ads

Wednesday, July 16, 2008

Sayang Roslina


Cinta adalah buah yang tidak mengenal musim
dan dapat dipetik oleh setiap orang.
...............................................
"You, tolong tengok-tengokkan anak sulung I tu... dia pendiam... tak ramai kawan". pinta Roslina lewat hand phone. Anaknya baru bekerja sebagai wartawan di media terbesar di Malaysia ini. Setelah bertanya khabar dalam suasana damai pagi itu, Roslina bekas teman istimewa sewaktu belajar di sekolah menengah di Pekan KK 29 tahun lalu. Dia mempunyai 3 orang anak manakala yang sulung berumur 20-an sudah bekerja sebagai wartawan di syarikat persuratkhabaran di Kuala Lumpur ini.

Roslina banyak kali menghubungi aku kerana ingin meminta bantuan kerana anaknya yang pendiam dan tidak ramai kenalan, membuat pratikal di syarikat media itu tetapi sering putus hubungan kerana sebab yang kurang jelas. Lebaran tahun lalu aku ke rumahnya kerana ingin melihat senyumannya dan mengembalikan nostalgia...

Cinta tidak punya undang-undang kata bistari, setelah lebih tiga deked, kita ditemuikan kembali dalam dimensi berbeza. Roslina janda beranak tiga yang menawan, manakala aku mempunyai anak tiga juga yang masih bersemangat. Aidilfitri tahun 1428, aku datang ke rumahnya dalam suasana yang menepuk hati. Jelingannya masih menawan tapi garis-garis di bawah pipi menampakkan usia sebenarnya.

Sangat tidak nyaman untuk diceritakan, katanya tentang pergolakkan rumah-tangganya. "Aku mintak cerai..." katanya bila suami suka berjudi dan mengauli perempunan Indon. Perangai suaminya tidak pernah berubah dan semakin menjadi-jadi. Apabila balik ke rumah tingkah-laku semakin keras dan membosankan, ujar Roslina lagi. Sering kali pergaduhan disudahi dengan penangan suaminya. Kesan telapak tangan suaminya melekat hampir seminggu, sambung Roslina lagi mengenangkan perangai suaminya yang panas baran itu. Suaminya adalah seorang angota keselamatan, setiap ada kelapangan menghabiskan masa berjudi dengan pekerja-pejerja Indon di ladang yang berhampiran dengan pekan itu. "Bila dia balik saja ke rumah, kami sering beramok..." sambung Roslina lagi menceritakan tentang perangainya yang garang itu dalam loghat Pahang.




Cinta adalah buah yang tidak mengenal musim dan dapat dipetik oleh setiap orang...




Tiga tahun lepas, sambung Roslina pekerja Indon itu menpelawa suaminya ke kilang dekat pekan J di mana ramai cewek-cewek Indon bekerja dan memperkenalkannya. Mereka saling berkenalan dan kesudahannya kahwin, Roslina dengan mata basah menceritakan. Perempuan Indon memang suka bersuamikan lelaki Malaysia kerana secara automatiknya mendapat kerakyatan, ujar Roslina menambah. Aku minta dilepaskan katanya setelah merujuk kepada orang masjid. Lagipun suaminya jarang pulang ke rumah untuk memberi nafkah zahir dan batin. Kata orang, dalam laut boleh diduga, tapi nasib seseorang siapa yang tahu...? Anak kami terbiar, nasib baiklah ada dua orang kakak yang bekerjaya dapat membantu sambung Roslina lagi. Kisah hidupnya kini ibarat telenovela.

Bagi merengankan beban keluarga kini Roslina membuka kedai makan yang diberi nama 'Bawang Putih Bawang Merah' menghidangkan beraneika jenis makanan termasuk satay di pekan berhampiran rumahnya. Sebut saja Satay Roslina, penduduk di pekan itu sudah sedia maklum - Satay Janda Berhias!. Nama kedai makan ini tidak kena mengena dengan profil kami hanya kebetulan filem Indonesia yang hangat ditayangkan ketika itu, ujarnya bersahaja. Nasib Roslina agak baik kerana dianugerahkan kepandaian memasak mengikut jejak ibunya, sambung Roslina lagi dengan wajah berkaca.

Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam penghidupan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu di atas kepala orang lain. Begitu Roslina, mencemburi kehidupan berumah-tangga orang lain. Mengapa nasib tidak menyebelahi ku, tanyanya mencemburui kebahagiaan orang lain. Melihat anak-anak membesar sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran di hati terangnya. "Tugas saya kini. memberi ilmu kepada anak-anak hingga berjaya.

Anak-anak berjaya saya bahagia juga katanya meluah rasa. Pengalaman perit yang dialami harus disimpannya rapat-rapat dan menjadi rencah melayari kehidupan. "Alhamdulliiah, saya tidak pernah terseret pada wilayah berbahaya yang merosak akhlak dan tauhid." ujar Roslina lagi tentang cabaran menjadi janda berhias.

Cinta adalah buah yang tidak mengenal musim dan dapat dipetik oleh setiap orang, ingat aku pada sepatah kata Mother Teresa. Gelagat Roslina semasa persekolahan dulu sangat membekas dan menepuk hati hingga kini. Roslina memulakan dulu perhubungan itu. Seingat aku, dia mengirim surat ingin berkenalan.




Barangkali kedengaran utopia kalau tidak melayaninya. Apa lagi aku, pucuk dicita ulam mendatanglah!. Gadis ceria serba ringkas menarik perhatian. Minatnya yang serupa kepada lagu Leo Sayer membuatkan aku tergila-gila dan sering mengintai di luar kelasnya. Naluri kejantanan aku berfoya-foya. "Wow, alangkah bertuahnya jika perhubungan ini diketahui rakan-rakan, bisik aku sendirian. Maka hulu-balanglah aku ketika itu!.

Aku selalu beranggapan jika kita mempunyai perasaan atau peluang terhadap seseorang tetapi membiarkan dia berlalu, anda mungkin akan terlepas. Anda mungkin tidak tahu bahawa anda baru saja membiarkan satu peluang pergi dan mungkin peluang itu tidak akan datang kembali.
Setelah tamat SRP, Roslina menyambung SPM di sekolah sains di bandar Kuantan. Dan aku ke sekolah lain di bandar Temerloh dan seterusnya ke Kuala Lumpur. Maka putuslah perhubungan cinta monyet kami.

Kini setelah lebih tiga dekad, kuasa Tuhan kami ditemukan kembali. Tidak banyak rencah rempah dapat diadunkan, cuma bertanya-khabar. Hanya doa dipanjatkan semoga Roslina selamat menempuh kehidupan. Dari riak matanya aku rasa Roslina faham keadaan itu. Tentang masa silam yang menyeronokan, bersenda-gurau dan berlari-lari di hujan basah. Tentang kunjungan ku ke rumah mu bersama sepupu, ketika itu kau memakai sket singkat selamba membetulkan pengesat kaki. Itu semua menjadi kenang-kenangan. Kini sudah berlalu, cinta saja tidak cukup untuk memberi kebahagiaan. Biarkan kita hanya berkawan sepanjang masa, bertanya khabar... 'etre juste pres de vous' kata bahasa France!

"Bimbangkan perkara yang bukan dalam kawalan kita, hanya menyebabkan minda kita berserabut dalam pemikiran toksik, lebih baik tumpukan kepada penghidupan akan datang", terang Roslina lagi menghias bicara pagi raya itu diselangi lagu Dendang Perantau dendangan Allahyarham Tan Seri P. Ramlee.



Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.

4 comments:

Rocco Iskandar said...

benar mus. lantas sesekali nostalgia lalu pasti bergenang di bayangan fikiran. kesian benar pada si roslina, malang nasibnya begitu... orangnya cantik menawan tetapi sulit kehidupannya... kujuga berharap kesayanganku tidak senasib dia, kerana aku juga punya nostalgia.

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Alhamdulillah....

Si Roslina pada pangkal tahun ini dia telah berkahwin dengan duda ada anak... dia sms saya ajak meraikan perkahwinannya tetapi ketika itu saya sibuk. Kebetulan anak sulungnya juga berjumpa saya memberitahu berita gembira itu. Lewat sms dia memberitahu jika perkahwinan ini gagal dia nak mengabdikan diri pada agama saja. Doakanlah... selamat!

sheikh mustafa kamal al aziz said...

Wan Mazmah said...

sheikh..koi baca doh..sedihnyer ngenng nasib dier..kwn koi tu..bekas suami dier UKK..sama balai polis..tu yg koi ingt...

Mat ikbal said...

aslamalaikum,wbtuh.Saudara tak ada email kah...atau Hphone.Kmai pembaca nak juga hubungi saudara..yelah untuk bertanya khabar dan dapat info tentang hal yg tuan tulis.Contohnya isu kahwin wanita Thailand di selatan Thai.pasti ramai nak tahu ..yelah apasalahnya..kita kahwin dan bantu org susah...soal niat itu hal lain,Allah saja yg tahu.Tapi pada saya jika dibuat dgn nikah cara halal apasalahnya...wanita Malaysia sendiri juga dah jadi tambah rumit tambah kompleks serta lebih tinggi citarasa dan materialistik,Yelah masing2 daha dah ada kerja,profesional dan business women pulak..masakan nak kahwin lelaki yang lebih rendah gaji atau pangkat .Tak seperti lelaki jika kita suka pompuan tu ,walau dia cuma lulus darjah 6 pun ,kita tak kisah kawin,sebab kita tak emosional ,tak kisah apa org nak kata...jaid akibatnya lelaki kita jenuh susah nak cari jodoh...Saya dah hantar email 2 hari lepas tapi tak ada jawap...jadi saya cuba kali kedia ...harapkan tuan juga bacalah email pembaca...yelah kita org bukan penulis ...tapi sesekali elok juga bertegur sapa dgn jiran bukan?