bertolak dari Kuta pada jam 7.30 pagi dan sampai ke Sanur mengambil masa kira-kira 30 minit. Begitu sampai di Sanur, pusat penyelam-penyelam scuba profesional BIDP (Bali International Diving Prosesional) bertempat dan sebelum bertolak ke Tulamben. Dok, Lin, Major Goh dan Dr. Iachini dikehendaki menulis nama dan lesen menyelam. Ini bertujuan untuk keselamatan. Kemudian mereka seramai 5 orang termasuk dive master dari Bali bernama Mayan menaiki van.
Mayan berugama Hinddu, tinggi lampai, wajahnya mirip melayu berkulit sawo matang dan tidak lekang rokok kretik di celah jarinya. Badannya penuh dengan tatu bermotif Bali. Beliau berpegalaman selama 7 tahun menyelam, bermula sebagai pemandu boat tetapi kerana minat menjelajah dasar laut, Mayan terus berkecimpung ke dive master. "Sudah nasib, apa nak dikata, Pak." sembangnya sambil menghembus rokok kretek.
Perjalanan dari Sanur ke Tulamben memakan masa 2 1/2 jam. Mereka begitu leka dan merasakan masa begitu mencemburui. Pemandangan seperti di dalam poskad, sangat indah dengan kehijauan dan kebiruan gunung-ganang bercampur-baur. Gunung Agung yang meletup pada tahun 1967 yang melimpahkan lahar hingga ke pantai Tulamben menyebabkan Pantai Tulaben kehitam-hitaman akibat lahar gunung itu. Tulemben terkenal dengan makro dan surga bagi pemyelam kerana banyak spices hidupan laut. Di dasar lautnya bersemadi Kapal Kargo USS Liberty yang panjang 150 meter karam akibat terkena bom tentera Jepun sekitar tahun 1955. Airnya begitu dingin mencecah 24 celsius. Ramai penyelam terutamanya dari barat menyelam sekitar kapal USS Liberty ini.
Kerana terlalu asyik melihat keindahan fauna hidupan laut dan air yang jernih seperti air mineral dan boleh melihat 50 meter ke dasarnya. Keadaan ini menginggatkan Dok kepada Pulau Sipadan dan Pulau Meldives di mana mereka pernah menerokainya!.
Hari kedua mereka berangkat ke Sanur juga dan terus ke Nusa Penida, jarak perjalanan degan bot lebih kurang 2 jam menentang arus ombak yang kuat. Dive yang pertama adalah Crystal Bay dimana mereka menjejaki ikan mola-mola (sunfish). Besarnya lebih kurang 5 meter manakala warna badannya kelabu kebiru-biruan. Ikan mola-mola (sunfish) hanya keluar setahun sekali iaitu bulan Ogos atau Oktober. Bila musim bertukar, ikan ini akan menghilangkan diri 1000 kaki ke dasar laut yang maha luas ini.
Bila mereka mendasari 50 meter dalam, mereka bernasib baik kerana terserempak dengan 2 ekor mola-mola (sunfish). Dok meluru terus dan dan mengambil gambar sebanyak mungkin. Air yang sungguh dingin sekitar 19 celsius memaksa mereka memakai 5 mm wetsuit untuk menahan kesejukan. Mereka menyelam hampir 45 minit dan bermain-main dengan ikan mola-mola yang manja, cepat mesra dan aneh itu.
Mereka cukup beruntung kerana dapat menatap ikan itu dan menjadi impian kepada semua diver walaupun airnya sunguh dingin dan jarak penglihatan 50 meter dari jauh. Keseronokan tidak dapat diucapkan kerana ikan mola-mola (sunfish) hanya boleh dilihat di Crystal Bay saja. Bagi para penyelam, inilah saat-saat paling manis buat mereka kerana bukan saja melihat kesan sejarah tetapi yang utama dapat melihat khazanah lautnya selain ikan mola-mola (sunfish). Khazanah yang penuh warna-warni dilitupi air laut yang sangat jernih membuatkan mereka berlima terleka!.
Selepas melihat Ikan mola-mola (sunfish), Mayan (dive master) membawa mereka ke Manta Point. Setelah speedboat berlabuh dari atas sudah nampak Manta si pari-pari gergasi berlegar-legar di air. Tanpa berlengah-lengah mereka terjun dan menyelam sedalam 10 meter. Mereka mendiamkan diri di dalam air dan melihat kerenah manta berlegar dan berpusing-pusing seolah-olah menunjukkan tariannya. Terdapat 6 ekor manta (pari-pari gerasi) berukiran 7 meter atau setinggi tiang lampu. Sungguh menakjubkan bila melihat manta berwarna hitam dan putih begitu besar sekali. Manta, specias yang manja tidak merbahaya dan menganggu manusia kerana memakan lumut dan rumput-rampai laut.
Kelihatan diver-diver lain mengambil video dan gambar. Mereka berlima mendiamkan diri di dalam air selama 40 minit dan menahan kesejukkan kerana airnya mencecah 18 celcius. Setelah puas menikmati keganjilan itu dan udara semakin berkurangan mereka pun naik ke boat. Perasaan sukar dijelmakan samaada puas, gembira atau terkejut, impian akhirnya menjadi kenyataan kerana perancangan diver di bali berjaya juga akhirnya.
Garuda Wisnu Kencana (GWK)
Salah satu obyek wisata yang mereka kunjungi semasa melawat Bali adalah Garuda Wisnu Kencana (GWK). Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana (Garuda Wisnu Kencana Cultural Park), disingkat GWK, adalah sebuah taman wisata di bagian selatan pulau Bali. Taman wisata ini terletak di Tanjung Nusa Dua, Kabupaten, Bandung, kira-kira 40 kilometer di sebelah selatan Denpasar. Di kawasan taman budaya ini, direncanakan akan didirikan sebuah landmark atau maskot Bali, iaitu patung berukuran raksasa Dewa Winsu yang sedang menunggangi tunggangannya, Garuda, setinggi 12 meter. Area Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana berada di ketinggian 146 meter di atas permukaan tanah atau 263 meter di atas permukaan laut. Ini adalah mercu tanda terbesar di dunia!.
Pembangunan patung Dewa Wisnu (Dewa penyelamat bagi umat Hindu) yang sedang mengendarai burung Garuda (burung yang sering dikaitkan dengan mitos) terinspirasi dari kisah Adi Parwa. Dari kisah ini yang diambil adalah episod Garuda yang memberikan kesetiaan dan pengorbanannya untuk menyelamatkan ibunya.
Sayang sekali patung luar biasa karya seniman Bali, Nyoman Nuarta ini masih belum dapat disempurnakan hingga kini kerana masalah kewangan dan penajaan. Selain patung, di atas kawasan kompleks ini akan dibangunkan exhibition center, restoran, lotus pond, Bali living people diorama, Giri Kencana Villa, Bapura 1000 theater, amphitheater dan juga ada trade and promotion center. Ini adalah salah satu objek wisata yang harus dikunjungi!.
Pulau Bali kini kembali sibuk menyambut kedatangan pelancong. Manakala di pantainya ramai perempuan Mat Saleh terlentang-tertiarap 'bugel dada' mengambil cahaya matahari.
Memorial pengeboman Bali
Hari ini, ekonomi Bali kembali bangkit. Wajah-wajah peniaga kedai menjual cenderamata yang kami kunjungi nampak berseri. Mereka cukup mesra dan peramah. Senyuman manis yang terukir di bibir mereka menandakan kantung makin berisi, tanda ekonomi mulai mengembang.
Di pulau ini kita turut menyaksikan kegigihan rakyatnya untuk berdikari. Bermacam barangan diniagakan. Orang Indonesia, khususnya di Bali begitu kreatif. Cara mereka berniaga dan cara mereka menarik perhatian pembeli boleh dipelajari. Peniaga di situ menjalankan perniagaan secara borong dan tidak hairanlah mereka dapat menawarkan harga pada kadar cukup kompetitif. Mungkinkah cara berniaga sedemikian boleh dipraktikkan di tempat kita?.
..... Dok dan rakan-rakannya adalah pemegang lesen scuba bertauliah profesional NAUI (National Asso. Underwater Instructor).
Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.
Disurahkan oleh: zzuldok@yahoo.com
2 comments:
AHAD, 2010 OGOS 15
OMONG OMONG KOSONG DARI UBUD
UBUD KOTA KOMERSIAL
dalam satu ayat untuk aku
bali ialah pantai majorca yang ada kuil
amat tacky wacky.( nak tahu apa majorca
sila tanya lebai google).
bayangkan sebuah kota yang bukan lagi didiami oleh warga bali
tetapi oleh bulek -
orang orang bali hanya jadi supir
tadi ketika kami makan
tengah hari di restaurant -
restauran itu dimiliki oleh
seorang inggeris -
rumah tamu yang kami duduki
dimiliki oleh orang danish
waktu makan malam kami
makan di resturant yang dimiliki oleh orang amerika -\
hotel - resturant - cafe - semunya milik orang luar
orang bali hanya yang menjadi supir , tukang sapu, babu
pelayan, tukang bawa makanan - banyak kedai kedai yang berselirat
ini dimiliki oleh orang luar -
ini samalah seperti suasana di changkat bukit bintang -
tapi di bali ini beribu kali ganda - kemana mana dipandang
yang kelihatan hanyalah mat saleh.
sempat aku bertanya dimana warga bali berkumpul dan makan makan
atau warong warong miliki mereka - jawabnya tidak ada - yang keluar
makan hanya buleh - rata rata mereka yang mendominasi pulau ini -
inilah hakikat pelancungan yang selalu dikatakan sebagai membantu
ekonomi.
bayangkan kalau kita ke pulau pinang atau kita ke seremban - 99 peratus
yang berjalan di kedai kedai hanya mat saleh ! inilah gambaran bali.
tentang seni - ini pun 'suspek ' awalnya akau rasakan seni budaya yang
wujud di bali ini adalah 'real' dimana warga bali merayakan kehidupan mereka.
aku rasa TIDAK - semuanya dilakukan untuk pelancung - lima puluh tahun dahulu
mungkin dilakukan kerana ini budaya hidup - tapi hari ini semuanya dilakukan
untuk pelancung -
waspada ! hodoh sekali kalau kuala lumpur menjadi seperti ini ! hodoh sekali
kalau pulau pinang menjadi macam ini
hanya ada dua pekara yang baik untuk kita pelajari dari bali :
1 - tidak ada bangunan di benarkan lebih tinggi dari pokok kelapa.
2 - warga bukan bali tidak dibenarkan memiliki tanah - orang luar
hanya dibenarkan menyewa/memajak - macam kelantan tidak membenarkan
orang luar memiliki tanah - kalau tanah di miliki oleh orang luar
lama kelamaan warga bali akan hanya jadi hamba abdi -
dua pekara ini cukup menarik - justeru tidak ada bangunan tinggi diseluruh kota bali.
justeru tidak menyakitkan mata. apa yang dilakukan oleh para mat saleh yang berniaga
disini mereak kahwin orang tempatan untuk beli/menyewa tanah - kah kah kah
http://tukartiub.blogspot.com/Hishamudin Rais
AHAD, 2010 OGOS 15
OMONG OMONG KOSONG DARI UBUD
UBUD KOTA KOMERSIAL
dalam satu ayat untuk aku
bali ialah pantai majorca yang ada kuil
amat tacky wacky.( nak tahu apa majorca
sila tanya lebai google).
bayangkan sebuah kota yang bukan lagi didiami oleh warga bali
tetapi oleh bulek -
orang orang bali hanya jadi supir
tadi ketika kami makan
tengah hari di restaurant -
restauran itu dimiliki oleh
seorang inggeris -
rumah tamu yang kami duduki
dimiliki oleh orang danish
waktu makan malam kami
makan di resturant yang dimiliki oleh orang amerika -\
hotel - resturant - cafe - semunya milik orang luar
orang bali hanya yang menjadi supir , tukang sapu, babu
pelayan, tukang bawa makanan - banyak kedai kedai yang berselirat
ini dimiliki oleh orang luar -
ini samalah seperti suasana di changkat bukit bintang -
tapi di bali ini beribu kali ganda - kemana mana dipandang
yang kelihatan hanyalah mat saleh.
sempat aku bertanya dimana warga bali berkumpul dan makan makan
atau warong warong miliki mereka - jawabnya tidak ada - yang keluar
makan hanya buleh - rata rata mereka yang mendominasi pulau ini -
inilah hakikat pelancungan yang selalu dikatakan sebagai membantu
ekonomi.
bayangkan kalau kita ke pulau pinang atau kita ke seremban - 99 peratus
yang berjalan di kedai kedai hanya mat saleh ! inilah gambaran bali.
tentang seni - ini pun 'suspek ' awalnya akau rasakan seni budaya yang
wujud di bali ini adalah 'real' dimana warga bali merayakan kehidupan mereka.
aku rasa TIDAK - semuanya dilakukan untuk pelancung - lima puluh tahun dahulu
mungkin dilakukan kerana ini budaya hidup - tapi hari ini semuanya dilakukan
untuk pelancung -
waspada ! hodoh sekali kalau kuala lumpur menjadi seperti ini ! hodoh sekali
kalau pulau pinang menjadi macam ini
http://tukartiub.blogspot.com/Hishamudin Rais
Post a Comment