ads

Friday, July 18, 2008

Kisah tapak kaki Nabi Adam, perawatan herba dan ombak besar


“Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab,” kata Faizeen yang merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama Allah.

Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26 Disember 2004 lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas tsunami menyerang. Ia dapat dilihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.html.

“Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman. Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya,” kata Faizeen.

.................................



"Ayubowan", ucapan selamat datang dengan merapatkan tangan ke dada, tunduk sedikit dan berkata "Ayubowan". Gadis-gadis cantik, berkulit cerah memakai sari, tersenyum sambil mengalungkan bunga ke leher pelancung. "Kohan mather?, tanyanya dan menjawab, "hondai..." bermakna khabar baik. Hati berbisik, tentu ramai gadis-gadis cantik - lasana keller, di Sri Lanka ketemukan nanti...

Sri Lanka bersuhu 27 darjah selsius itu bermakna tanah gemilang atau resplendent land. 1000 rufee bersamaan Rm294.00 dan 100 rufee bersamaan RM4.20. Di utara, ia itu di Jafna, keadaan agak tegang kerana Tamil Eelam menuntut hak kerajaan sendiri.

Presidennya, Mahinda Rajapaksa memberi pelajaran secara percuma kepada rakyatnya. Penduduknya berbahasa Sinhala 74%, Tamil 20%, English, Belanda, Portugis dan lain-lain. Anggaran peduduknya sekitar 2.2 million orang. Rakyatnya berugama Buddha 69%, Hindu 16%, Kristian 8% dan muslim 7%. Sejarahnya negara ini bertali dengan penjajahan, Portugis, pada tahun 1505 kemudian Belanda dan Bristish tahun 1796 hingga 1815. Sri Lanka merdeka pada 4 Febuari 1948.

Rata-rata diketemui, penduduknya tidak merokok. Ini mungkin di sebabkan harganya mahal, RM9 atau lebih kurang 250.00 rufee. Rata-rata rakyatnya kelihatan tampan dan tidak obesity. Kulit mereka agak cerah berbanding penduduk di India. Jika berkenderaan dari Negombo ke Kandy atau ke Colombo, kita akan bertembung dengan iklan-iklan makanan segera maggie, pelbagai bentuk dan saiz. Billboard besar ini mengiklankan keenakan maggie, sama ada di jalan raya, kampung atau di sawah bendangnya. Mungkin penduduknya lebih menyukai makanan ringkas ini berbanding asap rokok!.




Mojoriti etnik Sinhala beragama Buddha dan Etnik Tamil beragama Hindu atau Katolik, dan kedua-dua etnik ini mendakwa mereka merupakan etnik yang pertama tiba di Sri Lanka dan berhak mendapat status penduduk asal. Pada era penjajahan, British banyak membawa masuk etnik Tamil untuk berkerja di ladang teh dan kopi. Etnik Sinhala menuduh British memberikan layanan yang lebih baik kepada monoriti Tamil berbanding dengan mereka. Serangan udara tentera Tamil ke atas etnik Sinhala baru-baru ini melanjutkan lagi konflik bersenjata tersebut. Sepanjang jalan, mudah diketemukan pos-pos kawalan yang dikendalikan oleh tentera. Ini disebabkan pemberontak Tamil Eelam sering mencari peluang membuat kacau.

Negombo, 5 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo, adalah pekan kecil nelayan sejak 1796 lagi. Penduduknya ramah dan sering melemparkan senyum kepada pelancung. Di tepi-tepi jalan banyak kedai menjual pelbagai barangan untuk pelancung seperti batu permata, barangan kulit, kraftangan dan lain-lain. Tut-tut atau traveler, sentiasa bersiap sedia di tepi-tepi jalan. Kenderaan beroda tiga ini popular di Sri Lanka. Kita boleh saja kemana-mana, melihat Sri Lanka dari dekat dengan tambang yang murah.



Tapak kaki Nabi Adam

Kesan tapak kaki nabi Adam dikatakan berada di gunung Eden. Mereka mendakwa tempat di mana Nabi Adam turun dari surga. Pada Zaman Pra Sejarah kira-kira 10000SM, Nabi Adam as diturunkan ke dunia di Sri Lanka dan Nenek Hawa di Jeddah, Semenanjung Tanah Arab. The Adam Peak ini terletak kira-kira 7359 kaki tinggi dari paras laut. Penganut Hindu juga mendakwa terdapat kesan tapak kaki Buddha di situ. Anuradhapura terletak di bahagian tengah utara negara itu. Kira-kira 8 jam perjalanan dengan bas dari Colombo.

 

 Pemandangan Puncak Adam Sri Lanka

 Ruang yang sempit hanya memuatkan badan untuk memasuki gua tempat 
Nabi Allah Khaidir A.S. di Dafter Gilani Sri Lanka.

Bagi peminat sukan windsurfing, Negombo adalah tempat yang sesuai. Ini kerana kedudukan pulau yang terbuka dari arah angin dan angin Teluk Benggala yang kencang. Sejak tahun 1980-an lagi Sri Lanka telah menjadi host International Windsurfing Champioships. Ramai pelancung dari Holland, British dan Jerman datang ke sini bermain windsurfing dan sukan air lainya. Kita boleh saja membuka laman webnya: www.isr-srilanka.com untuk mengetahui aktivi-aktiviti program di sana.

Kriket adalah sukan popular meraka. Murid-murid sekolah dilatih sejak kecil dengan sukan ini. Tidak janggal pada mereka bermain di waktu tengah hari sekitar jam 12 tengah hari. Kalau kita berjalan di sekitar kota ini banyak padang-padang kriket kelihatan.

Anehnya di sini, anak-anak muda tiada kelihatan melepak di tepian jalan membuang masa. Kalau adapun mereka kelihatan kemas berpakaian kasual sambil menunggu bas. Pelacuran satu kesalahan di sisi undang-undang negaranya, jika terlibat boleh didakwa atau penjara. Kalau bersiar-siar di kotanya tiada satupun penunjuk atau iklan pelacuran.

Taraf penghidupan rakyatnya masih rendah. Rumah-rumah, sistem perparitan, longkang, jalanraya adalah senario 60-an di Malaysia. Tiada apartmant atau rumah pangsa di sini. Pertanian diamalkan cara tradisonal tanpa menggunakan jentera moden di merata sawah bendang. Masih ramai menggunakan sungai untuk mandi-manda, basuh membasuh. Sumber air sungai masih digunakan untuk penghidupan. Di sepanjalan jalan banyak diketemukan ladang-ladang kelapa.

Sri Lanka adalah pusat batu-batu permata. Kita boleh saja memborong pelbagai batu untuk hiasan dengan harga yang menarik. Gemstones dan semiprecious stone seperti sapphire, ruby berly, topez, spinel, moon stone, graphite adalah jenis batu yang sangat terkenal, 'Ceylon Sapphires" yang bersinar gemalapan. Pelbagai jenis batu terdapat di sini dan sangat terkenal di dunia. Ramai pelancung-pelancung barat memborongnya!.

Perawatan herba

Bagi perawatan herba untuk perubatan atau kesihatan berpusat di Kandy. Perjalanan dengan bas hampir selama lima jam. Kandy, sebuah pekan berhampiran tasik yang luas, adalah tempat penganut Buddha dan tempat raja Sinhala tinggal di masa lampau. Patung Buddha masih terpacak kukuh, 3000 kaki di atas bukit.

Di Kandy terdapat sebuah taman herba yang menempatkan pelbagai jenis herba. Sempena lawatan ini, kami ditunjukkan pelbagai jenis pokok herba dan seribu satu kegunaannya. Selepas itu kami dibawa ke kedainya dalam taman itu dan ditawarkan dengan prodak-prodaknya dalam bentuk packaging. Ramai yang terpengaruh lalu memborongnya. Saya fikir, fomula taman herba ini elok dipratikkan di negara kita kerana kita mempunyai banyak jenis herba jika dikumpulkan dalam satu taman!.


Miss Sri Lanka Jacqueline Fernandez yang come lote...

Bagi perawatan kulit muka, minyak Jojoba dan aloe tulin dapat menghilangkan kekedutan dan jeragat dalam jangka masa singkat, kata jurucakapnya. Minyak hijau dan herba balm pula sangat sesuai bagi pengidap penyakit migraine, hanya cuma menyapukan minyak itu di kepala. Bagi yang keguguran rambut, minyak kelapa king (dari kelapa pokok tinggi) sangat sesuai kerana ianya bukan saja melebatkan rambut tetapi menghilangkan kelemumur. Arista tanpa alcoholic dari ramuan 74 jenis herba adalah perubatan bagi penyakit asthma. Pelbagai jenis herba terdapat di sini. Kita boleh menghubungi dengan e-mail: dtp@kandyan.net untuk mengetahui secara mendalam.

Colombo adalah pusat pentakbirannya. Banyak monumen-monumen sejarah, hotel-hotel lima bintang dan bangunan-bangunan tinggi terdapat di sini. Kalau ingin membeli cenderahati, The Sea Street iaitu Chow Kit Road Sri Lanka, barangan dari A hingga Z terlonggok dan menanti pelancung. Istimewanya kain batik dan pelikat, barangan kulit, tea Ceylon, batu permata atau kayu kriket, cenderahati kepada tersayang.

Penjual cenderahati berebut pelancung sambil menawarkan harga menarik tetapi tidak seperti di Indonesia, penjualnya memaksa pelancung membeli barangan mereka walau apa cara sekalipun, ini membuatkan pelancung kurang selesa dan tidak tenteram.

Ombak besar Tsunami

Ada sepotong pengajaran... Pusat Pengajian Islam di ibu kota Sri Lanka berkata, semasa tsunami yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember 2004 lalu adalah satu bentuk hukuman kerana manusia tidak menghiraukan larangan Allah.

Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas tsunami menyerang pantai barat Sri Lanka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.


Keindahan alam di Sri Lanka

“Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa Arab,” kata Faizeen yang merujuk kepada bentuk ombak itu - menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukkan nama Allah.


Kecantikan Alam Sri Lanka

Gambar itu diambil oleh satelit DigitalGlobe Quickbird pada 26 Disember 2004 lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas tsunami menyerang. Ia dapat dilihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-lanka.html.

“Allah mempamerkan nama-Nya. Dia menghantar tsunami sebagai hukuman. Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya,” kata Faizeen.

Dia mengaitkan tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh sebagai hukuman kepada manusia enggan menurut perintah.

Faizeen berkata, seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di pantai timur Sri Lanka bermimpi tiga malam berturut-turut mengenai ombak besar yang akan melanda.

“Dia memberi amaran kepada penduduk kampung tetapi diketawakan. Dia meninggalkan Ulva pada pagi Ahad, 15 minit sebelum tsunami memusnahkan kampung itu,” katanya.

Faizeen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran bandar besar Batticaloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.

Kawasan pantai di banyak negara Asia yang dilanda ombak maut itu termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung Islam.

Seorang lagi pemimpin Islam Sri Lanka, Muhammed Fawmey, dari Barisan Pemuda Islam Antarabangsa, berkata dia juga percaya tsunami peringatan daripada Allah. Malapetaka adalah cermin sempurna bagi melihat dan mengatasi diri sendiri, katanya menasihati orang ramai.

Daerah Hambantota mempunyai penduduk seramai 40 ribu orang Islam dan meninggal akibat tsunami seramai 20 ribu di samping mengalami kemusnahan yang teruk serta kehilangan harta benda. Orang Melayu Islam banyak di kawasan Kalamunai, Kinnya dan Hambantota dan mereka berada di daerah tersebut sebelum kedatangan Portugis.

Sri Lanka, sebuah cerita yang menepuk hati. Sukar diketemukan senyuman gadis di jantung kotanya. Rupa-rupa pramugari Sri Lanka Air dan petugas di lapangan terbangnya saja kelihatan gadis-gadis comel bersari, perut terdedah dan berpinggul lebar seperti burung merak menguruskan pelancung, bila mendekati jantung kotanya hanya ditemui lelaki atau penjual tua semata... Kita menjadi semakin hairan... di manakah perginya laksana keller, wanita bersari...?



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.


1 comment:

Ex-Duda Birah said...
This comment has been removed by a blog administrator.