ads

Wednesday, July 16, 2008

NOSTALGIA GURUKU...

Di Jepun, Pahlawan samurai menjamu tetamunya dengan bersama-sama menyaksikan fajar. Dan kemudian sang tamu, seorang samurai tentunya, akan berkata; "Terima kasih atas fajar itu, ianya memberi kekuatan dalam kenangan silam".
.......................


Sekitar tahun 70an, sewaktu bersekolah rendah di kampong Kuala Tekal, Kuala Krau, Temerloh, Pahang, ada seorang guru garang tetapi entah apa ramuan herbanya guru itu dihormati dan disegani.

Kalau guru displin ini melintas di depan kelas atau sewaktu mengajar kami sentiasa berwaspada. Takut kami melakukan kesilapan dan menimbulkan marah guru ini. Melihat bumbung rumahnya pun kami gementar apa lagi melintasinya. Guru lain kami tidak takut cuma gamang saja.

Bila waktu sepatutnya guru ini mengajar di kelas kami, guru ini tidak mengajar tetapi bercerita. Macam-macam cerita dari sejarah silamnya. Guru ini akan bercerita biodata hidupnya dari mandi di sungai, mencuri telor ayam, belajar seni mempertahankan diri, menggoda gadis, berpeleseran dan segala macam kisahnya. Pergi night-club, ditahan polis, mabuk, bergaduh dengan sikap samseng, berjudi dan 1001 gelagat semasa remajanya.


Melihat bumbung rumahnya pun kami gementar apa lagi melintasinya. 
Nostalgia rumah cikguku, kini terbiar usang dan hampir reput...


Guru ini pandai bercerita dan sungguh menarik segala mukadimah
nya. Faktor itu dia disegani oleh murid-murid dan masyarakat kampong. Guru berusia 30an ini agak kacak dan berstyle, bertubuh tinggi lampai dan badan agak besar. Gayanya memikat, bila tersenyum tersungging gigi emas. Kalau tidak silap waktu itu guru ini mempunyai lima orang anak. Dua anak perempuannya dari isteri pertama dan anak sulungnya sekelas denganku.

Seingat aku anak perempuannya sering memakai seragam singkat. Air mukanya agak garang mirip bapaknya tetapi cantik, jarang tersenyum dan seingat aku 'geng' kami sering berbalah pendapat. Dengar khabar anaknya kini menjadi pendidik seperti orang tuanya.


Tetapi ada satu perkataan yang tidak dapat dilupakan hingga kini tentang nasihatnya kepada semua anak muridnya. "BUAT APA YANG SAYA SURUH BUAT, TAPI JANGAN BUAT APA YANG SAYA BUAT", katanya setiap kali mula mengajar. Dengan berwajah serius nampak amat garang, merenong ke semua anak muridnya. Ini membuat kami kecut perut dan takut menegakkan kepala. Kami tunduk, risau bertentang mata dengan guru 'harimau tora jadian' ini.



Sejak dulu kami begitu faham dengan caranya. Kami patuh dan sentiasa mengikut nasihatnya. Kalau tidak buruk padahnya. Dia memang terkenal sebagai guru mendisplinkan murid-murid, sesiapa yang tidak mematuhinya akan menerima akibat. Sekolah kami ketika itu memang terkenal sebagai sekolah yang sentiasa menang pertandingan bola sepak peringkat daerah.

Satu ketika kerana ingin mengekalkan kejuaraan bola sepak, seorang murid telah menggunakan khidmat bomoh. Kononnya bomoh ini berjaya menjampi dan bola yang sepatutnya masuk ke gawang sekolah kami telah menyerong ke tepi dan akhirnya sekolah kami menang.

Kegembiraan kami tidak kekal, bila perhimpuanan diadakan, guru displin ini telah mengetahui segala-galanya dan akhirnya murid itu disebat di hadapan pelajar. Tidak kami sangka sepatutnya guru itu bergembira kerana kami menang tetapi lain pulak ceritanya... Itulah pengajaran yang cukup berharga...

 



Cikgu Maidin bergambar bersama menantu, isteri dan anak perempuan sulungnya. Manakala duduk cucu-cucunya. Gambar di ambil dari Facebook anaknya ketika raya 1431/2010 tahun ini.


"BUAT APA YANG SAYA SURUH BUAT, TAPI JANGAN BUAT APA YANG SAYA BUAT".
Kenapa guru itu berkata demikian?
Dia sebenarnya tidak mahu anak muridnya mengikut jejak hidupnya yang luar biasa itu. Dia cuma mahukan anak muridnya berjaya dalam hidup. Dan segala nasihat dan suruhannya hendaklah diikuti dan jadikan amalan untuk berjaya di kemudian hari. Segala bentuk tingah-lakunya yang tidak baik jangan diikuti sama sekali, itu cuma pengalamannya. Dilarang keras!.

Tujuan guru itu bercerita hanyalah memberitahu pengalamannya di masa lampau yang menyeronokkan dan tidak kurang menyedihkan sebagai pengajaran atau pedoman. Mungkin juga agaknya ingin menunjukkan kejantanannya. Hero dari segala hero di kampungnya, ini kami kurang arif tapi kami akur segala bentuk nasihatnya.



  


Ke sekolah menaiki perahu setiap pagi biarkan air pasang surut...

Zaman siber, cara didikan begini tidak sesuai lagi. Banyak orang mempertikaikannya. Kepimpinan melalui tauladan bukan amalannya. Apa lagi sikapnya yang tidak memberi contoh yang baik kepada anak muridnya. Kata pepatah; kalau guru kencing berdiri tentu murid kencing berlari atau kencingkannya. Soalnya sekarang adakah orang kencing duduk di dalam tandas...?.

Tetapi aneh, kebanyakkan anak murid-muridnya berjawatan tinggi dan berjaya dalam hidup. Kini dengarnya kerajaan akan mempertimbangkan semula penggunan rotan dan public canning kerana masalah displin kian meruncing.


Di usia senja, guru ini diberitahu oleh rakan sekampong, telah bersara dan tinggal di Tanah Rancangan Kerajaan serta bertemu jodoh lagi. Manakala anak-anaknya telah berjaya dalam hidup. 


Teringat pada kisah Siddhartha dari cerita novel Herman Hesse, novelis Jerman yang tersohor itu. Siddhartha adalah seorang yang resah dan ingin mencari hakikat diri. Akhirnya, belajar tentang hidup dari suara sungai. Ia menyimak, ia mendengarkan...

"Bukankah sungai itu punya bermacam-macam suara, kawanku?. Tidakkah ia memiliki suara seorang raja, seorang pendekar perang, suara seekor lembu jantan, burung malam, suara wanita yang tengah hamil dan pria yang mendesah?.


"Suatu yang mengesan padaku, kebijaksana tak dapat dikomunikasikan...


"Pengetahuan dapat dikomunikasikan, tapi kebijaksanaan tidak. Kita dapat menemukan, hidup dengannya, diperkuat olehnya, menciptakan keajaiban melaluinya, tapi kita tak dapat mengkomunikasikan dan mengajarkannya..." cetus Siddhartha lewat usia senja.



Demikianlah cikguku... Ahmad Mahidin Hj. Hashim yang ku ingati... Terima kasih kerana mendewasakanku... Kata Confusius "Orang tak dapat melihat bayangan dirinya di dalam air mengalir, tapi ia dapat melihatnya pada air yang tenang. Jikalau kita cermat memandang ke dalamnya, kita akan melihat diri yang lengkap.

Jangan marah terhadap kesalahan atau kesilapan lalu. Kata orang kesalahan atau kesilapan lalu adalah satu tahap dalam mencari kebenaran. Anak-anak pun boleh berjalan setelah ia pernah jatuh...!




Baha, rodong sekelas tersenyum bersama cikgu SKKT semasa Reunion 1975 - 1980 yang 
dianjurkan oleh pelajar junior pada Hari Raya, Julai 2016 
Cikgu Maidin dan sebelahnya bekas Guru Besar Cikgu Ibrahim, gaya berdiri masih seperti tahun 1976 juga.


Reunion 1975 - 1980


SKKT 2016




Sejak 1960an lagi bangunan sekolah ini terdiri hingga kini tetapi sudah berganti tingkap kaca.
Di bawah bangunan inilah tersimpan seribu kenangan indah belaka...



7 comments:

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan
budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak
galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya inimenunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya:
Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai
Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit.Orang
Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama.
Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya
timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih
terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

p/s: Kenangan guruku, membiarkan guru bercakap sampai habis period, langsung tidak membuka percakapan pada kelas. Rasa takut dan gamang bila memberi idea...

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Salam Mus,

Sorang cikgu yang garang tapi tegas

Kalau dia mengajar cepat faham – masuk terus ke otak hehehe
isteri pertama dia baik dengan kakak saya serba sedikit suka duka dia orang tahu jugak le

Tapi tu kesah lama isterinya pun dah tiada…al fatihah……

-
Sharifah Jamilah \(FPISB\)

sheikh mustafa kamal al aziz said...
This comment has been removed by the author.
sheikh mustafa kamal al aziz said...

Segala komen-komen melalaui Facebook...
Nor Alizah Zulkifli itu cikgu midin ke? Lamenya x jumpa dia. Utk cikgu Midin jasamu sentiasa dikenang.September 25 at 12:51pm · Like · 



Julia Ju Ye tulh abah sya..siapa ni..ank murid dia ke?September 25 at 4:06pm · Like · 



Musiran Tumin kami semua anak murid dia, skng dia di mana? mne gmbr kwn lama saya, anida?September 25 at 4:07pm · Like · 



Julia Ju Abah ddk di jgka 20....k.Anida ada di Tpg..gmbr dia ada dlm album sya..September 25 at 4:14pm · Like · 



Nor Alizah Zulkifli ju akak ni same dgn islamiah. Ju mungkin dah lupa akak ini kakak kpd ety kd datok shariff ahmadSeptember 25 at 11:20pm · Like · 




Sheikh Mustafakamal Al Aziz Yang saya ingat cikgu aka bapak ni cincin berkemilaunya... kalau seseorang memakai jam dan cincin bermakna lengkaplah pemnampilan... hulubalang lah dia...September 25 at 11:53pm · Like



Nor Alizah Zulkifli kalau x silap cikgu midin ni ade pakai gigi mas kalau ketawa kemilau juga. seorg guru yang tegas tetapi berjiwa seni. Keras diluar tetapi lembut di dalam.Sunday at 1:00am · Like · 




Sheikh Mustafakamal Al Aziz Arwah bapak saya juga pakai gigi emas tetapi lewat usianya dia menanggalkanannyaSunday at 7:46am · Like




Sheikh Mustafakamal Al Aziz sila membaca blogger saya bertajuk: NOSTALGIA GURUKU... ....http://sheikhmustafakamal.
blogspot.com/2008/07/nosta
lgia-guruku-kisah-guru-ken
cing.htmlMonday at 6:03pm · Like



Syed Ismail Cikgu midin nie...adalah satu2nye cikgu yg x kan dilupai...terlalu byk ilmu serta kenangan bersama cikgu...Yesterday at 8:16am · Like · 



Islamiah A. Mahidin thanks atas segala ingatan kengkawan kepada ayahanda tercinta..wpun garang dan tegas, jasanya ttp dikenang...alhamdulillah..
semoga anak2nya yg jg bergelar guru jg akan diingat jasanya oleh ank2 muridnya nanti...9 hours ago · Like ·

Syed Ismail tak sedar berlinang air mata...sbb dah lama x jumpa ciku midin...terasa terubat gak rundu kat dia...September 25 at 11:51am · Like · 




Sheikh Mustafakamal Al Aziz syukur Alhamdulillah... saya sebenarnya nak jumpa cikgu ni sejak 90an lagi tapi tidak pernah diketemukan sekitar Temerloh (semasa pekan sehari) x jumpa juga... sya nak dengar falsafahnya (seperti cerita dalam blogger saya/nota global) IKUT APA YANG SAYA SURUH BUAT TAPI JANGAN BUAT APA YANG SAYA BUAT... mungkin falsafah ini dah berubah?September 25 at 11:58pm · Like




Sheikh Mustafakamal Al Aziz songkok senget tak berubah sejak dulu... melayu tulin!Sunday at 12:04am · Like


sheikh mustafa kamal al aziz said...
This comment has been removed by the author.
sheikh mustafa kamal al aziz said...

Segala komen-komen melalaui Facebook...
Nor Alizah Zulkifli itu cikgu midin ke? Lamenya x jumpa dia. Utk cikgu Midin jasamu sentiasa dikenang.September 25 at 12:51pm · Like · 

Julia Ju Ye tulh abah sya..siapa ni..ank murid dia ke?September 25 at 4:06pm · Like · 

Musiran Tumin kami semua anak murid dia, skng dia di mana? mne gmbr kwn lama saya, anida?September 25 at 4:07pm · Like · 

Julia Ju Abah ddk di jgka 20....k.Anida ada di Tpg..gmbr dia ada dlm album sya..September 25 at 4:14pm · Like · 

Nor Alizah Zulkifli ju akak ni same dgn islamiah. Ju mungkin dah lupa akak ini kakak kpd ety kd datok shariff ahmadSeptember 25 at 11:20pm · Like · 

Sheikh Mustafakamal Al Aziz Yang saya ingat cikgu aka bapak ni cincin berkemilaunya... kalau seseorang memakai jam dan cincin bermakna lengkaplah pemnampilan... hulubalang lah dia...September 25 at 11:53pm · Like

Nor Alizah Zulkifli kalau x silap cikgu midin ni ade pakai gigi mas kalau ketawa kemilau juga. seorg guru yang tegas tetapi berjiwa seni. Keras diluar tetapi lembut di dalam.Sunday at 1:00am · Like · 
 
Sheikh Mustafakamal Al Aziz Arwah bapak saya juga pakai gigi emas tetapi lewat usianya dia menanggalkanannyaSunday at 7:46am · Like


sheikh mustafa kamal al aziz said...
This comment has been removed by the author.