ads

Sunday, July 20, 2008

Landskap Cappadocia yang menakjubkan dan masa lampau Constantinople


JIKA belum pernah ke Turki, anda patut memikirkan untuk menjejakkan kaki ke negara ini. Paling menakjubkan ialah landskap alam Cappadocia. Turki merangkumi 25 wilayah dan bulan Januari tersejuk sekitar 6 darjah celsius. Lokasi popular pelancong ialah Masjid Biru, Hippodrome, Ayasofya, Topkapi Palace, Basilica Cistern, Muzium Islam (antaranya tersimpan di sini rambut, janggut, tapak kaki, pedang dan gigi Nabi Muhammad S.A.W).




Turki merupakan bandar yang hidup waktu malam. Hiburan pelbagai jenis daripada berbentuk tradisional, jazz, tekno maupun kelab malam. Ia mendapat pengitirafan dari segi keaktifan kehidupan malamnya dari persepetif Eropah. Golongan muda-mudinya tetap berseronok dengan gaya hidup terkini. Kuasa tarian gelek agak berpengaruh dan kalau berkunjung tidak sempurnalah lawatan kalau tidak menghayati muzik tarian gelek. Tarian Dervish (Tarian berpusing-pusing) berasal-usul daripada fahaman sufi mempersembahkan tariannya di hotel-hotel di Istanbul. Penarinya adalah dari golongan lelaki bertarbus dengan memakai kain panjang dan bila sampai ke klimiknya kain yang dipakainya menjadi bulat bila penari itu berpusing-pusing.

Integrasi Eropah (EU)

Dari segi ekonomi, politik dan institusi, Turki memerlukan “sauh” proses integrasi Eropah. Eropah dan Turki harus membuktikan pada diri sendiri dan dunia, bahawa “Pertembungan Peradaban” boleh dielakkan – bahawa penganut Kristian, Yahudi, Islam dan fahaman lain serta yang tiada fahaman boleh membina “Projek Eropah” bersama-sama; bahawa sebuah masyarakat dengan majoriti Islam yang besar boleh menjadi demokratik dan sekular; dan orang Turki dan Greek boleh melakukan seperti yang Orang Perancis dan Jerman buat: melupakan persengketaan berabad lamanya untuk membina sebuah “kejiranan yang baik”.

Pada 1990, Turki mempunyai ekonomi pasaran yang lebih maju dan pengalaman yang lebih luas dalam demokrasi berbanding dengan negara-negara Eropah Timur yang mahu menyertai EU. Namun dalam kes Turki, Eropah telah sekian lama keberatan untuk menyediakan insentif dan harapan yang sama. Ini telah merencatkan kemajuan Turki. Tetapi apabila Eropah mula bertindak lebih tegas di pertemuan Copenhagen lalu, kemajuan ekonomi dan politik di Turki memecut laju dengan sangat ketara.

Berkenaan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Turki sememangnya sentiasa baik. Kita saling kerjasama ini meliputi pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan, kebudayaan dan bidang teknikal.

Sektor swasta Malaysia akan mengambil peluang ini untuk menerokai keistimewaan kedudukan Turki sebagai pintu masuk ke Eropah dan Timur Tengah serta menjalin perkongsian yang boleh mengeksploit keistimewaan ini untuk faedah bersama.

Landskap Cappadocia

Cappadocia atau ‘negeri kuda cantik’ terletak di tengah Anatolia. Landskap yang unik di wilayah ini terhasil menerusi kesan hakisan dan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar 3 juta tahun lalu ketika Herodatus Cappadocian memerintah seluruh wilayah berkenaan bermula dari Gunung Taurus ke Laut Hitam.

Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu ‘lembut’ di wilayah Cappadocia. Penduduk mendapati batu-batu ini senang diukir bagi membentuk sebarang binaan antaranya kompleks yang dibina di Goreme, sekitar 300-1200 Sebelum Masihi (SM) terkenal sebagai pusat rahib dan biara. Komplek ini memiliki 30 gereja yang dihasilkan daripada ukiran batu dan gereja kecil. Binaan-binaan ini ada yang memiliki ‘fresco’ (lukisan pada dinding atau syiling) bertarikh seawal abad 9 hingga 11.

Tidak jauh dari Cappadocia adalah bandar moden Nevsehir. Nevsehir diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa yang datang dari Kampung Muskara. Kompleks yang dibinanya sekarang dikenali sebagai tengah Nevsehir yang menempatkan masjid, sekolah, perpustakaan dan hamam (spa Turki). Sesetengah daripada bangunan dan lukisan masih kekal hingga kini.

Bangunan di Nevsehir direka dengan seni bina gaya Ottoman. Tidak jauh dari Nevsehir ialah Kampung Nar. Di sini rumah gua masih digunakan sesetengah keluarga, kebanyakan rumah gua itu lengkap dengan kemudahan moden. Untuk menjengah kehidupan sebenar Anatolia, anda seharusnya berkunjung ke Cappadocia. Anda akan berjumpa dengan penjual air minuman dengan membawa bekas itu dibelakangnya. Tidak kurang juga penjual donat atau roti dengan membawa bekalan di atas trisikal roda tiga!.


Kita selalu keseorangan
meskipun dalam kesibukan
sepi tak memberi erti
kehidupan bagai kepingan waktu
tak menentu.
Tidak seperti jarum jam
berkejaran tak berhenti
memburu waktu yang tak menanti.

Tiba berita yang tidak ditunggu
seorang teman tergesa-gesa pergi
dia tidak akan kembali lagi.

Jarum jam tetap tidak berhenti
menunggu yang mati.

oleh baha zain di 23:13


Kiz Kulesi (Menara Gadis)

Semasa menanti bot memanaskan enjinnya, mata tertumpu kepada sebuah binaan berupa rumah api yang kecil tidak jauh dari jeti Uskudar. Binaan itu dikenali sebagai Kiz Kulesi (Menara Gadis). Dibina pada tahun 341BC. Ceritainya pelbagai.

Menara Kiz Kulesi (Menara Gadis).

Antara yang masih diingat ialah kisah anak Maharaja Byzantine yang ditempatkan di menara Kiz Kulesi (Menara Gadis). Maharaja diberitahu oleh tukang telek yang anaknya itu akan mati dipatuk ular. Oleh kerana bimbangkan keselamatan anaknya, Maharaja Byzantine telah memindahkan anaknya dari istana di tanah besar Constantinople ke sebuah menara yang dibina di atas pulau kecil di selat Bosphorus itu. Tetapi pada suatu hari, orang yang ditugaskan membawa makanan kepada puteri itu, tidak sedar yang bakul berisi buah yang dibawanya itu, ditumpang oleh seekor ular. Ular itulah yang membawa kematian kepada anak Maharaja Byzantine. Bersempena dengan kisah itulah, menara itu dinamakan sebagai Menara si Gadis, iaitu anak Maharaja Byzantine tersebut.


Kuasa tarian gelek agak berpengaruh dan kalau berkunjung tidak
sempurnalah lawatan kalau tidak menghayati muzik tarian gelek.

Isu Safar al-Mar’ah

Orang Turki yang komited dengan Islam amat sensitif dengan isu Safar al-Mar’ah. Mereka tidak suka melihat orang perempuan bermusafir sesuka hati. Malah apabila ada pelajar perempuan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti di Istanbul, ada di kalangan mereka yang ditemani oleh abang atau adik lelaki mereka.

Ia adalah reaksi yang logik bagi umat Islam di Turki kerana salah satu polisi Ataturk membuang Islam dari Turki ialah dengan mempromosikan Safar al-Mar’ah. Wanita digalak meninggalkan rumah tangga dan keluar atas maksud pekerjaan dan pelajaran serta membabitkan diri dalam politik. Ataturk percaya bahawa apabila perempuan berjaya direnggangkan daripada keluarganya, maka peratus mereka yang akan ‘berubah’ meningkat. Di situlah Ataturk mereka cipta bangsa Turki yang baru.

Perihal nama Mahmet

Dalam lawatan ke Turki, saya berkesempatan menjengok kawan lama saya yang tinggal di bandar Draman. Mahmud Bilici merupakan pelajar Turki yang disegani di Amman.
Saya bertandang ke rumahnya yang terletak di Draman. Ia tidak jauh dari Masjid Ismail. Camii yang menjadi markaz Tarikat Naqsyabandiyyah di Istanbul. Tarikat Naqsyabandiyyah ini juga berakar di Malaysia dan menjadi amalan. Malam itu saya meminta segelas air. Mahmud mengambil cawan yang tersimpan di rak pinggan, membasuhnya terlebih dahulu sebelum diisi dengan air. Orang Turki memang pembersih. Saya juga melihat tong sampah di lokasi pembuangan sampah di Istanbul diberus dan dibersihkan oleh pekerja Istanbul.

"Saya terfikir, orang Turki ramai yang bernama Mehmet. Saya kira Mehmet itu bermaksud Muhammad? tak begitu?", saya bertanya kepada Mahmud Bilici. Benar!, Mehmet bermaksud Muhammad. Kenapa??, tanya Mahmud Bilici kepada saya.
Oh, setahu saya, nama Muhammad itu kami khususkan hanya pada baginda Rasulullah SAW. Bukan apa, kalau kami namakan anak-anak kami sebagai Muhammad, nanti kalau mereka buat hal, tercemar pula nama Rasulullah?, kata Mahmud Bilici.
Tercemar macam mana tu?. Bayangkan, kalau si anu ni namakan Muhammad. Tiba-tiba dia mencuri buah epal jiran sebelah. Nanti apa kata orang kampung? Isy, jahat sungguh Muhammad tu. Curi epal jiran! Hah, kan tak elok, perbuatan mencuri dinisbahkan kepada nama semulia Muhammad!?, Mahmud Bilici begitu bersemangat bercerita.

Jawapannya adalah BARAKAH

Malah soal teliti mereka dengan perkara-perkara yang sering dipandang ringan oleh sesetengah kita, mempunyai akar umbi yang panjang di era Islam Othmaniyyah. Sultan Suleyman al-Qanuni yang memerintah Khilafah Othmaniyyah dari tahun 1520 - 1566 telah memberikan contoh yang sama. Semasa beliau mengeluarkan belanja sendiri membina Masjid Suleymaniye di Istanbul, Sultan Suleyman telah mewajibkan semua pekerjanya bekerja membina masjid itu dalam keadaan berwudhu?. Tentunya ia tidak ada dalam rukun membina masjid?. Tetapi ada sesuatu yang ingin dicapai oleh baginda. Sultan Suleyman akan memecat sesiapa yang diketahuinya tidak mematuhi syarat tersebut. Apakah yang terhasil daripada ketelitian Sultan Suleyman terhadap perkara-perkara kecil begitu? Jawapannya adalah BARAKAH.

Masjid Suleymaniye pernah ditutup di zaman Ataturk dan dijadikan kandang kuda. Ia pernah dicemar hingga ke tahap itu. Tetapi hari ini, apabila saya bersolat di Suleymaniye Camii, saya mendapat suatu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata. Tenang, tenteram, rasa mahu dan mahu menambah ibadah, pelbagai perasaan yang positif itu mungkin datang dari sebuah masjid yang ada barakah. Masjid yang dibina dengan mengambil kira soal remeh-temeh yang hari ini tidak lagi kita pedulikan!.

Pelbagai jenis hiburan daripada berbentuk tradisional, jazz, tekno maupun
kelab malam terdapat di Turki.
Puncak Anadolu Kavagi

Saya tiba di jeti Anadolu Kava kira-kira jam 1 tengah hari. Saya dan teman, menaiki bas untuk ke puncak bukit di mana Anadolu Kavagi terletak. Setibanya di atas, saya teruja dan terpegun melihat keindahan pemandangan dari puncak Anadolu Kavagi itu. Di hadapan terbentang Laut Hitam itu berkongsi pantai dengan Turki, Georgia, Russia, Ukraine, Moldova, Romania dan Bulgaria. Kelihatan banyak kapal yang lalu memasuki Selat Bosphorus itu.


Sepanjang ‘tafakur’ di Anadolu Kavagi (foto), fikiran saya sarat dengan pelbagai perkara. Resah dengan pudar dan hilangnya Othmaniyyah yang pernah menjaga kawasan ini. Gundah terkenangkan pelbagai tragedi di sepanjang Selat Bosphorus.

Namun semua itu, adalah lipatan memori hidup yang harus dikenang. Saya cuba mencatat kembali, supaya sesiapa sahaja yang membaca catatan ini akan lebih menghargai hidup yang dianugerahkan Tuhan, mengambil didikan dari sejarah dan berani untuk keluar dari kebiasaan meneroka kehidupan. Saya adalah sebahagian daripada 'ghuraba’ di bumi Turki.



Catatan dari blogger: ABU SAIF @ www.saifulislam.com/Erti Hidup Pada Memberi
9 Ramadan 1427H / 1 Oktober 2006
- sila layari blogger yang penuh ilmiah ini!. 


Gambar/ilustrasi sekadar hiasan.
Photo/illustration for display purposes.




2 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

Selamat datang ke dunia blog..

Terima kasih kerna komen di blog..
Kesibukan sedikit tapi saya akan kembali ke laman saudara nanti.. Menarik isi walau sekilas saya melawat ke sana..

sheikh mustafa kamal al aziz said...

adik azwan,

abang berbesar hati jika kamu membloger blog saya. Banyak pengalaman anda lalui nanti...

tq